Aku meminta ampun kepada ALLAH yang Maha Besar, Aku meminta ampun kepada ALLAH yang Maha Besar, Aku meminta ampun kepada ALLAH yang Maha Besar, tidak disembah yang lain, hanya Tuhan Yang Maha Hidup dan berdiri sendiri. Aku bertaubat dari segala dosa yang aku kerjakan, sengaja atau tidak sengaja, dengan sembunyi atau secara terang-terangan, baik dosa kecil atau dosa besar, kerana Engkau ya ALLAH Maha Pengampun akan dosa, Engkaulah yang membuka hati untuk bertaubat, Engkau penutup yang aib, Engkau melenyapkan segala kedukaan. Dan aku bertaubat dari segala dosa yang aku ketahui atau yang tidak aku ketahui, hanya Engkaulah ya ALLAH yang mengetahui segala yang tersembunyi. Tidak ada daya dan kekuatan melainkan dengan ALLAH Yang Maha Tinggi dan Maha Besar.
Ya ALLAH, sesungguhnya aku menyesali atas semua perbuatan maksiat yang aku lakukan, dan berilah aku petunjuk agar aku dapat benar-benar dalam hal ini. Aku melepaskan diri dari semua agama selain dari agama islam. Ya ALLAH, jika sekiranya pernah aku syirik dan syak dalam keimananku dan pengesaanku terhadap Engkau, aku bertaubat dan ampunilah kesalahanku akhirnya aku mengucapkan dan mentasdidkan, bahawa tiada Tuhan melainkan ALLAH dan nabi Muhammad adalah pesuruh ALLAH.
Keterangan:
Maksud dan tujuan kalimat di atas dapat difahami bahawa seorang yang merasa berdosa telah menyesali atas segala dosanya, kemudian minta ampun sepenuh hati dengan tiada berniat lagi mengulanginya. Meratapi dirinya yang terbit dari bisikan dan suara jiwanya.
Doa seorang hamba terhadap Tuhannya meskipun betapa juga besarnya akan diampuni ALLAH S.W.T jika syarat-syarat di bawah ini dapat dipenuhi:1. Merasa menyesal2. Merasa berdosa3. Tidak bercita-cita untuk mengulangi kembali dosa itu.
Jika syarat-syarat tersebut di atas dipenuhi itulah yang disebut taubat nasuha.
Kalimat-kalimat yang tersebut di atas ada mengandungi pengertiaan taubat nasuha.
Maka baik sekali jika diucapkan setiaap sesudah selesai sembahyang fardu.
0 comments:
Post a Comment