1. Wahai anakku, Iman adalah mutiara yang sangat indah. Bilamana imanmu mantap, engkau akan melihat sesuatu secara positif, kerana keyakinanmu terhadap Tuhanmu yang Maha penyayang. Engkau akan merasai betapa tingginya kasihsayang Tuhanmu terhadapmu, samada sewaktu engkau menerima nikmat atau engkau menerima ujian yang tidak kamu sukai.
2. Wahai anakku, Seorang anak mungkin akan tersinggung dan marah kepada ayah yang memukulnya, kerana ia tidak melihatnya secara positif. Namun bilamana ia dewasa dan memikirkan secara positif, nescaya ia akan menghargainya. Demikian juga bilamana kamu memikirkan besarnya kasih sayang Allah ke atasmu. Apakah kamu merasa besar akan ujian Allah didunia berbanding akhirat, dan tentulah engkau redhai dengan sedikit ujian di dunia berbanding azab Allah di akhirat.
3. Wahai anakku, Kemanisan iman akan dapat kamu rasai bilamana kamu meletakkan Allah ditempat yang layak baginya. Aku sangat khuatir jauhnya Tuhan darimu. Lantaran itu, hendaklah kamu sentiasa merasai melalui indera hatimu apakah hari ini engkau rasa hampir dengan Tuhanmu atau engkau merasa jauh dariNya.
4. Wahai anakku, Seandainya engkau merasai jauh dengan Tuhanmu, jangan engkau biarkan keadaan ini berlarutan, kerana seorang kekasih akan bimbang kalau ia dijauhi; betapa pula Tuhan kita. Ia tidak akan menjauhi dari makhluk yang dikasihinya, melainkan kerana ia sayang kepada makhluknya. Ketahuilah wahai anakku, Allah lebiah sayang kepada hambanya melebihi kasihsayang seorang ibu pada anaknya. Kerana itu, jangan sesekali engkau biarkan harimu jauh dari Tuhanmu.
Allah tidak menjauhi seseorang hambanya sebagaimana seorang kekasih merajuk untuk minta simpati dan perhatian, tetapi Allah akan menjauhi hamba kerana dosa hamba itu. Kerana itu dekatilah melalui istiqhfar dan taubatmu kepadaNya setiap waktu. Semoga Allah sentiasa memelihara segala perbuatan kita.
0 comments:
Post a Comment