Tawakal dan Berserah diri pada Allah

Allah akan mencukupkan segala keperluannya. Barangsiapa berpegang teguh dengan agama Allah, nescaya Allah akan menyelamatkannya. Barangsiapa menyerahkan segala urusannya kepada Allah, nescaya Allah akan memberinya petunjuk.

Solat Wajib Berjemaah..27x Pahala..

Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a. katanya, Sesungguhnya Rasulullah bersabda, Sembahyang berjemaah itu lebih baik dari mendirikan sembahyang secara bersendirian sebanyak dua puluh tujuh darjat iaitu ganjaran ;. (H.R. Bukhari dan Muslim)

Taqwa Adalah Kemulian, Mati Suatu Kepastian

Sabda Baginda lagi: Maksudnya: “Hendaklah kamu bertaqwa di mana sahaja kamu berada. Ikutilah setiap kejahatan (yang kamu lakukan) dengan kebaikan, moga-moga kebaikan itu akan menghapuskan kejahatan. Bergaullah dengan manusia dengan akhlak yang baik.” (Riwayat At Termizi dan Ahmad).

Allah Tambah Nikmat Jika Bersyukur

Orang yang bersyukur kepada Allah akan memperbanyakkan ucapan syukur dan terima kasih kepadaNya. Mereka akan mengerjakan ketaatan kepada Allah dan akan membesarkan nikmat sekalipun nikmat itu kecil

Sudah Solat?. Sesungguhnya Mati Itu Pasti

Sembahyang adalah amalan pertama yang dihisab oleh Allah pada akhirat nanti Dan ingatlah mati, sesungguhnya malaikat maut menjenguk kamu 70 kali sehari semalam 24 jam.

Ucapan Kalimat Thayyibah Seorang Muslim

Kalimat thayyibah yang termasuk ke dalam amalan yang baik dan mampu membentuk pribadi sorang muslim yang selalu ingat dan berhubungan dengan Allah SWT. Dalam kehidupan sehari-hari alangkah baiknya membentuk budaya biasa mengucapkannya

30 March 2012

Adakah Mandi Wajib Anda Sah?

Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanah air kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul. Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja.

Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir. Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Ustaz Haji Mat Jais Kamos, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

“Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul.” tegas beliau. Mandi wajib yang juga disebut sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam.

Setiap orang yang melakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.

Rukun mandi wajib ada 3 perkara:

Pertama : Niat.

Kedua : Menghilangkan najis pada badan.

Ketiga : Meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala.” Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.” Niat itu didalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.

Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: “Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: “Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”. Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya.

Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah. Mengenai rukun mandi wajib yang ke 2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan, menurut Ustaz Haji Mat Jais,

Menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan. Sementara rukun mandi wajib yang ke 3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir, meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat.

Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul,sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin.

Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh. Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi. Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah.

Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana? Inilah yang rumitnya, sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah. Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut.

Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut. Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham.Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza.

jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza. Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam. Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab.

3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak (wiladah).

Mandi wajib boleh dilakukan dimana-mana dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik. Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.

Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib lagi, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

Rasulullah S.A.W Bersabda : ” Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat, Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafaat kepada manusia lain.” [Hadith Riwayat Muslim].

29 March 2012

Photo - Ceramah Bulanan Mac 2012

Ceramah Bulanan Musolla Balai Felda untuk bulan Mac 2012 telah di adakan di Musolla Balai Felda.

Dibawah adalah photo-photo yang sempat di ambil semasa Ceramah tersebut. Penceramah iaitu Yg Bhg Ustaz Abdullah Zuhdi Bin Mamat, Pendakwah Kementerian Pendidikan Malaysia. Mendapat pendidikan di Pusat Pengajian Ilmu Islam Darulkautsar. Memiliki Diploma Maktab Perguruan Terengganu. Ijazah di UIA dalam bidang Syariah dan kini melanjutkan pelajaran Master di Universiti Malaya.

Arwah Ibu Melawat Jenazah Anak

Kisah ini diceritakan oleh seorang ustaz yang bertugas memandikan mayat orang Islam di hospital.

Lebih kurang jam 3.30 pagi, saya menerima panggilan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah,Klang, Selangor untuk menguruskan jenazah lelaki yang sudah seminggu tidak dituntut.

Di luar bilik mayat itu cukup dingin dan gelap serta sunyi dan hening.
Hanya saya dan seorang penjaga bilik tersebut yang berada dalam bilik berkenaan.

Saya membuka dengan hati-hati penutup muka jenazah.
Kulitnya putih,badannya kecil dan berusia awal 20-an.

Allah Maha Berkuasa.

Tiba-tiba saya lihat muka jenazah itu sedikit demi sedikit bertukar menjadi hitam.
Mulanya saya tidak menganggap ia sebagai aneh, namun apabila semakin lama semakin hitam, hati saya mula bertanya-tanya.

Saya terus menatap perubahan itu dengan teliti, sambil di hati tidak berhenti-henti membaca ayat-ayat suci Al-Quran.

Detik demi detik berlalu,wajah jenazah semakin hitam.
Selepas lima minit berlalu,barulah ia berhenti bertukar warna.

Ketika itu wajah mayat berkenaan tidak lagi putih seperti warna asalnya, tetapi hitam seperti terbakar.

Saya keluar dari bilik berkenaan dan duduk termenung memikirkan kejadian aneh yang berlaku itu.

Pelbagai pertanyaan timbul di kepala saya; apakah yang sebenarnya telah terjadi?

Siapakah pemuda itu?

Mengapa wajahnya bertukar hitam?

Persoalan demi persoalan muncul di fikiran saya.

Sedang saya termenung tiba-tiba saya dapati ada seorang wanita berjalan menuju ke arah saya.

Satu lagi pertanyaan timbul, siapa pula wanita ini yang berjalan seorang diri di bilik mayat pada pukul 4.00 Semakin lama dia semakin hampir, dan tidak lama kemudian berdiri di hadapan saya.

Dia berusia 60-an dan memakai baju kurung.

Ustaz," kata wanita itu.

"Saya dengar anak saya meninggal dunia dan sudah seminggu mayatnya tidak dituntut.

Jadi saya nak tengok jenazahnya." kata wanita berkenaan dengan lembut.

Walaupun hati saya ada sedikit tanda tanya, namun saya membawa juga wanita itu ke tempat jenazah tersebut.

Saya tarik laci 313 dan buka kain penutup wajahnya.

"Betulkah ini mayat anak mak cik?"tanya saya.

"Mak cik rasa betul... tapi kulitnya putih."

"Makcik lihatlah betul-betul." kata saya.

Selepas ditelitinya jenazah berkenaan, wanita itu begitu yakin yang mayat itu adalah anaknya.

Saya tutup kembali kain penutup mayat dan menolak kembali lacinya ke dalam dan
membawa wanita itu keluar dari bilik mayat.

Tiba di luar saya bertanya kepadanya.

"Mak cik, ceritakanlah kepada saya apa sebenarnya yang berlaku sampai wajah anak mak cik bertukar jadi hitam?" tanya saya.

Wanita itu tidak mahu menjawab sebaliknya menangis teresak-esak.

Saya ulangi pertanyaan tetapi ia masih enggan menjawab.

Dia seperti menyembunyikan sesuatu.

"Baiklah, kalau mak cik tidak mahu beritahu, saya tak mahu uruskan jenazah anak mak cik ini" kata saya untuk menggertaknya.

Bila saya berkata demikian, barulah wanita itu membuka mulutnya.

Sambil mengesat airmata, dia berkata, "Ustaz, anak saya ni memang baik,patuh dan taat kepada saya.

Jika dikejutkan di waktu malam atau pagi supaya buat sesuatu kerja, dia akan bangun dan buat kerja itu tanpa membantah sepatahpun.

Dia memang anak yang baik.

Tapi..." tambah wanita itu lagi "apabila makcik kejutkan dia untuk bangun sembahyang,
Subuh misalnya, dia mengamuk marahkan mak cik.

Kejutlah dia, suruhlah dia pergi ke kedai, dalam hujan lebat pun dia akan pergi, tapi kalau dikejutkan supaya bangun sembahyang, anak makcik ini akan terus naik angin.

Itulah yang mak cik kesalkan." kata wanita tersebut.

Jawapannya itu memeranjatkan saya.

Teringat saya kepada hadis nabi bahawa barang siapa yang tidak sembahyang, maka akan ditarik cahaya iman dari wajahnya.

Mungkin itulah yang berlaku.

Wajah pemuda itu bukan sahaja ditarik cahaya keimanannya, malah diaibkan dengan warna yang hitam.

Selepas menceritakan perangai anaknya, wanita tersebut meminta diri untuk pulang.

Dia berjalan dengan pantas dan hilang dalam persekitaran yang gelap.

Kemudian saya pun memandikan, mengapankan dan menyembahyangkannya.

Selesai urusan itu, saya kembali ke rumah semula.

Saya perlu balik secepat mungkin kerana perlu bertugas keesokan harinya sebagai imam di Masjid Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Selang dua tiga hari kemudian, entah kenapa hati saya begitu tergerak untuk menghubungi waris mayat pemuda tersebut. Melalui nombor telefon yang diberikan oleh Hospital Tengku Ampuan Rahimah, saya hubungi saudara Allahyarham yang agak jauh pertalian persaudaraannya.

Selepas memperkenalkan diri, saya berkata,

"Encik, kenapa encik biarkan orang tua itu datang ke hospital seorang diri di pagi-pagi hari.

Rasanya lebih elok kalau encik dan keluarga encik yang datang sebab encik tinggal di Kuala Lumpur lebih dekat dengan Klang."

Pertanyaan saya itu menyebabkan dia terkejut, "Orang tua mana pula?" katanya.

Saya ceritakan tentang wanita berkenaan, tentang bentuk badannya,wajahnya,tuturannya serta pakaiannya.

"Kalau wanita itu yang ustaz katakan, perempuan itu adalah emaknya, tapi.... emaknya dah meninggal lima tahun lalu!"

Saya terpaku, tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi.

Jadi 'apakah' yang datang menemui saya pagi itu?

Walau siapa pun wanita itu dalam erti kata sebenarnya, saya yakin ia adalah 'sesuatu' yang Allah turunkan untuk memberitahu kita apa yang sebenarnya telah berlaku hingga menyebabkan wajah pemuda berkenaan bertukar hitam.

Peristiwa tersebut telah terjadi lebih setahun lalu, tapi masih segar dalam ingatan saya.

Ia mengingatkan saya kepada sebuah hadis nabi, yang bermaksud bahawa jika seseorang itu meninggalkan sembahyang satu waktu dengan sengaja, dia akan ditempatkan di neraka selama 80,000 tahun.

Bayangkanlah seksaan yang akan dilalui kerana satu hari di akhirat bersamaan dengan seribu tahun di dunia.

Kalau 80,000 tahun?


Sumber Dari: www.haticlassic.blogspot.com

28 March 2012

Ceramah Bulan Mac 2012 - Ustaz Abdullah Zuhdi

Ceramah Bulan Mac 2012 bertajuk "Mengenali Peribadi Rasulullah S.A.W."

Penceramah iaitu Yg Bhg Ustaz Abdullah Zuhdi Bin Mamat, Pendakwah Kementerian Pendidikan Malaysia. Mendapat pendidikan di Pusat Pengajian Ilmu Islam Darulkautsar. Memiliki Diploma Maktab Perguruan Terengganu. Ijazah di UIA dalam bidang Syariah dan kini melanjutkan pelajaran Master di Universiti Malaya.

Kuliah Zohor - Ustaz Mohamad Zain (27.3.2012)




Ustaz Mohamad Zain Bin Mohamad Noh merupakan seorang pendakwah. Berasal dari Raub, Pahang. Mendapat pendidikan di Darul Ulum, Pakistan dalam jurusan Hadis.

27 March 2012

4 Golongan Lelaki Yang Akan Di Tarik Masuk Neraka Oleh Wanita

Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yang akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yang tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:

Ayahnya

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang? Adakah kau mengajarnya bersolat dan saum? Menutup aurat? Pengetahuan agama? Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah untuk menjadi bahan bakar neraka Jahannam.

Suaminya

Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg alim di mana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dalam neraka.

Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang? Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yang kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana.

Abang-Abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

Duhai lelaki yang mempunyai adik perempuan, jangan hanya menjaga amalmu, dan jangan ingat kau terlepas. Kau juga akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak jika membiarkan adikmu bergelumang dengan maksiat dan tidak menutup aurat.

Anak-Anak lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram di sisi Islam. Apabila ibu membuat kemungkaran, mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya. Maka, anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

Duhai anak-anak lelaki, sayangilah ibumu. Nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa. Kerana ibu juga insan biasa, tidak terlepas daripada melakukan dosa. Selamatkanlah dia daripada menjadi 'kayu api' neraka. Jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.


Lihatlah, betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yang bergelar ayah, suami, abang atau anak harus memainkan peranan mereka.

Firman Allah S.W.T;

"Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu...."


Wallahu’alam.

Kisah Benar - Pembalasan Isteri Curang

Kisah ini saya petik dari suatu laman web…
Mungkin Saudara/Saudari telah membacanya. Namun saya nak berkongsi cerita ini kepada suami/isteri supaya ianya menjadi iktibar dan pedoman kerana cerita ini benar-benar menyentuh hati.
Buat wanita yang bakal bergelar isteri, jadikan kisah ini sebuah pedoman.
Buat lelaki, kisah ini boleh disampaikan buat mereka yang berkenaan.

“Akhirnya setelah dua tahun menghilang diri, Normah kembali ke rumahnya.
Seperti dahulu, dia masih cantik bergaya.
Lenggoknya masih gemalai, pinggang masih ramping, gincu masih merah dan mekap masih tebal. Jika berselisih, aroma pewanginya masih kuat menusuk hidung.

Namun bezanya, Normah kelihatan tidak begitu ceria. Zahirnya dia begitu anggun tapi wajahnya terlukis warna yang muram dan lesu. Tutur katanya perlahan dan tidak bermaya seperti orang keresahan. “Kenapa awak balik? Pergilah ikut jantan. Awak tak ada pun saya boleh jaga anak-anak kita ni!!” jerkah suaminya, Halim sebaik melihat Normah pulang dengan menjinjing sebuah beg besar. Normah tidak menjawab kerana dia tahu, itu memang salahnya. Dia cuma berdiri di pintu dan menundukkan muka. Halim sebaliknya terus membelasah isterinya itu dengan kata-kata keras. Sudah lama geram itu menggelodak di hati, lalu inilah masa untuk melepaskannya. Normah masih terpaku di muka pintu. Dikesat air mata yang bergenang. Tiada sepatah perkataan pun di balasnya kata-kata Halim itu kerana hajatnya pulang bukanlah untuk bertengkar. Hasratnya Cuma satu, untuk pulang ke pangkuan suami dan anak-anak. Jika diikutkan hati memang hendak dihalaunya Normah, tapi disebabkan anak-anak, Halim menahan juga kemarahannya. Dibiarkan Normah masuk ke rumah yang telah lebih dua tahun ditinggalkannya itu.

Bagi Halim, kepulangan Normah tidak membawa apa-apa erti lagi dalam hidupnya. Malah ia cuma memulakan semula kekalutan yang sudah dirungkaikannya, mengeruhkan hidup yang mula jernih dan memarakkan semula api yang telah dipadamkan. Dua tahun dahulu, Normah meninggalkan Halim dan dua anaknya, Iffa, 5, dan Aina, 2.
Yang ditinggalkan hanyalah sekeping nota menyatakan yang dia ingin hidup bersama kekasihnya. ” Saya rasa kita dah tak ada persefahaman lagi. Saya mahu hidup bahagia dengannya” demikian antara lain nota yang ditinggalkannya untuk Halim.

Kesalnya dia dengan tindakan Normah tidak terkata. Halim akui sejak akhir-akhir ini Normah sudah berubah. Kalau dulu layanannya begitu baik, sekarang mula dingin. Pantang silap sedikit, mulalah naik angin. Kata-katanya pula, selalu saja diiringi sindiran. Sudahlah begitu, sering pula Normah meminta barang-barang mewah di luar kemampuan Halim. Itulah yang menghairankan Halim. Lama-kelamaan, Halim terhidu pula berita Normah menjalin hubungan sulit dengan lelaki berada. Dia ada bertanya tentang hal itu, namun Normah lantas menafikannya. Walaupun Halim menekannya dengan cerita dan bukti-bukti, tapi Normah tetap tidak menidakkannya. Malah dituduh pula suaminya cemburu buta.

Nah, sekarang terbukti sudah kebimbangannya itu. Tapi apa yang boleh dilakukan, nasi sudah menjadi bubur. Sejak Normah meninggalkannya, hidup Halim tidak terurus. Terpaksalah dia membesarkan anaknya itu sendirian. Dialah ibu dialah bapa. Dengan gajinya sebagai penyelia kilang yang tidak seberapa dan menyewa pula di sebuah rumah di pinggir Kuala Lumpur, tentulah sukar untuk dia menguruskan hidup. Kalau kanak-kanak lain selalu bertukar pakaian, anak-anaknya dengan baju dua tiga pasang itulah. Makan yang mewah jauh sekali, kecuali apabila dia mendapat gaji.

Rutin hidupnya, awal pagi menghantar anak-anaknya ke rumah ibunya dan malam menjemput mereka pulang. Dialah yang memasak dan mengemas rumah. Kadangkala adik perempuannya turut membantu menguruskan keluarganya. Memang hidupnya sukar, tapi Halim belum tergerak untuk berkahwin lagi. Baginya, biar susah macam mana pun, semua halangan itu akan dirempuhinya. Tambahan pula Normah masih tidak diceraikan. Halim juga mahu membuktikan kepada Normah bahawa tanpa wnita itu, dia boleh menguruskan keluarga. Dan juga, kalau kemewahan yang menyebabkan Normah meninggalkannya, Halim ingin buktikan bahawa tanpa wang yang banyak sekalipun dia boleh hidup bahagia.

Ternyata tanpa Normah, Halim mampu membesarkan anak-anaknya seperti ibu bapa lain. Iffa dan Aina juga kian lama kian melupakan ibu mereka. Malah melihat gambar pun mereka benci. Bukan Halim yang menghasut tapi kerana Normah sendiri yang bengis terhadap anak-anak. Kerana itulah, kepulangan Normah membangkitkan semula kemarahan Halim.

Tambahan pula Halim mendapati ada sesuatu yang tidak kena dengan perut Normah. Ia membuncit seperti sedang hamil. Bagaimanapun dia tidak mahu bertanya kepada wanita itu. “Tempat awk di sana!” kata Halim menunjukkan Normah ke arah sebuah bilik kecil. Di dalamnya ada sebuah tilam bujang yang kusam. Bertompok sana, bertompok sini. “Nak alas, cari sendiri,” kata Halim, lalu menyindir “itupun kalau awak ingat kat mana nak cari….” Normah ditinggalkan sendirian. Malam itu, Normah tidur seorang diri dalam bilik sempit dan penuh barang-barang. Sementara Halim tidur bersama dua anaknya di bilik lain.

Bila anak-anaknya pulang, Normah cuba membelai mereka tapi Iffa dan Aina segera menjauhkan diri. Dipujuk dengan bermacam-macam cara pun tidak berkesan. Terpaksalah Normah membawa diri ke dalam bilik dan menangis teresak-esak. Begitulah keadaan mereka setiap hari. Normah menjadi orang asing di dalam rumahnya sendiri sementara Halim meneruskan hidup seperti biasa. Mereka tidur berasingan dan setiap pagi, anak-anak dihantar ke rumah ibunya tidak jauh dari situ.


Ternyata telahan Halim tepat. Dari sehari ke sehari dilihatnya perut Normah semakin membusung. Lain macam bulatnya. Setelah didesak dan dijerkah berkali-kali, Normah terpaksa mengaku dirinya berbadan dua. “Aku dah agak. Patutlah awak balik…nak suruh aku jadi bapak pada budak tu, kan? Nak jadikan aku pak sanggup?” Halim melepaskan paku buah keras. “Bukan macam tu bang, saya…” tapi belum pun sempat Normah menghabiskan cakap, Halim memintas ” Saya apa?! Saya tak buat benda tak senonoh tu? Budak tu anak aku? Tolong sikit….bila masa aku sentuh badan kamu tu? Hah?”

Bagi menutup malu, Normah memakan makanan yang tajam, pedas dan berasid untuk menggugurkan kandungannya, tetapi gagal. Perutnya terus-menerus membesar. Gagal cara itu, dia pergi ke klinik swasta pula. Bagaimanapun doctor tidak mengizinkan kerana risikonya terlalu tinggi. Kata doktor, kandungannya sudah besar dan jika digugurkan, ia boleh mengundang maut. Semakin hari jiwa Normah semakin tertekan. Perut kian memboyot sedangkan anak dan suami pula tidak menghiraukan kehadirannya.

Dia menjadi melukut di tepi gantang dalam rumah sendiri. Suami menjauhkan diri bila hendak mengadu dan anak pula tidak menganggapnya ibu untuk mereka bermanja. Tidak ada jalan lain, Normah meminta Halim menghantarkan dia ke rumah ibunya. Tentu saja Halim tidak membangkang. Memang itu yang dia mahukan. Namun sambutan ibu bapanya juga mengecewakan. “Dua tahun kamu tinggalkan suami dan anak, tiba-tiba baru dua bulan balik perut kamu dah besar macam ni. Huh…memang patut pun Halim buat macam ni. Kamu derhaka pada dia!” kata bapa Normah, Haji Shafie bila mendapati anaknya itu hamil.

Dari sehari ke sehari tekanan perasaannya tambah menebal. Ia kian merundung bila tumbuh pula cacar di badannya. Dari kecil ia membesar, dan dari sebiji-sebiji ia merata memenuhi badan. Di dalam cacar itu, menguning nanah busuk dan jelik baunya. Pada waktu yang sama, Normah mengidap darah tinggi pula. Tekanan perasaan yang melampau itu menyebabkan Normah dibawa oleh ibu bapanya berjumpa dengan pakar jiwa. Bermacam-macam ubat dan rawatan diberikan tapi ternyata begitu sukar untuk dia dipulihkan.

Disebabkan badannya terlalu lemah, doktor mencadangkan supaya Normah bersalin melalui cara pembedahan apabila usia kandungannya mencecah tujuh bulan lebih sedikit. Pada waktu yang ditetapkan, Normah dimasukkan ke wad. Seminggu sebelum dibedah, dia mula meracau-racau dan meraung. Bermacam-macam dijeritkannya tanpa hujung pangkal. Dimaki hamunnya emak dan ayah serta jururawat yang datang. Kemudian Normah menangis pula hendak balik dan melihat anak-anak.

Dalam keadaan yang kritikal itulah ayahnya, Pak Cik Shafie menelefon saya dan menceritakan keadaan anaknya itu secara ringkas. ” Pak cik tak mahu nak salahkan sesiapa. Dua-dua ada buat silap. Tapi sekarang ni pak cik minta ustaz usahakanlah ubat anak pak cik tu,” katanya. Daripada suaranya itu saya tahu dia sedang menahan sebak. “Saya di Sarawak sekarang ni pak cik. Dua hari lagi saya balik. Tapi buat sementara ni, usahakan baca Yasin dulu. Bila saya balik nanti, saya terus ke sana,” jawab saya.

Sekembalinya ke Semenanjung saya terus menziarahi Normah. Keadaannya sama seperti yang diceritakan oleh bapanya.Mengerang kesakitan, meracau, meronta-ronta, dan bercakap tidak keruan. Keadannya ketika itu memang menyedihkan kerana dalam keadaan perut memboyot dia meraung seperti hilang akal. Namun timbul pertanyaan di fikiran saya selepas dibacakan Yasin, keadaan Normah bertambah buruk. Keadaanya ibarat mencurah minyak ke api, makin disiram makin besar maraknya.

Ibu bapa dan adik beradik Normah menangis milihat keadaan dirinya. “Pak cik mana suami dengan anak-anaknya?” saya bertanya bila melihat suami dan anak-anak Normah tidak menziarahinya. ” Itulah yang saya nak cakap pada ustaz. Saya dah pujuk, rayu dia datanglah tengok anak saya ni. Kata saya, walau besar mana pun dosa anak saya, kalau dia menderhaka sekalipun, tapi dalam keadaan macam ni bukankah elok kalau dia di ampunkan? Tapi dia tak mau. Jengah pun tidak,” kata Haji Shafie kesal. “Dia marah lagi agaknya,” saya menyambung. “Saya tau… kalau jadi pada kita pun kita marah. Saya bukanlah nak salahkan dia, tapi yang sudak tu sudahlah. Anak saya pun bersalah, saya mengaku,” tambah Haji Shafie. “Kalau macam tu,” tambah saya,” bawa saya jumpa menantu pak cik tu. Insya-Allah kita sama-sama pujuk dia.”

Seperti yang dipersetujui, beberapa hari kemudian saya dibawa oleh Haji Shafie berjumpa dengan menantunya itu. “Yang sudah tu sudahlah Lim, ampunkanlah dia. Normah tengah tenat tu,” Haji Shafie merayu. ” Dua tahun dia tinggalkan kami anak beranak. Balik-balik, mengandung…suami mana yang tak marah, ayah ?. Mana saya nak letak muka saya ni ? Dayus, pucuk layu , tak ada punai, tak tau jaga bini, macam-macam lagi orang hina saya…’ tambah Halim melepaskan segala yang terbuku di hati. Bermacam-macam lagi di rungutkan hingga tidak sanggup kami mendengarnya. ” Ayah faham perasaan kau. Ayah tau Normah yang salah, derhaka pada kau , tapi dia tengah tenat sekarang ni,” Haji Shafie merayu lagi , Halim tidak menjawab sepatah pun Nafasnya saja yang turun naik manakala muka merah padam menahan marah.

Bila keberangan nya semakin reda saya menasihatkan Halim supaya melupakan perkara yang telah berlalu itu. “Mengampunkan orang lain lebih baik daripada membalas dendam . Isteri awak menderita sekarang ini pun sebab dia sudah sedar dengan kesalahan dia, jadi eloklah awak maafkan,” kata saya. Lalu saya ..hadis dan firman Allah berkaitan …Ternyata Halim sudah berpatah arang berkerat rotan . ” Saya tak akan jenguk dan saya tak akan ampunkan dia. Isteri durhaka ! ” katanya.

Sampailah hari Normah di bedah , Halim langsung tidak menjengukkan mukanya. Iffa dan Aina juga di larang daripada menjengah ibu mereka. Bagaimanapun , di sebabkan keadaan Normah yang tenat, makan minum tidak menentu , bayi yang di lahirkannya meninggal dunia beberapa hari kemudian. Normah pula sejak sedar daripada pembedahan semakin teruk jadinya.

Setiap hari, terutamanya tengah malam dan senja dia akan meracau. Yang mengaibkan , racauannya kini mendedahkan segala pelakuan jelik yang di lakukannya selama meninggalkan Halim dan anak-anak.

Antaranya, Normah menceritakan yang dia telah mengikut lelaki hingga ke Siam dan kemudian hidup seperti suami isteri. Selepas berpisah dengan lelaki itu, dia bersekedudukan pula dengan lelaki lain. Tidak kurang dengan tiga lelaki telah dia berzina. “Abang..ampunkanlah saya. Saya derhaka, saya jahat, saya malukan abang…maafkanlah saya…”dia terus menangis dan meratap. Setiap hari bermacam-macam rahsia di dedahkannya; tentang tempat-tempat maksiat yang pernah dia pergi bersama teman lelaki, kawan-kawan lain yang sama saja perangai dengannya juga kekecewaannya bila dipermainkan lelaki-lelaki terbabit. “Abang, Iffa, Aina…marilah tengok emak . Emak tak jahat lagi,. Emak nak jadi baik. Emak nak jadi lawa, pandai, suka masak, kita pergi sungai…” ratapnya lagi bercampur dengan kata-kata yang melalut.

Tidak dapat hendak di gambarkan bagaimana malunya Haji Shafie dan isterinya setiap kali Normah menelanjangkan keburukannya sendiri. Berbagai-bagai cara mereka lakukan supaya Normah berhenti meracau seperti menutup mulut, memujuknya diam dan kadangkala turut sama bercakap supaya orang-orang di sekeliling tidak mendengar , tetapi usaha itu tidak berhasil.

Setelah hampir sebulan Normah mendedahkan kecurangannya, keadaan wanita itu bertambah parah. Tekanan darahnya menurun dan kerap tidak sedarkan diri. Badannya yang kurus makin melidi kerana Normah tidak mahu menjamah makanan. Yang di lakukan sepanjang hari hanyalah menangis dan meminta ampun kepada Halim. Setelah itu dia kembali terkulai tidak sedarkan diri.

Haji Shafie sekali lagi menemui saya. “Ustaz pujuklah menantu saya tu. Mintalah dia datang jenguk Normah dan ampunkan lah kesalahan dia. Memang anak saya bersalah , tapi dalam keadaan sekarang, Cuma keampunan suami saja yang boleh selamatkan dia,” kata haji Shafie. Isterinya sejak tadi saya tengok tiada berhenti-henti mengesat air mata . ” Kalau begitu, mari kita pergi jumpa Halim,” kata saya. Puas kami memujuknya . Alhamdulillah, setelah berbagai-bagai alas an di beri, akhirnya Halim bersetuju. Bagaimanapun saya lihat dia seperti terpaksa saja. Langkahnya berat dan nampak kurang ikhlas. ” Sudahlah Lim, lupakan yang lepas-lepas. Buangkan dendam, gantikan dengan kemaafan. Insya-Allah, semua pihak akan dapat keberkatanNya,” kata saya semasa Halim hendak memasuki kereta. Dia cuma tersenyum tawar.

Demi terpandang saja Halim datang menjenguk, Normah dengan suara yang amat lemah memohon maaf kepada suaminya itu. “Sa..sa..ya der…haa..ka pada abaaaang..” katanya antara dengar dengan tidak. Sambil air mata jatuh berlinangan , dia mengangkat tangannya untuk meminta maaf, tapi terlalu sukar. Ibunya cepat-cepat membantu. “Yalah…”jawab Halim perlahan lantas menyambut tangan Normah. Reaksinya masih tawar. Dia belum benar-benar ikhlas.

Petang itu kami bersama-sama membacakan surah Yasin dan ayat-ayat suci al-Quran untuk Normah yang kelihatan semakin teruk. Bagaimana pun bila Normah meminta ampun sekali lagi, saya lihat Halim semakin ikhlas menyambutnya. Saya tersenyum. Mungkin hatinya sudah sejuk melihat penderitaan Normah. Lebih kurang pukul 5.00 petang saya meminta diri kerana ada urusan penting.

Sebelum pulang saya berpesan; ” Lim, sekarang ni awak saja yang boleh selamatkan Normah. Dia harapkan sangat keampunan daripada awak. Selepas itu, serahkan kepada Allah. Kalau sembuh, alhamdulillah, kalau tidak biarlah dia pergi dengan aman “. ” Terima kasih ustaz,” balas Halim.

Seminggu kemudian Halim datang ke rumah saya dan memaklumkan bahawa Normah telah meninggal dunia. Bagaimanapun, dia membawa juga kisah yang menginsafkan mengenai pemergian Normah. “Ustaz,” Halim memulakan ceritanya, “Malam tu Cuma tinggal saya dan anak-anak saja duduk di tepi Normah. Ibu dan bapa dia ke kantin untuk makan. Bila saya bacakan Yasin , saya tengok air mata arwah mengalir setitik demi setitik. Saya tau dia benar-benar insaf dengan kesalahannya dulu, curang pada saya, derhaka pada suami, tinggalkan anak-anak.” “Sampai di ayat salamun qaulam mirrabir rahim, saya ulang tiga kali. Setelah habis, saya usap dahi arwah. Saya lakukannya dengan ikhlas sebab tidak sampai hati tengok hati dia menderita.” ” Setelah menciumnya tiga kali tiba-tiba dia nazak. Nafasnya di tarik dalam-dalam tapi nampak susah sangat. Sekejap kemudian nafasnya laju, tapi lepas itu lambat betul. Saya cemas. Dah dekat ke?” “Tiba-tiba Aina menangis Entah apa yang di gaduhkan dengan kakaknya saya pun tak tau . Kuat betul dia menangis sampai saya tak sanggup nak dengar. Berbelah bagi juga sama ada antara anak dan isteri yang tengah sakit, tapi bila fikirkan tangisan budak itu mengganggu pesakit lain, saya terus ambil Aina dan pujuk dia. Susah pula nak pujuk dia hari tu sampai terpaksa dukung dan bawa ke luar wad.”

“Namun bila kembali ke wad, saya dapati Normah dah tidak bernafas lagi.” “Luka memang berdarah lagi, ustaz, tapi bila dia meninggal tanpa ada sesiapapun di sebelahnya, menitis juga air mata saya. Yalah, kalau orang lain pergi dengan baik, ada orang tolong bisikan syahadah, bacakan Yasin, dia pula pergi macam tu.

Agaknya itulah balasan untuk isteri yang derhaka.”

Cukup menginsafkan, kan?

Ambil iktibar ....

26 March 2012

Kuliah Zohor - Ustaz Haryanto Rizal (26.3.2012)

Tajuk Ceramah: FIQH SUNNAH JILID 2
(Perkara Yang Dibolehkan Dalam Solat)

Ustaz Haryanto Rizal Rokman merupakan seorang pendakwah. Bertugas di Gemilang Travel & Tours Sdn Bhd.

Zikir..Tali Perhubungan Antara Allah Dengan Hambanya

Barang siapa yang mengingati Allah maka Allah akan mengingatinya.

Barang siapa yang melupakan Allah maka Allah juga akan :


1. Melupakannya.
2. Membiarkannya larut, hanyut dan tenggelam dalam kealpaan yang panjang.
3. Membiarkannya larut dalam kegelapan hati dan kekeruhan ruhani.
4. Membiarkannya hanyut dalam kekerasan hati dan ketulian kalbu.


“Maka, ingatlah kamu kepadaKu niscaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepadaKu, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)Ku.” (QS Al-Baqarah : 152)


Kita perlu mengingati Allah kerana kita memang memerlukanNya.Allah tidak perlu agar kita mengingatiNya tetapi kitalah yang berhajat kepadaNya.
Mengingati Allah adalah refleksi syukur kita sedangkan melupakanNya adalah ungkapan nyata kekufuran kita.


“Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui.” (QS Ali Imran : 135)


Setiap kita pasti tidak terlepas dari kealpaan dan setiap kita juga pasti pernah lalai kerana ianya adalah sebagai sifat asas yang melekat dalam diri kita masing-masing.


Namun sebaik-baik manusia yang melakukan kesalahan adalah yang segera kembali ke akar penciptaannya dan akar fitrah yang juga melekat pada dirinya.
Segeralah :
a. Zikir dan ingat pada Allah.
b. Memohon ampunanNya.
c. Mengemis belas kasihNya.
d. Meratapi dosa-dosa di depan kasih sayangNya.


Ini adalah kerana kita perlu sedar bahwa hanya Allah yang Maha Lapang rahmatNya, Yang Maha Kasih.RahmatNya lebih luas daripada kemurkaanNya.


“(Iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.” (QS Ali Imran : 191)


Orang-orang yang berakal akan sentiasa :
1. Mengingati Allah.
2. Merapatkan diri ke hadratNya.
3. MerindukanNya.
4. Merasa asyik bersamaNya.


Dia akan sentiasa ingat dan zikir kepada Allah dalam segala keadaaanya, dalam segala hal dan waktunya, seluruh lorong waktunya terasa dengan zikir padaNya.
Ketika berdiri dia ingat Allah, saat duduk dia ingat Allah, saat berbaringpun dia ingat Allah.Dia dekat dengan Allah, dengan asma’-asma’Nya, dengan kekuasaanNya, dengan kehendak dan iradahNya.BagiNya, Allah adalah segalaNya, di atas segala cintanya, termasuk terhadap dirinya sendiri.


“Sesungguhnya orang-orang munafik itu menipu Allah, dan Allah akan membalas tipuan mereka. Dan apabila mereka berdiri untuk solat mereka berdiri dengan malas.Mereka bermaksud riya’(dengan solat) di hadapan manusia. Dan tidaklah mereka menyebut Allah kecuali sedikit sekali.’ (QS An-Nisaa' : 142)


Perkara yang sebaliknya berlaku kepada orang munafik yang hanya mengingati Allah dengan kadar yang sangat sedikit, meskipun dia mengingati Allah maka dia akan lakukan ketika berada di tengah khalayak manusia kerana ingin mendapat puji-pujian dan penghargaan dari tindakannya.


Namun hatinya sepi dan nuraninya kosong dari zikir yang hakiki.Berdirinya adalah kemalasan dalam mengingati Allah, solatnya dilakukan dengan rasa keterpaksaan dan berat.


Dia bukan ingin pujian dari Allah namun ingin pujian dari manusia.Riya' menjadi selimut jiwanya sehingga manusiapun dapat merasakannya.


Radar keimanan orang yang bertaqwa akan sentiasa bergetar kuat apabila ada :
a. Bisikan jahat yang akan menghancurkan dirinya.
b. Menenggelamkan dirinya dalam maksiat kepada Allah.


Radar keimanan yang sedemikian aktif menyantap ‘virus-virus’ jahat yang mungkin menjangkiti dirinya.Radar keimanannya menyala tatkala ada serbuk dosa ditebarkan untuk meracuninya.


“Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa apabila mereka ditimpa was-was dari syaitan, mereka ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahannya.”(QS Al-A'raaf : 201)


Kejernihan hatinya mampu :
1. Menyingkap kesalahan apa yang dia lakukan ketika itu.
2. Membetulkan kekeliruan apa yang sedang mengintai dirinya.
3. Mengenalpasti kejahatan apa yang sedang dipanahkan kepadanya.


Nuraninya menjadi begitu tajam berkat zikirnya yang selama ini dia panjatkan kepada Allah swt.


“Dan sebutlah (nama) Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut, dan dengan tidak mengeraskan suara, di waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai.”(QS Al-A'raaf : 205)


Manusia yang bertaqwa akan sentiasa berzikir dalam hatinya dengan :
a. Perasaan rendah diri.
b. Perasaan yang tidak berdaya di hadapanNya.
c. Perasaan takut menyelimuti jiwanya.


Suaranya rendah dalam gema zikirnya yang menyala dalam hatinya di pagi hari dan petang, di ubun-ubun siang dan di jantung malam.Gema zikirnya membumbung tinggi menyentuh ‘Arash Ar Rahman’.
Suara sunyinya sedemikian lantang di tengah para malaikat dan sedemikian nyaring di tengah gemuruh tasbih malaikat yang mengelilingi Baitul Makmur.


“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka (kerananya) dan kepada Tuhanlah mereka bertawakkal.” (QS Al-Anfaal : 2)


Gementar hati mereka manakala nama Allah disebut, zikir segera meluncur dari mulutnya membasahi lidahnya dan memenuhi dadanya. Iman mereka melonjak tatkala ayat-ayat Allah dikumandangkan dan dialunkan.Tawakkal menjadi hiasan hidupnya, memagari setiap gerakannya.


“(Iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah.Ingatlah, hanya dengan mengingati Allahlah hati menjadi tenteram.” (QS Ar-Ra'd : 27)


Dalam zikir mereka ada taubat yang muncul kerana keimanannya kepada Allah.Hati mereka merasa damai, tenteram dan lembut dalam derasnya zikir yang mengalir dari samudera keimanannya.Ketenteraman menghiasi hidupnya, melitupi ruang jiwanya, mengisi kekosongan hatinya.Dia damai dalam zikirnya dan tenteram saat mengingati Allah.


“Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keridaanNya; dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka (kerana) mengharapkan perhiasan kehidupan dunia ini; dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melewati batas.” (QS Al-Kahfi : 28)


Manusia yang sering berpaling kepada dunia akan mabuk di dalamnya dan hanyut di bawa arusnya kerana zikir tidak mengalir deras dari hatinya melalui gelombang lisannya. Manusia akan silau dengan dunia apabila zikir menjadi sepi dari bibirnya.


Maka orang-orang bertaqwa akan sentiasa memilih teman dan kawan yang sentiasa menyeru Tuhannya pagi dan petang kerana dia sedar bahwa teman yang baik akan :
1. Menghantarkannya pada kebaikan.
2. Menggiringnya menuju syurga Tuhan.
3. Menghindarkannya dari godaan syaitan.
4. Menghindarkannya dari neraka Jahanam.


Kecerdasan memilih teman akan menyelamatkannya manakala kelalaian dalam berteman akan mencelakakannya.


“Laki-laki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak (pula) oleh jual beli dari mengingati Allah, dan (dari) mendirikan solat, dan (dari) membayarkan zakat.Mereka takut kepada suatu hari yang (di hari itu) hati dan penglihatan menjadi goncang.” (QS An-Nuur : 37)


Manusia yang berzikir tidak akan pernah dilalaikan oleh :
a. Perniagaan mereka.
b. Jawatan mereka.
c. Tugas-tugas harian mereka.
d. Anak-anak mereka.
e. Harta-harta mereka.


Ini adalah kerana dia telah :
1. Mengikatkan dirinya dengan langit.
2. Menyambungkan jiwa dengan Penguasa langit dan bumi.


Jiwanya sentiasa mempersiapkan diri untuk suatu "Pertemuan Besar" di Padang Mahsyar tatkala semua :
a. Perbuatannya akan ditanya.
b. Ucapannya akan dipersoalkan.
c. Tindakannya akan diminta pertanggungjawaban.


ketika hati mengalami goncangan yang besar dan saat jiwa dirasuki ketakutan.


“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu contoh tauladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.” (QS Al-Ahzaab : 21)


Manusia yang berzikir akan mampu meneladani Rasulullah saw dalam semua :
1. Tingkah lakunya.
2. Derap langkahnya.
3. Paradigma berfikirnya.


Rasulullah saw menjadi idolanya serta kiblat perilaku moralnya kerana dia sentiasa mengingati Allah dan zikir sentiasa berkobar menyala di jantung hatinya.


Dia akan sentiasa ingat firman Allah swt :
“Wahai orang-orang yang beriman, berzikirlah (dengan menyebut nama) Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya.” (QS Al-Ahzaab : 41)


Dia sentiasa mampu memperbesarkan gelombang zikirnya dalam suasana :
a. Sepi dan ramai.
b. Suka dan duka.
c. Susah dan senang.


“Allah telah menurunkan perkataan yang paling baik (iaitu) Al Qur'an yang serupa (mutu ayat-ayatnya) lagi berulang-ulang, gementar kerananya kulit orang-orang yang takut kepada Tuhannya, kemudian menjadi tenang kulit dan hati mereka di waktu mengingati Allah. Itulah petunjuk Allah, dengan kitab itu Dia menunjuki siapa yang dikehendaki-Nya.Dan barang siapa yang disesatkan Allah, maka tidak ada seorang pun pemberi petunjuk baginya.” (QS Az-Zumar : 23)


Kulit manusia yang berzikir akan bergetar apabila ayat-ayat Allah yang mulia itu :
1. Dikumandangkan.
2. Dialunkan.
3. Dilantunkan.


Namun tenanglah mereka di saat mengingati Allah.
Kitab Allah yang melahirkan kedamaian, ketenangan dan kesejukan jiwa serta ubat bagi para pembacanya. Jiwa raga yang diselimuti Al Qur’an akan terasa sedemikian kuat, kukuh dan teguh kerana mata air hikmahnya mengandungi ubat mujarab yang memberikan ketenangan.


“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah harta-hartamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingati Allah.Barang siapa yang berbuat demikian maka mereka itulah orang-orang yang rugi.”(QS Al-Munafiqun : 9)


Kerugian akan menimpa manusia-manusia yang lupa Allah kerana anak-anak mereka.
Kerugian akan menimpa manusia-manusia yang tidak menjadikan zikir sebagai agenda hidupnya.
Allah swt memperingatkan orang-orang beriman agar mereka tidak lupa kepada Allah gara-gara anak-anak mereka dan limpahan harta mereka.


Allah memperingatkan perkara ini kerana harta itu sering menarik kepada tindakan yang melupakan Allah dan anak-anak sering pula melalaikan kita daripada mengingati Allah.


“Sebutlah nama Tuhanmu, dan beribadahlah kepadaNya dengan penuh ketekunan.”(QS Al-Muzzammil : 8)
“Dan sebutlah nama Tuhanmu pada (waktu) pagi dan petang.” (QS Al-Insaan : 29)


Mari kita gemakan zikir kita :
a. Di nafas subuh.
b. Di ubun siang.
c. Di remang senja.
d. Di jantung malam.


Kerana dalam zikir itu ada banyak manfaat :


Zikir kita akan :
1. Mengusir, melindungi diri dan menghancurkan syaitan.
2. Membuat Allah ridha dan syaitan murka.
3. Menghilangkan kerisauan, gelisah, gundah gulana dan menghadirkan ketenangan.


Dengan zikir :
a. Segala keburukan akan menghilang.
b. Kalbu menjadi kuat.
c. Badan menjadi sihat.
d. Dapat memperbaiki yang lahir dan batin.
e. Wajah terang dan bersinar.
f.  Rezeki menjadi mudah.
g. Ada kewibawaan yang mengelilingi dirinya.
h. Ada ketenangan yang menjalar di segala arah.


Dalam gema zikrullah :
1. Istiqamah akan kukuh.
2. Kebenaran akan menghampiri.
3. Muraqabah akan tinggi.
4. Ihsan akan terangkul.
5. Iman akan meneguh.
6. Taubat terus menjalar.
7. Inabah akan merayap.
8. Taqarrub menjadi mudah.
9. Makrifat menjadi terbuka.
10. Khashyah akan berkilauan.


Zikir adalah makanan ruhani sebagaimana zat makanan adalah makanan bagi tubuh. Ia adalah :
a. Pembersih jiwa.
b. Penjernih hati.
c. Pengusir lalai.
d. Penakluk syahwat.
e. Cahaya bagi kegelapan jiwa.
f. Pelebur dosa.
g. Pelenyap duka nestapa.


Gema zikrullah akan mendatangkan sakinah, malaikat akan menaungi dengan sayap-sayap yang terbentang. Ia akan membuatkan teman duduknya tenteram. Ia adalah tanaman syurga yang akan dipetik oleh orang yang rajin menyiramnya.


Gema zikrullah mencegah kelupaan dan mengatasi kelalaian. Hatinya sentiasa menatap akhirat dan mengabaikan dunia.Ia adalah asas dan puncak syukur.


Zikir adalah api yang aktif bekerja melenyapkan sisa-sisa dosa kita serta menghilangkan noda-noda kejahatan kita. Gunung, langit, bumi dan alam semesta selain syaitan durjana bangga dengan zikir-zikir manusia.


Dalam gema zikrullah ada :
1. Kelazatan yang luar biasa.
2. Kenikmatan yang tiada tara.


Gema zikrullah yang terus menyala yang akan menjadi saksi bahwa kita benar-benar mencintai Yang Maha Kuasa. Dalam kobarannya, kita masuk dengan damai dan tenteram ke hadhrat pengampunan Allah swt.


Ya Allah, sesungguhnya kami memahami bahwa dunia ini terkutuk dan terkutuk apa-apa yang ada di dalamnya, kecuali mengingati Allah dan apa-apa yang menyertainya serta penyebar ilmu dan penuntut ilmu.

Maka jadikanlah kami orang-orang yang sentiasa berzikir dan mengingatiMu dalam apa keadaan dan suasana sekalipun kerana semua makhluk ciptaanMu kecuali syaitan tidak pernah lalai dan leka dari berzikir mensucikanMu, memujiMu, membesarkanMu dan mengesakanMu.


Ameen Ya Rabbal Alameen
Wan Ahmad Sanadi

23 March 2012

Ajaib...Bayi Keluar Dari Lumpur

Kejadian ini berlaku ketika berlaku banjir besar di Bangladesh yang telah menghanyut dan menenggelamkan seorang wanita hamil yang sarat mengandung dan menunggu masa untuk melahirkan anak. Wanita tersebut ikut terkubur di dalam bencana tersebut.


Setelah beberapa hari dilakukan pencarian, suatu keajaiban terjadi di mana perempuan yang telah mati dan terkubur didalam lumpur itu melahirkan bayinya yang menyembul di atas lumpur entah atas bantuan siapa. Bayi tersebut selamat walaupun sempat beberapa hari berada di dalam rahim ibunya yang sudah mati didalam lumpur (Subhanallah.....maha suci Allah).


berikut ini adalah diantara foto-foto bayi tersebut.








Kuliah Zohor - Ustaz Ismail Abas (21.3.2012)



Ustaz Ismail Abas adalah seorang Pendakwah yang kerap muncul di media elektronik. Buat masa ini beliau adalah Pegawai di Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

22 March 2012

Sungai Dalam Laut ...Subhanallah


Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

Dalam melayari internet tentang keindahan alam ciptaan Allah, terjumpa salah satu web page mengenai Sungai Dalam Laut. Mungkin anda sudah membacanya. Namun..Subhanallah!!!! Sesiapa yang belum melihatnya, fikirkanlah begitu hebatnya ciptaan Allah, Terdetik hati nurani ini memikirkan kehidupan manusia masa kini. Disana-sini penuh dengan maksiat dan perkara yang bertentangan dengan hukum Allah. Tidak kah mereka terfikirkan kejadian alam yang diciptakan oleh Allah? Tidak mereka terfikir kehidupan di dunia ini hanya sementara sahaja maka janganlah sampai terlena dengan keindahannya dan kenikmatannya.

Lihatlah artikel yang di bawah yang diambil dari webpage sahabat seislam kita.

Berhati-hatilah dengan fatamorgana dunia!

KISAH AIR MASIN AIR TAWAR
&
SUNGAI DALAM LAUT


وَهُوَ الَّذِي مَرَجَ الْبَحْرَيْنِ هَذَا عَذْبٌ فُرَاتٌ وَهَذَا مِلْحٌ أُجَاجٌ وَجَعَلَ بَيْنَهُمَا بَرْزَخًا وَحِجْرًا مَّحْجُورًا


“Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan); yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.”

(Al Furqan 25:53)

Jika saudara termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV `Discovery’ pasti kenal Mr.Jacques Yves Costeau. Dia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke pelbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.

Pada suatu hari, ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba dia menemui beberapa kumpulan mata air tawar yang segar dan sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya.

Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Dia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinasi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun dia masih belum menemui jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.

Sehingga suatu hari dia bertemu dengan seorang profesor muslim, kemudian dia menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al-Quran tentang bertemunya dua lautan (Surah Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering dikaitkan dengan Terusan Suez . Ayat itu berbunyi,

مَرَجَ الْبَحْرَيْنِ يَلْتَقِيَانِ

Maksudnya: Dia biarkan dua lautan bertemu.

(Al-Rahman 55:19)

بَيْنَهُمَا بَرْزَخٌ لَّا يَبْغِيَانِ

Maksudnya: Di antara keduanya ada sempadan yang tidak boleh ditembus.

(Al-Rahman 55:20)


Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas.

Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tidak bercampur airnya ditafsirkan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsiran itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Al-Rahman ayat 22 yang berbunyi,

يَخْرُجُ مِنْهُمَا اللُّؤْلُؤُ وَالْمَرْجَانُ

Maksudnya: Keluar dari keduanya mutiara dan marjan.

(Al-Rahman 55: 22)

Padahal tiada mutiara yang dihasilkan di muara sungai.

Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al-Quran itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Quran ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman yang mana belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera. Berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam benar-benar suatu mukjizat. Akhirnya terbukti pada abad 20, Mr. Costeau berkata bahawa Al Quran memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannya adalah benar belaka. Justeru itu, dia lalu memeluk Islam.



Allahu Akbar…! Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan. Maha Benar Allah yang Maha Agung. Shadaqallahu Al `Azhim.

Rasulullah s.a.w. berkata, “Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air”. Bila seorang bertanya, “Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?” Rasulullah s.a.w. berkata, “Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran.”

Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita , Mexico . Disana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air asin, lalu anda dapat melihat sebuah “sungai” di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan.

Setengah pengkaji mengatakan, ia bukanlah sungai biasa, ia adalah lapisan hidrogen sulfida, nampak seperti sungai… luar biasa bukan? Lihatlah betapa hebatnya ciptaan Allah SWT.


فَبِأَيِّ آلَاء رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang hendak kamu dustakan?

(Al-Rahman 55: 13)



أَمَّن جَعَلَ الْأَرْضَ قَرَارًا وَجَعَلَ خِلَالَهَا أَنْهَارًا وَجَعَلَ لَهَا رَوَاسِيَ وَجَعَلَ بَيْنَ الْبَحْرَيْنِ حَاجِزًا أَإِلَهٌ مَّعَ اللَّهِ بَلْ أَكْثَرُهُمْ لَا يَعْلَمُونَ

Atau siapakah yang telah menjadikan bumi tempat menetap dan telah menjadikan sungai-sungai di antara bahagian-bahagiannya serta telah menjadikan untuknya gunung-ganang yang menetapnya; dan juga telah menjadikan di antara dua laut (yang masin dan yang tawar) sekatan (semula jadi) yang memisahnya? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? (Tidak!) bahkan kebanyakan mereka (yang musyrik itu) tidak mengetahui.

(Al-Naml 27:61)

أَمَّن يُجِيبُ الْمُضْطَرَّ إِذَا دَعَاهُ وَيَكْشِفُ السُّوءَ وَيَجْعَلُكُمْ خُلَفَاء الْأَرْضِ أَإِلَهٌ مَّعَ اللَّهِ قَلِيلًا مَّا تَذَكَّرُونَ

Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila ia berdoa kepadaNya, dan yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti (umat-umat yang telah lalu) mendiami dan menguasai bumi? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? Amat sedikit di antara kamu yang mengingati (nikmat Allah itu).

(Al-Naml 27:62)

Nota: Terdapat perselisihan pendapat mengenai keislaman Jaques Costeau. Hal itu sama ada benar atau tidak, saya sudah mengulasnya dalam ruangan komen. Terdapat perkongsian idea daripada para pembaca yang saya luluskan penerbitannya. Harap dapat baca semua komen terutama yang memberi fakta berbeza untuk mendapat gambaran lebih jelas tentang artikel ini.

Apa yang penting yang mahu ditonjolkan di sini ialah kebesaran Allah dalam penciptaanNya dan bahawa al-Quran itu mukjizat yang agung. Dan yang lebih penting lagi ialah jiwa kita sendiri bersedia untuk memperakui kebesaran Ilahi seterusnya menggerakkan saraf dan seluruh anggota badan untuk sujud dan patuh kepadaNya. Sama ada Jaques benar-benar Islam atau tidak sebelum kematiannya, urusannya telah selesai di sisi Allah. Kita hanya perlu fikirkan bagaimana nasib kita sendiri di akhirat kelak serta bagaimanakah penutup episod hidup kita di dunia fana ini.

Harap maklum.

“These amazing pictures were taken by the professional diver Anatoly Beloshchin in the cave Cenote Angelita, Mexico. Here’s his description: “We are 30 meters deep, fresh water, then 60 meters deep – salty water and under me I see a river, island and fallen leaves… Actually, the river, which you can see, is a layer of hydrogen sulphide.”

20 March 2012

Fenomena Keajaiban Alam Ciptaan Allah. Subhanallah.


Subhanallah..sungguh cantik alam ciptaan Allah.

Bersama-sama kita hayati foto-foto panorama yang telah disediakan di bawah.


Sailing Stones


The mysterious moving stones of the packed-mud desert of Death Valley have been a center of scientific controversy for decades.

Rocks weighing up to hundreds of pounds
have been known to move up to hundreds of yards at a time.

Some scientists have proposed
that a combination of strong winds and surface ice account for these movements.

However, this theory does not explain evidence of
different rocks starting side by side
and moving at different rates and in disparate directions.

Moreover, the physics calculations do not fully support this theory
as wind speeds of hundreds of miles per hour
would be needed to move some of the stones.



Columnar Basalt

When a thick lava flow cools, it contracts vertically
but cracks perpendicular to its directional flow with remarkable geometric regularity
- in most cases forming a regular grid of remarkable hexagonal extrusions
that almost appear to be made by man.

One of the most famous such examples is
the Giant's Causeway on the coast of Ireland (shown above),
though the largest and most widely recognized
would be Devil's Tower in Wyoming.

Basalt also forms different but equally fascinating ways
when eruptions are exposed to air or water.


Blue Holes

Blue holes are giant and sudden drops in underwater elevation
that get their name from the dark and foreboding blue tone they exhibit
when viewed from above in relationship to surrounding waters.

They can be hundreds of feet deep
and while divers are able to explore some of them
they are largely devoid of oxygen that would support sea life
due to poor water circulation - leaving them eerily empty.

Some blue holes, however, contain
ancient fossil remains that have been discovered, preserved in their depths.


Red Tides

Red tides are also known as algal blooms
- sudden influxes of massive amounts of colored single-cell algae
that can convert entire areas of an ocean or beach into a blood red color.

While some of these can be relatively harmless,
others can be harbingers of deadly toxins
that cause the deaths of fish, birds and marine mammals.

In some cases, even humans have been harmed by red tides
though no human exposure are known to have been fatal.

While they can be fatal,
the constituent phytoplankton in ride tides are not harmful in small numbers.


Ice Circles

While many see these apparently perfect ice circles
as worthy of conspiracy theorizing,
scientists generally accept that they are formed
by eddies in the water that spin a sizable piece of ice in a circular motion.

As a result of this rotation,
other pieces of ice and flotsam wear relatively evenly at the edges of the ice
until it slowly forms into an essentially ideal circle.

Ice circles have been seen with diameters of over 500 feet
and can also at times be found
in clusters and groups of different sizes as shown above.


Mammatus Clouds

True to their ominous appearance,
mammatus clouds are often harbingers
of a coming storm or other extreme weather system.

Typically composed primarily of ice,
they can extend for hundreds of miles in each direction
and individual formations can remain visibly static
for ten to fifteen minutes at a time.

While they may appear foreboding
they are merely the messengers
- appearing around, before or even after severe weather.


Fire Rainbows

A circumhorizontal fire rainbow arc occurs at
a rare confluence of right time and right place for the sun and certain clouds.

Crystals within the clouds refract light
into the various visible waves of the spectrum
but only if they are arrayed correctly relative to the ground below.

Due to the rarity
with which all of these events happen in conjunction with one another,
there are relatively few remarkable photos of this phenomena.


Sinkholes

Sinkholes are one of the world's scariest natural phenomena.

Over time, water erodes the soil under the planet's surface
until in some cases, quite suddenly,
the land above gives way and collapses into the earth.

Many sinkholes occur naturally
while others are the result of human intervention.

Displacing groundwater can open cavities
while broken pipes can erode otherwise stable subterranean sediments.

Urban sinkholes, up to hundreds of feet deep
have formed and consumed parts of city blocks, sidewalks and even entire buildings.


Penitentes

Named after peak-hooded New Mexican monks (lower right above),
penitentes are dazzling naturally-forming ice blades
that stick up at sharp angles toward the sun.

Rarely found except at high altitudes,
they can grow up taller than a human and form in vast fields.

As ice melts in particular patterns,
'valleys' formed by initial melts leave 'mountains' in their wake.

Strangely, these formations ultimately slow the melting process
as the peaks cast shadows on the deeper surfaces below
and allow for winds to blow over the peaks, cooling them.





Lenticular Clouds

Ever wonder the truth about UFOs?

Avoided by traditional pilots but loved by sailplane aviators,
lenticular clouds are masses of cloud
with strong internal uplift that can drive a motorless flyer to high elevations.

Their shape is quite often mistaken
for a mysterious flying object or the artificial cover for one.

Generally, lenticular clouds are formed
as wind speeds up while moving around a large land object such as a mountain.


Light Pillars

Light pillars appear as eerily upright luminous columns in the sky,
beacons cast into the air above without an apparent source..

These are visible when light reflects just right off of ice crystals
from either the sun (as in the two top images above)
or from artificial ground sources such as street or park lights.

Despite their appearance as near-solid columns of light,
the effect is entirely created by our own relative viewpoint.


Sundogs

Like light pillars, sundogs are the product of light passing through crystals.

The particular shape and orientation of the crystals
can have a drastic visual impact for the viewer,
producing a longer tail and changing the range of colors one sees.

The relative height of the sun in the sky
shifts the distance the sundogs appear to be on either side of the sun.

Varying climactic conditions on other planets in our solar system
produce halos with up to four sundogs from those planets' perspectives.

Sundogs have been speculated about and discussed since ancient times
and written records describing the various attributes of our sun
date back the Egyptians and Greeks.


Fire Whirls

Fire whirls (also known as fire devils or tornadoes)
appear in or around raging fires
when the right combination of climactic conditions is present.

Fire whirls can be spawned by other natural events
such as earthquakes and thunderstorms,
and can be incredibly dangerous,
in some cases spinning well out of the zone of a fire itself
to cause devastation and death in a radius not even reached by heat or flame.

Fire whirls have been known to be nearly a mile high,
have wind speeds of over 100 miles per hour
and to last for 20 or more minutes.


Orange Moons

This last phenomena is something most people have seen before
- beautiful orange moon hanging low in the sky.

But what causes this phenomena
- and, for that matter, does the moon have a color at all?

When the moon appears lower on the horizon,
rays of light bouncing off it
have to pass through a great deal more of our atmosphere
which slowly strips away everything but yellows, oranges and reds.

The bottommost image above is true to the hues of the moon
but has enhanced colors to more clearly show the differences in shade
that illustrate the mixed topography and minerology
that tell the story of the moon's surface.

Looking at the colors in combination with the craters
one can start to trace the history of impacts
and consequent material movements across the face of our mysterious moon.



http://www.simiey.com


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More