Tawakal dan Berserah diri pada Allah

Allah akan mencukupkan segala keperluannya. Barangsiapa berpegang teguh dengan agama Allah, nescaya Allah akan menyelamatkannya. Barangsiapa menyerahkan segala urusannya kepada Allah, nescaya Allah akan memberinya petunjuk.

Solat Wajib Berjemaah..27x Pahala..

Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a. katanya, Sesungguhnya Rasulullah bersabda, Sembahyang berjemaah itu lebih baik dari mendirikan sembahyang secara bersendirian sebanyak dua puluh tujuh darjat iaitu ganjaran ;. (H.R. Bukhari dan Muslim)

Taqwa Adalah Kemulian, Mati Suatu Kepastian

Sabda Baginda lagi: Maksudnya: “Hendaklah kamu bertaqwa di mana sahaja kamu berada. Ikutilah setiap kejahatan (yang kamu lakukan) dengan kebaikan, moga-moga kebaikan itu akan menghapuskan kejahatan. Bergaullah dengan manusia dengan akhlak yang baik.” (Riwayat At Termizi dan Ahmad).

Allah Tambah Nikmat Jika Bersyukur

Orang yang bersyukur kepada Allah akan memperbanyakkan ucapan syukur dan terima kasih kepadaNya. Mereka akan mengerjakan ketaatan kepada Allah dan akan membesarkan nikmat sekalipun nikmat itu kecil

Sudah Solat?. Sesungguhnya Mati Itu Pasti

Sembahyang adalah amalan pertama yang dihisab oleh Allah pada akhirat nanti Dan ingatlah mati, sesungguhnya malaikat maut menjenguk kamu 70 kali sehari semalam 24 jam.

Ucapan Kalimat Thayyibah Seorang Muslim

Kalimat thayyibah yang termasuk ke dalam amalan yang baik dan mampu membentuk pribadi sorang muslim yang selalu ingat dan berhubungan dengan Allah SWT. Dalam kehidupan sehari-hari alangkah baiknya membentuk budaya biasa mengucapkannya

Showing posts with label Poster. Show all posts
Showing posts with label Poster. Show all posts

04 February 2014

Pengumuman: Jadual Kuliah Zohor Februari 2014




Assalamualaikum w.b.t

Jadual Kuliah Zohor untuk bulan Februari 2014 untuk makluman muslimin dan muslimat.

Segarkan jiwa anda dengan mendengar kuliah/ceramah agama. Jiwa setiap manusia sangat memerlukan makanan rohani dan jasmani. Makanan rohani adalah amal ibadat yang kita lakukan pada setiap hari manakala makanan jasmani adalah makanan yang kita makan pada setiap hari. Kedua-duanya amat kita perlukan dalam kehidupan ini bagi mencari keredhaan Allah SWT disamping dapat mengekalkan kesihatan diri kita.

Manusia telah diutuskan/dihantar ke dunia ini untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT. Manusia telah diberikan akal bagi membezakan baik atau buruk sesuatu perkara. Pada masa yang sama Allah SWT mengutuskan nabi-nabi dan rasul-rasul untuk memberi petunjuk kepada manusia supaya beriman kepada Allah SWT. Allah SWT telah memilih wakil dari kalangan manusia sendiri untuk melantik nabi dan rasul.

Peranan yang dimainkan oleh nabi-nabi dan rasul-rasul menjadi sumber/asbab hidayah untuk manusia beriman kepada Allah SWT. Melalui perantaraan nabi dan rasul Allah SWT menurunkan kitab-kitab untuk menjadi panduan/ikutan kepada manusia. Seramai 25 orang dikalangan nabi-nabi telah dilantik oleh Allah SWT sebagai Rasul. Rasul yang terakhir yang diutus adalah Nabi Muhammad SAW.

Baginda adalah Rasul untuk umat akhir zaman. Adakah kita umat akhir zaman? Jawapannya adalah ya, sudah tentu!! Allah SWT telah menurunkan Al-Quran melalui perantaraan Nabi Muhammad SAW. Semasa hayat Baginda, Baginda telah menjalankan dakwah menyeru semua umat manusia supaya beriman kepada Allah SWT. Baginda telah membuat pengorbanan yang sangat hebat untuk menyebarkan agama Islam.

Dengan asbab pengorbanan tersebut Islam telah tersebar ke seluruh dunia sehingga ke hari ini. Ikuti siri kuliah/ceramah agama buat tatapan kita semua. Semoga dengan siri kuliah yang disediakan disini sedikit sebanyak dapat memberikan satu sumber hidayah untuk kita sama-sama meningkatkan keimanan kepada Allah SWT.

16 January 2014

Pengumuman: Ceramah Maulidur Rasul 1435

Asasalamualaikum w.b.t

Musolla Balai Felda akan menganjurkan Ceramah Maulidur Rasul pada 22hb Januari 2014 bertempat di Dewan Merak Kayangan.

Aturcara majlis adalah bermula pada 11 pagi dengan Qasidah dan Selawat oleh Kumpulan Nurul Musthofa diikuti oleh Ceramah Maulidur Rasul oleh Ustaz Halim Din. Program dijangka tamat pada 1 tengahari.



07 January 2014

Jadual Kuliah Zohor Januari 2014






Assalamualaikum w.b.t

Jadual Kuliah Zohor untuk bulan Januari 2014 untuk makluman muslimin dan muslimat.

Segarkan jiwa anda dengan mendengar kuliah/ceramah agama. Jiwa setiap manusia sangat memerlukan makanan rohani dan jasmani. Makanan rohani adalah amal ibadat yang kita lakukan pada setiap hari manakala makanan jasmani adalah makanan yang kita makan pada setiap hari. Kedua-duanya amat kita perlukan dalam kehidupan ini bagi mencari keredhaan Allah SWT disamping dapat mengekalkan kesihatan diri kita.

Manusia telah diutuskan/dihantar ke dunia ini untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT. Manusia telah diberikan akal bagi membezakan baik atau buruk sesuatu perkara. Pada masa yang sama Allah SWT mengutuskan nabi-nabi dan rasul-rasul untuk memberi petunjuk kepada manusia supaya beriman kepada Allah SWT. Allah SWT telah memilih wakil dari kalangan manusia sendiri untuk melantik nabi dan rasul.

Peranan yang dimainkan oleh nabi-nabi dan rasul-rasul menjadi sumber/asbab hidayah untuk manusia beriman kepada Allah SWT. Melalui perantaraan nabi dan rasul Allah SWT menurunkan kitab-kitab untuk menjadi panduan/ikutan kepada manusia. Seramai 25 orang dikalangan nabi-nabi telah dilantik oleh Allah SWT sebagai Rasul. Rasul yang terakhir yang diutus adalah Nabi Muhammad SAW.

Baginda adalah Rasul untuk umat akhir zaman. Adakah kita umat akhir zaman? Jawapannya adalah ya, sudah tentu!! Allah SWT telah menurunkan Al-Quran melalui perantaraan Nabi Muhammad SAW. Semasa hayat Baginda, Baginda telah menjalankan dakwah menyeru semua umat manusia supaya beriman kepada Allah SWT. Baginda telah membuat pengorbanan yang sangat hebat untuk menyebarkan agama Islam.

Dengan asbab pengorbanan tersebut Islam telah tersebar ke seluruh dunia sehingga ke hari ini. Ikuti siri kuliah/ceramah agama buat tatapan kita semua. Semoga dengan siri kuliah yang disediakan disini sedikit sebanyak dapat memberikan satu sumber hidayah untuk kita sama-sama meningkatkan keimanan kepada Allah SWT.

08 May 2013

Jadual Kuliah Zohor Mei 2013


Assalamualaikum w.b.t

Jadual kuliah zohor untuk bulan April 2013 untuk makluman semua jemaah Musolla Balai Felda.
Marilah kita semua mengimarahkan Musolla supaya kita mendapat ilmu dan diberkati oleh Allah.


08 February 2013

Pengumuman: Skuad Motosikal 1 Musolla (SM1M)




Mulai tahun 2013 pihak Musolla Balai Felda akan mengadakan Skuad Motosikal 1 Musolla. Tujuan penubuhan skuad ini adalah untuk mengadakan beberapa siri program Ziarah dan Konvoi misi bantuan ke beberapa tempat yang akan ditetapkan.

Penyertaan adalah terbuka kepada semua warga FELDA yang mempunyai motosikal yang berkuasa tinggi atau rendah.

Untuk mendapatkan borang penyertaan dan maklumat lanjut, sila hubungi:....
1.  Saudara Khazami Bakri (khazami.b@feldaglobal.com)
2.  Azha Mat Salleh (azha.ms@feldaglobal.com)

22 January 2013

Pengumuman: Ceramah Agama Bulan Januari 2013 - Tajuk: "KAMI CINTA RASUL"


Ceramah Agama Bulan Januari 2013 adalah bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul 1434H akan diadakan di Dewan Merak Kayangan pada 29 Januari 2013 (Selasa) iaitu bersamaan dengan 17 Rabiu'awal 1434H. 

Pada kali ini Ceramah Agama Bulan Januari 2013 bertajuk "KAMI CINTA RASUL" iaitu sempena dengan sambutan Maulidur Rasul akan diadakan secara kerjasama di atara Musolla Balai Felda, Surau Anjung Felda, Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad, Felda D'Saji dan Felda Trading.

Penceramah yang terlibat ialah Ustaz Farhan Mohd Sumut, Ustaz Zulkifli Ahmad, Diana Amir, Syam Kamikaze dan Jemputan Istimewa iaitu dari kumpulan nasyid AS SALAM.

Semoga warga Felda dapat melapangkan diri untuk menghadiri ceramah tersebut.


25 September 2012

Poster : 1. Petua Imam Syafie , 2. Jika Adanya Roh Masjid Di Rumah

Poster-Poster Ilmiah...




Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More