Tawakal dan Berserah diri pada Allah

Allah akan mencukupkan segala keperluannya. Barangsiapa berpegang teguh dengan agama Allah, nescaya Allah akan menyelamatkannya. Barangsiapa menyerahkan segala urusannya kepada Allah, nescaya Allah akan memberinya petunjuk.

Solat Wajib Berjemaah..27x Pahala..

Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a. katanya, Sesungguhnya Rasulullah bersabda, Sembahyang berjemaah itu lebih baik dari mendirikan sembahyang secara bersendirian sebanyak dua puluh tujuh darjat iaitu ganjaran ;. (H.R. Bukhari dan Muslim)

Taqwa Adalah Kemulian, Mati Suatu Kepastian

Sabda Baginda lagi: Maksudnya: “Hendaklah kamu bertaqwa di mana sahaja kamu berada. Ikutilah setiap kejahatan (yang kamu lakukan) dengan kebaikan, moga-moga kebaikan itu akan menghapuskan kejahatan. Bergaullah dengan manusia dengan akhlak yang baik.” (Riwayat At Termizi dan Ahmad).

Allah Tambah Nikmat Jika Bersyukur

Orang yang bersyukur kepada Allah akan memperbanyakkan ucapan syukur dan terima kasih kepadaNya. Mereka akan mengerjakan ketaatan kepada Allah dan akan membesarkan nikmat sekalipun nikmat itu kecil

Sudah Solat?. Sesungguhnya Mati Itu Pasti

Sembahyang adalah amalan pertama yang dihisab oleh Allah pada akhirat nanti Dan ingatlah mati, sesungguhnya malaikat maut menjenguk kamu 70 kali sehari semalam 24 jam.

Ucapan Kalimat Thayyibah Seorang Muslim

Kalimat thayyibah yang termasuk ke dalam amalan yang baik dan mampu membentuk pribadi sorang muslim yang selalu ingat dan berhubungan dengan Allah SWT. Dalam kehidupan sehari-hari alangkah baiknya membentuk budaya biasa mengucapkannya

Showing posts with label Fadhilat Al-Quran. Show all posts
Showing posts with label Fadhilat Al-Quran. Show all posts

30 April 2013

Amalan Untuk Musnahkan Sel Kanser



Lapan surah ini diamalkan dan dibaca untuk memusnahkan sel-sel barah kanser. Jika pesakit dapat membacanya lagi baik. Jika tak terdaya atau kurang baik bacaannya maka boleh minta suami, ayah, ibu atau orang lain membaca untuknya.

Selok-eloknya sebelum memulakan bacaan surah dibawah :

1. Istighfar 10x. 
2. Salawat Nabi 10x. 
3. Al-Fatihah 1x.

Sediakan sebotol secukupnya air yang bersih lagi suci dan setiap kali habis surah dibaca, ditiupkan kepada air. Pesakit dinasihat minum air bacaan tiap-tiap hari dan sapu/mandi pada anggota yang kena barah kanser. InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semua kekuasaanNya.

1. Surah Al Maidah (Ayat 82-91). 
2. Surah Al Araf (Ayat 70-81). 
3. Surah Ar Ra'd (Ayat 16-28). 
4. Surah Al Anbiyaa' (Ayat 38-50). 
5. Surah Asy Syu'ara (Ayat 185-227). 
6. Surah Az Zummar (Ayat 42-52). 
7. Surah Ghafir (Ayat 67-77). 
8. Surah Az Zukhruf (Ayat 52-70).

Kepada pembaca tolong sebarkan kepada ahli keluarga dan saudara yang sedang mengidap penyakit kanser. Semoga dengan menolong mereka yang sakit, akan juga mendapat pahala dari bacaannya serta pahala kerana menolong sesama hamba yang benar-benar memerlukan pertolongan dan penyembuhan dari-Nya


Insyallah.

23 January 2013

Fadhilat Dan Khasiat SURAH AT-TAKWIIR





Sabda Rasulullah s.a.w
"Barangsiapa membaca surah At-Takwiir, Allah akan lindungi keaibannya pada hari Kiamat kelak"

- Sesiapa membaca surah ini ketika hujan turun, kemudian berdoa kepada Allah memohon apa-apa hajat, InsyaAllah akan segera diperkenankan.

- Jika dibaca surah ini pada air mawar kemudian disapukan pada matanya, InsyaAllah matanya akan lebih terang dan terpelihara dari segala penyakit.

- Jika dibaca surah ini di dalam rumah yang terdapat barang-barang sihir yang ditanam dan tidak diketahui tempatnya, InsyaAllah Allah taala akan ilhamkan lokasi barangan tersebut serta dijaga dari kemudharatannya.

- Surah ini jika dibacakan pada perigi selama 3 hari berturut-turut, InsyaAllah airnya akan melimpah keluar dengan baik.




Disusun Oleh:
Ustaz Mohd Fadhil Bin Ariffin

Kitab Rujukan
1. Syeikh Mohd Fadil Ma'min, Na'tul Bidayat
2. Syeikh Ahmad Ad-Dairabi, Fathul Malik
3. Syeikh Haqqi Nazili, Khazinatul Asrar
4. Syeikh Al-Buni, Syamsul Maarif
5. Syeikh Abdullah Al-Yafii, Ad-Durrun Nazhim
6. Haji Nik Mahmud (Dato' Perdana Menteri Paduka Raja), Pati Rahsia
7. Al-Imam Al-Ghazali, At-Tibb Ar-Ruhani
8. Sidi Abu Al-Hasan As-Syazili, As-Sirrul Jalil
9. Fathur Rahmanir Rahim, Sidi Ahmad Ar-Rifai
10. Doa dan Zikir Rasulullah S.A.W - H. Furqan Ahmad Ansari
11. Sa'adatud Darain, Al-Arifbillah Syeikh Yusof An-Nabhani

16 January 2013

Fadhilat Dan Khasiat SURAH Al-MUZZAMMIL



Sabda Rasulullah s.a.w
"Barangsiapa yang membaca surah Al-Muzzammil, Allah taala akan melindungi dirinya dari kesusahan di dunia dan akhirat"


  • Sesiapa sentiasa mengamalkan surah ini, Allah akan meluaskan rezekinya dan memperbaiki urusan agamanya.
  • Sesiapa membaca surah ini setiap hari selama 30 hari berturut-turut (sebulan), InsyaAllah akan dapat melihat wajah Rasulullah s.a.w. Dapat melihat kekasih Allah itu dengan keadaan penuh kasih sayang dan rindu dendam merupakan satu nikmat yang amat besar.

Disusun Oleh:
Ustaz Mohd Fadhil Bin Ariffin

Kitab Rujukan
1. Syeikh Mohd Fadil Ma'min, Na'tul Bidayat
2. Syeikh Ahmad Ad-Dairabi, Fathul Malik
3. Syeikh Haqqi Nazili, Khazinatul Asrar
4. Syeikh Al-Buni, Syamsul Maarif
5. Syeikh Abdullah Al-Yafii, Ad-Durrun Nazhim
6. Haji Nik Mahmud (Dato' Perdana Menteri Paduka Raja), Pati Rahsia
7. Al-Imam Al-Ghazali, At-Tibb Ar-Ruhani
8. Sidi Abu Al-Hasan As-Syazili, As-Sirrul Jalil
9. Fathur Rahmanir Rahim, Sidi Ahmad Ar-Rifai
10. Doa dan Zikir Rasulullah S.A.W - H. Furqan Ahmad Ansari
11. Sa'adatud Darain, Al-Arifbillah Syeikh Yusof An-Nabhani


19 October 2012

Fadhilat Dan Khasiat SURAH Al-INSAN


Sabda Rasulullah S.A.W:

"Barangsiapa membaca surah Al-Insan (dengan penuh ikhlas dan Khusyu'), maka balasannya ialah syurga Harir"

  • Surah ini jika dibaca selalu, dapat menenangkan hati dan menguatkan jiwa. 
  • Jika ditulis surah ini, kemudian dihapuskan dengan air yang suci. Berilah air ini kepada mereka yang tidak pandai atau susah untuk membaca. InsyaAllah dipermudahkan oleh Allah. 
  • Surah ini jika ditulis pada kulit kibasy atau binatang-binatang korban yang disembelih pada hari raya korban dengan menggunakan dakwat ataupun pen orang-orang alim, kemudian dilipat tulisan tersebut dan dititikkan lilin supaya tidak dibasahi air. Bawalah ia kemana saja, insyaAllah menjadi pendinding dari segala bala dan gangguan jin dan manusia.

Khasiat Ayat 1-2:


  • Ayat ini jika dibaca 7 kali selepas solat, InsyaAllah ia akan dikasihi oleh manusia.

Disusun Oleh:
Ustaz Mohd Fadhil Bin Ariffin

Kitab Rujukan
1. Syeikh Mohd Fadil Ma'min, Na'tul Bidayat
2. Syeikh Ahmad Ad-Dairabi, Fathul Malik
3. Syeikh Haqqi Nazili, Khazinatul Asrar
4. Syeikh Al-Buni, Syamsul Maarif
5. Syeikh Abdullah Al-Yafii, Ad-Durrun Nazhim
6. Haji Nik Mahmud (Dato' Perdana Menteri Paduka Raja), Pati Rahsia
7. Al-Imam Al-Ghazali, At-Tibb Ar-Ruhani
8. Sidi Abu Al-Hasan As-Syazili, As-Sirrul Jalil
9. Fathur Rahmanir Rahim, Sidi Ahmad Ar-Rifai
10. Doa dan Zikir Rasulullah S.A.W - H. Furqan Ahmad Ansari
11. Sa'adatud Darain, Al-Arifbillah Syeikh Yusof An-Nabhani

15 October 2012

Fadhilat Dan Khasiat SURAH AD-DUKHAAN

Diriwayatkan daripada Saidina Abi Hurairaih r.a, Rasulullah s.a.w bersabda:


"Barangsiapa membaca Surah Haa Mim Ad-Dukhan pada malam hari, keesokan paginya seramai 70,000 para malaikat akan meminta ampun baginya."


Sabda Rasulullah s.a.w:
"Surah Ad-Dukhan digelar disisi Allah sebagai Al-Mubarakah (yang diberkati). Allah ta'ala dan para malaikat akan memberkati orang-orang yang membaca surah yang mulia ini"
  • Barangsiapa yang menulis surah ini, kemudian dibawa kemana-mana sahaja, InsyaAllah aman dari segala gangguan jin dan manusia. Kemana sahaja ia pergi akan disanjung mulia oleh manusia. Boleh juga dibaca, jika susah untuk menulis.
Khasiat ayat 1-8:








  • Supaya ditunaikan segala hajat atau untuk membinasakan musuh, bacalah ayat ini bermula pada malam pertama bulan Syaaban sebanyak 15 kali sehinggalah pada malam 14 Syaaban. Pada malam 14 Syaaban bacalah sebanyak 30 kali. Setiap kali selepas bacaan tersebut, berzikirlah menyebut Allah dan berselawat, kemudian berdoalah apa-apa hajatnya InsyaAllah, berhasil.

Khasiat Ayat 12:

  • Apabila Seseorang ditimpa bala atau perkara-perkara yang tidak diingini, bacalah ayat ini sebanyak mungkin dengan penuh khusyu' dan ikhlas. InsyaAllah segalanya selamat.

Khasiat Ayat 51-59:









  • Tulis ayat ini pada kertas putih dengan za'faran, misk (kasturi), air mawar dan kapur. Ditulis selepas solat asar, kemudian dijadikan azimat, diletakkan dalam poket bajunya. InsyaAllah siapa sahaja yang berhujah dengannya akan kalah dan segala musuhnya akan takut padanya.
Disusun
Ustaz Mohd Fadhil Bin Ariffin

Kitab Rujukan
1. Syeikh Mohd Fadil Ma'min, Na'tul Bidayat
2. Syeikh Ahmad Ad-Dairabi, Fathul Malik
3. Syeikh Haqqi Nazili, Khazinatul Asrar
4. Syeikh Al-Buni, Syamsul Maarif
5. Syeikh Abdullah Al-Yafii, Ad-Durrun Nazhim
6. Haji Nik Mahmud (Dato' Perdana Menteri Paduka Raja), Pati Rahsia
7. Al-Imam Al-Ghazali, At-Tibb Ar-Ruhani
8. Sidi Abu Al-Hasan As-Syazili, As-Sirrul Jalil
9. Fathur Rahmanir Rahim, Sidi Ahmad Ar-Rifai
10. Doa dan Zikir Rasulullah S.A.W - H. Furqan Ahmad Ansari
11. Sa'adatud Darain, Al-Arifbillah Syeikh Yusof An-Nabhani

09 October 2012

Fadhilat Dan Khasiat SURAH YASIIN


Sabda Rasulullah s.a.w:
"Setiap sesuatu itu mempunyai hati dan hati Al-Quran itu ialah surah Yasiin. Sesiapa membacanya, dituliskan baginya pahala sebanyak sepuluh kali membaca Al-Quran"

Sabda Rasulullah s.a.w:
"Sesiapa sentiasa membaca surah Yasiin sehingga menjadi kebiasaanya wiridnya pada tiap-tiap malam hingga sampai ajalnya, nescaya beroleh mati syahid"

Sabda Rasulullah s.a.w:
"Sesiapa membaca surah Yasiin dengan niat bersungguh-sungguh kerana Allah, nescaya diampunkan dosanya oleh Allah dan dikurniakan kepadanya pahala berlipat ganda seperti membaca Al-Quran dua puluh kali khatam"

Sabda Rasulullah s.a.w:
"Sesiapa membaca surah Yasiin kerana Allah pada mana-mana malam, nescaya diampunkan dosa-dosanya. Bacakanlah surah Yasiin pada orang-orang yang telah mati diantara kamu (orang-orang Islam)"

Sabda Rasulullah s.a.w:
"Bacalah oleh kamu surah Yasiin kerana didalamnya terdapat dua puluh keberkatan; jika dibaca oleh orang yang lapar, nescaya jadi kenyang. Jika dibaca oleh orang yang tidak mempunyai pakaian bagi menutup auratnya, nescaya mendapat pakaian. Jika dibaca oleh orang bujang, nescaya direzekikan Isteri. Jika dibaca oleh orang yang takut, nescaya hilang ketakutannya. Jika dibaca oleh orang yang ditahan atau dikurung, nescaya terlepas. Jika dibaca oleh orang yang musafir, nescaya mendapat pertolongan di dalam perjalanannya. Jika dibaca oleh orang yang kehilangan harta bendanya, nescaya dapat kembali hartanya yang hilang. Jika dibaca disisi mayat atau orang yang hampir mati, dimudahkan keluar roh dan diringankan azab baginya. Jika dibaca oleh orang yang dahaga, nescaya hilang dahaganya. Jika dibaca oleh orang yang sakit, sembuh dari penyakitnya"

Sabda Rasulullah s.a.w:
"Sesiapa membaca surah Yasiin pada mana-mana waktu, nescaya terpelihara dirinya dari dosa pada hari itu"

Sabda Rasulullah s.a.w:
"Terdapat di dalam Al-Quran satu surah, namanya surah Yasiin. Surah itu memberi syafaat bagi para pembacanya dan meminta ampun bagi para pendengarnya"

  • Sesiapa menulis surah Yasiin dan diminum airnya, nescaya masuk ke dalam rongganya seribu jenis ubat dan seribu cahaya (nur), seribu keberkatan dan seribu rahmat. Keluar dari dalamnya sekelian penyakit dan sekelian kejahatan.
  • Barangsiapa menulis surah Yasiin sebanyak tujuh kali dengan air mawar bercampur za'faraan pada satu bekas yang suci, kemudian dipadamkan dengan air yang suci. Minumlah air ini selama tujuh pagi berturut-turut, nescaya diberi kepadanya daya ingatan yang kuat, mendapat kemenangan dan kesukaan serta ditinggikan pangkatnya.

  • Jika ditulis surah ini sekali dengan kasturi yang bercampur za'faraan, kemudian dipadamkan tulisan itu dengan air yang suci, diberi mimum kepada perempuan yang menyusukan anak. InsyaAllah anak itu akan mendapat susu yang mengeyangkan dan menjadi penawar baginya. Air Yasiin ini juga jika diminum oleh para pelajar dapat menjadikannya seorang yang kuat daya ingatan dan dikurniakan kecerdikan yang luar biasa.
  • Supaya ditunaikan apa yang dihajati, bacalah surah Yasiin sebanyak 7,21 atau 41 kali. InsyaAllah berhasil.

Khasiat ayat 9:

  • Kegunaan ayat ini ialah untuk menolak kejahatan musuh dan supaya mereka terkepung. Bacalah ayat ini beberapa kali pada segenggam tanah atau pasir, kemudian dihamburkan ke arah mereka.


Khasiat ayat 12:

  • Kegunaan ayat ini ialah untuk menyuburkan tanaman, menghilangkan sifat pelupa dan menambahkan kecerdikan.Tuliskan ayat ini pada bekas yang suci, kemudian dihapuskan dengan air yang suci. Renjiskan air ini kepada tanaman selama tiga hari bagi menyuburkannya. Bagi menambahkan kecerdikan dan untuk menghilangkan sifat pelupa, minumlah air ini selama tujuh pagi berturut-turut.

Khasiat ayat 29

Bacalah ayat ini sambil mengadap kearah kiblat apabila berjumpa musuh. InsyaAllah selamat.

Khasiat ayat 33

Tulis ayat ini dengan menggunakan kasturi, za'faraan yang dicampur dengan air masin (air laut), kemudian hapuskan tulisan ini dengan air hujan. Renjiskan air ini pada tanaman, InsyaAllah berkat dan subur.

Khasiat ayat 53

Kegunaan ayat ini aialah untuk menghadirkan khadam jin atau malaikat.

Khasiat ayat 58

  • Bacalah ayat ini sebanyak 1479 kali untuk menunaikan segala hajatnya atau menolak bala. InsyaAllah berhasil.
  • Jika ditulis ayat ini sebanyak 5 kali pada sehelai kertas, kemudian dibawa bersama-sama ketika bermusafir, InsyaAllah terpelihara dari kecurian, kesusahan dan segala perkara yang tidak diingini.
  • Bacalah ayat ini sebanyak 28 kali ketika menular wabak taur, SARS dan sebagainya. InsyaAllah selamat.

Khasiat ayat 78-79


Bacalah ayat ini pada minyak yang suci sebanyak 40 kali. Kemudian diurut dengannya atau dilumurkan pada tempat yang patah, terseliuh, sengal-sengal dan sebagainya. InsyaAllah 'afiat.



Disusun
Ustaz Mohd Fadhil Bin Ariffin

Kitab Rujukan
1. Syeikh Mohd Fadil Ma'min, Na'tul Bidayat
2. Syeikh Ahmad Ad-Dairabi, Fathul Malik
3. Syeikh Haqqi Nazili, Khazinatul Asrar
4. Syeikh Al-Buni, Syamsul Maarif
5. Syeikh Abdullah Al-Yafii, Ad-Durrun Nazhim
6. Haji Nik Mahmud (Dato' Perdana Menteri Paduka Raja), Pati Rahsia
7. Al-Imam Al-Ghazali, At-Tibb Ar-Ruhani
8. Sidi Abu Al-Hasan As-Syazili, As-Sirrul Jalil
9. Fathur Rahmanir Rahim, Sidi Ahmad Ar-Rifai
10. Doa dan Zikir Rasulullah S.A.W - H. Furqan Ahmad Ansari
11. Sa'adatud Darain, Al-Arifbillah Syeikh Yusof An-Nabhani

08 October 2012

Fadhilat Dan Khasiat SURAH AL-INSAN



Sabda Rasulullah S.A.W.

"Barangsiapa membaca surah Al-Insan (dengan penuh ikhlas dan khusyu'), maka balasannya ialah syurga Harir"

  • Surah ini jika dibaca selalu, dapat menenangkan hati dan menguatkan jiwa.
  • Jika ditulis surah ini, kemudian dihapuskan dengan air yang suci. Berilah air ini kepada mereka yang tidak pandai atau susah untuk membaca, InsyaAllah, dipermudahkan oleh Allah
  • Surah ini jika ditulis pada kulit kibasy atau binatang-binatang korban yang disembelih pada hariraya korban dengan menggunakan dakwat atau pen orang-orang alim, kemudian dilipat tulisan tersebut dan dititikkan lilin supaya tidak dibasahi air. Bawalah ia kemana saja, insyaAllah menjadi pendinding dari segala bala dan gangguan jin dan manusia.
Khasiat Ayat 1 -2:

Ayat ini jika dibaca 7 kali setiap lepas solat, InsyaAllah ia akan dikasihi oleh manusia.

Disusun
Ustaz Mohd Fadhil Bin Ariffin

Kitab Rujukan
1. Syeikh Mohd Fadil Ma'min, Na'tul Bidayat
2. Syeikh Ahmad Ad-Dairabi, Fathul Malik
3. Syeikh Haqqi Nazili, Khazinatul Asrar
4. Syeikh Al-Buni, Syamsul Maarif
5. Syeikh Abdullah Al-Yafii, Ad-Durrun Nazhim
6. Haji Nik Mahmud (Dato' Perdana Menteri Paduka Raja), Pati Rahsia
7. Al-Imam Al-Ghazali, At-Tibb Ar-Ruhani
8. Sidi Abu Al-Hasan As-Syazili, As-Sirrul Jalil
9. Fathur Rahmanir Rahim, Sidi Ahmad Ar-Rifai
10. Doa dan Zikir Rasulullah S.A.W - H. Furqan Ahmad Ansari
11. Sa'adatud Darain, Al-Arifbillah Syeikh Yusof An-Nabhani



01 October 2012

Fadhilat Dan Khasiat SURAH AL-WAQIAH


Surah Al-Waqiah adalah surah yang ke -56 di dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. Dinamakan Al-Waqiah kerana diambil dari lafaz Al-Waqiah yang terdapat pada ayat pertama surah ini, yang ertinya kiamat.

Di dalam surah Al-Waqiah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan juga penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah SWT dan adanya hari berbangkit.

Al-Waqiah Surah Kekayaan
Surah Al-Waqiah memang terkenal dengan beberapa khasiatnya dan kelebihan tersendiri dan hadis mengenainya adalah sahih.

1.   Dengan mewiridkan surah Al-Waqiah sebagai bacaan rutin setiap hari dan malam, maka Allah menjauhkan kefakiran selamanya. Sa’ad Al Mufti mengatakan, bahawa hadis ini sahih.

Rasulullah SAW bersabda:
Man qara’a suratal-Waqi’ati lam yaftaqir abada.
“Sesiapa (membiasakan) membaca surah Al-Waqiah, maka ia tidak akan kefakiran selamanya.”

2.   Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”

3.   Daripada Ibnu Mas’ud r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah setiap malam, maka dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya.” (HR: Al- Baihaqi)

4. Rasulullah SAW bersabda: “Ajarkanlah surah Al-Waqiah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)

5. Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang membaca surah Al-Waqiah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”

Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya: “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”

Khasiat Surah Al-Waqiah
Di dalam surah Al-Waqiah terkandung beberapa fadhilat dan khasiat, antara lain:

1. Mereka yang membacanya sebagai wirid, Insya’Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya.

2. Bila orang membiasakan membaca surah ini setiap malam satu kali, maka dia
dijauhkan dari kemiskinan selamanya.

3. Mereka yang membacanya sebanyak 14 X setiap lepas Solat Asar, Insya’Allah akan dikurniakan dengan kekayaan dan rezeki yang berlimpah ruah.

4. Jika dibaca surah ini sebanyak 41 X dalam satu majlis, Insya’Allah ditunaikan segala hajatnya khususnya yang berkaitan dengan rezeki.

5. Menjadi orang kaya yang sentiasa bersyukur, amalkan membaca surah ini sebanyak 3 X selepas Solat Subuh dan 3 X selepas Solat Isyak. Insya’Allah tidak akan berlalu masa setahun itu melainkan ia akan dijadikan seorang yang hartawan lagi dermawan.

6. Amalan orang-orang sufi, supaya dilimpahkan rezeki; Insya’Allah berhasil:
Hendaklah berpuasa selama seminggu bermula pada hari Jumaat.
Selepas tiap solat fardhu bacalah Surah Al-Waqiah sebanyak 25 kali sehinggalah sampai pada malam Jumaat berikutnya.

Pada malam Jumaat berikutnya, selepas solat Maghrib bacalah Surah Al-Waqiah sebanyak 25 kali dan selepas solat Isyak sebanyak 125 kali.
Diikuti dengan selawat ke atas Nabi sebanyak 1000 kali.
Setelah selesai, hendaklah ia memperbanyakkan sedekah.
Kemudian amalkanlah Surah Al-Waqiah ini sekali pada waktu pagi dan petang.

7. Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi’ah, ayat 35-38 sebanyak 7 X. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita.

Makna Surah Al-Waqi’ah Ayat 35-38 ialah : “Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.”

8. Surah Al-Waqiah ini jika dibaca di sisi mayat atau orang yang sedang nazak, Insya’Allah di permudahkan untuk roh keluar dari jasadnya. Jika dibaca disisi orang sakit, diringankan kesakitannya. Jika di tulis, kemudian dipakaikan kepada orang yang hendak bersalin, Insya’Allah segera melahirkan dengan mudah. Boleh juga dibaca di sisi orang yang hendak bersalin sebagai selusuh.

Petua Kaya Syeikh Abi’l Abbas
Menurut As’Syeikh Abi’l Abbas katanya; Dengan mengamalkan seperti berikut, Insya’Allah, ia akan menjadi orang kaya.

1. Bila hendak mengamalkan surah Al- Waqiah ini, terlebih dahulu berpuasa selama 7 hari, di mulai pada hari Jumaat berakhir pada hari Khamis. Buka puasanya hanya makan sayur-sayuran / tumbuhan sahaja (tidak memakan sesuatu yang bernyawa seperti tidak makan ikan, daging, segala haiwan).

2. Dalam 7 hari itu, sesudah solat fardhu, membaca surah Al-Waqiah sebanyak 25 X. Apabila bacaan tersebut di mulai setelah solat fardhu Subuh pada hari Jumaat pertama, maka diakhirilah pembacaan Al-Waqi’ah itu pada setelah fardhu Isyak pada Jumaat berikutnya.

3. Pada malam Jumaat terakhir ini hendaklah membaca surah Al-Waqiah sebanyak 125 X, kemudian berselawat 1000 X.

Insya’Allah, dengan mengamalkan surah Al-Waqiah seperti yang diberitahu dalam hadis-hadis Nabi SAW, kita akan memperolehi rezki yang banyak, supaya kita dapat menolong dan membantu orang lain yang memerlukan bantuan dan memperbanyakkan lagi amal jariah kita supaya dapat dibawa ke sana nanti.

Bacalah surah Al-Waqiah ini dengan hati yang ikhlas memohon rezki dariNya. Jangan berniat untuk kaya di dunia yang sementara. Dalam niat kita dengan rezeki yang banyak kita dapat beribadat kepadaNya dan membuat amal jariah. Barulah Allah SWT memperkenankan doa-doa kita.

26 September 2012

Fadhilat Dan Khasiat Surah Al-Ikhlas

A. Pengenalan Dan Ringkasan Pada Surah Al-Ikhlas

SurahAl-Ikhlaṣ (الإخلاص‎) bererti Keikhlasan atau ‘Yang Ikhlas’ adalah surah at-Tauḥīd (التوحيد‎) (Monoteisme) yang merupakan Penyataan Ringkas Tauhid, Perisytiharan Kesempurnaan Allah SWT serta Ketulusan Agama. Surah Ikhlas meringkaskan dalam empat ayat tentang ketuhanan dan keesaan Allah SWT.

Surah Al-Ikhlaṣ terdiri daripada 4 ayat adalah surah ke-112 dalam Al-Quran. Al-Ikhlas bererti ‘Kesucian’ atau ‘Penulenan’ yang bermaksud untuk kekal suci dan setia atau keadaan membersihkan jiwa seseorang dari kepercayaan bukan-Islam, seperti paganisme, animisme dan kemusyrikan. Ini adalah satu-satunya surah dalam Al-Quran yang namanya tidak terdapat atau tidak mempunyai hubungan linguistik terhadap surah itu sendiri.

Ia juga dikenali sebagai Surah Pelindung. Surah ini adalah sebuah surah Makkiyah yang mengesahkan mengenai Bilal yang ketika diseksa oleh tuannya yang kejam, dia berulang kali mengatakan “Ahad! Ahad!” (Tunggal, merujuk kepada Allah SWT).


B. Sebab Diturunkan

Terdapat di dalam beberapa riwayat yang dibawakan oleh ahli tafsir bahawa asal mula surah ini diturunkan adalah kerana pernah orang musyrikin meminta kepada Rasulullah SAW: صف لنا ربك - ‘Shif lanaa rabbaka’ (Cuba jelaskan kepada kami apa macamnya Tuhanmu itu, emaskah dia atau tembaga atau loyangkah?).

Menurut hadis yang diriwayatkan oleh Termidzi daripada Ubay bin Ka’ab, memang ada orang musyrikin meminta kepada Nabi SAW supaya dihuraikannya nasab (keturunan atau sejarah) Tuhannya itu. Maka datanglah surah yang tegas ini tentang Tuhan.

Abu Su’ud berkata dalam tafsirnya: “Diulangi nama Allah sampai dua kali (ayat 1 dan ayat 2) dengan kejelasan bahawa Dia adalah Esa, Tunggal, Dia adalah pergantungan segala makhluk, supaya jelaslah bahawa yang tidak mempunyai kedua sifat pokok itu bukanlah Tuhan. Di ayat pertama ditegaskan KeesaanNya, untuk menjelaskan bersihNya Allah daripada berbilang dan bersusun, dan dengan menjelaskan bahawa Dialah pergantungan segala makhluk, jelaslah bahawa padaNya terkumpul segala sifat Kesempurnaan Dia tempat bergantung, tempat berlindung, bukan Dia yang mencari perlindungan kepada yang lain, Dia tetap ada dan kekal dalam kesempurnaanNya, tidak pernah berkurang. Dengan penegasan ‘Tidak beranak’, ditolaklah kepercayaan setengah manusia bahawa malaikat itu adalah anak Allah atau Isa Al-Masih adalah anak Allah. Tegasnya daripada Allah itu tidak ada timbul apa yang dinamai anak, kerana tidak ada sesuatu pun yang mendekati jenis Allah itu, untuk jadi jodoh dan ‘teman hidupnya’, yang daripada pergaulan berdua timbullah anak.”


C. Ayat dan Terjemahannya:

بسم الله الرحمن الرحيم
Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang.

قُلْهُوَاللَّهُأَحَدٌ١
Qul huwa Allahu ahad
1. Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa.

اللَّهُالصَّمَدُ٢
Allahus-samad
2. Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat.

لَمْيَلِدْوَلَمْيُولَدْ٣
Lam yalid walam yulad
3. Dia tiada beranak dan tidak juga diperanakkan.

وَلَمْيَكُنلَّهُكُفُوًاأَحَدٌ٤
Walam yakun lahu kufuwan ahad
4. Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.

D. Fadhilat Surah Al-Ikhlas

Surah Al-Ikhlas adalah di antara surah yang banyak fadhilatnya. Beberapa keutamaan dan khasiat surah al-Ikhlas antara lain :

1. Mengusir Iblis Dan Syaitan
Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada di dalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.

Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca ‘Bismillah’. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.
Membaca ketika memasuki rumah juga dapat menyingkirkan penghuni rumah dan jirannya daripada kefakiran dan kemiskinan.

* Nota – Berkenaan memberi salam kepada malaikat. Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

2. Sebahagian Al-Quran
Dari Imam Bukhari, diriwayatkan daripada Abu Sa’id al-Khudri; seseorang mendengar bacaan surah al-Ikhlas berulang-ulang di masjid. Pada keesokan paginya dia datang kepada Rasulullah SAW dan sampaikan perkara itu kepadanya kerana dia menyangka bacaan itu tidak lengkap. Rasullullah SAW bersabda, “Demi tangan yang memegang nyawaku, surah itu seperti sepertiga al Quran!”

Abu Hurairah r.a. Sabda Rasullullah SAW; “Sesungguhnya ganjaran Surah Al-Ikhlas satu pertiga Al Quranul Qariim.” (Di riwayatkan oleh Imam Bukhari)

Sabda Rasulullah SAW, “Sesiapa yang membaca surah Al-Ikhlas, maka seakan-akan dia telah membaca satu pertiga Al-Qur’an” (Hadith Riwayat Ahmad dan An Nasai).

Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda : “Sesiapa membaca ‘Qulhuallah (sehingga akhir ayat), maka seolah-olah dia telah membaca sepertiga Al-Qur’an”.

3. Khatam Al-Quran
Orang yang membaca surah Al-Ikhlas satu kali sama ganjarannya dengan memperoleh ganjaran membaca sepertiga Al-Quran. Jadi jika membaca surat Al-Ikhlas tiga kali mendapat ganjaran seperti membaca satu Al-Quran.
“Sesiapa yang membaca surah Al-Ikhlas tiga kali, maka seakan-akan dia telah membaca Al-Quran seluruhnya.” (Hadith Riwayat Al’ugaili dan Rajaa Al Ghanawy)

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: “Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur’an dalam jangka masa dua-tiga minit?” Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur’an dalam begitu cepat.
Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali.
Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali khatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.
Sabda Rasullullah SAW:Sesiapa membaca ‘Qul huwAllahu Ahad’ sebanyak 3 kali, dikurniakannya pahala seperti pahala orang yang membaca Al-Quran sekali khatam.

4. Pahala membacanya
Dari Ubay Ibn Ka’ab – Rasulullah SAW bersabda : “Sesiapa membaca Surah Al-Ikhlas satu kali, maka Allah SWT menganugerahkan kepadanya pahala seorang yang beriman kepada Allah SWT, MalaikatNya, Kitab-KitabNya dan Rasul-RasulNya, dan Dia menganugerahkan kepadanya dari pahala seperti pahala syuhada.”

Daripada Ibnu Abbas r.a., Rasulullah SAW telah bersabda: “Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat (masyrik ke maghrib). Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.”

Sambung Rasulullah SAW lagi : “Demi Allah yang jiwaku di tanganNya; Sesungguhnya ‘Qul Huwallahu Ahad’ itu tertulis di sayap malaikan Jibrail A.S., ‘Allahus Somad’ itu tertulis di sayap Mikail A.S., ‘Lam Yalid Walam Yuulad’ tertulis pada sayap Malaikat Izrail A.S. ‘Walam Yakullahu Kufwan Ahad’ tertulis pada sayap Israfil A.S.”

5. Penebus Diri
Membaca Al-Ikhlas 1000 kali, bermakna ia telah pun membeli dirinya kepada Allah Ta’ala.
“Sesiapa yang mampu membaca Al-Ikhlas seribu kali berarti ia telah menebus dirinya dari neraka.”

Diriwayatkan oleh Iman Bukhari, sabda Nabi Muhammad SAW: “Sesiapa membaca ‘Qul Huwa’llahu Ahad’ 100,000 kali, maka sesungguhnya ia telah menebus dirinya dari Allah, maka menyeru yang menyeru dari pihak Allah di langit dan di bumi. Kusaksikan bahawa sifulan itu telah menjadi pemendekaan Allah sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah, Sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari neraka’. Inilah yang dinamakan membaca Qulhua’llah ahad satu khatam iaitu 100,000 kali dengan diwiridkan seberapa ribu kesanggupan kita sehari.”


6. Diampuni Dosanya Oleh Allah SWT
Orang yang membaca surat al-ikhlas 50 kali maka memperoleh ganjaran dengan diampuni dosanya selama 50 tahun.
Rasullullah SAW bersabda : “Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas sebanyak seratus kali, maka Allah mengampuni 50 perbuatan dosa, selama ia menjauhi empat perkara; Penumpahan darah (melukai atau membunuh), perampasan harta, Perbuatan zina dan Minuman keras.”

“Sesiapa membiasakan setiap hari membaca surah Al-Ikhlas 200 kali, maka dicatat memperoleh seribu lima ratus kebaikan dan diampuni dosanya 50 tahun.”


7. Selamat Di Alam Barzakh
Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga.” Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).

Sabda Rasullullah SAW:Sesiapa membaca ‘Qul huwAllahu Ahad’ pada perkuburaan sebanyak 11 kali, kemudian dihadiahkan pahalanya kepada ahli kubur, nescahaya diberikan kepada si pembacanya pahala sebanyak bilangan ahli kubur di situ.”

8. Balasan Syurga
Dari Al-Muwatta’, diriwayatkan oleh Abu Hurairah; “Saya sedang berjalan dengan Rasulullah SAW lalu Baginda mendengar seseorang membaca surah al-Ikhlas. Baginda SAW berkata,“Wajiblah.” Saya bertanya kepadanya, “Apa ya Rasulullah?” Baginda SAW menjawab, “Syurga” (Wajiblah syurga bagi si pembaca itu).”

Rasululllah SAW bersabda: “Sesiapa membaca ‘Qul HuwAllahu Ahad’ (Surah Al-Ikhlas) sebanyak 11 kali, dikurniakannya satu mahligai indah di syurga.” (HR.Ahmad dan Muadz bin Anas).
Sabda Rasullullah SAW: “Sesiapa membaca ‘Qul HuwAllahu Ahad’ sebanyak 51 kali setiap hari, nescaya dibangunkan dari kuburnya terus ke syurga.”
Rasululllah SAW bersabda: “Sesiapa yang membaca 10 kali surah Al-Ikhlas siang dan malam; Maka Allah memberinya sebuah istana dalam syurga.” (HR: Imam Ahmad & Imam Adarimi.)

Sebuah kisah yang terjadi di zaman lampau bahawa seorang lelaki meninggal dunia. Alangkah sedihnya perasaan kedua ibu bapanya. Maka pada malam setelah anak itu dikebumikan, ayahnya bermimpi melihat anaknya diseksa di dalam neraka Jahannam. Malam ke2 si ayah bermimpi melihat anaknya sedang bersukaria di dalam syurga. Lalu si ayah bertanya dalam mimpi itu kepada anaknya: “Semalam aku melihat engkau di dalam neraka, mengapa malam ini engkau berada di dalam syurga pula?”
Jawab si anak: “Hari ini ada orang yang lalu dekat kuburku dan ia hadiahkan surah Al-Ikhlas 3x dan pahalanya dihadiahkan kepadaku. Itulah sebabnya ayah lihat saya berada di dalam syurga sekarang.”

Subhanallah, hanya sekadar surah yang begini pendek, dapat memberikan kegembiraan kepada si mati tadi. Maka eloklah kita sama2 amalkan supaya kita juga dipilih oleh Allah dalam apa jua perkara yang kita lakukan.

Diriwayatkan pula dari Ali bin Abi Talib, katanya, Rasululllah SAW bersabda: “Sesiapa yang membaca surah al-Ikhlas 10 kali selepas solat Subuh, maka ia tidak akan tergelincir sekalipun syaitan memperdayanya dengan sungguh-sungguh.”

9. Dipelihara Keselamatan
Rasululllah SAW bersabda: “Sesiapa yang membaca surah Al-Ikhlas sebelas kali setiap selesai solat Subuh maka dirinya akan dijaga dari perbuatan dosa selama sehari tersebut.”
Membaca surah Al-Ikhlas dan ‘Al- Mu’awwidzatain’ sebanyak 3 kali pada waktu Subuh dan Asar, InsyaAllah maka kita akan selamat dari marabahaya sehingga tiba Subuh dan Asar berikutnya.
Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa membaca surah Fatihah, Al-Ikhlas, Al-Falaq, dan An-Nas setiap satu sebanyak 7 kali selepas solat Jumaat, nescaya terpelihara dari perkara keji dan segala bala hinggalah ke Jumaat yang berikutnya.”

E. Khasiat Surah Al-Ikhlas

Hadis-hadis di atas menunjukkan betapa agungnya Surah Al-Ikhlas, kerana di dalam Surah Al-Ikhlas ini sepenuhnya menegaskan ‘Kemurnian’ atas ‘Keesaan’ Allah SWT.
Adapun khasiat-khasiat yang terkandung di dalamnya banyak sekali, di antaranya:

1. Tercapai Setiap Hajat
Bacalah Surah Al-Ikhlaṣ 1,000 kali selepas solat Subuh dan Maghrib, berdoalah minta apa yang dihajati, Allah akan mengabulkan semua yang dimaksudkan.

2. Penawar Penyakit
Apabila kita membaca Surah Al-Ikhlas 3 X selepas setiap solat fardu, kita mengubati diri kita sendiri. Daripada Abu Hurairah; Rasululllah SAW bersabda: “Surah Al Ikhlas adalah penawar segala penyakit (Rohani / Jasmani).” (HR: Ibnu Majah r.a.)

3. Menghindari Kesukaran
a. Jika dibaca 3 surah ini – Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas pagi dan petang, nescaya tidak mengalami apa-apa kesusahan.
b. Bacalah Surah Al-Ikhlas 3 X sebelum terbit matahari dan 3 X selepas terbenam matahari. Allah selamatkan dari segala kejahatan.

4. Menundukkan Orang Zalim
Bacalah Surah Al-Ikhlaṣ 1,000 kali selepas solat fardhu, kemudian bacalah doa berikut;
Sesungguhnya daku menguasakan roh surah ini, panas dan sejuk, kepada roh…. (sebutlah nama orang berkenaan) yang zalim itu.
InsyaAllah berhasil.

5. Dijauhkan Dari Ketamakan Orang Lain
a. Bacalah lafaz ‘YA SHAMAD’ 133 kali setiap hari secara. InsyaAllah, akan selamatlah kita dari maksud jahat orang-orang yang rakus lagi aniaya.
b. Bacalah lafal ‘YA SHAMAD’ 40 kali setiap hari. InsyaAllah selama hayat masih dikandung badan kita selalu selamat dari maksud jahat orang-orang yang rakus.

6. Mengurangkan Rasa Lapar dan Dahaga
Bagi menghindari perasaan lapar dan haus, terutama orang yang dalam bermusafir atau ditempat yang jauh dari keramaian dan sukar dapat air atau makanan, maka bacalah Surah Al-Ikhlas dan dikuti lafaz ‘YA SHAMAD’ sebanyak-sebanyaknya. InsyaAllah rasa payah, letih, dahaga dan lapar akan sirna dengan sendirinya, sehingga badan kuat untuk meneruskan tujuan.

7. Menghindarkan Dari Segala Bala Bencana.
Baca Surah Al-Ikhlas ini 1,000 kali pada waktu antara solat Maghrib dan Isyak. Berkat dari bacaan ini, InsyaAllah semua bala bencana dan mara bahaya akan terhindar.

8. Beroleh Kebaikan Dunia dan Akhirat
Bacalah Surah Al-Ikhlas selepas selesai solat fardhu sebagai amalan harian. InsyaAllah berkat surah Al-Ikhlas yang kita baca itu, kita akan mendapatkan kebaikan di dunia dan akhirat.

9. Terhindar Dari Fitnah Dan Siksa Kubur.
Bacalah Surah Al-Ikhlas pada orang yang sedang sakit. Seandainya orang sakit itu meninggal pada hari itu juga, maka InsyaAllah dia akan diselamatkan dari segala fitnah kubur.

10. Pelbagai Guna
Dawamkan 100 kali setiap hari sehabis solat Maghrib tanpa batas waktu… InsyaAllah banyak manfaatnya, antaranya adalah :
- sebagai benteng/pagar diri
- sebagai suplemen/vitamin lahir/batin (sehat jiwa raga jauh dari penyakit apapun)
- anti sihir/santau
- mahabbah
- murah rezeki
- perubatan
- membuka hijab
- perlindungan dari zina
- bersih dan sucikan hati kita.

Kita telah lihat betapa besarnya fadhilat dan kelebihan orang yang membaca Surah Al-Ikhlas ini. Khasiat yang telah disebut di atas cukup berguna untuk bekalan hidup, baik untuk suatu hajat atau untuk perisai badan agar sihat wal afiat dan terhindar dari sebarang gangguan. Hadiah yang begitu banyak dan pahala yang besar diberikan Allah SWT kepada mereka yang membiasakan membaca surah Al-Ikhlas secara istiqamah.

Namun begitu, kita tidak seharusnya hanya memikirkan ganjaran tersebut kerana ia merupakan kehendak Allah SWT bagi sesiapa sahaja yang dikehendakiNya. Dengan membaca Surah Al-Ikhlas adalah merupakan kecintaan kita kepada Al Quran dan sunnah Rasulullah SAW. Maka marilah kita mempraktik dan memperbanyakkan membaca surah ini secara konsisten.

Wallahu A’lam bishowab

06 March 2012

Fadhilat Surah As Sajdah

32. SURAH AS-SAJDAH (30 ayat) – ‘SUJUD’

DITURUNKAN DI MEKAH

Surah As-Sajdah adalah surah yang ke 32 di dalam Al Quran yang bererti Sujud dan diturunkan sesudah surah Al Mu'minuun. Ia menerangkan perihal orang-orang yang beriman, apabila mendengar ajaran kitab Allah lalu sujud sebagai bersyukur atas segala nikmat Allah SWT. Ia mengandungi ayat Sajdah iaitu ayat yang ke 15 yang disunatkan sujud Tilawah bagi seseorang yang sedang membacanya, samada ketika solat atau tidak.

POKOK-POKOK ISINYA:

1. KEIMANAN: Menyatakan bahwa Nabi Muhammad SAW itu benar-benar seorang rasul dan menjelaskan bahawa kepada musyrik Mekah belum pernah diutus seorang rasul pun sebelumnya; menegaskan bahwa Allah Maha Esa, bahwa Dia-lah yang menguasai alam semesta dan Dia-lah yang mengaturnya dengan aturan yang paling sempurna; menyatakan bahwa hari berbangkit benar-benar akan terjadi.

2. HUKUM HAKAM: Anjuran melakukan sembahyang malam (tahajjud dan witir).

3. LAIN-LAIN: Keterangan mengenai kejadian manusia di dalam rahim dan fasa-fasa yang dilaluinya sampai ia menjadi manusia; penjelasan bagaimana keadaan orang-orang mukmin di dunia dan nikmat serta pahala-pahala yang disediakan Allah SWT bagi mereka di akhirat; kehinaan yang menimpa orang-orang kafir di akhirat dan mereka pada waktu itu meminta supaya dikembalikan saja ke dunia untuk bertaubat dan berbuat kebaikan, tetapi keinginan ini ditolak; keingkaran kaum musyrik terhadap hari berbangkit dan mereka menganggap bahawa hal itu adalah mustahil.

FADILAT SURAH AS-SAJDAH:

Amalkan membaca Surah ini selalu atau sekurang-kurangnya setiap malam Jumaat.

Peringatan:-

Apabila sampai membaca pada Ayat 15 , disunatkan Sujud Tilawah.






Terjemahan:

"15. Hanyasanya yang beriman dengan keterangan-keterangan Kami, ialah orang-orang yang apabila diingatkan tentang keterangan-keterangan tersebut lalu mereka meniarap seraya sujud dan bertasbih dengan memuji Tuhan mereka, sedang mereka tidak berlaku sombong."

1. Melindungi pembacanya dari seksa kubur

2. Mendapat pahala yang besar seperti pahala mereka yang tetap solatnya pada malam Lailatul-Qadr.

3. Mendapat hidayah ilmu yang yakin

4. Dikurniakan cahaya (nur) pada dirinya semasa ia mati

5. Baca ayat 7-9 ke atas kanak-kanak yang baru lahir, nescaya dia akan terhindar dari segala penyakit rohani dan jasmani.












Terjemahan:

"7. Iaitu yang memperelokkan penciptaan segala sesuatu. Dan memulai menciptakan manusia itu daripada tanah.
8. Kemudian dijadikan-Nya keturunan manusia itu daripada pati air yang hina.
9. Kemudian dibentuk-Nya dan ditiupkan ke dalamnya sebahagian dari rohnya (Allah), dan dijadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, sedikit sekali kamu bersyukur."

Fadhilat Surah Al-Mulk


Fadhilat membaca surah Al-Mulk

SURAH Al Mulk (beerti Kuasa Pemerintahan) merupakan Surah yang ke-67 di dalam Al Quran, mengandungi 30 ayat. Di antara isi kandungannya ditegaskan tentang kekuasaan mutlak Allah s.w.t. iaitu menguasai pemerintahan dunia dan akhirat. Seluruh alam telah diciptakan-Nya begitu rapi tanpa sebarang cacat celanya. Di akhirat kelak, mereka yang kufur ingkar akan mendapat balasan azab yang amat buruk dan menggerunkan. Mereka yang mentaati Allah akan mendapat keampunan dan balasan yang sebaik-baiknya.

Terdapat banyak hadis Rasulullah s.a.w. yang menyatakan tentang fadhilat, faedah dan hikmah bagi mereka yang mengamalkan membaca surah Al-Mulk ini. Di antaranya diriwayatkan oleh Abu Daud, At Tarmizi, An Nasa’i dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah yang bermaksud:

“Sesungguhnya di dalam Al Quran terdapat tiga puluh ayat yang kandungannya akan memberi syafaat kepada orang yang membacanya sehingga ia akan mendapat keampunan dosanya iaitu Surah Al Mulk.”

Daripada Ibnu Abbas r.a., seseorang sahabat Rasulullah s.a.w. menceritakan ia telah mendirikan khemah di atas kubur yang beliau tidak ketahui. Dari kuburan itu beliau terdengar suara orang membaca surah Al-Mulk sehingga khatam; beliau lalu menemui baginda dan berkata: “Wahai Rasulullah, saya dirikan khemah di atas sebuah kubur yang saya tidak ketahui, saya mendengar seorang sedang membaca Surah Al Mulk sehingga khatam.”

Maka Nabi s.a.w. bersabda: “Itulah yang menahan (Al-Maa’inah) dan yang menyelamatkan (Al-Manjiah) dia dari siksa kubur.”

(HR At Tarmizi)

Daripada Jabir r.a., sesungguhnya Rasulullah s.a.w. tidak akan tidur sehingga baginda membaca surah Alif Lam Miim Al Sajdah dan Al Mulk.

(HR At Tarmizi)

Daripada Anas Ibnu Malik berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Satu surah di dalam Al Quran menghadiahkan kepada pembacanya sehingga memasukkannya ke dalam syurga iaitu Tabarak-al-llazhi.”(Surah Al-Mulk)

(HR At Tabrani)

An-Nasa’i juga meriwayatkan dari Ibnu Mas’ud bahawa Rasullullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang membaca Surah Al Mulk setiap malam maka Allah mencegahnya daripada azab kubur.”

Tentang surah ini ada satu riwayat yang lain menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Hatiku menghendaki supaya surah ini berada didalam setiap hati orang-orang yang beriman.”

Mengikut satu hadis, seseorang yang membaca dua surah iaitu Tabarak-al-lazhi dan Alif-Lam-Mim-Sajdah di antara sembahyang Maghrib dan Isya adalah seumpama sesorang yang berdiri sembahyang untuk sepanjang malam Lailatul-Qadar. Adalah diberitakan juga bahawa jika seseorang itu membaca dua surah ini, tujuh puluh kelebihan akan diperolehinya dan tujuh-puluh dosa-dosa akan dihapuskan. Mengikut riwayat yang lain, jika seseorang itu membaca dua surah ini, ganjaran pahalanya adalah menyamai orang yang berdiri sembahyang sepanjang malam ‘Lailatul-Qadar’. Ini juga telah disebutkan di dalam Mazahir.

Ta’us rahmatullah ‘alaih telah berkata: “Kedua-dua surah ini mendatangkan enam-puluh kelebihan-kelebihannya yang mengatasi daripada segala surah-surah.”

Siksaan di dalam kubur bukanlah satu perkara yang biasa. Setelah meninggal dunia, tingkat pertama seseorang itu mesti lalui ialah alam barzakh. Apabila Saidina Uthman r.a. berdiri diatas sebuah kubur, ia akan menangis dengan begitu sekali sehinggalah janggutnya dibasahi air-matanya. Seseorang telah bertanya kepadanya mengapakah menangis begitu rupa jika disebut kubur daripada disebutkan Syurga atau Neraka.

Ia menjawab, “Aku telah mendengar dari Rasulullah s.a.w. bahawa kuburlah tempat persinggahan yang pertama untuk menuju akhirat. Barangsiapa terselamat daripada azabnya , peristiwa-peristiwa selanjutnya akan mudah baginya. Dan sesiapa yang tidak selamat daripada azab di dalamnya, kepadanya peristiwa yang akan datang kelak menjadikan lebih sukar sekali. Dan daku juga mendengar bahawa tidak ada satu gambaran yang lebih menakutkan dan menggerunkan selain daripada apa yang ada didalam kubur.”

Ya Allah ! Selamatkanlah kami daripada azab-Mu dengan keampunan-Mu..

Fadhilat Al-Quran

Hadis 1
Hazrat ‘Uthman r.a. meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda,
“Yang terbaik di kalangan kamu ialah orang yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya”
(Hadis riwayat Bukhari, Abu Daud, Tirmizi, Nasai, dan Ibn Majah)

Hadis 2
Hazrat Abu Sa’id r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda,
“Allah Taala berfirman, “Jikalau sesiapa mendapati tidak ada masa untuk mengingatiku dan berdoa kepadaku kerana sibuk dengan al-quran maka aku akan mengurniakan kepadanya perkara yang terbaik yang Aku kurniakan kepada orang yang berdoa kepadaku. Ketinggian perkataan Allah Taala ke atas segala perkataan adalah seumpama ketinggian Allah Taala ke atas segala makhluk (ciptaanNya).”
(Hadis riwayat Tirmizi, Darimi, dan Baihaqi)

Hadis 3
Hazrat ‘Uqbah bin Amir RA berkata, “Rasulullah SAW datang kepada kami ketika kami sedang duduk di atas ’suffah’ dan bertanya,
“Siapakah antara kamu yang suka pergi ke pasar Buthan atau ‘Aqiq setiap hari dan membawa pulang dua ekor unta betina daripada jenis yang terbaik tanpa melakukan satu dosa pun atau memutuskan silaturrahim?”
Kami menjawab, “Setiap orang daripada kami akan menyukainya,”
Lalu Rasulullah SAW bersabda, “Apabila seseorang pergi ke masjid dan mengajar atau membaca dua potong ayat daripada al-quran adalah lebih baik baginya daripada dua ekor unta betina, tiga ayat adalah lebih baik baginya baginya daripada tiga ekor unta betina, dan begitu juga empat potong ayat adalah lebih baik baginya baginya daripada empat ekor unta betina dan mengikut bilangan ayat-ayat yang sama dengan bilangan unta jantan (al-ibil).”
(Hadis riwayat Muslim dan Abu Daud)

Hadis 4
Hazrat ‘Aishah r.anha meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda,
“Seseorang yang ahli dalam al-Quran akan berada bersama malaikat pencatat yang mulia dan jujur. Seseorang yang membaca al-Quran dengan tersekat-sekat dan bersusah payah untuk membacanya akan mendapat dua ganjaran,”
(Hadis riwayat Bukhari, Abu Daud, Tirmizi, dan Ibnu Majah)

Hadis 5
Hazrat ‘Abdullah bin ‘Umar r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda,
“Tidak dibenarkan sebarang hasad kecuali terhadap dua jenis orang. Sesorang yang Allah Taala telah merahmatinya dengan pembacaan al-Quran maka dia berada dalam keadaan demikian siang dan malam dan seseorang yang dikurniakan harta dan dia membelanjakan harta itu (di jalan Allah Taala) siang dan malam.”
(Hadis riwayat Bukhari, Tirmizi, dan Nasai)

Hadis 6
Hazrat Abu Musa r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda,
“Perumpamaan seseorang mukmin yang membaca al-Quran adalah seperti limau manis, berbau sedap dan rasa limau itu manis. Perumpamaan seseorang mukmin yang tidak membaca al-Quran adalah seperti buah tamar, sungguhpun tidak mempunyai bau namun berasa manis. Perumpamaan orang munafiq yang tidak membaca al-Quran adalah seumpama buah ‘peria pahit’, buah itu tidak mempunyai bau dan berasa pahit. Perumpamaan orang munafiq yang membaca al-Quran adalah seperti bunga ‘raihanah’, berbau harum, tetapi berasa pahit.”
(Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Nasai dan Ibnu Majah)

Hadis 7
Hazrat Umar r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda,
“Sesungguhnya Allah Taala memuliakan ramai orang melalui kitab ini (Al-Quran) dan menghinakan ramai orang dengannya.”
(Hadis riwayat Muslim)

Hadis 8
Hazrat ‘Abdul Rahman bin ‘Auf r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda,
“Tiga perkara akan berada di bawah naungan ‘Arasy Allah Taala pada hari kiamat. Pertama, al-Quran. Al-Quran akan berhujah dengan manusia dan Al-Quran ini mempunyai zahir dan batin. Kedua, amanah. Ketiga, tali persaudaraan (silatur-rahim) yang akan mengisytiharkan, “ketahuhilah, sesiapa yang menghubungkan daku maka Allah Taala akan menghubungkannya (dengan rahmatNya), sesiapa yang memutuskan daku maka Allah Taala akan memutuskannya (daripada rahmatNya).”
(Hadis diriwayatkan dalam kitab Sharhussunnah)

Hadis 9
Hazrat ‘Abdullah bin ‘Amr r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda,
“(Pada hari pengadilan kelak) akan dikatakan kepada orang al-Quran, “Bacalah al-Quran dengan tartil sebagaimana kamu telah membacanya di dunia dan naiklah (darjat demi darjat di dalam syurga). Sesungguhnya tempat (kedudukan) kamu adalah pada ayat terakhir yang kamu baca.”
(Hadis riwayat Ahmad, Tirmizi, Abu Daud, Nasai, Ibnu Majah dan Ibnu Hiban dalam sahihnya.)

Hadis 10
Hazrat ‘Abdullah bin Mas’ud r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda,
“Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah Taala maka untuknya diberi satu ‘hasanah’ (kebaikan) sebagai ganjaran bagi huruf itu dan satu hasanah adalah sama dengan sepuluh pahala. Aku tidak berkata (’Alif, lam, mim) sebagai satu huruf tetapi (alif) adalah satu huruf, (lam) adalah satu huruf dan (mim) adalah satu huruf.”
(Hadis riwayat Tirmizi)

Sumber/ Huraian hadith daripada kitab:
Fadhilat Al-Quran/ Fadhail A'mal

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More