03 October 2012

Teka-Teki Imam Al-Ghazali


Imam Ghazali : Apakah yang paling dekat dengan kita di dunia ini?
Murid 1 : Orang tua
Murid 2 : Guru
Murid 3 : Teman
Murid 4 : Kaum kerabat
Imam Ghazali : semua jawapan itu benar, tetapi yang paling dekat dengan kita ialah
MATI. Sebab itu janji Allah S.W.T bahawa “setiap yang bernyawa pasti akan mati (Surah
Ali-Imran :185)

Imam Ghazali : Apakah yang paling jauh dari kita di dunia ini?
Murid 1 = China
Murid 2 = Bulan
Murid 3 = Bintang
Murid 4 = Matahari
Imam Ghazali = semua jawapan itu benar, tetapi yang paling benar adalah MASA LALU.
Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari2 yang akan datang
dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama

Imam Ghazali : Apakah yang paling besar didunia ini?
Murid 1 : Gunung
Murid 2 : Matahari
Murid 3 : Bumi
Imam Ghazali = semua jawapan itu benar, tetapi yang paling besar sekali adalah HAWA
NAFSU (Surah Al-Araf:179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai
nafsu kita membawa ke neraka

Imam Ghazali : Apakah yang paling berat didunia?
Murid 1 : Baja
Murid 2 : Besi
Murid 3 : Gajah
Imam Ghazali = semua jawapan itu benar, tetapi yang paling berat sekali adalah
MEMEGANG AMANAH (Surah al-Azab:72. Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah S.W.T meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) didunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah S.W.T sehingga banyak manusia masuk neraka kerana gagal memegang amanah.

Imam Ghazali : Apakah yang paling ringan di dunia ini?
Murid 1 : Kapas
Murid 2 : Angin
Murid 3 : Debu
Murid 4 : Daun-daun
Imam Ghazali : semua jawapan itu benar, tetapi yang paling ringan sekali di dunia ini
adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita
tinggalkan solat

Imam Ghazali : Apakah yang paling tajam sekali di dunia ini?
Murid-murid dengan serentak menjawab : Mata pedang!!!
Imam Ghazali : semua jawapan itu benar, tetapi yang paling tajam sekali didunia ini
adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti
hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More