12 September 2013

Doa Ketika Duka Dan Sedih




Dalam kehidupan seharian manusia, suka dan duka sememangnya datang silih berganti.  Kewujudan hati yang merasakan perasaan duka dan sedih sudah sememangnya norma yang bakal dan sedang dialami oleh semua insan yang bergelar manusia, yang silih bertukar ganti dengan wujudnya rasa gembira.  Sedang kita meraih  detik yang indah lagi gembira, ada insan yang berduka di garis waktu yang sama. Begitulah perwatakan kita sebagai manusia di alam yang fana ini.  Setiap permasalahan yang bertandang kadangkala apabila menemui kebuntuan dan gagal mendapatkan jalan keluar seringkali mengundang saat duka dan bersedih.

Sememangnya tidak dapat disangkal lagi dan ia sememangnya adalah realiti bahawa sifat berduka dan bersedih bakal menjatuhkan prestasi dan pencapaian diri seseorang itu jika ianya tidak ditangani dengan langkah yang bijak.  Namun begitu, menurut ajaran agama Islam yang mulia..setiap masalah yang tercipta ada langkah penyelesaiannya, setiap dugaan dan cabaran yang mendatang ada sebab-musababnya diturunkan kepada kita.  Sesungguhnya Allah s.w.t itu Maha Pengasih, Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani.  Allah itu Maha Mengetahui akan yang baik dan buruk untuk hamba-hambaNya.  Seiringan itu Allah juga tidak kejam sehingga mendatangkan kepada kita dugaan dan cubaan yang benar-benar di luar kemampuan sesorang hamba itu.

Wajarlah kita beranggapan dan menerima bahawa setiap dugaan dan duka yang menerjah kehidupan kita hasil daripada dosa dan kesilapan lalu yang telah kita lakukan.  Dugaan dan cabaran itu juga lah yang memberikan petanda bahawa Tuhan kita Allah s.w.t begitu menyayangi kita.  Sesungguhnya Tuhan kita menguji darjah ketabahan dan kesabaran kita dalam menjalani segala ujianNya.  Sememangnya kita adalah insan biasa yang tidak bisa menyaingi Penghulu kita Muhammad s.a.w yang sungguh mulia akhlaknya.  Sebagai umat baginda, marilah kita sama-sama menjadikan nabi Muhammad s.a.w sebagai contoh dan tokoh terulung di dalam kehidupan.  Sesungguhnya baginda merupakan pesuruh Allah yang menyampaikan ajaran dan agama Allah kepada hamba-hambaNya.  Marilah kita sama-sama mencuba untuk mengamalkan dan mempraktikkan doa-doa di bawah apabila kita diuji dengan dugaan yang mengundang duka dan sedih

Bacalah : Do’a Ketika Sedih 


اَللَّهُمَّ إِنِّيْ عَبْدُكَ، ابْنُ عَبْدِكَ، ابْنُ أَمَتِكَ، نَاصِيَتِيْ
بِيَدِكَ، مَاضٍ فِيَّ حُكْمُكَ، عَدْلٌ فِيَّ قَضَاؤُكَ
أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ، سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ، أَوْ أَنْزَلْتَهُ فِيْ كِتَابِكَ،
أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَدًا مِنْ خَلْقِكَ أَوِ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِيْ عِلْمِ الْغَيْبِ عِنْدَكَ،
أَنْ تَجْعَلَ الْقُرْآنَ رَبِيْعَ قَلْبِيْ، وَنُوْرَ صَدْرِيْ وَجَلاَءَ حُزْنِيْ وَذَهَابَ هَمِّيْ

“Ya Allah! Sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak hambaMu (Adam) dan anak hamba perempuanMu (Hawa). Ubun-ubunku di tanganMu, keputusan-Mu berlaku padaku, qadhaMu kepadaku adalah adil. Aku mohon kepadaMu dengan setiap nama (baik) yang telah Engkau gunakan untuk diriMu, yang Engkau turunkan dalam kitabMu, Engkau ajarkan kepada seseorang dari makhlukMu atau yang Engkau khususkan untuk diriMu dalam ilmu ghaib di sisiMu, hendaknya Engkau jadikan Al-Qur’an sebagai penenteram hatiku, cahaya di dadaku, pelenyap duka dan kesedihanku.”(HR. Ahmad 1/391. Menurut pendapat Al-Albani, hadits tersebut adalah sahih).

للَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحُزْنِ، وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ
وَالْبُخْلِ وَالْجُبْنِ، وَضَلَعِ الدَّيْنِ وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ


“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari (hal yang) menyedihkan dan menyusahkan, lemah dan malas, bakhil dan penakut, lilitan hutang dan penindasan orang.”(HR. Al-Bukhari 7/158. Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam senantiasa membaca doa ini, lihat kitab Fathul Baari 11/173)



اَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ الْعَظِيْمُ الْحَلِيْمُ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيْمُ
لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَرَبُّ اْلأَرْضِ وَرَبُّ الْعَرْشِ الْكَرِيْمُ

“Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah Yang Maha Agung dan Maha Pengampun. Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Tuhan yang menguasai arasy, yang Maha Agung. Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Tuhan yang menguasai langit dan bumi. Tuhan Yang menguasai arasy, lagi Maha Mulia.” (HR. Al-Bukhari 7/154, Muslim 4/2092)


اَللَّهُمَّ رَحْمَتَكَ أَرْجُو فَلاَ تَكِلْنِيْ إِلَى نَفْسِيْ طَرْفَةَ عَيْنٍ،
وَأَصْلِحْ لِيْ شَأْنِيْ كُلَّهُ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ

“Ya Allah! Aku mengharapkan (mendapat) rahmatMu, oleh karena itu, jangan Engkau biarkan diriku sekejap mata (tanpa pertolongan atau rahmat dariMu). Perbaikilah seluruh urusanku, tiada Tuhan yang berhak disembah selain Engkau.”
(HR. Abu Dawud 4/324, Ahmad 5/42. Menurut pendapat Al-Albani, hadits di atas adalah hasan dalam Shahih Abu Dawud 3/959)

لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّيْ كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِيْنَ

“Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Engkau. Maha Suci Engkau.
Sesungguhnya aku tergolong orang-orang yang zhalim.”
(HR. At-Tirmidzi 5/529 dan Al-Hakim. Menurut pendapatnya yang disetujui oleh Adz-Dzahabi: Hadits ini shahih 1/505, lihat Shahih At-Tirmidzi 3/16









0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More