Tawakal dan Berserah diri pada Allah

Allah akan mencukupkan segala keperluannya. Barangsiapa berpegang teguh dengan agama Allah, nescaya Allah akan menyelamatkannya. Barangsiapa menyerahkan segala urusannya kepada Allah, nescaya Allah akan memberinya petunjuk.

Solat Wajib Berjemaah..27x Pahala..

Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a. katanya, Sesungguhnya Rasulullah bersabda, Sembahyang berjemaah itu lebih baik dari mendirikan sembahyang secara bersendirian sebanyak dua puluh tujuh darjat iaitu ganjaran ;. (H.R. Bukhari dan Muslim)

Taqwa Adalah Kemulian, Mati Suatu Kepastian

Sabda Baginda lagi: Maksudnya: “Hendaklah kamu bertaqwa di mana sahaja kamu berada. Ikutilah setiap kejahatan (yang kamu lakukan) dengan kebaikan, moga-moga kebaikan itu akan menghapuskan kejahatan. Bergaullah dengan manusia dengan akhlak yang baik.” (Riwayat At Termizi dan Ahmad).

Allah Tambah Nikmat Jika Bersyukur

Orang yang bersyukur kepada Allah akan memperbanyakkan ucapan syukur dan terima kasih kepadaNya. Mereka akan mengerjakan ketaatan kepada Allah dan akan membesarkan nikmat sekalipun nikmat itu kecil

Sudah Solat?. Sesungguhnya Mati Itu Pasti

Sembahyang adalah amalan pertama yang dihisab oleh Allah pada akhirat nanti Dan ingatlah mati, sesungguhnya malaikat maut menjenguk kamu 70 kali sehari semalam 24 jam.

Ucapan Kalimat Thayyibah Seorang Muslim

Kalimat thayyibah yang termasuk ke dalam amalan yang baik dan mampu membentuk pribadi sorang muslim yang selalu ingat dan berhubungan dengan Allah SWT. Dalam kehidupan sehari-hari alangkah baiknya membentuk budaya biasa mengucapkannya

Showing posts with label Photo. Show all posts
Showing posts with label Photo. Show all posts

07 April 2014

Photo: Ceramah Agama Islam Bulan Mac 2014


Photo-photo yang sempat diambil ketika Ceramah Agam Bulan Mac 2014.


Tajuk Ceramah: Islam Masa Lampau, Kini Dan Masa Depan
Penceramah: Tuan Haji Mohd Azmi Bin Abdul Hamid, Presiden MAPIM
Tarikh: 31 Mac 2014
Masa: 11:30am-1:00pm
Tempat: Dewan Merak Kayangan







07 February 2014

Photo: Ceramah Maulidur Rasul 1435H

Asasalamualaikum w.b.t

Photo-Photo yang sempat diambil ketika Ceramah Maulidur Rasul pada 22hb Januari 2014 bertempat di Dewan Merak Kayangan. Aturcara yang telah diadakan adalah Qasidah dan Selawat oleh Kumpulan Nurul Musthofa diikuti oleh Ceramah Maulidur Rasul oleh Ustaz Halim Din.






26 December 2013

Photo: Kumpulan Qasidah Helwa, Musolla Balai Felda

Gambar aktiviti-aktiviti sepanjang tahun 2013, Kumpulan Qasidah Helwa, Musolla Balai Felda yang diketuai oleh Puan Mazatul Aishah



11 December 2013

Photo: Karnival Maal Hijrah 1435H/2013M


Assalamualaikum w.b.t

Photo-photo yang diambil di Dewan Merak Kayangan dan Ruang Lebar Balai Felda ketika acara Karnival Maal Hijrah 1435H pada 26 dan 27 November 2013.



27 September 2013

Photo: Ceramah Agama Bulan September 2013

Assalamualaikum w.b.t

Photo-photo yang diambil di Musolla Balai Felda ketika Ceramah Agama Bulan September 2013 pada 25 September 2013 di Dewan Merak Kayangan Balai Felda.

Tajuk Ceramah: WAKAF: TALIAN HAYAT, TALIAN AKHIRAT
Penceramah: Ustaz Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri



10 September 2013

Photo SM1M Konvoi 3 - Sumbangan Ramadhan & Tabung Zakat FGV bertempat di Kilang Felda Kernel Semambu Pahang Dan Kilang MSM Seremban

Assalamulaikum w.b.t

Konvoi ke 3 pasukan SM1M di adakan di Pejabat PPPTR, Tekam Pahang, Kilang Felda Kernel, Semambu Pahang dan Kilang MCM, Seremban Negeri Sembilan. Perjalanan ini mengambil masa 2 hari iaitu pada 25 dan 26 Julai 2013.

Pada Hari pertama, berlepas dari Balai Felda dan menuju  ke Pejabat PPPTR, Tekam untuk Majlis Penyerahan Sumbangan pada pukul 11 pagi. Selepas itu bertolak ke FKP Semambu untuk Majlis Penyampaian Sumbangan dan Berbuka puasa, Solat Maghrib, Isyak da Solat Terawikh berjemaah.

Hari Kedua, pada 9 pagi, melakukan ziarah dan Penyampaian Sumbangan Zakat FGV di 4 buah rumah disekitar Balok. Selepas itu bertolak ke MCM Seremban dan Solat Jumaat di Karak. Pada 6:30 petang di MCM Seremban dilaksanakan Majlis Peyampaian Sumbangan Tabung Zakat FGV, Tazakirah, Berbuka Puasa, Solat Maghrib, Isyak dan Terawikh. Bertolak Balik Ke Ibu Pejabat pada pukul 10:00 malam.




09 September 2013

Photo 2: Majlis Meraikan Bakal Haji Dan Jamuan Hariraya Aidilfitri 2013

Photo-Photo yang sempat diambil dari kamera Encik Naim FPISB ketika Majlis Meraikan Bakal Haji 1434 Hijrah, Jamuan Hari Raya dan Ceramah Bulan September 2013 pada 26 Syawal 1434/2 September 2013 Di Dewan Merak Kayangan Balai Felda.

Penceramah Jemputan adalah Ustaz Syed Norhisyam dan bertajuk "Menyingkap Tabir Bahagia" manakala persembahan Nasyid dari Kumpulan As-Salam.




03 September 2013

Photo 1: Majlis Meraikan Bakal Haji Dan Jamuan Hariraya Aidilfitri 2013

Photo-Photo yang sempat diambil ketika Majlis Meraikan Bakal Haji 1434 Hijrah, Jamuan Hari Raya dan Ceramah Bulan September 2013 pada 26 Syawal 1434/2 September 2013 Di Dewan Merak Kayangan Balai Felda.
Penceramah Jemputan adalah Ustaz Syed Norhisyam dan bertajuk "Menyingkap Tabir Bahagia" manakala persembahan Nasyid dari Kumpulan As-Salam.



15 July 2013

Photo: Skuad Motosikal 1 Musolla (SM1M) - Program Ke-2 Di Trolak

Photo yang sempat di ambil ketika Program Ke-2 SM1M iaitu Konvoi Ziarah dan Riadah. Program ini diadakan pada 6-7 Julai 2013 di Perkampungan Asli Trolak, Perak Darul Ridwan .





24 April 2013

Photo Dan Rakaman Ceramah Bulan April 2013 - Ustaz Habin Faisal Mohammed

Photo-photo dan Rakaman Ceramah Agama Bulan April 2013 yang telah diadakan pada 24 April 2013 bertempat di Dewan Merak Kayangan. Penceramah adalah Yg Bhg Ustaz  Ustaz Habin Faisal Mohammed (HFM) yang bertajuk "TANYALAH USTAZ"









01 April 2013

Photo: SM1M - Janda Baik, Pahang

Photo yang sempat di ambil ketika Konvoi Skuad Motosikal 1 Musolla (SM1M). Program ini diadakan pada 30 Mac 2013 iaitu dengan misi pertamanya bantuan ke badan amal Nur Zaharah dan Maahad Tahfiz Kampung Chemperoh di Janda Baik, Pahang.





21 March 2013

Photo: Ceramah Agama Bulan Mac 2013

Photo yang sempat AJK Musolla Balai Felda ambil ketika Ceramah Agama Bulan Mac 2013 yang telah diadakan pada 20 Mac 2013 bertempat di Dewan Merak Kayangan. Penceramah adalah Yg Bhg Ustaz Azlan B Abdul Jalil, Pengarah Urusan IP Minda





28 February 2013

Photo: Ceramah Agama Bulan Februari 2013

Photo-photo yang sempat diambil ketika berlansungnya Maulid, Qasidah & Ceramah pada 27 Februari 2013 bertempat di Dewan Merak Kayangan

Penceramah adalah Habib Naqjamudin Al-Khered dan Habib Mahdi Abu Bakar Al-Haamid bersama dengan pelajar Madrazah At-Tazkiyah.



04 February 2013

Photo 2: Ceramah Agama Bulan Januari 2013

Photo-Photo yang sempat di ambil oleh Abang Naim (FPISB) ketika Ceramah Agama Bulan Januari 2013 iaitu bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul 1434H diadakan di Dewan Merak Kayangan pada 29 Januari 2013.

Pada kali ini Ceramah Agama Bulan Januari 2013 bertajuk "KAMI CINTA RASUL" diadakan secara kerjasama di atara Musolla Balai Felda, Surau Anjung Felda, Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad, Felda D'Saji dan Felda Trading.

Penceramah yang terlibat ialah Ustaz Farhan Mohd Sumut, Ustaz Zulkifli Ahmad, Diana Amir, Syam Kamikaze dan Jemputan Istimewa iaitu dari kumpulan nasyid AS SALAM.







30 January 2013

Photo: Ceramah Agama Bulan Januari 2013

Photo-Photo yang sempat di ambil ketika Ceramah Agama Bulan Januari 2013 iaitu bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul 1434H diadakan di Dewan Merak Kayangan pada 29 Januari 2013.

Pada kali ini Ceramah Agama Bulan Januari 2013 bertajuk "KAMI CINTA RASUL" diadakan secara kerjasama di atara Musolla Balai Felda, Surau Anjung Felda, Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad, Felda D'Saji dan Felda Trading.

Penceramah yang terlibat ialah Ustaz Farhan Mohd Sumut, Ustaz Zulkifli Ahmad, Diana Amir, Syam Kamikaze dan Jemputan Istimewa iaitu dari kumpulan nasyid AS SALAM.






15 January 2013

Photo: Karnival Maal Hijrah 1434 - Suasana Pertandingan Nasyid, Ceramah Selamatkan Gaza dan Ceramah Kemuncak

Gambar-gambar semasa Karnival Maal Hijrah 1434.Suasana di pertandingan Nasyid, Ceramah Selamatkan Gaza dan Acara Kemuncak iaitu ceramah dari Ustaz Haslim Baharin dan Sham Kamakaze serta Majlis Penyampaian Hadiah.





14 January 2013

Photo: Karnival Maal Hijrah 1434 - Suasana Di Ruang Lebar Balai Felda

Gambar-gambar yang sempat diambil di ruang legar Balai Felda ketika berlangsungnya Karnival Maal Hijrah 1434



Photo: Karnival Maal Hijrah 1434 - Seminar Muslimat (Dr. Rubiah K Hamzah)

Gambar-gambar yang sempat di ambil ketika Seminar Muslimat (Dr Rubiah K Hamzah) sempena Karnival Maal Hijrah 1434. Seminar Muslimat yang disampaikan oleh Dr Rubiah K Hamzah banyak menyentuh mengenai persaudaraan sesama islam, iaitu persaudaraan (ukhuwwah) tanpa mengira pangkat dan darjat.


11 January 2013

Photo: Karnival Maal Hijrah (Pertandingan Nasyid)

Gambar-gambar yang sempat di ambil ketika Pertandingan Nasyid ketika Karnival Maal Hijrah 1434. Sambutan amat menggalakkan di mana 15 Kumpulan telah mengambil bahagian dan kehadiran penonton amat memberangsangkan.

Juaran pertandingan Nasyid sempena Karnival Maal Hijrah anjuran Musolla Balai Felda telah dimenangi oleh Syarikat FVGPM (Kumpulan Wanita), Naib Juara FMSSB dan Tempat Ketiga FGVPM (Kumpulan Lelaki)




     JUARA (FGVPM)


NAIB JUARA (FMSSB)


KETIGA (FGVPM)

31 October 2012

Photo Dan Rakaman Ceramah Agama Bulan Oktober 2012

Gambar-gambar dan Rakaman Ceramah Agama Bulan Oktober 2012.Ceramah bertajuk TANDA-TANDA HARI KIAMAT disampaikan oleh Ustaz Shukri Harun iaitu General Manager Bi'ru Kauthar Travel Sdn Bhd. Beliau juga merupakan Pensyarah Sambilan di UIA dan USIM.

PHOTO



RAKAMAN CERAMAH



Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More