Kisah yang ingin diceritakan ini adalah kisah benar yang telah di ceritakan oleh Abang kepada seorang insan yang mempunyai kelebihan melihat benda-benda alam ghaib sejak dari kecil lagi yang tidak
boleh dilihat oleh manusia biasa.
Permulaan
peristiwa ini berlaku di satu kawasan di negeri Selangor berhampiran UIA iaitu
diselekoh di jalan Sungai Pusu. Ketika itu, beliau
sedang menunggang motosikal sendirian untuk pergi kerumah rakannya di Sungai Pusu. Pada malam waktu kejadian, suasana amat dingin disebabkan hujan yang baru berhenti dan ditambahkan lagi suasana sekeliling yang dipenuhi dengan pohon-pohon besar dikiri kanan jalan tersebut.
Ketika menghampiri
selekoh jalan tersebut beliau memperlahankan motosikal
dan pada ketika itu terdapat sebuah kereta dari arah bertentangan. Tanpa diduga sebuah
motorsikal yang datang dari belakang dan memotong dengan laju dan terus melanggar kereta tersebut. Penunggang tersebut terpelanting
disebabkan pelanggaran tersebut dan apa yang mengejutkan kereta tersebut
berlalu pergi seperti tiada apa yang berlaku.
Atas sifat
kemanusiaan dan rasa simpati, beliau
berhenti untuk menolong penunggang motosikal tersebut. Penunggang tersebut mengalami cedera parah di mukanya
sehinggakan darah yang mengalir menutupi seluruh mukanya. Beliau tidak tahu nak buat apa lalu
menahan beberapa kereta yang kebetulan lalu di jalan itu. Beliau memberitahu
pemandu kereta bahawa ada kemalangan namun jawapan yang diterimanya mengejutkan
beliau kerana mereka tidak nampak ada kemalangan. Beliau menunjukkan
kepada penunggang motosikal yang terbaring itu, namun mereka semua memberitahu
tidak nampak apa-apa pun. Lalu pemandu2 kereta berlalu pergi dan
mengatakan beliau sudah gila.
Bertambah hairan
beliau mengapa beliau seorang yang nampak, sedangnya pemandu2 kereta yang lain
tidak nampak apa-apa. Ketika beliau kembali nak melihat penunggang motosikal
tersebut tiba-tiba penunggang motosikal itu bersama dengan motosikalnya ghaib
dengan tiba-tiba. Beliau terkejut dan perasaan seram datang dengan tiba2 kerana memikirkan mungkin dia seorang yang melihat kejadian itu.
Beliau mengambil motosikal dan terus balik kerumah dan membatalkan niat untuk
pergi kerumah kawan.
Ketika menunggang
motosikal pulang kerumah dia perasan ada orang mengekorinya dan beliau
menoleh ke belakang dan amat terkejut dimana penunggang yang kemalangan
mengekori beliau. Beliau memandu dengan laju namun penunggang motosikal
tersebut masih mengekorinya.
Sampai saja di
rumah sebelum dia masuk ke rumah dia melihat kebelakang dan nampak penunggang motosikal tersebut masih
ada. Lalu beliau berkata walaupun dengan perasaan cemas kepada penunggang motosikal tersebut
"kamu jangan ganggu aku dan jangan masuk kedalam rumah aku."
Ketika beliau
berada di dalam rumah beliau melihat penunggang motosikal masih ada di luar dan
cuba masuk dengan mencakar tingkap rumah. Namun
perkara itu hanya di dapat dilihat oleh beliau sahaja dan keluarga beliau tidak mengetahuinya.
Setelah 3 hari
berlalu dan apabila malam menjelma, perkara yang sama berlaku dan ketika masuk hari keempat ketika beliau
menonton TV, tiba-tiba penunggang motosikal itu telah masuk kerumah dan berada
berhampiran adik lelaki.
Beliau bertanya
pada adiknya adakah
melihat penunggang motosikal tersebut, namun adiknya memberitahu tidak melihat
apa2 pun. Beliau bangun tanpa mengendahkan penunggang motosikal itu untuk pergi
menunaikan solat. Ketika menunaikan solat tiba-tiba penunggang motosikal itu
berada di depan beliau.
Selesai sahaja dia solat, dengan perasaaan geram dan tanpa takut
beliau bertanya kepada penunggang motosikal "aku dah lama bersabar dengan
kamu, kali ini aku tak tahan sebab kamu telah menggangu hidup aku. Apa sebabnya
kamu menggangu aku?"
Lalu jawablah
penunggang motosikal itu
“aku telah mati disebabkan kemalangan motosikal. Ketika aku kemalangan aku di dalam keadaan mabuk. Aku adalah manusia yang tidak berguna semasa hayatku dahulu. Arak bagiku satu
perkara biasa. Tiada perasaan serba salah dalam diriku apabila aku meneguk
arak. Mabuk tidak kira waktu juga sudah menjadi kebiasaan. Penyesalan
sudah tidak berguna lagi. Kini aku perlu berhadapan dengan hukuman yang maha
Esa atas kebodohan ku semasa aku hidup. Siksanya aku semasa bertarung nyawa
untuk ke alam lain. Hanya satu permintaan ku, sedarkanlah sahabat seagamaku di
muka bumi ini yang telah terpesong jauh dari landasan. Jauhi arak, jauhi zina
kerana ia merosakkan kehidupan kita. Siksanya hukuman Tuhan di alam barzakh
nanti. Mati tidak mengenal usia. Sedarlah betapa hebatnya kesan meminum arak
yang boleh merosakkan hidup manusia”.
Beliau menjawab "Aku berjanji akan sebarkan beriata ini dengan syarat kamu tak ganggu aku"
Selepas beliau bercakap penunggung motosikal itu pun hilang dengan tiba-tiba.
Atas peristiwa itulah beliau memberitahu abangnya supaya ceritanya dapat disampaikan kepada orang lain.
Itulah cerita yang diberitahu kepada Admin dan ada beberapa cerita lagi yang diceritakan kepada admin mengenai kisah adik beliau.
Semoga cerita diatas menjadi pedoman kepada kita semua. Kesan yang jelas di sini ialah apabila seorang peminum arak yang mabuk memandu kenderaan di jalan raya adalah satu keadaan yang sangat merbahaya, baik terhadap diri peminum itu sendiri mahupun orang ramai. Kemalangan atau kecelakaan lalulintas akan berlaku yang mana boleh mengakibatkan kecerderaan dan menyebabkan kematian orang yang tidak berdosa. Malah si peminum arak itu sendiri akan mengalami kecederaan atau kecacatan pada anggota tubuh badannya, kurang siuman sekiranya mengenai bahagian otaknya paling malang lagi apabila membawa kepada kematian si peminum itu sendiri.
0 comments:
Post a Comment