15 October 2012

Fadhilat Dan Khasiat SURAH AD-DUKHAAN

Diriwayatkan daripada Saidina Abi Hurairaih r.a, Rasulullah s.a.w bersabda:


"Barangsiapa membaca Surah Haa Mim Ad-Dukhan pada malam hari, keesokan paginya seramai 70,000 para malaikat akan meminta ampun baginya."


Sabda Rasulullah s.a.w:
"Surah Ad-Dukhan digelar disisi Allah sebagai Al-Mubarakah (yang diberkati). Allah ta'ala dan para malaikat akan memberkati orang-orang yang membaca surah yang mulia ini"
  • Barangsiapa yang menulis surah ini, kemudian dibawa kemana-mana sahaja, InsyaAllah aman dari segala gangguan jin dan manusia. Kemana sahaja ia pergi akan disanjung mulia oleh manusia. Boleh juga dibaca, jika susah untuk menulis.
Khasiat ayat 1-8:
A001
Haa, Miim. ( Ad-Dukhaan 44:1 )

A002
Demi Al-Quran Kitab yang menerangkan kebenaran. ( Ad-Dukhaan 44:2 )

A003
Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat; (Kami berbuat demikian) kerana sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran (jangan hamba-hamba Kami ditimpa azab). ( Ad-Dukhaan 44:3 )

A004
(Kami menurunkan Al-Quran pada malam yang tersebut, kerana) pada malam yang berkat itu, dijelaskan (kepada malaikat) tiap-tiap perkara yang mengandungi hikmat serta tetap berlaku, (tidak berubah atau bertukar). ( Ad-Dukhaan 44:4 )

A005
Iaitu perkara-perkara yang terbitnya dari hikmat kebijaksanaan Kami; sesungguhnya telah menjadi adat Kami mengutus Rasul. ( Ad-Dukhaan 44:5 )

A006
(Untuk menyampaikan) rahmat dari Tuhanmu (kepada umat manusia); sesungguhnya Allah Jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui (akan segala keadaan hamba-hambaNya). ( Ad-Dukhaan 44:6 )

A007
Tuhan (yang mencipta dan mentadbirkan keadaan) langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya; kalau betul kamu orang-orang yang yakin (akan hakikat itu, maka terimalah sahaja apa yang diutuskan kepada kamu). ( Ad-Dukhaan 44:7 )

A008
Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia; Dia lah Yang menghidupkan dan Yang mematikan; (Dia lah jua) Tuhan kamu dan Tuhan datuk nenek kamu yang telah lalu. ( Ad-Dukhaan 44:8 )

  • Supaya ditunaikan segala hajat atau untuk membinasakan musuh, bacalah ayat ini bermula pada malam pertama bulan Syaaban sebanyak 15 kali sehinggalah pada malam 14 Syaaban. Pada malam 14 Syaaban bacalah sebanyak 30 kali. Setiap kali selepas bacaan tersebut, berzikirlah menyebut Allah dan berselawat, kemudian berdoalah apa-apa hajatnya InsyaAllah, berhasil.

Khasiat Ayat 12:
A012
(Pada saat itu mereka akan merayu dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Hapuskanlah azab ini dari kami, sesungguhnya kami akan beriman!". ( Ad-Dukhaan 44:12 )

  • Apabila Seseorang ditimpa bala atau perkara-perkara yang tidak diingini, bacalah ayat ini sebanyak mungkin dengan penuh khusyu' dan ikhlas. InsyaAllah segalanya selamat.

Khasiat Ayat 51-59:
A051
Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa (akan ditempatkan) di tempat tinggal yang aman sentosa. - ( Ad-Dukhaan 44:51 )

A052
Ia itu di dalam beberapa taman Syurga, dengan matair-matair terpancar padanya, ( Ad-Dukhaan 44:52 )

A053
Mereka memakai pakaian dari kain sutera yang halus dan kain sutera tebal yang bersulam; (mereka duduk di tempat perhimpunan) sentiasa berhadap-hadapan (di atas pelamin masing-masing). ( Ad-Dukhaan 44:53 )

A054
Demikianlah keadaannya; dan Kami jadikan kawan teman mereka bidadari-bidadari yang putih melepak, lagi luas cantik matanya. ( Ad-Dukhaan 44:54 )

A055
Mereka meminta - di dalam Syurga itu - tiap-tiap jenis buah-buahan (yang mereka ingini), dalam keadaan aman sentosa. ( Ad-Dukhaan 44:55 )

A056
Mereka tidak merasai kematian dalam Syurga itu selain daripada mati yang mereka rasai (di dunia) dahulu; dan Allah selamatkan mereka dari azab neraka; ( Ad-Dukhaan 44:56 )

A057
(Mereka diberikan semuanya itu) sebagai limpah kurnia dari Tuhanmu (wahai Muhammad); yang demikian itulah kemenangan yang besar. ( Ad-Dukhaan 44:57 )

A058
Maka sesungguhnya tujuan Kami memudahkan Al-Quran dengan bahasamu (wahai Muhammad), ialah supaya mereka (yang memahaminya) beringat dan insaf (untuk beriman dan mematuhinya). ( Ad-Dukhaan 44:58 )

A059
(Kiranya mereka tidak berbuat demikian) maka tunggulah (wahai Muhammad akan kesudahan mereka), sesungguhnya mereka juga menunggu (akan kesudahanmu). ( Ad-Dukhaan 44:59 )

  • Tulis ayat ini pada kertas putih dengan za'faran, misk (kasturi), air mawar dan kapur. Ditulis selepas solat asar, kemudian dijadikan azimat, diletakkan dalam poket bajunya. InsyaAllah siapa sahaja yang berhujah dengannya akan kalah dan segala musuhnya akan takut padanya.
Disusun
Ustaz Mohd Fadhil Bin Ariffin

Kitab Rujukan
1. Syeikh Mohd Fadil Ma'min, Na'tul Bidayat
2. Syeikh Ahmad Ad-Dairabi, Fathul Malik
3. Syeikh Haqqi Nazili, Khazinatul Asrar
4. Syeikh Al-Buni, Syamsul Maarif
5. Syeikh Abdullah Al-Yafii, Ad-Durrun Nazhim
6. Haji Nik Mahmud (Dato' Perdana Menteri Paduka Raja), Pati Rahsia
7. Al-Imam Al-Ghazali, At-Tibb Ar-Ruhani
8. Sidi Abu Al-Hasan As-Syazili, As-Sirrul Jalil
9. Fathur Rahmanir Rahim, Sidi Ahmad Ar-Rifai
10. Doa dan Zikir Rasulullah S.A.W - H. Furqan Ahmad Ansari
11. Sa'adatud Darain, Al-Arifbillah Syeikh Yusof An-Nabhani

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More