Untuk Makluman,Panel kuliah Zohor Musolla Balai Felda, Ustaz Saari Che Hin telah kembali ke Rahmatullah pada 20.3.2013 (rabu) jam 3.30 ptg. di Hospital Tengku Mizan Wangsa Maju. Jenazah beliau telah dimandi, dikafankan dan disolatkan di Masjid Sri Rampai (6.30ptg) dan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Selasih (selepas solat Isya).
Kepulangan Almarhum Ustaz Shaari Che Hin ke Rahmatullah amat dirasakan satu kehilangan oleh jamaah musolla Balai Felda kerana gaya penyampaian kuliah beliau membuatkan para petugas hadir ke musolla lebih awal untuk mengikuti kuliahnya dan kehilangannya sukar dicari ganti. Marilah kita sama-sama mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat Allah dan ditempatkan dikalangan para ulama, Syuhada dan solehin…. Amin….
Al- Fatihah……..
Kepulangan Almarhum Ustaz Shaari Che Hin ke Rahmatullah amat dirasakan satu kehilangan oleh jamaah musolla Balai Felda kerana gaya penyampaian kuliah beliau membuatkan para petugas hadir ke musolla lebih awal untuk mengikuti kuliahnya dan kehilangannya sukar dicari ganti. Marilah kita sama-sama mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat Allah dan ditempatkan dikalangan para ulama, Syuhada dan solehin…. Amin….
Al- Fatihah……..
Sehubungan dengan itu sebagai mengenang jasa Almarhum Ustaz Saari Che Hin di musolla kita, Jawatankuasa Musolla Balai Felda akan melancarkan Tabung Sumbangan untuk keluarga Almarhum ustaz selepas solat zohor hari ini (21 Mac 2013).
Sumbangan dari muslimin/muslimat petugas Felda amat dialu-alukan…
Bersama ini disertakan rakaman akhir kuliah zohor ustaz Saari di Musolla Balai Felda pada 13 Mac 2013.
8 comments:
Kehilangan yang sukar di cari ganti. Cara dia menyampaikan kuliah menjadi kenangan. Semoga Allah tempatkan dia dikalangan orang beriman
Cara penyampaian yang menarik dan mudah difahami. Al-fatihah buat Allahyarham Ustaz Shaari Che Hin. Semoga beliau ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..Aminn..
Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa Allahyarham...
Al-Fatihah...
Saya penduduk Flet Setapak Jaya 1A merasakan kehilangan yang sukar dicari ganti...sering mengikuti kuliah beliau di Surau Addiniah, Setapak Jaya 1A...beliau sering mengingatkan jemaah tentang kematian yang pasti setiap kali menyampaikan kuliah...akhirnya beliau telah dijemput Allah SWT terlebih dahulu...semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Kami kakitangan d Musolla Balai Felda terasa kehilangan beliau. Yang terakhir kuliah allahyarham juga menceritakan tentang kematian...semoga roh beliau dicucuri rahmat dan di golongkan dikalangan orang beriman... Al-Fatihah
Umur aku sekarang 28thn..aku kenal dia masa seawal usia 14thn.. tak byk ilmu yg aku ambil drp dia.. tapi.. benih2 ilmu byk datang daripada dia.. Semoga Allah melimpah kurnia Nya dia kepada roh ustaz shaari che in.. aminn..
Arwah selalu beli kuih aku kat pasar ramadan stapak jaya
Post a Comment