Tawakal dan Berserah diri pada Allah
Allah akan mencukupkan segala keperluannya. Barangsiapa berpegang teguh dengan agama Allah, nescaya Allah akan menyelamatkannya. Barangsiapa menyerahkan segala urusannya kepada Allah, nescaya Allah akan memberinya petunjuk.
Solat Wajib Berjemaah..27x Pahala..
Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a. katanya, Sesungguhnya Rasulullah bersabda, Sembahyang berjemaah itu lebih baik dari mendirikan sembahyang secara bersendirian sebanyak dua puluh tujuh darjat iaitu ganjaran ;. (H.R. Bukhari dan Muslim)
Taqwa Adalah Kemulian, Mati Suatu Kepastian
Sabda Baginda lagi: Maksudnya: “Hendaklah kamu bertaqwa di mana sahaja kamu berada. Ikutilah setiap kejahatan (yang kamu lakukan) dengan kebaikan, moga-moga kebaikan itu akan menghapuskan kejahatan. Bergaullah dengan manusia dengan akhlak yang baik.” (Riwayat At Termizi dan Ahmad).
Allah Tambah Nikmat Jika Bersyukur
Orang yang bersyukur kepada Allah akan memperbanyakkan ucapan syukur dan terima kasih kepadaNya. Mereka akan mengerjakan ketaatan kepada Allah dan akan membesarkan nikmat sekalipun nikmat itu kecil
Sudah Solat?. Sesungguhnya Mati Itu Pasti
Sembahyang adalah amalan pertama yang dihisab oleh Allah pada akhirat nanti Dan ingatlah mati, sesungguhnya malaikat maut menjenguk kamu 70 kali sehari semalam 24 jam.
Ucapan Kalimat Thayyibah Seorang Muslim
Kalimat thayyibah yang termasuk ke dalam amalan yang baik dan mampu membentuk pribadi sorang muslim yang selalu ingat dan berhubungan dengan Allah SWT. Dalam kehidupan sehari-hari alangkah baiknya membentuk budaya biasa mengucapkannya
16 April 2014
Pengumuman: Ceramah Agama Islam April 2014
26 March 2014
Pengumuman: Ceramah Agama Bulan Mac 2014
14 February 2014
Pengumuman: Ceramah Agama Bulan Februari 2014
Tajuk: Amanat Rasulullah SAW Tentang RIBA
Tarikh: 19 Februari 2014
Masa: 11:30am-1:00pm
Tempat: Dewan Merak Kayangan
Biodata Penceramah:
PENDIDIKAN
1. Sedang melanjutkan pelajaran diperingkat Doktor Falsafah di dalam bidang Kewangan Islam di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.
2. Sarjana Undang-Undang Perbandingan (Kewangan Islam), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA).
3. Sarjana Muda Undang-Undang (Sivil dan Syariah), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA).
PENGALAMAN KERJA
1. Ketua Jabatan Syariah, merangkap setiausaha, Jawatankuasa Syariah, Bank Muamalat Malaysia Berhad.
2. Ahli Jawatankuasa Pengurusan Bersama (JMC) Wakaf Selangor Muamalat
3. Penceramah Dalaman (In-House Trainer) Kursus dan Program Syariah, Bank Muamalat Malaysia Berhad.
4. Bekas Penceramah (Trainer) Program ‘Celestial Management”, Celestial Management International (CMI), Jakarta, Indonesia.
5. Penceramah Radio IKIM.FM bagi Program tajaan Bank Muamalat Malaysia Berhad.
6. Penceramah Slot Tazkirah tajaan Bank Muamalat Malaysia Berhad sepanjang bulan Ramadhan 1430H , 1431H, 1432H & 1433H di TV3
7. Panel Program Forum Perdana Hal Ehwal Islam di TV1 dengan kerjasama JAKIM & RTM
04 February 2014
Pengumuman: Jadual Kuliah Zohor Februari 2014
Assalamualaikum w.b.t
Jadual Kuliah Zohor untuk bulan Februari 2014 untuk makluman muslimin dan muslimat.
Segarkan jiwa anda dengan mendengar kuliah/ceramah agama. Jiwa setiap manusia sangat memerlukan makanan rohani dan jasmani. Makanan rohani adalah amal ibadat yang kita lakukan pada setiap hari manakala makanan jasmani adalah makanan yang kita makan pada setiap hari. Kedua-duanya amat kita perlukan dalam kehidupan ini bagi mencari keredhaan Allah SWT disamping dapat mengekalkan kesihatan diri kita.
Manusia telah diutuskan/dihantar ke dunia ini untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT. Manusia telah diberikan akal bagi membezakan baik atau buruk sesuatu perkara. Pada masa yang sama Allah SWT mengutuskan nabi-nabi dan rasul-rasul untuk memberi petunjuk kepada manusia supaya beriman kepada Allah SWT. Allah SWT telah memilih wakil dari kalangan manusia sendiri untuk melantik nabi dan rasul.
Peranan yang dimainkan oleh nabi-nabi dan rasul-rasul menjadi sumber/asbab hidayah untuk manusia beriman kepada Allah SWT. Melalui perantaraan nabi dan rasul Allah SWT menurunkan kitab-kitab untuk menjadi panduan/ikutan kepada manusia. Seramai 25 orang dikalangan nabi-nabi telah dilantik oleh Allah SWT sebagai Rasul. Rasul yang terakhir yang diutus adalah Nabi Muhammad SAW.
Baginda adalah Rasul untuk umat akhir zaman. Adakah kita umat akhir zaman? Jawapannya adalah ya, sudah tentu!! Allah SWT telah menurunkan Al-Quran melalui perantaraan Nabi Muhammad SAW. Semasa hayat Baginda, Baginda telah menjalankan dakwah menyeru semua umat manusia supaya beriman kepada Allah SWT. Baginda telah membuat pengorbanan yang sangat hebat untuk menyebarkan agama Islam.
Dengan asbab pengorbanan tersebut Islam telah tersebar ke seluruh dunia sehingga ke hari ini. Ikuti siri kuliah/ceramah agama buat tatapan kita semua. Semoga dengan siri kuliah yang disediakan disini sedikit sebanyak dapat memberikan satu sumber hidayah untuk kita sama-sama meningkatkan keimanan kepada Allah SWT.
16 January 2014
Pengumuman: Kalendar Musolla 2014
Buat julung kalinya Musolla Balai Felda mengeluarkan Kalendar Musolla Balai Felda 2014, Sila berjumpa dengan HR Syarikat masing-masing untuk mendapatkannya. Stok adalah terhad...
Pengumuman: Ceramah Maulidur Rasul 1435
Musolla Balai Felda akan menganjurkan Ceramah Maulidur Rasul pada 22hb Januari 2014 bertempat di Dewan Merak Kayangan.
Aturcara majlis adalah bermula pada 11 pagi dengan Qasidah dan Selawat oleh Kumpulan Nurul Musthofa diikuti oleh Ceramah Maulidur Rasul oleh Ustaz Halim Din. Program dijangka tamat pada 1 tengahari.
07 January 2014
Jadual Kuliah Zohor Januari 2014
Assalamualaikum w.b.t
Jadual Kuliah Zohor untuk bulan Januari 2014 untuk makluman muslimin dan muslimat.
Segarkan jiwa anda dengan mendengar kuliah/ceramah agama. Jiwa setiap manusia sangat memerlukan makanan rohani dan jasmani. Makanan rohani adalah amal ibadat yang kita lakukan pada setiap hari manakala makanan jasmani adalah makanan yang kita makan pada setiap hari. Kedua-duanya amat kita perlukan dalam kehidupan ini bagi mencari keredhaan Allah SWT disamping dapat mengekalkan kesihatan diri kita.
Manusia telah diutuskan/dihantar ke dunia ini untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT. Manusia telah diberikan akal bagi membezakan baik atau buruk sesuatu perkara. Pada masa yang sama Allah SWT mengutuskan nabi-nabi dan rasul-rasul untuk memberi petunjuk kepada manusia supaya beriman kepada Allah SWT. Allah SWT telah memilih wakil dari kalangan manusia sendiri untuk melantik nabi dan rasul.
Peranan yang dimainkan oleh nabi-nabi dan rasul-rasul menjadi sumber/asbab hidayah untuk manusia beriman kepada Allah SWT. Melalui perantaraan nabi dan rasul Allah SWT menurunkan kitab-kitab untuk menjadi panduan/ikutan kepada manusia. Seramai 25 orang dikalangan nabi-nabi telah dilantik oleh Allah SWT sebagai Rasul. Rasul yang terakhir yang diutus adalah Nabi Muhammad SAW.
Baginda adalah Rasul untuk umat akhir zaman. Adakah kita umat akhir zaman? Jawapannya adalah ya, sudah tentu!! Allah SWT telah menurunkan Al-Quran melalui perantaraan Nabi Muhammad SAW. Semasa hayat Baginda, Baginda telah menjalankan dakwah menyeru semua umat manusia supaya beriman kepada Allah SWT. Baginda telah membuat pengorbanan yang sangat hebat untuk menyebarkan agama Islam.
Dengan asbab pengorbanan tersebut Islam telah tersebar ke seluruh dunia sehingga ke hari ini. Ikuti siri kuliah/ceramah agama buat tatapan kita semua. Semoga dengan siri kuliah yang disediakan disini sedikit sebanyak dapat memberikan satu sumber hidayah untuk kita sama-sama meningkatkan keimanan kepada Allah SWT.
11 December 2013
Jadual Kuliah Zohor Disember 2013
Assalamualaikum w.b.t
Jadual Kuliah Zohor untuk bulan Disember 2013 untuk makluman muslimin dan muslimat.

04 October 2013
Pengumuman: Khatan Perdana 2013
02 October 2013
Jadual Kuliah Zohor Bulan Oktober 2013
Jadual Kuliah Zohor untuk bulan Oktober 2013 untuk makluman muslimin dan muslimat.

23 September 2013
Pengumuman: Ceramah Bulan September 2013
Assalamualaikum w.b.t
Musolla Balai Felda akan mengadakan Ceramah Agama Bulan September 2013 pada 25 September 2013 bermula dari 11:30 pagi hingga 1 tengahari dan bertempat di Dewan Merak Kayangan Balai Felda.
Tajuk: WAKAF: TALIAN HAYAT, TALIAN AKHIRAT
Penceramah: Ustaz Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri
Biodata Penceramah:
Anak jati Terengganu dan merupakan graduan dalam bidang Syariah dari Universiti Islam Madinah. Sewaktu berada di sana, beliau berpeluang bertalaqqi dengan ulama besar Madinah. Seterusnya beliau melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana (Master) di Syria disamping bertalaqqi dengan ulama di sana. Selain itu beliau juga mempunyai Ph.D daripada Universiti Sains Malaysia.
Ustaz Dr. Zulkifli pernah bertugas sebagai Pensyarah Kanan Fakulti Undang-Undang di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) serta Ahli Jawatankuasa Fatwa Terengganu dan Negeri Sembilan.
Beliau aktif dalm penulisan dan penterjemahan antaranya Syarah Kitab Hikam, A-Z Tasawwuf, Hadith Modal Insan, Terjemahan Al-Fiqh Al-Manhaji serta beberapa buku panduan hasil penerbitan Bank Muamalat Malaysia Berhad seperti Fatwa Zakat Kontemporari.
Beliau juga dinobatkan sebagai Tokoh Maulidur Rasul 1433H sempena sambutan Maulidu Rasul peringkat Wilayah Persekutuan.
13 September 2013
Pengumuman: Bacaan Yasin dan Solat Hajat Untuk Anak Petugas Menghadapai Peperiksaan PMR dan SPM
05 September 2013
Jadual Kuliah Zohor September 2013
Jadual Kuliah Zohor untuk bulan September 2013 untuk makluman muslimin dan muslimat.
Segarkan jiwa anda dengan mendengar kuliah/ceramah agama. Jiwa setiap manusia sangat memerlukan makanan rohani dan jasmani. Makanan rohani adalah amal ibadat yang kita lakukan pada setiap hari manakala makanan jasmani adalah makanan yang kita makan pada setiap hari. Kedua-duanya amat kita perlukan dalam kehidupan ini bagi mencari keredhaan Allah SWT disamping dapat mengekalkan kesihatan diri kita.
Manusia telah diutuskan/dihantar ke dunia ini untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT. Manusia telah diberikan akal bagi membezakan baik atau buruk sesuatu perkara. Pada masa yang sama Allah SWT mengutuskan nabi-nabi dan rasul-rasul untuk memberi petunjuk kepada manusia supaya beriman kepada Allah SWT. Allah SWT telah memilih wakil dari kalangan manusia sendiri untuk melantik nabi dan rasul.
Peranan yang dimainkan oleh nabi-nabi dan rasul-rasul menjadi sumber/asbab hidayah untuk manusia beriman kepada Allah SWT. Melalui perantaraan nabi dan rasul Allah SWT menurunkan kitab-kitab untuk menjadi panduan/ikutan kepada manusia. Seramai 25 orang dikalangan nabi-nabi telah dilantik oleh Allah SWT sebagai Rasul. Rasul yang terakhir yang diutus adalah Nabi Muhammad SAW.
Baginda adalah Rasul untuk umat akhir zaman. Adakah kita umat akhir zaman? Jawapannya adalah ya, sudah tentu!! Allah SWT telah menurunkan Al-Quran melalui perantaraan Nabi Muhammad SAW. Semasa hayat Baginda, Baginda telah menjalankan dakwah menyeru semua umat manusia supaya beriman kepada Allah SWT. Baginda telah membuat pengorbanan yang sangat hebat untuk menyebarkan agama Islam.
Dengan asbab pengorbanan tersebut Islam telah tersebar ke seluruh dunia sehingga ke hari ini. Ikuti siri kuliah/ceramah agama buat tatapan kita semua. Semoga dengan siri kuliah yang disediakan disini sedikit sebanyak dapat memberikan satu sumber hidayah untuk kita sama-sama meningkatkan keimanan kepada Allah SWT.
31 August 2013
Majlis Meraikan Bakal Haji 1434 Hijrah Dan Jamuan Hari Raya Musolla Balai Felda
Persembahan Nasyid dari Kumpulan As-Salam.
30 August 2013
Pengumuman: Majlis Qurban Perdana Kumpulan Felda 2013
Assalamualaikum w.b.t
Kumpulan Felda akan mengadakan Majlis Qurban Perdana 2013 pada 17 OPktober 2013 bermula dari jam 8:30pagi di Dewan Perdana Felda.
Harga 1 Bahagian Lembu adalah sebanyak RM450 dan ianya terhada kepada 6 ekor sahaja.
Tarikh Tutup Pendaftaran : 6 September 2013.
Pengumuman: Senarai Nama Bakal Haji 2013 Petugas Felda Dan Kumpulan Felda
02 August 2013
Pengumuman: Majlis Khatam Al-Quran 2013M/1434H
Musolla Balai Felda akan mengadakan Majlis Khatam Al-Quran untuk tahun 2013M/1434H pada 5 Ogos 2013 iaitu bersamaan hari isnin bertempat di Musolla Balai Felda. Waktu bermula dari pukul 1 tengahari hingga pukul 2 petang.
Muslimin dan Muslimat di jemput hadir untuk memeriahkan acara tersebut.
15 July 2013
Pengumuman : Talaqqi dan Musyafahah Al-Quran Bersama Sheikh Osama Mohammad Iqbal Pada 17 Julai 2013 Di Musolla Balai Felda
Untuk meningkat lagi mutu bacaan Al-Quran kita dan sempena di bulan Ramadhan yang penuh barakah ini, Musolla Balai Felda telah menjemput Sheikh Osama Mohammad Iqbal untuk mengajar Al-Quran secara Talaqqi dan Musyafahah kepada Jemaah Musolla Balai Felda
Diminta semua jemaah dapat meluangkan masa untuk hadir pada 17 Julai 2013 (waktu: Kuliah Zohor : 1:00pm - 2:00PM) untuk menghadiri Talaqqi dan Musyafahah Al-Quran bersama Sheikh Osama Mohammad Iqbal.
Biodata :
Nama: Sheikh Osama Mohammad Iqbal
Umur: 33 tahun
- Guru Al-Quran di Masjid Haram dan Imam di Masjid Muhriji, Ruseifah, Makkah.
- Ijazah Al-Quran dari Masjid Haram dan Masjid Nabawi
- Bacaaan Ijazah riwayat Hafs 'asim dan bersanad sehingga Rasulullah s.a.w. daripada
1. Dr. Sheikh Ali bin Abdul Rahman Al Huzaifi
2. Dr. Skeikh Muhammed Ayuob
3. Sheikh Abdel Rafes Bin Radwan
- BA dalam Hadith.
................
Talaqqi dari segi bahasa diambil daripada perkataan iaitu pelajar bersemuka atau berhadapan dengan guru. Musyafahah pula bermakna dari mulut ke mulut (pelajar belajar al-quran dengan memerhati gerak bibir guru untuk mendapatkan sebutan makhraj yang betul)
Pendekatan pengajaran al-Quran secara talaqqi dan musyafahah telah diamalkan sejak zaman Rasulullah saw lagi. Sejak dari zaman Rasulullah s.a.w. lagi, pembacaan al-Quran telah diwarisi secara penyampaian berhadapan guru dan murid dari mulut ke mulut bagi menepati bacaan yang telah diturunkan kepada Baginda s.a.w. secara Tartil (bertajwid) menepati firman Allah s.w.t.:
"Dan sesungguhnya Kamu (Muhammad) telah membaca Al-Quran itu daripada (Allah) Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui"(Surah An-Naml, ayat: 6)
"Dan Kami (Allah) telah bacakan (Al-Quran itu) kepada (Muhammad s.a.w.) secara Tartil (bertajwid)" (Surah Al-Furqan, ayat: 32)
Rasulullah s.a.w. pernah berpesan supaya pembacaan al-Quran itu diambil dan dipelajari dari 4 orang sahabat terkemuka dengan sabdanya:
"Ambillah bacaan al-Quran itu dari empat orang iaitu; Abdullah Ibnu Mas`ud, Salim, Mu`az bin Jabal dan Ubai bin Ka`ad" (Sahih Bukhari, Kitab fadhail amal, Bab al-Qurra min ashab al-nabiy)
Fatimah r.a. meriwayatkan sebuah hadith bahawa Rasulullah s.a.w. menceritakan kepadanya suatu rahsia yang maksudnya:
"Jibril membaca dan memperdengarkan al-Quran bersama Ku setiap setahun sekali, kemudian dua kali setahun, maka aku dapat merasakan kehadiran ajalKu"(Sahih Bukhari))
Al-quran juga yang merupakan kalamullah, sebaik-baiknya perlu dibaca dengan baik agar dapat memelihara keaslian bacaan tersebut sesuai dengan hadis yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah menyukai Al-Quran itu dibaca menepati sebagaimana ia diturunkan". (Hadis riwayat sahih Ibnu Khuzaimah).
Berdasarkan sumber-sumber dari al-Quran dan al-Sunnah di atas jelaslah menunjukkan kaedah talaqqi dan musyafahah telah diamalkan dalam pengajaran dan pembelajaran al-Quran sejak dari awal penurunan wahyu kepada Rasulullah s.a.w. lagi.
10 July 2013
UCAPAN RAMADHAN AL-MUBARAK
UCAPAN DARI SAHABAT HANDAI
Dari: Mohd Akmar Bin Dewa (FSSSB)
Ucapan: Assalamualaikum Sahabat semua.Tirai Syaaban telah berlabuh,
Lambaian Ramadhan sudah tiba,
Luhur hati ikhlaskan amalan ibadah.
Selamat menunaikan ibadah puasa
Dan Salam Ramadhan Al-Mubarak.
Memohon kemaafan dari hati yang
ikhlas atas kesalahan selama ini
Baik yang besar ataupun kecil.
Yang Nampak ataupun tak nampak
Dan kalau ada tersalah cakap atau menyakitkan hati Harap dimaafkan.
..................................................................................

Dari: Zuraidah Abd Rahim (Felda Marketing)
Ucapan: Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua warga Felda. Dikesempatan ini saya mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak dan Selamat Berbuka Puasa. Semoga Puasa tahun ini adalah yang terbaik dan penuh keberkatan kerana dibulan ini terdapatnya satu malam yang lebih baik dari seribu bulan.
..................................................................................

Ucapan: Assalamualaikum w.b.t."Satu tahun tidak terasa, Ramadhan telah kembali mengunjungi kita, Semoga apa yang dilakukan pada bulan Ramadhan ini menjadikan kebaikan. Marhaban yaa Ramadhan Mohon Maaf Lahir dan Batin
..................................................................................
Dari: Khazami Bakri (FESSB)Ucapan:
Bila hati saling terpaut rasa cinta terjalin indah
Bila salah dan Khilaf telah terjadi
Maka Mohon Maaf Lahir dan Batin atas kesalahan
“Marhaban Ya Ramadhan”
Selamat Menunaikan Ibadah Puasa
Semoga kita selalu diberkati dibulan yang penuh keperkatan
..................................................................................
Ucapan: Assalamualaikum w.b.t semua. Selamat berpuasa dan semoga segala usaha dan ibadah dapat keberkatan dari Ilahi.
..................................................................................
Dari: Shahrum (Felda Palm Industries)Ucapan: Assalamualaikum w.b.t sahabat2 lama dan baru. Selamat berpuasa kepada warga FPISB, Kelab Foto FPISB dan semua warga Felda. Ibadahlah dengan sepenuh hati semoga ianya diberkati Allah
..................................................................................
Dari: Saaya Yaakob(Felda Vegetable)
Ucapan: Assalamualaikum W.B.T. Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak. Semoga Ramadhan tahun ini diberkati oleh Allah dan kita semua dijadikan oleh Allah sebagai manusia yang benar-benar sabar dengan segala ujianNya.
..................................................................................
Dari: Marziyah Ismail (Malaysia Cocoa Manufacturing Sdn. Bhd)
Ucapan: Assalamualaikum w.b.t. Selamat Menjalani Ibadah Puasa buat semua teman-teman sepertugasan…Warga Felda Seluruhnya. Sungguh indah bulan ramadhan ini kerana bulan ini bulan yang indah dan bulan untuk mengerjakan kewajibannya untuk berpuasa. bulan yang terdapat suatu malam yang lebih baik dari malam seribu bulan iaitu malam lailatul qadar dan mengerjakan solat terawih dan membayar zakat fitrah.
..................................................................................
Dari: Hasnida Ishak (Felda Marketing)
Ucapan: Assalamualaikum, hai kawan-kawan semua. Selamat Berpuasa dan Jangan lupa solat terawih..................................................................................
Dari: Nasrannazli (Felda Prodata)
Ucapan: Assalamualaikum Tuan/Puan.. dikesempatan ini saya ucapkan selamat menyambut Bulan Ramadhan...semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, InsyaAllah...
..................................................................................
Dari: Fauzi Hj. Mustafa(Insurans Felda)
Ucapan: Assalamualaikum Sahabat semua. "Selamat Berpuasa". Semoga Ramadhan tahun ini mendapat keberkatan dari Allah. Moga kita semua selalu bertaubat dan berserah diri pada Allah. “Yang Lemah Itu Ada Pada Manusia Yang Betul Datangnya Daripada Allah”...
..................................................................................
Ucapan: Ahlan wahsalan Ya Ramadhan.. Mohon kemaafan di atas kekhilafan diri dalam setiap perbuatan pertuturan dan sebagainya..Salam Ramadhan.. ikhlas dari saya.
..................................................................................
Dari: Mohd Ramadhan
Ucapan: Assalamualaikum...Selamat Menyambut Ramadhan. Jadikanlah ibadah kali ini lebih baik, InsyaAllah.
..................................................................................
Dari: Mohd Armyuzairee Ayob (Felda Marketing, Palembang Indonesia)
Ucapan: andai benar ini Ramadhan terakhir buat saya, Saya pohonkan kemaafan di atas segala kesilapan & dosa-dosa yang lalu. Semoga Ramadhan tahun ini akan menjadi 'ibadah puasa YANG TERBAIK & YANG PALING IKHLAS yang pernah kita lakukan. Semoga 'ibadah puasa kita pada tahun ini juga akan diberkati & diterima oleh ALLAH s.w.t.. InsyaAllah.
03 July 2013
Pengumuman: Ceramah Bulan Julai 2013
Ceramah Agama Bulan Julai 2013 akan di adakan pada 8 Julai 2013. Ianya akan diadakan di MUSOLLA BALAI FELDA pukul 11:30am - 1: 00pm
Tajuk Ceramah adalah AMBANG RAMADHAN dan akan disampaikan oleh Penceramah Ustaz Meeftah Anuar.
Muslimin dan muslimat dijemput hadir