22 January 2013

Pengumuman: Ceramah Agama Bulan Januari 2013 - Tajuk: "KAMI CINTA RASUL"


Ceramah Agama Bulan Januari 2013 adalah bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul 1434H akan diadakan di Dewan Merak Kayangan pada 29 Januari 2013 (Selasa) iaitu bersamaan dengan 17 Rabiu'awal 1434H. 

Pada kali ini Ceramah Agama Bulan Januari 2013 bertajuk "KAMI CINTA RASUL" iaitu sempena dengan sambutan Maulidur Rasul akan diadakan secara kerjasama di atara Musolla Balai Felda, Surau Anjung Felda, Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad, Felda D'Saji dan Felda Trading.

Penceramah yang terlibat ialah Ustaz Farhan Mohd Sumut, Ustaz Zulkifli Ahmad, Diana Amir, Syam Kamikaze dan Jemputan Istimewa iaitu dari kumpulan nasyid AS SALAM.

Semoga warga Felda dapat melapangkan diri untuk menghadiri ceramah tersebut.


0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More