Tawakal dan Berserah diri pada Allah

Allah akan mencukupkan segala keperluannya. Barangsiapa berpegang teguh dengan agama Allah, nescaya Allah akan menyelamatkannya. Barangsiapa menyerahkan segala urusannya kepada Allah, nescaya Allah akan memberinya petunjuk.

Solat Wajib Berjemaah..27x Pahala..

Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a. katanya, Sesungguhnya Rasulullah bersabda, Sembahyang berjemaah itu lebih baik dari mendirikan sembahyang secara bersendirian sebanyak dua puluh tujuh darjat iaitu ganjaran ;. (H.R. Bukhari dan Muslim)

Taqwa Adalah Kemulian, Mati Suatu Kepastian

Sabda Baginda lagi: Maksudnya: “Hendaklah kamu bertaqwa di mana sahaja kamu berada. Ikutilah setiap kejahatan (yang kamu lakukan) dengan kebaikan, moga-moga kebaikan itu akan menghapuskan kejahatan. Bergaullah dengan manusia dengan akhlak yang baik.” (Riwayat At Termizi dan Ahmad).

Allah Tambah Nikmat Jika Bersyukur

Orang yang bersyukur kepada Allah akan memperbanyakkan ucapan syukur dan terima kasih kepadaNya. Mereka akan mengerjakan ketaatan kepada Allah dan akan membesarkan nikmat sekalipun nikmat itu kecil

Sudah Solat?. Sesungguhnya Mati Itu Pasti

Sembahyang adalah amalan pertama yang dihisab oleh Allah pada akhirat nanti Dan ingatlah mati, sesungguhnya malaikat maut menjenguk kamu 70 kali sehari semalam 24 jam.

Ucapan Kalimat Thayyibah Seorang Muslim

Kalimat thayyibah yang termasuk ke dalam amalan yang baik dan mampu membentuk pribadi sorang muslim yang selalu ingat dan berhubungan dengan Allah SWT. Dalam kehidupan sehari-hari alangkah baiknya membentuk budaya biasa mengucapkannya

18 November 2012

16 November 2012

Maal Hijrah dan Secebis Bicara

RAMAI beranggapan Maal Hijrah hanyalah cuti umum atau permulaan tahun baru dalam kalendar Islam yang semakin kurang dihayati pengertiannya sehingga ia semakin tidak membawa apa-apa makna, selain waktu senggang untuk berehat.

Maal Hijrah sering digambarkan sebagai permulaan yang baru, tetapi apa yang lebih penting ia adalah detik untuk setiap individu melakukan penilaian diri melalui proses muhasabah agar menjadi individu lebih baik.

Tahun baru dalam Islam bukanlah sambutan perayaan atau simbolik semata-mata, tetapi membawa maksud yang lebih mendalam.

Faktanya, umat Islam memahami bahawa tahun Hijrah yang kini sudah mencapai angka 1432 menandakan perpindahan besar Nabi Muhammad SAW serta pengikut Baginda dari Makkah ke Madinah. Hijrah Rasulullah menandakan lembaran baru terhadap penyebaran Islam yang lebih makmur.

Hijrah menurut pengertian umum ialah meninggalkan larangan Allah dan melaksanakan perintah-Nya, bagaimanapun dalam pengertian yang lebih luas, ia membawa maksud keluar daripada medan perjuangan yang sempit ke gelanggang yang lebih luas dan ia adalah pemisah di antara yang hak dengan yang batil.

Konsep hijrah yang dianjurkan Islam sangat sesuai dijadikan model dalam masyarakat berbilang kaum supaya hidup dalam kesepakatan dan aman sejahtera. Semangat itu juga konsisten dengan semangat Aidiladha yang baru berlalu. Di sebalik semua saranan itu, masih ramai umat Islam masih terhimpit dengan desakan globalisasi, kemiskinan dan kemunduran.

Kemunduran berpunca daripada sempitnya akal fikiran, ketidaksanggupan manusia untuk berubah, kejahilan serta sikap tamak dan rakus yang natijahnya memakan diri dan masyarakat.

Setiap umat Islam mesti bersemangat dan menanam cita-cita untuk berubah. Berubah daripada sifat yang kurang baik kepada yang lebih bermakna untuk diri dan masyarakat. Hakikat ini juga bermakna umat Islam harus berani melakukan perubahan dan pengorbanan.

Hijrah tidak akan terjadi jika umat Islam belum bersedia mengorbankan tabiat lama yang kurang baik seperti membuang masa, suka berhibur serta tidak berfikiran terbuka.

Hijrah sepatutnya membawa perubahan dalam hidup ke arah yang lebih baik, sempurna dan diredai Allah, di mana hasilnya ialah kemenangan kita dalam mempertahankan akidah, agama, cara hidup dan nilai yang kita amalkan.

Pengorbanan yang dilakukan dengan ikhlas dan penuh yakin pasti akan membuahkan hasil terbaik. Perlu difahami bahawa hijrah adalah syiar keimanan, sama ada hijrah dari suatu tempat kekufuran, kemusyrikan dan kejahilan kepada tempat yang dinaungi akidah keimanan dan hakikat kebenaran.

Secebis Bicara Tentang Maal Hijrah

Nabi Muhammad bersabda, ” Hati itu ada empat. Hati yang bersih terdapat lampu yang bersinar. Itulah hati orang mukmin. Dan hati yang hitam dan terbalik. Itulah hati orang kafir. Hati yang tertutup dan terikat pada penutupnya. Itulah hati orang munafiq. Hati yang dilapisi iman dan kemunafikan. Perumpamaan iman yang bagaikan sayuran yang ditumbuhkan oleh air yang enak. Perumpamaan kemunafikan itu bagaikan luka yang dikembangkan oleh nanah berdarah. Sekiranya salah satu itu berkuasa padanya, maka dia menguasainya.”

Hati adalah raja kepada segala.
Hati penentu amal kita.
Hati tempat tinggalnya niat dan iman kita.

Ini tafsiran biasa bagi hati-hati manusia.
Bukan secara fizikal, tetapi secara ruhaninya.
Bukan secara lahiriah, tetapi secara batinnya.

Tetapi, kali ini ingin saya kenalkan tafsiran baru bagi hati-hati manusia.
Khususnya, para mukmin.

Hati, puncanya kehendak manusia untuk berhijrah.

Dalam seketul daging ini, tersembunyi satu fitrah manusia.
Satu fitrah menginginkan kebenaran.
Satu fitrah mendambakan petunjuk.
Satu fitrah yang mencari-cari Tuhannya.

Dan jiwa serta penyempurnaannya (ciptaannya), maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu kefasikan dan ketaqwaan, sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwanya dan merugilah bagi orang yang mengotorinya.
(Asy-Syams : 7-10)

Sungguh, hati seorang mukmin itu tidak akan pernah berada di tengah-tengah.
Terkadang memilih kebaikan, terkadang memilih untuk melakukan kejahatan.
Terkadang memilih untuk beradab, terkadang memilih untuk nakal seketika.
Kerana, baginya

TIADA JALAN TENGAH !

Hati hanya satu.
Maka, hanya satu jalan yang dibenarkan untuk mewarnainya.
Namun begitu, kini dalam selautan manusia yang semakin membanjiri bumi ini,
Kurang mereka memilih jalan kemenangan ini.

Jalan yang satu ini menjadi satu-satu (jarang-jarang).
Hanya segelintir sahaja memilihnya.

Antara peluang dan kehendak.
Manusia sering tertanya-tanya.

” Masih adakah peluang untuk aku berubah ? “

Soalan yang kurang waras saya kira.
Kerana peluang untuk melakukan amal kebaikan bagi ummat manusia sentiasa terbuka.
Tanyakan pada diri anda,

” Adakah aku ini tergolong dalam golongan hamba-hamba-Nya yang mahu berubah ? “

Manusia tiba di atas jalan,
terkadang tidak tahu tentang kebenaran jalan yang dipilihnya,
yang dituju pun tidak ketahui,
ada yang laju meneruskan langkah,
ada juga segelintir yang sengaja memerlahankan langkah,
ada yang berhenti di pertengahan jalan,
sambil berteriak, ” Ah, aku sudah penat.”

sudah terkulai lama dengan tiduran yang nyenyak,
bangkitlah,
jangan sampai terlupakan jalan cahaya.

Inilah manusia.
Niat awal untuk memilih jalan, adakalanya sudah kekurangan di situ.
Apatah lagi usaha untuk mencarinya.

Datang pula lubuk-lubuk peluang,
Maka ditepisnya begitu sahaja.
Dan ramai juga yang berpening-pening kepala,
Kerana terlalu banyak tangan manusia yang menghulurkan kebenaran melalui seruan mereka.

Tarik nafas yang panjang,
berhenti sejenak,
bertadabbur seketika,
berjalan,
perhatikan,

Dan tafsirlah apakah erti kebenaran yang sebenar.
Dan tanya pada imanmu, mana satu pilihan idaman kalbu.

Ah, apa yang saya karutkan ini.
Alkisahnya, saya pernah pada berada dalam keadaan yang sama.
Dan akhirnya, saya mencari dahulu diri saya sendiri.
Atau dalam erti kata lain,
saya evaluasi keadaan iman.

Kalau iman sudah kata nak, maka Allah sendiri yang akan memudahkan jalannya.
Alhamdulillah, pada keadaan sekarang inilah saya tercari-cari sejak dahulu lagi.

Dalam sungai kebenaran membasuh kesemua jahiliyyah diri.
Dalam hembusan udara al-haq yang tidak lagi menyesakkan dada.

Mungkin inilah nilai Islam yang sebenar.
Kebenaran.
Dan kebenaran ini tidak cukup hanya untuk kita nikmati seorang diri.
Perlu mengajak manusia yang lain juga, membuka mata dan telinga mereka,

untuk sama-sama berada atas landasan kebenaran.
Jangan penjarakan fitrah hati dengan kehendak nafsu anda yang sentiasa membuak-buak.

Sehingga akhirnya,
” Aku bosanlah ! “

Bosan bercampur penat.
Akhirnya, mereka inilah golongan manusia yang memencilkan diri.
Selesa berada dalam tempurung jiwa ciptaan sendiri.

Tahukah anda, istilah selesa ini tidak berada dalam kamus hidup seorang manusia yang berusaha mencari kebenaran.
Paksaan juga tidak akan berkesan ke atas diri mereka ini.

Kerana dunia ini sudah cukup gempar dengan haru-biru yang menyerabutkan jiwa-jiwa keamanan.
Dan hati manusia itu, jika dipaksa mereka akan cepat sahaja meninggalkan jalan kebenaran yang mereka pilih.

Apapun jua kebenaran yang bakal mendatang menghiasi perjalanan hidupmu,
Selidiklah,
Selamilah,
pelajarilah,
dan amati rasa kepuasan mereka berada dalam jalan mengenal Allah ini.

Sungguh, rasa cinta kepada kebenaran itu adalah buah keimanan yang masak ranum dalam hati.
Dan keimanan itulah yang mendahului perjalanan kita untuk memaknai apa itu hijrah yang sebenar.

Hijrah yang benar-benar puas dalam mencari makna kehidupan yang sebenar.
Tidak lagi tersimpul mati dalam benak pemikiran.

” Untuk apakah aku dipilih untuk berada di atas muka bumi ini ? “
” Ke manakah hala tuju hidupku yang sebenar ? “
” Benarkah ada lagi kehidupan selepas kehidupan di dunia ini, maka perlukah aku berjuang untuknya ? “

Hijrah yang dipilih oleh hati kita sendiri.
Hijrah yang memberi kegembiraan di alam seterusnya nanti.
Atau lebih manis,

Hijrah yang diberi petunjuk oleh Allah dan iman kita sendiri !
Hijrah ini menyediakan diri kita untuk menjadi tetamu Sang Pecinta.
Hijrah ini tidak mengajar untuk membantutkan cita-cita, malah lebih tinggi.

Sepertimana hijrahnya Rasulullah ke Kota Madinah,
seperti itu jugalah nilai erti penghijrahan diri.

Syahadah yang kita imani membawa kita kepada sebuah perjalanan hijrah.
Menjadi manusia yang lebih baru dan tinggi maruahnya.
Menjadi manusia yang lebih kuat keazamannya.
Menjadi manusia yang lebih bersedia untuk menghadapi hari-hari yang bakal mendatang.

Travelog syahadah akan mencipta satu pengalaman kehidupan yang sangat manis.
Dari syahadah membawa kepada hidayah.
Dari hidayah yang membawa kepada dakwah.

Anda manusia yang bijak dan matang.
Anda telah melihat sketsa-sketsa kehidupan masa kini.
Dan anda punyai kematian untuk dijadikan peringatan.

Manusia yang bijak itu sentiasa,
bersiap-sedia,
mengambil pengajaran,
dan mencari kebenaran.

Jangan biarkan ego mendahului,
Sebaliknya biarlah iman yang memonopoli.

Jangan biarkan manusia lain memenjara usaha anda,
Sebaliknya usaha sebaik mungkin, pecahkan segala tembok yang ada.

Jangan biarkan kebenaran itu dipalsukan,
Sebaliknya kebenaran atas kebenaran itu yang lebih mulia.

Jangan sesekali kecundang dengan halangan,
Sebaliknya jadikan halangan-halangan itu sebagai penanda kau perlu lebih cekal.

Ingat !
Kita dimuliakan kerana Islam. Maka sekiranya kita mencari kemuliaan selain dari Islam, nescaya Allah akan menghina kita. (Saidina Umar Al-Khattab)

05 November 2012

Karnival Maal Hijrah 1434 Anjuran Musolla Balai Felda dan BORANG PENYERTAAN NASYID


Assalamulaikum w.b.t.

Musolla Balai Felda akan mengadakan Karnival Maal Hijrah 1434 pada 20 hingga 22 November 2012.
Pelbagai program disediakan kepada kakitangan kumpulan Felda sempena Karnival Maal Hijrah1434.

Program yang terlibat seperti berikut:

Tarikh : 20 Nov 2012
Masa : 8.30 pg – 12.30 tengahari
Tempat : Musolla Balai Felda
Tajuk : Seminar Muslimat (Ibu Bapa Pemegang Syurga Keluarga)
Penceramah : Dr Rubiah K Hamzah (Mudirah Ustazah Pilihan Astro Oasis)

Penyertaan terbuka kepada 200 muslimat sahaja.
Pendaftaran boleh dibuat kepada Pn Siti Norbaya (FMSSB)  dan Pn Sharidah (FHB)
Cenderahati dan jamuan makan disediakan.

Masa: 2:00 ptg - 5 ptg
Tempat: Felda Villa
Tajuk: Battle Of The Aspiring Chef 2012 (Creating Healthy Food To Live Well, Work And Play
Chef: Anuar Deraman

Penyertaan terhad kepada 16 Kumpulan
Pendaftaran boleh dibuat kepada Pn Noraini Ahmad(FHB) dan Pn Siti Norbaya (FMSSB)

Tarikh : 21 Nov 2012
Masa : 8.30 pg – 5.00 ptg
Tempat : Dewan Merak Kayangan
Tajuk : Mukmin Profesional
Penceramah : Ust Pahrol mohd Juoi (Motivasi Pagi TV3 & TV9)

Penyertaan terhad kepada 200 penyertaan terawal (Muslimin dan Muslimat)
Pendaftaran boleh dibuat kepada Pn.Norbaaya (FMSSB)dan En. Johari Hassan (FESSB).
Cenderahati dan jamuan makan disediakan.


Tarikh : 22 Nov 2012
Masa : 9.00 pg – 12:30 tengahari
Tempat : Dewan Merak Kayangan
Tajuk : Festival Nasyid
Juri : Ust Haslin Bahrin dan Sham Kamikaze

Penyertaan terhad kepada 15 penyertaan terawal
(Borang Penyertaan dan Syarat-Syarat Terdapat di Bawah)
Pendaftaran boleh dibuat kepada En. Khazami Bakri(FESSB)  dan  Mohd Shamsol (FMSSB).

Masa: 2:00 ptg - 4:30 ptg
Tempat: Dewan Merak Kayangan
Tajuk: Ceramah Kemuncak dan Penyampaian Hadiah Pertandingan Nasyid dan Tokoh Maal Hijrah 1434
Penceramah: Ustaz Haslin Bahrin dan Sham Kamikaze



Borang Penyertaan dan Syarat-Syarat Karnival Nasyid Maal Hijrah 1434 Anjuran Musolla Balai Felda

Kisah Benar: Misteri Di Sebalik Kematian Seorang Polis

Apabila disebut sahaja perkataan ‘polis’, apakah yang terbayang di fikiran anda ? Majoriti dalam masyarakat akan lebih cenderung untuk membayangkan perkara-perkara yang negatif tentang pasukan beruniform ini. Seperti pengawas di sekolah, polis juga digambarkan sebagai komuniti yang suka mencari kesalahan orang lain. Setiap apa yang kita lakukan, akan diperhatikan oleh mereka setiap masa. Tetapi, adakah tanggapan ini benar ? Mungkin peristiwa yang benar-benar berlaku ini boleh mengungkap sedikit perkara yang anda perlu tahu tentang pasukan penguatkuasa ini.

Kisah benar yang diceritakan oleh : Ustaz Haji Zainal Abidin Abdul Karim

Sebaik sahaja selesai dimandi dan muka Arwah dilap, mata saya terpaku menatap wajahnya. Seperti tidak percaya bahawa sesuatu yang amat luar biasa berlaku di hadapan mata saya.

Dengan kekuasaan Allah Yang Maha Agung dan Maha Besar, wajah Arwah yang sudah berusia 60-an tiba-tiba bertukar menjadi seperti wajah yang berusia 30-an. Kulitnya yang seketika tadi berkedut bertukar menjadi tegang. Raut wajahnya memang memikat sementara senyumannya cukup manis seolah-olah Arwah meninggalkan dunia yang fana ini dengan hati yang seronok

Lama saya terpegun menatap wajah Arwah. Cukup hebat kekuasaan Allah swt hingga dalam waktu beberapa detik sahaja wajah yang sudah berkedut diubah-Nya menjadi kembali muda dan tampan. Saya terus menatap wajah dari hujung rambutnya hingga ke hujung dagu dengan rasa yang amat kagum di atas kebesaran Allah swt dan kemuliaan Arwah.

Tanpa disedari, orang semakin ramai dan berpusu-pusu menziarahi Arwah. Seperti saya, mereka juga berebut-rebut untuk menatap wajah Arwah. Dan seperti saya juga, setiap mata yang memandang Arwah pasti akan terus terpaku kepadanya. Sebilangan besar mereka juga tertanya-tanya, benarkah jenazah yang terbaring di hadapan mereka itu adalah Allahyarham.

Eh, betul ke bapa awak yang meninggal dunia ? Bukan adik ? Tanya salah seorang daripada mereka yang nyata tidak dapat mengecam wajah Arwah.

Betul, itu ayah saya, jawab anak Arwah. Bukan dia seorang, malah kebanyakan yang menziarahi Arwah juga begitu. Keseronokan segera terpancar di hati kami. Sebagai orang yang bertanggungjawab menguruskan jenazah, saya seperti tidak sabar-sabar lagi untuk meneruskan pengurusan jenazahnya. Sementara keluarga, saudara-mara dan orang ramai yang menziarahi Arwah terus ingin menatap wajah Arwah.

Walaubagaimanapun, yang pergi perlu diuruskan juga. Jenazah Arwah kemudiannya dikapan dan seterusnya dikebumikan. Sepanjang urusan tersebut, suasana cukup tenang, aman dan menyeronokkan. Tidak ada sebarang masalah yang kami tempuhi, malah orang ramai seperti berebut-rebut ingin membantu urusan pengkebumian jenazah arwah.

Kembali dari pengebumian Arwah, fikiran saya terus menerawang mengingati kemuliaan Allah swt berikan kepada jenazah Arwah. Begitu sekali balasan yang Allah swt berikan kepadanya.

Namun bagi kami yang mengenali Arwah, memang layaknya dia diberikan kemuliaan sedemikian rupa kerana semasa hidupnya, Arwah memang seorang yang bertaqwa. Riwayat hidupnya dipenuhi dengan amal ibadah, bukannya perbuatan-perbuatan mungkar.

Arwah adalah bekas pesara polis yang bertugas di Bahagian Perhubungan Awam, salah sebuah balai polis di Kuala Lumpur. Semasa hayatnya, Arwah sangat dihormati kerana beliau merupakan seorang yang pemurah dan suka membantu orang yang dalam kesusahan. Tugasnya sebagai pegawai polis digunakan sepenuhnya bagi membantu orang ramai.

Arwah tidak pernah berkata ‘tidak’ bagi setiap orang yang meminta pertolongan, walaupun mereka datang pada jam 2 – 3 pagi. Dikejutkan pada waktu tengah malam dan dinihari ketika di luar tugas juga adalah perkara biasa bagi Arwah dan setiap tetamu yang datang disambutnya dengan muka yang manis.

Ketika orang lain sedang nyenyak tidur , dipeluk kedinginan pagi dan dibuai mimpi, arwah bersengkang mata membantu orang yang datang meminta bantuannya. Dia tidak pernah merungut malah bersedia membantu mereka dengan hati yang gembira.

Selain Arwah, isterinya juga bersikap demikian. Mereka berdua tidak pernah lekang daripada membuat amal jariah, membantu anak-anak yatim dan pelajar-pelajar universiti dengan mengambil mereka sebagai anak angkat. Anak yatim dan anak angkat yang mereka pelihara telah berjumlah puluhan orang.

Melakukan kebaikan bukanlah satu perkara yang mudah. Pasti ada sahaja orang yang iri hati dan berprasangka buruk. Walaupun bermacam-macam tomahan dan kata-kata yang cuba melemahkan semangat, namun mereka tidak mengambil peduli. Malah dia tetap seperti biasa membantu orang yang memerlukan pertolongannya.

Bagi Arwah, menghulurkan bantuan lebih besar nilainya daripada wang ringgit. Arwah juga tidak berkira langsung dari segi wang ringgit hinggakan jika tidak mempunyai wang, Arwah sanggup meminjam daripada anak-anak atau isterinya. Ini merupakan satu pengorbanan yang amat besar demi membantu insan lain. Gaji Arwah bukanlah besar, tanggungannya juga bukan ringan, namun Arwah tidak pernah menunjukkan kesusahannya kepada orang lain.

Selain itu, Arwah juga dikenali masyarakat sebagai seorang yang warak. Beliau adalah merupakan seorang imam surau semasa hayatnya.

Walaupun sudah beberapa tahun Arwah pulang menghadap Ilahi, namun sehingga kini orang masih menyebut-nyebut tentang kebaikannya. Anak-anak angkat Arwah juga masih datang ke rumahnya, bermalam sewaktu cuti dan berhari raya bersama keluarga di situ. Jangan menganggap keakraban itu sebagai biasa kerana sebilangan daripada anak-anak angkat Arwah berasal dari Sabah, Sarawak dan negeri-negeri yang dari ibu kota ini.

Kemuliaan yang Allah swt berikan kepada Allahyarham itu mengingatkan saya bahawa di dalam syurga nanti tiada orang-orang yang tua. Semua penghuni syurga muda-muda belaka, tampan, cantik dan menawan. Adakah iktibar ini yang ditunjukkan oleh Allah swt menerusi keajaiban yang berlaku ke atas jenazah Arwah ?

Walaupun peristiwa itu berlaku lima tahun yang lalu, namun kesempatan menguruskan jenazah Arwah adalah satu kepuasan kepada saya. Itulah pengalaman paling menarik sepanjang penglibatan saya sebagai sebagai pengurus jenazah. Ia sungguh bermakna dan memberi keinsafan kepada diri saya.

Wassalam.


Menyingkap Kewujudan Dajjal

Asal-Usul Keluarganya:

Dajjal adalah seorang manusia dari keturunan Yahudi. Dia bukan Jin atau apajua makhluk lain selain ia sebagai manusia yang ditangguhkan ajalnya “MinalMunzharin”.

Seperti halnya Nabi Isa as yang di angkat oleh Allah swt ke atas langit dan ditangguhkan kematiannya sehingga beliau nantinya turun semula keatas muka bumi ini lalu beliau akan mati dan di kuburkan di Madinah AlMunawwarah. Sama juga halnya dengan Iblis yang di tangguhkan kematiannya sehingga hari kiamat nanti.

Ayah Dajjal seorang yang tinggi dan gemuk. Hidungnya seperti paruh burung. SedangkanIbunya pula seorang perempuan gemuk dan banyak dagingnya.

Menurut Imam Al Barzanji ada pendapat mengatakan bahawa asal keturunan bapanya ialahseorang Dukun Yahudi yang di kenali dengan “syaqq” manakala ibunya adalah dari bangsa Jin. Ia hidup di zaman Nabi Sulaiman as dan mempunyai hubungan dengan makhluk halus.

Lalu oleh Nabi Sulaiman ia akhirnya ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara. Walau bagaimanapun kelahiran dan kehidupan masa kecil tidak diketahui dengan jelas.

Sifat Badannya:
Hadis Huzaifah r.a katanya: Rasulullah s.a.w. telah bersabda: "Dajjal ialah orang yang buta matanya sebelah kiri, lebat (panjang) rambutnya serta dia mempunyai Syurga dan Neraka. Nerakanya itu merupakan Syurga dan Syurganya pula ialah Neraka" (Hadis Sahih Muslim)

Ada beberapa ciri perawakan Dajjal yang disebutkan dalam Hadis Rasulullah saw, diantaranya: Seorang yg kelihatannya masih muda; Berbadan Besar dan agak kemerah-merahan; Rambutnya kerinting dan tebal. Kelihatan dari belakang seolah-olah dahan kayu yang rimbun.

Dan tandanya yang paling ketara sekali ada dua:

1. Buta mata kirinya dan kelihatan seperti buah kismis yang kecut, manakala mata kanannya tertonjol keluar kehijau-hijauan berkelip-kelip laksana bintang. Jadi kedua-dua matanya adalah cacat.

2. Tertulis didahinya tulisan “Kafir (Kaf-Fa-Ra)”. Tulisan ini dapat dibaca oleh setiap orang Islam, sama ada ia pandai membaca atau tidak. Mengikut hadis riwayat At-Thabrani, kedua-dua tanda ini menjelma dalam diri Dajjal setelah ia mengaku sebagai Tuhan. Adapun sebelum itu, kedua-dua tanda yang terakhir ini belum ada pada dirinya.

Tempat Tinggalnya Sekarang:

Menurut riwayat yang sahih yang disebutkan dalam kitab “Shahih Muslim”, bahawa Dajjal itu sudah wujud sejak beberapa lama. Ia dirantai di sebuah pulau dan ditunggu oleh seekor binatang yg bernama “Al-Jassasah”.

Terdapat hadis mengenainya.. (tetapi terlalu panjang untuk ditulis.. anda boleh membaca terus dari buku). Daripada Hadis ini jelaslah bagi kita bahawa Dajjal itu telah ada dan ia menunggu masa yang diizinkan oleh Allah swt untuk keluar menjelajah permukaan bumi ini dan tempat “transitnya” itu ialah di sebelah Timur bukan di Barat.

Berapa lama ia akan hidup setelah kemunculannya:

Dajjal akan hidup setelah ia memulakan cabarannya kepada umat ini, selama empat puluh hari. Namun begitu, hari pertamanya adalah sama dengan setahun dan hari kedua sama dengan sebulan dan ketiga sama dengan satu minggu dan hari-hari selanjutnya sama seperti hari-hari biasa.

Kami bertanya: “Wahai Rasulullah! Berapa lamakah ia akan tinggal di muka bumi ini? Nabi saw, menjawab: Ia akan tinggal selama empat puluh hari. Hari yang pertama seperti setahun dan hari berikutnya seperti sebulan dan hari ketiga seperti seminggu. Kemudian hari yg masih tinggal lagi (iaitu 37hari) adalah sama seperti hari kamu yang biasa.

Lalu kami bertanya lagi: Wahai Rasulullah saw! Di hari yang panjang seperti setahun itu, apakah cukup bagi kami hanya sembahyang sehari sahaja (iaitu 5 waktu sahaja). Nabi saw menjawab: Tidak cukup. Kamu mesti mengira hari itu dengan menentukan kadar yang bersesuaian bagi setiap sembahyang..”

Maksud Sabda Rasulullah saw, ini ialah supaya kita mengira jam yang berlalu pada hari itu. Bukan mengikut perjalanan matahari seperti biasanya kita lakukan.

Misalnya sudah berlalu tujuh jam selepas sembahyang Subuh pada hari itu maka masuklah waktu sembahyang Zohor, maka hendaklah kita sembahyang Zohor, dan apabila ia telah berlalu selepas sembahyang Zohor itu tiga jam setengah misalnya, maka masuklah waktu Asar, maka wajib kita sembahyang Asar.

Begitulah seterusnya waktu Sembahyang Maghrib, Isyak dan Subuh seterusnya hingga habis hari yang panjang itu sama panjangnya dengan masa satu tahun dan bilangan sembahyang pun pada sehari itu sebanyak bilangan sembahyang setahun yang kita lakukan. Begitu juga pada hari Kedua dan ketiga.

Fitnah Dajjal:

Dajjal telah diberi peluang oleh Allah swt untuk menguji umat ini. Oleh kerana itu, Allah memberikan kepadanya beberapa kemampuan yang luar biasa. Di antara kemampuan Dajjal ialah:

1. Segala kesenangan hidup akan ada bersama dengannya.

Benda-benda beku akan mematuhinya. Sebelum kedatangan Dajjal, dunia Islam akan diuji dahulu oleh Allah dengan kemarau panjang selama 3 tahun berturut-turut. Pada tahun pertama hujan akan kurang sepertiga dari biasa dan pada tahun kedua akan kurang 2/3 dari biasa dan tahun ketiga hujan tidak akan turun langsung.

Umat akan dilanda kebuluran dan kekeringan. Di saat itu Dajjal akan muncul membawa ujian. Maka daerah mana yang percaya Dajjal itu Tuhan, ia akan berkata pada awan: Hujanlah kamu di daerah ini! Lalu hujan pun turunlah dan bumi menjadi subur. Begitu juga ekonomi, perdagangan akan menjadi makmur dan stabil pada orang yang bersekutu dengan Dajjal. Manakala penduduk yang tidak mahu bersukutu dengan Dajjal..mereka akan tetap berada dalam kebuluran dan kesusahan.

Dan ada diriwayatkan penyokong Dajjal akan memiliki segunung roti (makanan) sedangkan orang yang tidak percaya dengannya berada dalam kelaparan dan kebuluran.

Dalam hal ini, para sahabat Rasullullah s.a.w. bertanya:”Jadi apa yang dimakan oleh orang Islam yang beriman pada hari itu wahai Rasulullah?” Nabi menjawab:”Mereka akan merasa kenyang dengan bertahlil, bertakbir, bertasbih dan bertaubat. Jadi zikir-zikir itu yang akan menggantikan makanan.” H.R IbnuMajah

2. Ada bersamanya seumpamanya Syurga dan Neraka:

Di antara ujian Dajjal ialah kelihatan bersama dengannya seumpama syurga dan neraka dan juga sungai air dan sungai api. Dajjal akan menggunakan kedua-duanya ini untuk mengujiiman orang Islam kerana hakikat yg benar adalah sebalik dari apa yang kelihatan. Apa yg dikatakan Syurga itu sebenarnya Neraka dan apa yang dikatakannya Neraka itu adalah Syurga.

3. Kepantasan perjalanan dan Negeri-Negeri yang tidak dapat dimasukinya:

Kepantasan yang dimaksudkan ini tidak ada pada kenderaan orang dahulu. Kalau hari ini maka bolehlah kita mengatakan kepantasan itu seperti kepantasan jet-jet tempur yang digunakan oleh tentera udara atau lebih pantas lagi daripada kenderaan tersebut sehinggakan beribu-ribu kilometer dapat ditempuh dalam satu jam”…

Kami bertanya: Wahai Rasulullah! Bagaimana kepantasan perjalanannya di atas muka bumi ini? Nabi menjawab:”Kepantasan perjalanannya adalah seperti kepantasan “Al Ghaist” (hujan atau awan) yang dipukul oleh angin yang kencang.” H.R Muslim

Namun demikian, Dajjal tetap tidak dapat memasuki dua bandar suci umat Islam itu Makkah Al Mukarramah dan Madinah Al Munawwarah.

Amalan Ibubapa Supaya Ketenangan Dan Mudah Menjawab Diperolehi Oleh Anak-Anak Ketika Sedang Menghadapi Peperiksaan

AMALAN YANG BAIK OLEH IBUBAPA SUPAYA ANAK-ANAK DAPAT MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN UPSR/PMR/SPM/Dip/Degree/Master/PhD DENGAN MUDAH DAN TENANG

Kepada pembaca yang mempunyai anak-anak yang akan menduduki peperiksaan SPM tahun ini iaitu yang bermula pada hari ini ada sikit tips untuk kita berkongsi bersama iaitu amalan yang baik untuk ibubapa melakukan amalan ini ketika anak-anak sedang menjawab peperiksaan di dalam Dewan Peperiksaan.

Ibu atau bapa yang berada di rumah boleh melakukan amalan ini supaya anak-anak kita dapat menjawab soalan dengan mudah dan tenang.


KETIKA ANAK-ANAK SEDANG MENJAWAB SOALAN DI DEWAN PEPERIKSAAN.

Ibu atau bapa di rumah pula lakukan amalan ini:-

1. Ambil Wudhuk.

2. Mengadap kiblat.

3. Baca Syahadah - 3x

4. Al- Fatihah - 1x

5. 3 Qul- 1x

6. Surah Insyirah - 1x

7. Selawat Atas Nabi - 10x

8. Baca Surah Yassin - 1x

9. Baca Surah Insyirah 100x.

10. Niat di dalam hati supaya Allah SWT permudahkan anak-anak kita menjawab soalan dengan mudah dan tenang.

Contoh:Waktu peperiksaan bermula jam 0800 pagi. Ibu atau bapa di rumah boleh mula melakukan. Semuga anak-anak kita dapat menjawab soalan dengan baik serta beroleh kejayaan yang besar.

Sumber: Amalan ini diberikan oleh seorang guru wanita yang sudah bersara 4 tahun yang lalu iaitu Cikgu Rohana dari Sekolah Menengah Hutan Melintang. Anak-anak beliau kesemuanya telah berjaya di dalam akademik. Alhamdulillah semuga kita dapat berkongsi bersama-sama.

Wasallam.

31 October 2012

Photo Dan Rakaman Ceramah Agama Bulan Oktober 2012

Gambar-gambar dan Rakaman Ceramah Agama Bulan Oktober 2012.Ceramah bertajuk TANDA-TANDA HARI KIAMAT disampaikan oleh Ustaz Shukri Harun iaitu General Manager Bi'ru Kauthar Travel Sdn Bhd. Beliau juga merupakan Pensyarah Sambilan di UIA dan USIM.

PHOTO



RAKAMAN CERAMAH



30 October 2012

Semoga Tak Menyesal Di Hari Akhirat

Semua dari kita yakin bahawa kematian itu pasti datang menjemput kita apabila sampai masanya. Adanya alam barza dan alam akhirat juga suatu yang wajib dipercayai.

Apabila berhadapan dengan Allah swt di hari pembalasan nanti hamba‐hamba Allah akan mengalami suasana yang sangat mencemaskan sekali apabila buku‐buku amal kita dibuka satu persatu untuk diadili di mahkamah Allah Yang Maha Adil dan Maha Bijaksana.

Perihal apa yang akan berlaku di hari Mahsyar nanti telah dikisahkan kepada kita oleh Allah swt supaya sebagai hamba‐hambaNya kita ambil pengajaran dan lebih berwaspada supaya tidak menerima nasib yang sama kepada golongan yang amat menyesal dihadapan Allah swt nanti.

Suasana hamba‐hamba Allah yang menyesal ini digambarkan dengan jelas melalui firman Allah swt yang bermaksud:

Dan (alangkah ngerinya) jika kamu melihat ketika orang‐orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya dihadapan Tuhannya, (mereka berkata): “Ya Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar, maka kembalikanlah kami (kedunia), kami akan mengerjakan amal solih, sesungguhnya kami adalah orang –orang yang yakin.”
Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami akan berikan kepada tiap‐tiap jiwa petunjuk (baginya), akan tetapi telah tetaplah perkataan (ketetapan) daripada Ku:” Sesungguhnya akan Aku penuhi neraka jahannam itu dengan jin dan manusia bersama‐sama.”
Maka rasalah oleh mu (siksa ini) disebabkan kamu melupakan hari pertemuan dengan harimu itu (hari qiamat); sesungguhnya Kami telah melupakan kamu (pula) dan rasalah siksa yang kekal, disebabkan apa yang kamu kerjakan.
As‐Sajadah 32/Ayat 12 ‐ 14

Allah swt menggambarkan keadaan orang‐orang musyrikin dihari qiamat ketika mereka berdiri dihadapan Allah dihari pembalasan dalam keadaan hina‐dina, menundukkan kepala mereka kerana takut dan malu dari apa yang telah mereka perbuat dan dari dosa‐dosa yang mereka bawa mati.

Mereka berkata pada hari itu kepada Tuhan mengenai sesalan mereka:
”Kami telah melihat dan mendengar ya Tuhan kami, apa yang akan kami alami ini adalah sebagai pembalasan atas perbuatan kami didunia, maka kembalikanlah kami kedunia agar kami dapat menebus kesalahan kami yang dahulu dengan mengerjakan amal‐amal solih yang engkau redhai, sesungguhnya kami telah menjadi yakin bahawa janjiMu adalah benar dan apa yang kami ingkari dahulu menjadi kenyataan pada hari ini,”

Allah yang mengetahui bahawa andainya dikembalikan kedunia mereka tidak akan menjadi baik, bahkan tetap dengan kekufuran dan kesyirikan mereka lalu

Allah berfirman:”Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami akan beri petunjuk dan hidayah kepada setiap orang, akan tetapi telah menjadi ketetapan Kami bahawasanya neraka jahannam akan Kami penuhi dengan hamba‐hamba Kami yang kufur, musyrik, fasik yang melakukan maksiat tanpa taubat, termasuk mereka golongan jin atau manusia.Maka rasailah oleh mu siksa ini disebabkan kamu melupakan pertemuanmu dengan hari ini, dan rasakanlah siksa yang kekal ini sebagai pembalasan keatas apa yang kamu telah perbuat didunia dahulu.”

Dalam nada yang sama kita dapati Allah swt menempelak golongan ini didalam ayat‐ayat berikut yang bermaksud:

Dan jika kamu (Muhammad) melihat ketika mereka dihadapkan ke neraka, lalu mereka berkata: “Kiranya kami dikembalikan (kedunia) dan tidak mendustakan ayat‐ayat Tuhan kami, serta menjadi orang‐orang yang beriman.”(tentulah kamu melihat satu peristiwa yang mengharukan). Tetapi (sebenarnya) telah nyata bagi mereka kejahatan yang mereka dahulu mereka sembunyikannya.Sekiranya mereka dikembalikan kedunia, tentulah mereka kembali kepada apa yang dilarang mereka mengerjakannya.dan sesungguhnya mereka itu adalah pendusta belaka.

Dan mereka akan mengatakan (pula): “Hidup hanyalah kehidupan kita didunia sahaja dan kita sekali‐kali tidak akan dibangkitkan.’’ Dan seandainya kamu melihat ketika mereka dihadapkan kepada Tuhannya (tentulah kamu melihat peristiwa yang mengharukan).

Berfirman Allah :
“Bukankah (kebangkitan) itu benar?” Mereka menjawab: “Sungguh benar, demi Tuhan kami.” Berfirman Allah: “ Kerana itu rasakanlah azab ini, disebabkan kamu mengingkarinya.”
Surah Al‐An’am 6/Ayat 27 ‐30

Orang‐orang kafir, pada saat mereka dihadapkan siksaan Allah mereka secara spontan minta kembali semula kedunia sambil berjanji untuk untuk menjadi orang beriman dan mengerjakan amal solih.Namun mereka telah ditempelak oleh Allah sekiranya mereka dikembalikan kedunia sudah pasti mereka bersifat seperti sediakala menjadi orang yang berdusta dan curang, sebab utamanya adalah prinsip hidup mereka bahawa hidup itu hanya untuk dunia semata dan mereka tidak yakin akan dibangkitkan pada hari qiamat.Mereka lebih utamakan kehidupan didunia dan mereka menyembunyikan kebenaran
dikalangan pengikut‐pengikut mereka.

Tatkala mereka ditanya oleh Allah diakhirat kelak: "Tidakkah semua ini benar, nyata dan hak? " Mereka terpaksa tunduk, malu dan mengaku:” Benar demi Tuhan kami ".Dan langsung Allah berfirman: " Kini rasakanlah siksa ini kerana kalian dahulu didunia amat kafir dan ingkar."

Itulah pemandangan diakhirat yang amat berlainan dengan pemandangan mereka didunia, dimana didunia ini mereka amat sombong, menolak hidayah, suka bertengkar menentang usaha‐usaha dakwah, melarang orang lain melakukan kebaikan, menjauhkan diri dari al‐Quran dan hadith dan membuat dakwaan palsu yang besar dan menindas para pejuang‐pejuang Islam.

Andainya kita melihat sewaktu mereka ditahan oleh Allah dihadapan neraka dalam keadaan hina‐dina, mereka tak berupaya lagi untuk bertengkar, memutar‐belitkan fakta kebenaran.Walaupun mereka memasang angan-angan untuk kembali kedunia semula agar mereka tidak lagi mendustakan ayat‐ayat Allah, namun semuanya itu telah terlambat buat mereka.

Didunia dahulu ,segala amal perbuatan mereka menjurus kepada sikap sombong dan takabbur seolah‐olahnya kebangkitan selepas mati, hisab dan pembalasan itu tidak wujud sama sekali.Di hadapan Allah barulah mereka tersentak apabila diajukan soalan :"Tidakkah hari kebangkitan yang kamu sangkal selama didunia dahulu itu benar‐benar terjadi?"

Pada hari qiamat kelak segala rahsia didunia yang ditutup atau disembunyikan akan terbongkar.Ini terjadi kerana ada kitab yang menyimpan segala amalan perbuatan manusia didunia.Ini sesuai dengan firman Allah berikut yang bermaksud:

Pada hari itu kamu dihadapkan (kepada Tuhanmu) , tiada sesuatu pun dari keadaanmu yang tersembunyi (bagi Allah)
Surah Al‐Haqqah 69/Ayat 18

Orang‐orang yang kufur itu amat menyesal apabila berhadapan dengan mahkamah Allah, setelah menyedari dosa‐dosa yang dibawa menemui Allah. Kepada mereka ini Allah menimpakan siksaNya yang amat pedih sebagai balasan terhadap dosa‐dosa mereka yang dilakukan didunia.Siksa yang diterima tersebut sesuai dengan banyak atau sedikitnya dosa mereka didunia.Mereka akan tinggal di dalam neraka berkurun lamanya atau berkekalan buat selamanya.

Pembalasan oleh Allah keatas mereka ini dijelaskan oleh Allah swt dalam ayat-ayat berikut yang bermaksud:

Sesungguhnya neraka Jahannam itu (padanya) ada tempat pengintai,lagi menjadi tempat kembali bagi orang yang melampaui batas, mereka tinggal didalamnya berabad‐abad lamanya, mereka tidak merasakan kesejukan didalamnya dan tidak pula mendapat
minuman, selain dari air yang mendidih dan nanah, sebagai pembalasan yang setimpal, Sesungguhnya mereka dahulu tidak takut dengan hitungan amal,dan mereka dustakan ayat‐ayat Kami dengan sungguh‐sungguhnya, dan segala sesuatu telah Kami catatkan dalam suatu kitab, Kerana itu rasakanlah.Dan kami tidak tidak menambah kepada kamu selain
daripada azab.
Surah An‐Naba’ 78/Ayat 21 ‐30

Diakhirat nanti timbul penyesalan yang amat sangat daripada mereka seraya berkata:”Jika kami mendengar ucapan dari pemberi peringatan itu dan menerimanya, sudah pasti kimi tidak tergolong bersama golongan yang tersiksa.”

Hal ini diterang oleh Allah dalam ayat‐ayat berikut yang bermaksud:
Dan mereka berkata:” Sekiranya kami mendengar atau memikirkan (peringatan itu) niscaya tidaklah kami termasuk penghuni neraka yang menyala‐nyala.”
Mereka mengakui dosa‐dosa mereka.Maka kebinasaanlah bagi penghunipenghuni
neraka yang menyala‐nyala.
Surah Al‐Mulk 67/ Ayat 10‐11

Walau bagaimana pun segala pengakuan dan penyesalan mereka pada saat itu sudah tidak berguna lagi.

Demikianlah Allah swt menyediakan kesudahan yang buruk kepada mereka yang telah diberikan peringatan tetapi mereka ingkar. Suasana ini berbeza dengan hamba‐hamba Allah yang beriman dan melaksanakan perintah Tuhannya seperti yang diceritakan oleh al_Quran seperti yang bermaksud seperti berikut:

Maka perhatikanlah bagaimana kesudahan orang‐orang yang diberi peringatan itu, Tetapi hamba‐hamba Allah dibersihkan (dari dosa tidak akan diazab)
Surah As‐Saffat 37/Ayat 73‐74

Hamba‐hamba Allah swt yang diberikan olehNya petunjuk sehingga beriman dengan melaksanakan perintah agamaNya , mereka akan diselamatkan dari semua azab dan sebagai balasan baik dari Allah swt mereka akan dimasukkan kedalam syurga yang seluas langit dan bumi.

Bagi orang‐orang beriman Allah swt sentiasa kasih dan membimbing mereka dengan peringatan supaya tidak mengikut perangai mereka yang musyrik, kufur dan fasik.Oleh itu Allah swt telah memberi pesanan didunia lagi supaya orang‐orang beriman sentiasa berwaspada agar tidak menyesal diakhirat kelak.

Firman Allah swt yang bermaksud :
Aku bersumpah dengan hari qiamat, Dan Aku bersumpah dengan jiwa yang amat menyesali.
Surah Al‐Qiyamah/ Ayat 1 ‐2

Allah bersumpah dengan hari qiamat dan keadaan kengeriannya yang besar, dengan nafsu yang yang inginkan ketinggian iaitu nafsu yang menyesali kejahatan.Maksudnya mengapa ia melakukan perbuatan keji ini dan mengapa urusan kebaikan itu tidak diperbanyakkan.

Imam Al‐Farra berkata:” Tidak ada nafsu yang baik dan yang buruk, kecuali ia mendera dirinya. Jika ia mengerjakan kebaikan,ia mengatakan kenapakah tidak diperbanyakkan. Sebaliknya jika ia mengerjakan keburukan ia mengatakan: Seandainya aku tidak melakukannya alangkah lebih baik?”

Hakikat jiwa lawwamah itu mempunyai beberapa tafsiran.Menurut Imam Hasan al‐Basri :”Demi Allah engkau melihat seorang Muslim melainkan dia sentiasa mencela dan mengkritik dirinya sendiri, contohnya mengapakah aku berbuat dan berkata begitu dan begini; tetapi sebaliknya seorang yang berdosa itu akan meneruskan maksiatnya tanpa mencela dan mengkritik dirinya.”

Menurut Imam Mujahid pula : “Al‐nafsul‐lawwamah itu ialah jiwa yang menyesali dan mencela dirinya diatas mana‐mana kebajikan yang luput.”

Mengikut Imam Ibnu Jarir :” Semua pendapat ini membawa pengertian yang hampir sama iaitu jiwa yang mencela dan mengkritik dirinya sendiri samada dalam perkara kebaikan atau kejahatan dan menyesali mana‐mana kejahatan yang luput.”

Setelah itu hendaklah kita ingat pesanan Allah swt seperti yang dirakamkan dalam ayat‐ayat berikut:

Pada hari itu diberitahu kepada manusia apa yang telah dikerjakannya dan apa yang dilalaikannya, Bahkan manusia itu menjadi saksi keatas dirinya sendiri, Meskipun mereka mengemukakan alasan‐alasan.
Surah Al‐Qiyamah 75/ Ayat 13 ‐15

Ayat Quran yang paling ketara menceritakan penyesalan orang‐orang yang kafir adalah seperti yang terdapat didalam surah an‐Naba’ yang bermaksud
seperti berikut:
Sesungguhnya Kami telah memperingatkan kepada mu (hai orang kafir)siksa yang dekat, pada hari manusia melihat apa yang telah diperbuat oleh kedua‐dua tangannya; dan orang kafir berkata: “Alangkah baiknya sekiranya aku dahulu adalah tanah.”
Surah An‐Naba’ 78/ Ayat 40

Oleh kerana dahsyatnya siksaan yang menimpa diri manusia diakhirat kelak dengan suasana huru‐hara yang dilihat mereka, orang kafir itu berkata: “Aduhai sekiranya dahulu aku tidak menjadi manusia dan sebaliknya aku menjadi tanah , nescaya aku akan selamat.”
Ucapan ini bermaksud :” Andaikata aku dahulu bukan manusia yang menerima bebanan kewajipan, tetapi aku dijadikan batu atau tanah nescaya kewajipan agama tidak dikenakan keatas diriku.”

Begitulah rupanya penyesalan orang yang mensia‐siakan hidupnya didunia tanpa menjalankan tanggung‐jawab yang diamanahkan oleh Allah dengan sebaik‐baiknya, malahan dia amat lalai dengan kerja‐kerja yang sia‐sia yang bertentangan suruhan Allah swt. Namun begitu semua dari kita mengetahui bahawa menyesal dihari qiamat itu semuanya sudah terlambat.

Wallahu’alam

Diantara bahan rujukan:
Al‐Quran Dan Terjemahannya ‐ Terbitan Pustaka Antara
Tafsir Al‐Maraghiy Ahmad Mustafa Al‐Maraghiy ‐ Terjemahan Muhamad Thalib
Tafsir Fi Zilal Quran Asy Syahid Sayyid Qutb Rahimahullah‐ Terjemahan Yusof Zaki Haji Yacob
Tafsir Ibnu Katsier – Terjemahan H.Salim Bahreisy dan H.Said Bahreisy

Wahyu Terakhir Kepada Rasulullah S.A.W

Diriwayatkan bahawa surah Al-Maaidah ayat 3 diturunkan pada sesudah waktu asar yaitu pada hari Jumaat di padang Arafah pada musim haji penghabisan [Wada']. Pada masa itu Rasulullah s.a.w. berada di Arafah di atas unta. Ketika ayat ini turun Rasulullah s.a.w. tidak begitu jelas penerimaannya untuk mengingati isi dan makna yang terkandung dalam ayat tersebut. Kemudian Rasulullah s.a.w. bersandar pada unta beliau, dan unta beliau pun duduk perlahan-lahan. Setelah itu turun malaikat Jibril a.s. dan berkata:

"Wahai Muhammad, sesungguhnya pada hari ini telah disempurnakan urusan agamamu, maka terputuslah apa yang diperintahkan oleh Allah s.w.t. dan demikian juga apa yang terlarang olehnya. Oleh itu kamu kumpulkan para sahabatmu dan beritahu kepada mereka bahawa hari ini adalah hari terakhir aku bertemu dengan kamu."

Setelah Malaikat Jibril a.s. pergi maka Rasulullah s.a.w. pun berangkat ke Mekah dan terus pergi ke Madinah. Setelah Rasulullah s.a.w. mengumpulkan para sahabat beliau, maka Rasulullah s.a.w. pun menceritakan apa yang telah diberitahu oleh malaikat Jibril a.s.. Apabila para sahabat mendengar hal yang demikian maka mereka pun gembira sambil berkata: "Agama kita telah sempurna. Agama kila telah sempurna."

Apabila Abu Bakar ra. mendengar keterangan Rasulullah s.a.w. itu, maka ia tidak dapat menahan kesedihannya maka ia pun kembali ke rumah lalu mengunci pintu dan menangis sekuat-kuatnya. Abu Bakar ra. menangis dari pagi hingga ke malam. Kisah tentang Abu Bakar ra. menangis telah sampai kepada para sahabat yang lain, maka berkumpullah para sahabat di depan rumah Abu Bakar ra. dan mereka berkata: "Wahai Abu Bakar, apakah yang telah membuat kamu menangis sehingga begini sekali keadaanmu? Seharusnya kamu merasa gembira sebab agama kita telah sempuma." Mendengarkan pertanyaan dari para sahabat maka Abu Bakar ra. pun berkata, "Wahai para sahabatku, kamu semua tidak tahu tentang musibah yang menimpa kamu, tidakkah kamu tahu bahawa apabila sesualu perkara itu telah sempuma maka akan kelihatanlah akan kekurangannya. Dengan turunnya ayat tersebut bahawa ia menunjukkan perpisahan kita dengan Rasulullah s.a.w.. Hasan dan Husin menjadi yatim dan para isteri nabi menjadi janda."

Selelah mereka mendengar penjelasan dari Abu Bakar ra. maka sadarlah mereka akan kebenaran kata-kata Abu Bakar ra., lalu mereka menangis dengan sekuat-kuatnya. Tangisan mereka telah didengar oleh para sahabat yang lain, maka mereka pun terus memberitahu Rasulullah s.a.w. tentang apa yang mereka lihat itu. Berkata salah seorang dari para sahabat, "Ya Rasulullah s.a.w., kami baru kembali dari rumah Abu Bakar ra. dan kami dapati banyak orang menangis dengan suara yang kuat di depan rumah beliau." Apabila Rasulullah s.a.w. mendengar keterangan dari para sahabat, maka berubahlah muka Rasulullah s.a.w. dan dengan bergegas beliau menuju ke rumah Abu Bakar ra.. Setelah Rasulullah s.a.w. sampai di rumah Abu Bakar ra. maka Rasulullah s.a.w. melihat kesemua mereka yang menangis dan bertanya, "Wahai para sahabatku, kenapakah kamu semua menangis?." Kemudian Ali ra. berkata, "YaRasulullah s.a.w., Abu Bakar ra. mengatakan dengan turunnya ayat ini membawa tanda bahwa waktu wafatmu telah dekat. Adakah ini benar ya Rasulullah?." Lalu Rasulullah s.a.w. berkata: "Semua yang dikatakan oleh Abu Bakar ra. adalah benar, dan sesungguhnya waktu untuk aku meninggalkan kamu semua telah dekat".

Setelah Abu Bakar ra. mendengar pengakuan Rasulullah s.a.w., maka ia pun menangis sekuat tenaganya sehingga ia jatuh pingsan. Sementara 'Ukasyah ra. berkata kepada Rasulullah s.a.w., 'Ya Rasulullah, waktu itu saya anda pukul pada tulang rusuk saya. Oleh itu saya hendak tahu apakah anda sengaja memukul saya atau hendak memukul unta baginda." Rasulullah s.a.w. berkata: "Wahai 'Ukasyah, Rasulullah s.a.w. sengaja memukul kamu." Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata kepada Bilal ra., "Wahai Bilal, kamu pergi ke rumah Fathimah dan ambilkan tongkatku ke mari." Bilal keluar dari masjid menuju ke rumah Fathimah sambil meletakkan tangannya di atas kepala dengan berkata, "Rasulullah telah menyediakan dirinya untuk dibalas [diqishash]."

Setelah Bilal sampai di rumah Fathimah maka Bilal pun memberi salam dan mengetuk pintu. Kemudian Fathimah ra. menyahut dengan berkata: "Siapakah di pintu?." Lalu Bilal ra. berkata: "Saya Bilal, saya telah diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w. untuk mengambil tongkat beliau. "Kemudian Fathimah ra. berkata: "Wahai Bilal, untuk apa ayahku minta tongkatnya." Berkata Bilal ra.: "Wahai Fathimah, Rasulullah s.a.w. telah menyediakan dirinya untuk diqishash." Bertanya Fathimah ra. lagi: "Wahai Bilal, siapakah manusia yang sampai hatinya untuk menqishash Rasulullah s.a.w.?" Bilal ra. tidak menjawab pertanyaan Fathimah ra., Setelah Fathimah ra. memberikan tongkat tersebut, maka Bilal pun membawa tongkat itu kepada Rasulullah s.a.w. Setelah Rasulullah s.a.w. menerima tongkat tersebut dari Bilal ra. maka beliau pun menyerahkan kepada 'Ukasyah.

Melihatkan hal yang demikian maka Abu Bakar ra. dan Umar ra. tampil ke depan sambil berkata: "Wahai 'Ukasyah, janganlah kamu qishash Rasulullah s.a.w. tetapi kamu qishashlah kami berdua." Apabila Rasulullah s.a.w. mendengar kata-kata Abu Bakar ra. dan Umar ra. maka dengan segera beliau berkata: "Wahai Abu Bakar, Umar duduklah kamu berdua, sesungguhnya Allah s.w.t. telah menetapkan tempatnya untuk kamu berdua." Kemudian Ali ra. bangun, lalu berkata, "Wahai 'Ukasyah! Aku adalah orang yang senantiasa berada di samping Rasulullah s.a.w. oleh itu kamu pukullah aku dan janganlah kamu menqishash Rasulullah s.a.w." Lalu Rasulullah s.a.w. berkata, "Wahai Ali duduklah kamu, sesungguhnya Allah s.w.t. telah menetapkan tempatmu dan mengetahui isi hatimu." Setelah itu Hasan dan Husin bangun dengan berkata: "Wahai 'Ukasyah, bukankah kamu tidak tahu bahwa kami ini adalah cucu Rasulullah s.a.w., kalau kamu menqishash kami sama dengan kamu menqishash Rasulullah s.a.w." Mendengar kata-kata cucunya Rasulullah s.a.w. pun berkata, "Wahai buah hatiku duduklah kamu berdua." Berkata Rasulullah s.a.w. "Wahai 'Ukasyah pukullah saya kalau kamu hendak memukul."

Kemudian 'Ukasyah berkata: "Ya Rasulullah s.a.w., anda telah memukul saya sewaktu saya tidak memakai baju." Maka Rasulullah s.a.w. pun membuka baju. Setelah Rasulullah s.a.w. membuka baju maka menangislah semua yang hadir. Setelah 'Ukasyah melihat tubuh Rasulullah s.a.w. maka ia pun mencium beliau dan berkata, "Saya tebus anda dengan jiwa saya ya Rasulullah s.a.w., siapakah yang sanggup memukul anda. Saya melakukan begini adalah sebab saya ingin menyentuh badan anda yang dimuliakan oleh Allah s.w.t. dengan badan saya. Dan Allah s.w.t. menjaga saya dari neraka dengan kehormatanmu" Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata, "Dengarlah kamu sekalian, sekiranya kamu hendak melihat ahli syurga, inilah orangnya." Kemudian semua para jemaah bersalam-salaman atas kegembiraan mereka terhadap peristiwa yang sangat genting itu. Setelah itu para jemaah pun berkata, "Wahai 'Ukasyah, inilah keuntungan yang paling besar bagimu, engkau telah memperolehi darjat yang tinggi dan bertemankan Rasulullah s.a.w. di dalam syurga."

Apabila ajal Rasulullah s.a.w. makin dekat maka beliau pun memanggil para sahabat ke rumah Aisyah ra. dan beliau berkata: "Selamat datang kamu semua semoga Allah s.w.t. mengasihi kamu semua, saya berwasiat kepada kamu semua agar kamu semua bertaqwa kepada Allah s.w.t. dan mentaati segala perintahnya. Sesungguhnya hari perpisahan antara saya dengan kamu semua hampir dekat, dan dekat pula saat kembalinya seorang hamba kepada Allah s.w.t. dan menempatkannya di syurga. Kalau telah sampai ajalku maka hendaklah Ali yang memandikanku, Fadhl bin Abbas hendaklah menuangkan air dan Usamah bin Zaid hendaklah menolong keduanya. Setelah itu kamu kafanilah aku dengan pakaianku sendiri apabila kamu semua menghendaki, atau kafanilah aku dengan kain Yaman yang putih. Apabila kamu memandikan aku, maka hendaklah kamu letakkan aku di atas balai tempat tidurku dalam rumahku ini. Setelah itu kamu semua keluarlah sebentar meninggalkan aku. Pertama yang akan mensolatkan aku ialah Allah s.w.t., kemudian yang akan mensolat aku ialah Jibril a.s., kemudian diikuti oleh malaikat Israfil, malaikat Mikail, dan yang akhir sekali malaikat lzrail berserta dengan semua para pembantunya. Setelah itu baru kamu semua masuk bergantian secara berkelompok bersolat ke atasku."

Setelah para sahabat mendengar ucapan yang sungguh menyayat hati itu maka mereka pun menangis dengan nada yang keras dan berkata, "Ya Rasulullah s.a.w. anda adalah seorang Rasul yang diutus kepada kami dan untuk semua, yang mana selama ini anda memberi kekuatan dalam penemuan kami dan sebagai penguasa yang menguruskan perkara kami. Apabila anda sudah tiada nanti kepada siapakah akan kami tanya setiap persoalan yang timbul nanti?." Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata, "Dengarlah para sahabatku, aku tinggalkan kepada kamu semua jalan yang benar dan jalan yang terang, dan telah aku tinggalkan kepada kamu semua dua penasihat yang satu daripadanya pandai bicara dan yang satu lagi diam sahaja. Yang pandai bicara itu ialah Al-Quran dan yang diam itu ialah maut. Apabila ada sesuatu persoalan yang rumit di antara kamu, maka hendaklah kamu semua kembali kepada Al-Quran dan Hadis-ku dan sekiranya hati kamu itu berkeras maka lembutkan dia dengan mengambil pelajaran dari mati."

Setelah Rasulullah s.a.w. berkata demikian, maka sakit Rasulullah s.a.w. bermula. Dalam bulan safar Rasulullah s.a.w. sakit selama 18 hari dan sering diziaiahi oleh para sahabat. Dalam sebuah kitab diterangkan bahawa Rasulullah s.a.w. diutus pada hari Isnin dan wafat pada hari Isnin. Pada hari Isnin penyakit Rasulullah s.a.w. bertambah berat, setelah Bilal ra. menyelesaikan azan subuh, maka Bilal ra. pun pergi ke rumah Rasulullah s.a.w.. Sesampainya Bilal ra. di rumah Rasulullah s.a.w. maka Bilal ra. pun memberi salam, "Assalaarnualaika ya Rasulullah." Lalu dijawab oleh Fathimah ra., "Rasulullah s.a.w. masih sibuk dengan urusan beliau." Setelah Bilal ra. mendengar penjelasan dari Fathimah ra. maka Bilal ra. pun kembali ke masjid tanpa memahami kata-kata Fathimah ra. itu. Apabila waktu subuh hampir hendak lupus, lalu Bilal pergi sekali lagi ke rumah Rasulullah s.a.w. dan memberi salam seperti permulaan tadi, kali ini salam Bilal ra. telah di dengar oleh Rasulullah s.a.w. dan Rasulullah s.a.w. berkata, "Masuklah wahai Bilal, sesungguhnya penyakitku ini semakin berat, oleh itu kamu suruhlah Abu Bakar mengimamkan solat subuh berjemaah dengan mereka yang hadir." Setelah mendengar kata-kata Rasulullah s.a.w. maka Bilal ra. pun berjalan menuju ke masjid sambil meletakkan tangan di atas kepala dengan berkata: "Aduh musibah."

Setelah Bilal ra. sarnpai di masjid maka Bilal ra. pun memberitahu Abu Bakar tentang apa yang telah Rasulullah s.a.w. katakan kepadanya. Abu Bakar ra. tidak dapat menahan dirinya apabila ia melihat mimbar kosong maka dengan suara yang keras Abu Bakar ra. menangis sehingga ia jatuh pingsan. Melihatkan peristiwa ini maka riuh rendah tangisan sahabat dalam masjid, sehingga Rasulullah s.a.w. bertanya kepada Fathimah ra.; "Wahai Fathimah apakah yang telah berlaku?." Maka Fathimah ra. pun berkata: "Kekecohan kaum muslimin, sebab anda tidak pergi ke masjid." Kemudian Rasulullah s.a.w. memanggil Ali ra. dan Fadhl bin Abas ra., lalu Rasulullah s.a.w. bersandar kepada kedua mereka dan terus pergi ke masjid. Setelah Rasulullah s.a.w. sampai di masjid maka Rasulullah s.a.w. pun bersolat subuh bersama dengan para jemaah.

Setelah selesai solat subuh maka Rasulullah s.a.w. pun berkata, "Wahai kaum muslimin, kamu semua senantiasa dalam pertolongan dan pemeliharaan Allah s.w.t., oleh itu hendaklah kamu semua bertaqwa kepada Allah s.w.t. dan mengerjakan segala perintahnya. Sesungguhnya aku akan meninggalkan dunia ini dan kamu semua, dan hari ini adalah hari pertama aku di akhirat dan hari terakhir aku di dunia." Setelah berkata demikian maka Rasulullah s.a.w. pun pulang ke rumah beliau. Kemudian Allah s.w.t. mewahyukan kepada malaikat lzrail a.s., "Wahai lzrail, pergilah kamu kepada kekasihku dengan sebaik-baik rupa, dan apabila kamu hendak mencabut ruhnya maka hendaklah kamu melakukan dengan cara yang paling lembut sekali. Apabila kamu pergi ke rumahnya maka minta izinlah terlebih dahulu, kalau ia izinkan kamu masuk, maka masuklah kamu ke rumahnya dan kalau ia tidak mengizinkan kamu masuk maka hendaklah kamu kembali padaku."

Setelah malaikat lzrail mendapat perintah dari Allah s.w.t. maka malaikal lzrail pun turun dengan menyerupai orang Arab Badwi. Setelah malaikat lzrail sampai di depan rumah Rasulullah s.a.w. maka ia pun memberi salam, "Assalaamu alaikum yaa ahla baitin nubuwwati wa ma danir risaalati a adkhulu?" (Mudah-mudahan keselamatan tetap untuk kamu semua sekalian, wahai penghuni rumah nabi dan sumber risaalah, bolehkan saya masuk?) Apabila Fathimah mendengar orang memberi salam maka ia-pun berkata; "Wahai hamba Allah, Rasulullah s.a.w. sedang sibuk sebab sakitnya yang semakin berat." Kemudian malaikat lzrail berkata lagi seperti dipermulaannya, dan kali ini seruan malaikat itu telah didengar oleh Rasulullah s.a.w. dan Rasulullah s.a.w. bertanya kepada Fathimah ra., "Wahai Fathimah, siapakah di depan pintu itu." Maka Fathimah ra. pun berkata, "Ya Rasulullah, ada seorang Arab badwi memanggil mu, dan aku telah katakan kepadanya bahawa anda sedang sibuk sebab sakit, sebaliknya dia memandang saya dengan tajam sehingga terasa menggigil badan saya." Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata; "Wahai Fathimah, tahukah kamu siapakah orang itu?." Jawab Fathimah, "Tidak ayah." "Dia adalah malaikat lzrail, malaikat yang akan memutuskan segala macam nafsu syahwat yang memisahkan perkumpulan-perkumpulan dan yang memusnahkan semua rumah serta meramaikan kubur." Fathimah ra. tidak dapat menahan air matanya lagi setelah mengetahui bahawa saat perpisahan dengan ayahandanya akan berakhir, dia menangis sepuas-puasnya. Apabila Rasulullah s.a.w. mendengar tangisan Falimah ra. maka beliau pun berkata: "Janganlah kamu menangis wahai Fathimah, engkaulah orang yang pertama dalam keluargaku akan bertemu dengan aku." Kemudian Rasulullah s.a.w. pun mengizinkan malaikat lzrail masuk. Maka malaikat lzrail pun masuk dengan mengucap, "Assalamuaalaikum ya Rasulullah." Lalu Rasulullah s.a.w. menjawab: "Wa alaikas saalamu, wahai lzrail engkau datang menziarahi aku atau untuk mencabut ruhku?" Maka berkata malaikat lzrail: "Kedatangan saya adalah untuk menziarahimu dan untuk mencabut ruhmu, itupun kalau engkau izinkan, kalau engkau tidak izinkan maka aku akan kembali." Berkata Rasulullah s.a.w., "Wahai lzrail, di manakah kamu tinggalkan Jibril?" Berkata lzrail: "Saya tinggalkan Jibril di langit dunia, para malaikat sedang memuliakan dia." Tidak beberapa lama kemudian Jibril a.s. pun turun dan duduk di dekat kepala Rasulullah s.a.w..

Apabila Rasulullah s.a.w. melihat kedatangan Jibril a.s. maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: "Wahai Jibril, tahukah kamu bahawa ajalku sudah dekat" Berkata Jibril a.s., "Ya aku tahu" Rasulullah s.a.w. bertanya lagi, "Wahai Jibril, beritahu kepadaku kemuliaan yang menggembirakan aku disisi Allah s.w.t" Berkata Jibril a.s., "Sesungguhnya semua pintu langit telah dibuka, para malaikat bersusun rapi menanti ruhmu dilangit. Kesemua pintu-pintu syurga telah dibuka, dan kesemua bidadari sudah berhias menanti kehadiran ruhmu." Berkata Rasulullah s.a.w.: "Alhamdulillah, sekarang kamu katakan pula tentang umatku di hari kiamat nanti." Berkata Jibril a.s., "Allah s.w.t. telah berfirman yang bermaksud,"Sesungguhnya aku telah melarang semua para nabi masuk ke dalam syurga sebelum engkau masuk terlebih dahulu, dan aku juga melarang semua umat memasuki syurga sebelum umatmu memasuki syurga."

Berkata Rasulullah s.a.w.: "Sekarang aku telah puas hati dan telah hilang rasa susahku." Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata: "Wahai lzrail, mendekatlah kamu kepadaku." Setelah itu Malaikat lzrail pun memulai tugasnya, apabila ruh beliau sampai pada pusat, maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: "Wahai Jibril, alangkah dahsyatnya rasa mati." Jibrila.s. mengalihkan pandangan dari Rasulullah s.a.w. apabila mendengar kata-kata beliau itu. Melihatkan telatah Jibril a.s. itu maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: "Wahai Jibril, apakah kamu tidak suka melihat wajahku?" Jibril a.s. berkata: "Wahai kekasih Allah, siapakah orang yang sanggup melihat wajahmu dikala kamu dalam sakaratul maut?" Anas bin Malik ra. berkata: "Apabila ruh Rasulullah s.a.w. telah sampai di dada beliau telah bersabda,"Aku wasiatkan kepada kamu agar kamu semua menjaga solat dan apa-apa yang telah diperintahkan ke atasmu."

Ali ra. berkata: "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. ketika menjelang saat-saat terakhir, telah mengerakkan kedua bibir beliau sebanyak dua kali, dan saya meletakkan telinga, saya dengan Rasulullah s.a.w. berkata: "Umatku, umatku." Telah bersabda Rasulullah s.a.w. bahawa: "Malaikat Jibril a.s. telah berkata kepadaku; "Wahai Muhammad, sesungguhnya Allah s.w.t. telah menciptakan sebuah laut di belakang gunung Qaf, dan di laut itu terdapat ikan yang selalu membaca selawat untukmu, kalau sesiapa yang mengambil seekor ikan dari laut tersebut maka akan lumpuhlah kedua belah tangannya dan ikan tersebut akan menjadi batu."


Misteri Segitiga Bermuda Dan Pandangan Islam

Tiba-tiba penulis bersemangat untuk mencari fakta-fakta tentang Segitiga Bermuda. Ianya bermula iaitu ketika hariraya Aidiladha menziarahi abang ipar yang mengalami sakit misteri. Kesakitan yang dialami oleh abang ipar menurutnya adalah disebabkan oleh sihir yang dituju oleh seseorang dengan tujuan untuk menguji kehandalan ilmu hitam. Bukan setakat abang ipar, anak perempuan beliau juga turut terkena tempias perbuatan sihir tersebut. Pada abang ipar, itu adalah ujian dari Allah yang mempunyai hikmah di sebaliknya. Antara hikmah yang Allah beri adalah berpeluang untuk mempelajari serta memperolehi ilmu alam ghaib, perihal jin dan tentera Allah. Dalam keadaan beliau yang sakit sempat juga beliau bercerita mengenai Segitiga Bermuda. Beliau menjelaskan Segitiga Bermuda adalah tempat berhimpunnya segala jin kafir. Patutlah penulis pernah terbaca cerita seorang pilot yang beragama islam yang hampir disedut oleh Segitiga Bermuda sewaktu melalui kawasan tersebut tetapi terselamat oleh laungan takbir Allahuakhbar..Allahuakbar.. Bermacam-macam benda yang dia cerita pada penulis tentang alam ghaib termasuk segitiga bermuda namun penulis tidak terjemahkan di blog ini.


Dibawah ini dirungkai mengenai Segitiga Bermuda.

Segitiga Bermuda iaitu terletak di wilayah laut di selatan Amerika Serikat dengan titik sudut Miami (di Florida), Puerto Rico (Jamaica), dan Bermuda ini, telah berabad-abad menyimpan kisah yang tak terpecahkan. Misteri demi misteri bahkan telah dicatat oleh pengelana samudera macam Christopher Columbus.

Di lain kisah, Segitiga Bermuda juga telah membungkam puluhan pesawat yang melintasinya. Peristiwa terbesar yang kemudian terkuak sekitar 1990 lalu adalah raibnya iring-iringan lima Grumman TBF Avenger AL AS yang tengah berpatroli melintas wilayah laut ini pada siang hari 5 Desember 1945. Setelah sekitar dua jam penerbangan komandan penerbangan melapor, bahwa dirinya dan anak buahnya seperti mengalami disorientasi. Beberapa menit kemudian kelima TBF Avenger ini pun raib tanpa sempat memberi sinyal SOS.

Lebih dari itu, tak jauh dari kapal, pada suatu malam tiba-tiba para awaknya dikejutkan dengan munculnya bola-bola api yang terjun begitu saja ke dalam laut. Mereka juga menyaksikan lintasan cahaya dari arah ufuk yang kemudian menghilang begitu saja.

Hilangnya C-119
Kisah ajaib lainnya adalah hilangnya pesawat transpor C-119 Flying Boxcar pada 7 Juni 1965. Pesawat tambun mesin ganda milik AU AS bermuatan kargo ini, hari itu pukul 7.47 lepas landas dari Lanud Homestead. Pesawat dengan 10 awak ini terbang menuju Lapangan Terbang Grand Turk, Bahama, dan diharapkan mendarat pukul 11.23.

Pesawat ini sebenarnya hampir menuntaskan perjalanannya. Hal ini diketahui dari kontak radio yang masih terdengar hingga pukul 11. Sesungguhnya memang tak ada yang mencurigakan. Kerusakan teknis juga tak pernah dilaporkan. Tetapi Boxcar tak pernah sampai tujuan.

“Dalam kontak radio terakhir tak ada indikasi apa-apa bahwa pesawat tengah mengalami masalah. Namun setelah itu kami kehilangan jejaknya,” begitu ungkap juru bicara Penyelamat Pantai Miami. “Besar kemungkinan pesawat mengalami masalah kendali arah (steering trouble) hingga nyasar ke lain arah,” tambahnya.

“Benar-benar aneh. Sebuah pesawat terbang ke arah selatan Bahama dan hilang begitu saja tanpa jejak,” demikian komentar seorang veteran penerbang Perang Dunia II.

Banyak teori kemudian dihubung-hubungkan dengan segala kejadian di sana. Ada yang menyebut teori pelengkungan waktu, medan gravitasi terbalik, abrasi atmosfer, dan ada juga teori anomali magnetik-gravitasi. Selain itu ada juga yang mengaitkannya dengan fenomena gampa laut, serangan gelombang tidal, hingga lubang hitam (black-hole) yang hanya terjadi di angkasa luar sana. Aneh-aneh memang analisanya, namun tetap saja tak ada satu pun yang bisa menjelaskannya.

Hingga saat ini,telah banyak tenggapan-tanggapan atau teori-teori mengenai peristiwa-peristiwan aneh dan ghaib yang terjadi di kawasan tsb,diantaranya:

Sebuah Argumen dari suatu Perusahaan Asuransi Kapal Laut
Perusahaan asuransi laut Lloyd’s of London menyatakan bahwa segitiga bermuda bukanlah lautan yang berbahaya dan sama seperti lautan biasa di seluruh dunia, asalkan tidak membawa angkutan melebihi ketentuan ketika melalui wilayah tersebut. Penjaga pantai mengkonfirmasi keputusan tersebut. Penjelasan tersebut dianggap masuk akal, ditambah dengan sejumlah pengamatan dan penyelidikan kasus.

Teori Lorong Waktu
Menurut beberapa peneliti,mungkin dikawasan ini terdapat sebuah gangguan atmosfir di udara berupa lubang di langit.Ke lubang itulah pesawat terbang masuk tanpa sanggup untuk keluar lagi. Dari misteri “Lubang di Langit” ini membentuk sebuah teori tentang adanya semacam perhubungan antara dunia dengan dimensi lain. lubang di Langit itu dianggap semacam alat transportasi seperti tampak di film Star Trek. Ataukah bentuk Lubang di Langit itu UFO? Orang sering menghubungkan hilangnya pesawat kita dengan munculnya UFO.

Blue Hole
Konon di dasar laut segitiga bermuda terdapat semacam lubang/gua dasar laut,dulu gua ini memang sungguh ada, tetapi setelahjaman es berlalu, gua ini tertutup.Arus didalamnya sangat kuat dan sering membuat pusaran yang berdaya hisap. banyak kapal-kapal kecil atau manusia yang terhisap ke dalam blue hole itu tanpa daya,dan anehnya kapal-kapal kecil yang terhisap itu akan muncul kembali ke permukaan laut selang beberapa lama.

Tapi yang menimbulkan pertanyaan ialah: Mungkinkah Blue Hole ini sanggup menelan
kapal raksasa ke dasar lautan?

Gas Metana
Penjelasan lain dari beberapa peristiwa lenyapnya pesawat terbang dan kapal laut secara misterius adalah adanya gas methana di wilayah perairan tersebut. Teori ini dipublikasikan untuk pertama kali tahun 1981 oleh Badan Penyelidikan Geologi Amerika Serikat. Teori ini berhasil diuji coba di laboratorium dan hasilnya memuaskan beberapa orang tentang penjelasan yang masuk akal seputar misteri lenyapnya pesawat-pesawat dan kapal laut yang melintas di wilayah tersebut.

Misteri Lidah Lautan
Kawasan Segitiga bermuda sering juga disebut sebagai Tongue of the Ocean atau Lidah Lautan.Lidah Lautan mempunyai jurang bawah laut (canyon).Ada beberapa peristiwa kecelakaan di sana. Tidak banyak yang belum diketahui tentang Segitiga Bermuda, sehingga orang menghubungkan misteri Segitiga Bermuda ini dengan misteri lainnya. Misalnya saja misteri Naga Laut yang pernah muncul di Tanjung Ann, Massachussets AS, pada bulan Agustus 1917.

Misteri Makhluk Sargasso
Misteri lain yang masih belum terungkap adalah misteri Makhluk Laut Sargasso, yang bukan semata-mata khayalan. Di Lautan Sargasso,banyak kapal yang tak pernah sampai ke tujuannya dan terkubur di dasar laut. Di sana terhimpun kapal-kapal dari berbagai jaman, harta karun, mayat tulang belulang manusia. Luas Laut Misteri Sargasso ini 3650 km untuk panjang dan lebarnya 1825 km, dan di sekelilingnya mengalir arus yang kuat sekali, sehingga membentuk pusaran yang sangat luas yang berputar perlahan-lahan searah jarum jam.

Angin Puting Beliung
Mungkin di area ini sering terjadi badai laut yang mungkin bisa membentuk suatu pusaran angin yang dapat menyebabkan hancurnya sebuah pesawat terbang karena terhempaskan.

Beberapa Penjelasan Lain
Ada yang mengatakan Segitiga Bermuda disebabkan karena tempat tersebut merupakan pangkalan UFO sekelompok mahkluk luar angkasa/alien yang tidak mau diusik oleh manusia,sehingga kendaraan apapun yang melewati daerah teritorial tersebut akan terhisap dan diculik. Ada juga yang mengatakan bahwa penyebabnya dikarenakan oleh adanya sumber magnet terbesar di bumi yang tertanam di bawah Segitiga Bermuda,sehingga logam berton-tonpun dapat tertarik ke dalam. Dan bahkan ada yang mengatakan Segitiga Bermuda merupakan pusat bertemunya antara arus air dingin dengan arus air panas,sehingga akan mengakibatkan pusaran air yang besar/dasyat.

Berikut adalah bebrapa Kejadian-kejadian yang terjadi di Segitiga Bermuda:


  • 1840 : HMS Rosalie
  • 1872 : The Mary Celeste, salah satu misteri terbesar lenyapnya beberapa kapal di segitiga bermuda
  • 1909 : The Spray
  • 1917 : SS Timandra
  • 1918 : USS Cyclops (AC-4) lenyap di laut berbadai, namun sebelum berangkat menara pengawas mengatakan bahwa lautan tenang sekali, tidak mungkin terjadi badai, sangat baik untuk pelayaran
  • 1926 : SS Suduffco hilang dalam cuaca buruk
  • 1938 : HMS Anglo Australian menghilang. Padahal laporan mengatakan cuaca hari itu sangat tenang
  • 1945 : Penerbangan 19 menghilang
  • 1952 : Pesawat British York transport lenyap dengan 33 penumpang
  • 1962 : US Air Force KB-50, sebuah kapal tanker, lenyap
  • 1970 : Kapal barang Perancis, Milton Latrides lenyap; berlayar dari New Orleans menuju Cape Town.
  • 1972 : Kapal Jerman, Anita (20.000 ton), menghilang dengan 32 kru
  • 1976 : SS Sylvia L. Ossa lenyap dalam laut 140 mil sebelah barat Bermuda.
  • 1978 : Douglas DC-3 Argosy Airlines Flight 902, menghilang setelah lepas landas dan kontak radio terputus
  • 1980 : SS Poet; berlayar menuju Mesir, lenyap dalam badai
  • 1995 : Kapal Jamanic K (dibuat tahun 1943) dilaporkan menghilang setelah melalui Cap Haitien
  • 1997 : Para pelayar menghilang dari kapal pesiar Jerman
  • 1999 : Freighter Genesis hilang setelah berlayar dari Port of Spain menuju St Vincent.

Begitulah Segitiga Bermuda. Di wilayah ini, indera keenam memang seperti dihantui ’suasana’ yang tak biasa. Namun begitu rombongan Columbus masih terbilang beruntung, karena hanya disuguhi ‘pertunjukkan’. Lain dengan pelintas-pelintas yang lain.

Segitiga bermuda yang juga biasa disebut segitiga setan terletak di wilayah lautan samudera atlantik seluas 1,5 juta mil2 atau 4juta km2 yang membentuk garis segita antara wilayah2 teritorial britania raya sbg titik di sebelah utara, puerto rico teritorial amerika serikat titik di sebelah selatan dan miami negara bagian florida amerika serikat sbg titik disebelah barat.

Ada yang bilang segitiga bermuda itu adalah tempat mangkalnya alien dan ufo.Ada yg bilang itu adalah pusat magnet terbesar didunia.Ada juga yang bilang itu pusat bumi dan terdapat black hole yang mampu menyedot apapun yg melintas.Lalu apa pendapat islam tentang segita bermuda?

Ada hadist yg diriwayatkan Abu Hurairah bahwa Rasulullah SAW telah bersabda “Apabila salah seorang berada ditempat yg terbuka atau ditengah matahari sedang bersinar, lalu bayangan yg meneduhinya bergerau sehingga sebagian dari dirinya terletak ditempat panas dan sebagibn lagi di tempat sejuk, maka hendaklah dia berdiri atau meninggalkan tempat itu” dikatakan larangan ini karena tempat seperti itu adalah tempat yang paling digemari oleh Syaitan.Jadi apa kaitannya dengan bermuda???

Alasannya karena bermuda terletak di perairan atlantik di pertengahan antara benua Amerika bagian utara dan Afrika.Secara mudah lokasi ini adalah kawasan pertembungan dua arus panas dari afrika dan sejuk dari Amerika Utara. Dengan hadist ini maka terjawablah misteri segitiga bermuda.Perkara2 aneh yg terjadi itu tentu antara lain disebabkan pertembungan antara panas dan sejuk dan istana Syaitan yang mungkin tersembunyi disitu.

Ada sebuah buku yang berjudul “Dajjal akan muncul dari kerajaan jin di segitiga bermuda” Karya Sheikh Muhammad Isa Dawuud dari Mesir,bahwa kawasan bermuda adalah kawasan Jin dimana dari situlah akan muncul Dajjal. Jika benar dakwaan buku itu, tidak aneh lagi apa yang di Sabdakan Oleh Nabi SAW itu nyata adanya dan bahkan mendahului zaman sekaligus Nabi SAW membuktikan bahwa islam memiliki semua jawaban untuk semua pertanyaan.

Menurut Syaikh Imam M. Ma’rifatullah Al-arsy, segitiga bermuda merupan tempat titik terujung di dunia ini. Ditengah kawasan itu terdapat sebuah telaga yang airnya dapat membuat siapa saja yg meminumnya menjadi panjang umur, ditempat itu pula Nabiyullah Khidzir A.S bertahta sebagai penjaga sumber air kehidupan tersebut.Syaitkh imam M. M berkata kalau penyelamat akhir Zaman Imam Mahdi akan keluar dari Ghaibnya melalui tempat tersebut dengan menggukan jubah suci berwarna kebiruan.

Lalu apa penyebab hilangnya berbagai macam kapal ditempat itu??? Menurut Syaikh Imam M lagi, para iblis dan Syaitan tersebut yang tak bisa mendekati pusat kawasan agung itu,maka mereka pun berjaga disekelilingnya dan bertujuan untuk menghalangi setiap manusia yang mencoba untuk memasuki kawasan agung itu(segitiga bermuda).Karena sesungguhnya barang siapa yg bisa sampai ketempat titik tengah kawasan segitiga bermuda, maka dia akan mengetahui kebenaran alam yg sesungguhnya.

Banyak orang2 jaman dahulu yang telah mencoba kepusat Segitiga bermuda dan kebanyakan dari mereka enggan untuk kembali pulang kedunianya. Menurut sebuah artikel kuno, Raja Iskandar Agung pernah mencoba masuk ke kawasan agung itu.Dan sekembalinya mereka mengatakan bahwa tempat itu berpasirkan permata dan berbatukan berlian.Tempat yang dipenuhi dengan kabut putih tebal itu sangat indah untuk dipandang tapi sangat berbahaya untuk di datangi. PS: ya Allahu’alam… Semua kembali kepada sang pencipta Alam Allah SWT, karena sesungguhnya Allah SWT lah yang paling tahu apa sebenarnya segitiga bermuda itu.

29 October 2012

Menangis Kerana Takutkan Allah

Rasulullah s.a.w. telah bersabda, "Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya." Dalam sebuah kitab Daqa'iqul Akhbar menerangkan bahawa akan didatangkan seorang hamba pada hari kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan kejahatannya, dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka. Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya berkata, "Wahai Tuhanku, Rasul Engkau Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda, sesiapa yang menangis kerana takut kepada Allah s.w.t., maka Allah s.w.t. mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepada-Mu."

Akhirnya Allah s.w.t. mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya dari api neraka dengan berkat sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kepada Allah s.w.t. Malaikat Jibril a.s. mengumumkan, telah selamat Fulan bin Fulan sebab sehelai rambut." Dalam sebuah kitab lain, Bidayatul-Hidayah, diceritakan bahawa pada hari kiamat nanti, akan didatangkan neraka jahanam dengan mengeluarkan suaranya, suara nyalaan api yang sangat menggerunkan, semua umat menjadi berlutut kerana kesusahan menghadapinya. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud, "Kamu lihat (pada hari itu) setiap umat berlutut (yakni merangkak pada lututnya). Tiap-tiap umat diseru kepada buku amalannya. (Dikatakan kepadanya) Pada hari ini kamu dibalasi menurut apa-apa yang telah kau kerjakan." (Surah al-Jatsiyah ayat 28)

Sebaik sahaja mereka menghampiri neraka, mereka mendengar kegeraman api neraka dengan nyalaan apinya, dan diterangkan dalam kitab tersebut bahawa suara nyalaan api neraka itu dapat didengar sejauh 500 tahun perjalanan. Pada waktu itu, akan berkata setiap orang hingga Nabi-nabi dengan ucapan, "Diriku, diriku (selamatkanlah diriku Ya Allah) kecuali hanya seorang nabi sahaja yang akan berkata, "Umatku, umatku."
Beliau ialah junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. Pada masa itu akan keluarlah api neraka jahim seperti gunung-gunung, umat Nabi Muhammad s.a.w. berusaha menghalanginya dengan berkata, "Wahai api! Demi hak orang-orang yang solat, demi hak orang-orang yang ahli sedekah, demi hak orang-orang yang khusyuk, demi hak orang-orang yang berpuasa, supaya engkau kembali."

Walaupun dikata demikian, api neraka itu tetap tidak mahu kembali, lalu malaikat Jibril berkata, "Sesungguhnya api neraka itu menuju kepada umat Muhammad s.a.w." Kemudian Jibril membawa semangkuk air dan Rasulullah s.a.w. meraihnya. Berkata Jibril a.s. "Wahai Rasulullah, ambillah air ini dan siramkanlah kepadanya." Lalu Baginda s.a.w. mengambil dan menyiramkannya pada api itu, maka padamlah api itu. Setelah itu Rasulullah s.a.w. pun bertanya kepada Jibril a.s. "Wahai Jibril, Apakah air itu?" Maka Jibril berkata, "Itulah air mata orang derhaka di kalangan umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah s.w.t. Sekarang aku diperintahkan untuk memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan pada api itu." Maka padamlah api itu dengan izin Allah s.w.t.

Telah bersabda Rasulullah s.a.w., " Ya Allah anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak ditemunya air mata."

23 October 2012

Kisah Dan Teladan: Kisah Nabi Musa Dengan Wanita Penzina

Pada suatu senja yang lenggang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-huyung. Pakaiannya yang serba hitam menandakan bahawa ia berada dalam dukacita yang mencekam. Kerudungnya menangkup rapat hampir seluruh wajahnya. Tanpa hias muka atau perhiasan menempel di tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan roman mukanya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang tengah meruyak hidupnya. Ia melangkah terseret-seret mendekati kediaman rumah Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu pelan- pelan sambil mengucapkan uluk salam. Maka terdengarlah ucapan dari dalam “Silakan masuk”.

Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus merunduk. Air matanya berderai tatkala ia Berkata, “Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya. Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya.”

“Apakah dosamu wahai wanita?” tanya Nabi Musa a.s. terkejut.

“Saya takut mengatakannya.”jawab wanita cantik. “Katakanlah jangan ragu-ragu!” desak Nabi Musa.

Maka perempuan itupun terpatah bercerita, “Saya… telah berzina.

“Kepala Nabi Musa terangkat, hatinya tersentak. Perempuan itu meneruskan, “Dari perzinaan itu saya pun…lantas hamil. Setelah anak itu lahir, langsung saya… cekik lehernya sampai… mati,” ucap wanita itu seraya menangis sejadi-jadinya. Nabi Musa berapi-api matanya. Dengan muka berang ia mengherdik, “Perempuan bejad, enyah kamu dari sini! Agar siksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu. Pergi!”… teriak Nabi Musa sambil memalingkan mata kerana jijik.

Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu, hancur luluh segera bangkit dan melangkah keluar. Dia terantuk-antuk keluar dari dalam rumah Nabi Musa. Ratap tangisnya amat memilukan. Ia tidak tahu harus kemana lagi hendak mengadu. Bahkan ia tidak tahu mahu dibawa kemana lagi kaki-kakinya. Bila seorang Nabi saja sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya. Ia tidak tahu bahawa sepeninggalnya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa.

Jibril lalu bertanya, “Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya?” Nabi Musa terperanjat. “Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita pezina dan pembunuh itu?” Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril. “Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?”

“Ada!” jawab Jibril dengan tegas. “Dosa apakah itu?” tanya Musa a.s. “Orang yang meninggalkan sholat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar dari pada seribu kali berzina.”

Mendengar penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk menghadap kembali kepadanya. Nabi Musa memohonkan ampunan kepada Allah untuk perempuan tersebut. Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahawa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya. Bererti ia seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak punya hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya.

Sedang orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman di dadanya dan yakin bahawa Allah itu berada di jalan ketaatan kepada-Nya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mahu menerima kedatangannya.

Malah dalam satu hadis Nabi s.a.w. berkata “sesiapa yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja, maka ia kafir terang-terangan” (H.R. Atthabarani)

Dalam hadis Nabi s.a.w. disebutkan : “Orang yang meninggalkan sholat lebih besar dosanya dibanding dengan orang yang membakar 70 buah Al-Quran, membunuh 70 nabi dan bersetubuh dengan ibunya di dalam Ka’bah. Dalam hadis yang lain disebutkan bahawa orang yang meninggalkan sholat sehingga terlewat waktu, kemudian ia mengqadanya, maka ia akan disiksa dalam neraka selama satu huqub. Satu huqub adalah delapan puluh tahun. Satu tahun terdiri dari 360 hari, sedangkan satu hari di akhirat perbandingannya adalah seribu tahun di dunia.”

Al-Ghazzali berkata: “Jika ada orang berkata, bahawa ia telah mencapai satu tingkat disisi Allah s.w.t. hingga ia tidak wajib sembahyang, maka tidak ragu dibunuh orang itu, dan membunuh orang yang seperti itu lebih afdal dari pada membunuh 100 orang kafir.”

Ahmad bin Hanbal berkata: “Tidak sah berkahwin dengan wanita yang meniggalkan sembahyang, tetapi dalam mazhab kami: Berkahwin dengan wanita kitabiyah dzimmiyah lebih baik daripada berkahwin dengan wanita yang meniggalkan sembahyang.”

Demikianlah kisah Nabi Musa dan wanita penzina, mudah-mudahan menjadi pelajaran bagi kita dan timbul niat untuk melaksanakan kewajiban sholat dengan istiqomah. Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaa ilaaha illa anta, astaghfiruka wa atuubuilaiik.

19 October 2012

Pengumuman: Ceramah Agama Bulan October 2012

Tarikh: 24 Oktober 2012
Masa: 11:30pagi - 1:15 ptg
Tempat: Dewan Merak Keyangan

PENCERAMAH

Ustaz Shukri Harun

BIODATA PENCERAMAH

KELUARGA
1 isteri, 6 anak.
Asal Terengganu.
Umur 47 tahun

PENGALAMAN KERJA

Dalam pendidikan dari tahun 1996 hingga 2012.
Guru Pend Islam & Bahasa Arabdi SMK Jengka Pusat
Pengetua Kolej Sains & Teknology al Quran
Guru Besar Sek Ren Islam Integrasi Masjid Darul Ehsan
Guru Besar Pusat Pendidikan Masjid I'tisam Bt 3
Pengetua & Guru Besar Sek Ilmi, Ampang.

Sekarang : General Manager Bi'ru Kauthar Travel Sdn. Bhd
Pensyarah Sambilan di :
(a) UIA
(b) USIM

PENGAJIAN
a) Diploma Pendidikan, Maktab Perguruan Kuala Terengganu Batu Rakit.
b) Ba Fiqh & Pengajian Islam, Universiti Yarmouk, Jordan.
c) MA Pendidikan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.


Rakaman Kuliah Zohor - Ustaz Ismail Abas (17.10.2012 Tajuk: Sirah Nabawiah)

Ustaz Ismail Abas adalah seorang Pendakwah yang kerap muncul di media elektronik. Buat masa ini beliau adalah Pegawai di Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More