23 September 2013

Pengumuman: Ceramah Bulan September 2013


Assalamualaikum w.b.t

Musolla Balai Felda akan mengadakan Ceramah Agama Bulan September 2013 pada 25 September 2013 bermula dari 11:30 pagi hingga 1 tengahari dan bertempat di Dewan Merak Kayangan Balai Felda.

Tajuk: WAKAF: TALIAN HAYAT, TALIAN AKHIRAT
Penceramah: Ustaz Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri

Biodata Penceramah:
Anak jati Terengganu dan merupakan graduan dalam bidang Syariah dari Universiti Islam Madinah. Sewaktu berada di sana, beliau berpeluang bertalaqqi dengan ulama besar Madinah. Seterusnya beliau melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana (Master) di Syria disamping bertalaqqi dengan ulama di sana. Selain itu beliau juga mempunyai Ph.D daripada Universiti Sains Malaysia.

Ustaz Dr. Zulkifli pernah bertugas sebagai Pensyarah Kanan Fakulti Undang-Undang di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) serta Ahli Jawatankuasa Fatwa Terengganu dan Negeri Sembilan.

Beliau aktif dalm penulisan dan penterjemahan antaranya Syarah Kitab Hikam, A-Z Tasawwuf, Hadith Modal Insan, Terjemahan Al-Fiqh Al-Manhaji serta beberapa buku panduan hasil penerbitan Bank Muamalat Malaysia Berhad seperti Fatwa Zakat Kontemporari.

Beliau juga dinobatkan sebagai Tokoh Maulidur Rasul 1433H sempena sambutan Maulidu Rasul peringkat Wilayah Persekutuan.




0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More