Saudariku sekalian, kali ini aku sengaja mengajakmu untuk lebih menyelami sikap seorang wanita sejati. Sikap yang boleh menjadikan saudari sebagai seorang yang dicintai oleh peribadi yang soleh, juga oleh Allah SWT.
Dan dalam tulisan ini, kita bahaskan adalah tentang sikap sabar dan setianya isteri Nabi Ayyub AS. Yang tentunya boleh dijadikan sebagai pedoman utama dalam kehidupanmu di dunia ini. Demi kehidupan akhirat yang lebih mulia dan di redoi-Nya
Ceritanya adalah seperti berikut:
Isteri Nabi Ayyub AS yang bernama Layya binti Ya’qub, ada yang mengatakan, Layya binti Mansyar bin Ya’qub. ada lagi yang mengatakan bahawa namanya adalah Rahmah binti Afratsim.
Namun pada hakikatnya, nama isteri Nabi Ayyub AS tidaklah terlalu penting untuk kita ketahui, kerana akan lebih penting mengetahui sikap-sikapnya yang harum mewangi dan abadi sehingga menjadikannya sebagai salah seorang isteri para Nabi yang abadi cintanya dan meninggalkan jejak-jejak cemerlang di dunia wanita-wanita mulia. Namun, saya lebih senang menggunakan nama isteri Nabi Ayyub AS ini sebagai Layya.
Kecintaan isteri Nabi Ayyub AS kepadanya sangatlah terbukti, ketika beliau telah di uji dengan kemiskinan dan kematian anak-anaknya. Allah SWT mendatangkan ujian berat dengan mendatangkan kepadanya sakit selama bertahun-tahun dan tidak sembuh-sembuh. Kaum keluarga, sahabat, kerabat dan para tetangganya menjauhi dan membenci Nabi Ayyub AS, kecuali istrinya, Layya.
Layya banyak memuji Allah, bersyukur, dan menyanjung Allah Ta’ala, kerana Dia memberikannya anak laki-laki dan perempuan yang menyenangkan hati dan mata dan Layya tidak sedih memandang mereka, kerana Allah memberi suaminya kekayaan yang banyak, dan melebihkan beliau di atas seluruh makhluk-Nya.
Layya faham betul bahawa rahsia awetnya sebuah nikmat ialah dengan mensyukurinya. Oleh kerana itu, ia selalu berzikir, memuji Allah, menunaikan hak kepada pemiliknya, membantu hamba-hamba Allah, dan berbuat baik kepada mereka. Dalam semua hal tersebut, Layya bersinar dengan sinar suaminya, Ayyub AS. Layya juga tunduk kepada ujian yang diberikan Allah Ta’ala kepadanya dan suaminya, Nabi Ayyub AS.
Layya berjaya dalam ujian tersebut berkat pertolongan Allah SWT dan ia telah membuktikan kejujurannya terhadap ujian Allah SWT dan telah menunjukkan kesetiaaannya kepada suaminya dengan tidak berbelah bagi dengan menunjukkan sifat sabar yang tinggi..
Di kisahkan bahawa isteri Nabi Ayyub AS, Layya, sangat menyayangi suaminya dan sedih atas keadaan suaminya. Ketika Layya melihat suaminya berada dalam musibah yang mengambil waktu yang lama namun ia bersyukur dan berserah kepada kepada Allah SWT, ia mendekat kepada Nabi Ayyub AS dan berkata “Wahai suamiku, engkau adalah orang yang doanya dikabulkan, oleh kerana itu, berdoalah kepada Allah SWT agar Dia menyembuhkanmu!”
Nabi Ayyub AS berkata “Wahai isteriku, aku telah hidup sihat selama 70 tahun, maka aku harus bersabar untuk Allah selama 70 tahun juga”
Ketika Layya mendengar jawaban suaminya yang penuh dengan iman, kepasrahan dan berserah kepada Allah SWT, ia sedih kerananya. Layya melihat suaminya dengan mata hati dan mata kepalanya, bahawa suaminya telah menjadi contoh tentang kesabaran, tunduk kepada qadha dan takdir Allah, serta berserah kepada kehendak Ilahi. Layya tahu bahawa dirinya tidak mungkin sanggup mencapai tahap kedudukan suaminya dengan sifat yang amat sabar. Layya tetap berbuat baik kepada suaminya dan menjaga cintanya, kerana keimanannya kepada Allah SWT dan rasul-Nya, Ayyub AS.
Isterinya tidak henti-hentinya mengurus segala keperluannya, termasuk membantu membuang air. Suatu ketika keadaan isterinya ini semakin lemah dan kekayaannya semakin berkurangan hingga ia bekerja demi untuk mengubati suaminya, Nabi Ayyub AS. Ia tetap sabar dan tabah dengan peristiwa yang menimpanya dan dengan hilangnya semua kekayaan, serta penderitaan
Untuk mencari rezeki, Layya bekerja memotong roti pada seorang pedagang roti. Setiap petang, dia pulang mendapatkan suaminya, dengan membawa beberapa potong roti yang telah dihadiahkan orang kepadanya. Tetapi setelah orang ramai tahu bahwa Layya itu adalah istri Nabi Ayyub AS, maka pedagang roti itu pun tidak mengizinkannya bekerja lagi sebagai tukang potong roti.
Dalam ketidakpunyaan itu, Layya tetap berjuang mencari pekerjaan untuk penghidupan mereka. Namun setelah berusaha, tidak ada orang yang mau menerimanya bekerja, kerana mereka mengetahui ia adalah isteri Nabi Ayyub AS yang akan mendapat jangkitan dari penyakit Nabi Ayyub AS. Ketika ia tidak mendapatkan seorang pun yang mau menerimanya bekerja, maka ia pun menjual salah satu dari gumpulan rambutnya kepada beberapa puteri orang-orang terhormat untuk di tukar dengan makanan yang enak lagi banyak. Lalu ia membawa makanan itu kepada Nabi Ayyub AS, maka Nabi Ayyub AS bertanya, ”Dari mana kamu dapatkan makanan ini?” dengan menolak untuk memakannya. Lalu istrinya pun menjawab; ”Aku bekerja dengan beberapa orang”
Dan pasa esoknya, ia momohon pada beberapa orang untuk mendapatkan pekerjaaan namun tiada siapa yang sudi menerimanya, lalu ia menjual gumpulan rambutnya yang satu lagi dan menukarnya dengan makanan. Setelah ia membawa makanan kepada Nabi Ayyub AS, Nabi Ayyub AS menolak dan bersumpah tidak akan memakannya sehinggalah isterinya memberitahu dari mana datangnya makanan yang dibawa. Kemudian isterinya membuka penutup kepalanya, dan ketika melihat kepala isterinya tidak berambut, Ayyub AS berucap; “Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah di timpa penyakit dan engkau adalah Tuhan Yang Maha Penyayang di antara semua penyayang.”
Ketika itulah, rahmat Ilahi turun kepada Nabi Ayyub AS dan juga kepada isterinya, Layya, yang menjaganya sepanjang masa dengan Allah SWT menyembuhkan sakit beliau dan beliau mendapatkan sentuhan Rabbani iaitu sihat sejahtera dan semua yang pernah mereka miliki sebelumnya, telah dikembalikan oleh Allah.
Jadi saudariku, inilah sejarah hidup istri Nabi Ayyub AS. Beliau adalah wanita yang sabar, penuh cinta, ahli ibadah, memuji Allah, bersyukur, dan ditentukan Allah SWT mendapatkan Syurga atas ketaatan dan kesabarannya tersebut.
Sungguh, Allah SWT merahmati Layya, memuliakannya atas semua kesabaran dan kesetiaannya pada suaminya, Nabi Ayyub AS iaitu segala musibah yang dihadapainya
[dari buku: "Ratapan Hidup dalam Kehidupan", karya: Mashudi Antoro]
Posted in: Kisah Dan Teladan
0 comments:
Post a Comment