Al Fatihah adalah bacaan solat yang amat hebat. Dalam fiqih tuntunan solat, Al Fatihah merupakan bacaan solat yang bersifat rukun. Teristimewa, Allah akan menjawab pada setiap ayat yang kita baca. Luar biasa, bukan…? :-)Buktinya? Ini dia, firman Allah dalam hadits qudsi:Nabi SAW bersabda, “Allah SWT berfirman: Solat itu Kubahagi dua antara Aku dan hamba-Ku. Untuk hamba-Ku ialah apa yang dimintanya.Apabila ia mengucapkan Alhamdulillahi rabbil alamin, Aku menjawab: “Hamba-Ku memuji-Ku”.Apabila ia mengucapkan Arrahmaanirrahiim, maka Aku menjawab: “Hamba-Ku menyanjung-Ku”.Apabila ia mengucapkan Maaliki yaumiddiin, maka Aku menjawab: “Hamba-Ku mengagungkan-Ku”.Apabila ia mengucapkan Iyyaka nabudu waiyyaaka nastaiin, maka Aku menjawab: “Inilah bahagian-Ku dan bahagian hamba-Ku, dan untuk hamba-Ku apa yang dimintanya”.Apabila ia mengucapkan Ihdinashirratal mustaqim, shiratalladzina an’amta alaihim ghairil maghduubi alaihim waladhaalin, maka Aku menjawab:“Inilah bahagian hamba-Ku, dan untuk hamba-Ku apa yang dimintanya” (HR Muslim).Sungguh luar biasa, ternyata Allah langsung menjawab bacaan solat kita… Terungkap sudah rahsianya, mengapa Rasulullah membaca Al Fatihah ayat-demi ayat (tidak menyambungnya), sebagaimana dikatakan dalam hadits: “Kemudian beliau SAW membaca Al-Fatihah, beliau membacanya ayat demi ayat…” (HR Abu Dawud).
Sahabatku yang berbahagia… kerana itu, untuk memaksimakan bacaan Al Fatihah, beberapa hal yang perlu diperhatikan adalah:- Membacanya ayat demi ayat (tidak menyambung)- Memahami kandungan erti surah Al Fatihah, kata demi kata- Mengetahui dan merasakan jawaban Allah pada ayat demi ayat yang kita baca- Menyakini bahawa jawaban Allah akan segera terwujud buat kitaSTOP! Artikel tentang solat ini tidak banyak memberi manfaat jika anda hanya membacanya, tanpa mengamalkannya. Jika anda belum lancar maknanya Al Fatihah kata demi kata, jika anda belum menghafal jawaban Allah ayat demi ayat… Segera tinggalkan aktiviti anda yang lain. Utamakan belajar solat…. Raih dahsyatnya manfaat solat…
0 comments:
Post a Comment