19 September 2012

Keajaiban Dan Kekuasaan Allah (Part 2) - Subhanallah....

“Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segala wilayah bumi dan pada diri mereka sendiri, hingga jelas bagi mereka bahwa Al-Quran itu adalah benar. Tiadakah cukup bahawa sesungguhnya Tuhanmu menjadi saksi atas segala sesuatu?” [QS. Al- Fushshilat]

Al-Quran Tidak Terbakar

Satu kebakaran melibatkan rumah kedai telah berlaku di No. 28, Jalan Adil 25/10, Taman Sri Muda pada 31.1.2012.



Jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam kemudiannya dikejarkan ke tempat kejadian bagi menjalankan kerja-kerja pemadaman api di lokasi yang dimaksudkan.

Namun sebaik saja operasi selesai, anggota bomba bertugas dikejutkan dengan penemuan senaskah kitab tafsir Al-Quran yang langsung tidak terjejas keadaan fizikalnya.

Walaupun rumah tersebut musnah akibat kebakaran, namun kitab itu tidak ‘terusik’ dek api dalam kejadian itu.


Naskah berkenaan juga tidak basah dan rosak walaupun pihak bomba menggunakan air dalam kuantiti yang agak banyak dalam operasi tersebut.
Inilah yang dikatakan kebesaran Allah.

Bayi Lahir Dengan Membawa Bersama Al-Quran

Kehendak Allah tiada siapa yang boleh menghalangnya.. Begitulah yang terjadi di Nageria bayi yang lahir membawa sekali sebuah al Quran kecil..Ini menandakan setiap bayi yang dilahirkan kedunia ni adalah suci walaupun ia bukan lahir dari rahim orang islam......

Ulama terkenal dari Nigeria di Mushin, Provinsi Lagos, barat daya Nigeria menyaksikan upacara penamaan bayi tersebut.

Bayi tersebut dilahirkan pada 7 Mei 2012 dengan membawa sebuah Quran kecil di tangannya dari rahim ibunya. Allahu akbar!

Setelah ulama Nigeria, Ustadz Abdul Rahman Olanrewaju Ahmed, memberikan nama kepada bayi tersebut dengan nama Abdul Wahab Iyanda Aderemi Irawo.

Ketika memberi nama tersebut, Ustadz Abdul Rahman menasihati ibu bayi tersebut bahawa bayinya bukanlah seorang nabi meskipun ia terlahir dari rahimnya sambil memegang Quran.

Beliau juga memberitahu bahawa hal tersebut merupakan kehendak Allah, untuk mengirim bayi tersebut ke dunia dengan cara yang menakjubkan, iaitu lahir dengan membawa Quran dari rahimnya.

Ulama lain yang ikut dalam acara tersebut antara lain Sheikh Abdulraman Sulaiman Adangba, Ketua dari Komunitas Nasrulifathi Ustadz Alhaji Abdullahi Akinbode, dan Dr Ramoni Tijani dari Komunitas Islam Alifathiquareeb.

Selepas peristiwa tersebut ibu dan nenek kepada bayi tersebut telah memeluk Islam

Kelahiran bayi tersebut masih menjadi kontroversi sampai kesaat ini dimana  mustahil bagi seorang bayi terlahir dengan memegang (membawa) Quran dari rahim si ibu, namun apa yang terjadi adalah kehandak Allah. Wallahu’alam bish shawwab.....

Kalimah Allah Pada Ikan (Kari)


Imej Wajah Manusia Dalam Pokok


PELIK: Ernest Ward menunjukkan kepingan kayu pokok oak yang memaparkan imej wajah manusia yang ditemuinya di sebuah tanah perkuburan di Maryville, Amerika Syarikat.

WASHINGTON: Seorang rakyat Amerika Syarikat, Ernest Ward juga penjaga kubur di Maryville, terkejut apabila mendapati potongan batang pokok digergajinya, memaparkan imej wajah manusia.

Imej itu antara lain memaparkan lakaran muka, lengkap dengan mata, hidung dan mulut.

Bagi membuktikan penemuan peliknya itu, Ward membawa kepingan kayu berkenaan ke pejabat akhbar Daily Times.

Berikutan itu timbul pelbagai andaian berhubung lakaran pada kepingan pokok oak berkenaan, termasuk kemungkinan ia wajah hantu atau jelmaan roh disebabkan kedudukan pokok yang terletak di Tanah Perkuburan Magnolia.

Kehadiran Ward di pejabat akhbar itu turut mencetuskan kekecohan. Malah, ada yang mencadangkan supaya Ward menjual kepingan kayu itu di laman web lelong internet, eBay. – Agensi

***kita perlu tahu bahawa setiap kejadian itu adalah dibawah penjagaan dan kekuasaan Allah..Allah boleh jadikan apa sahaja mengikut kehendak dan kemahuan-NYA, segala2nya hanya Allahlah yang berkuasa…Benda2 yang aneh sepert ini sepatutnya kita mengambil pengajaran bahawa itu buktinya kekuasaan yang Maha Pencpta…Agar diri kita lebih dekat lagi dengan-NYA. Muslim or bukan muslim itu bukan persoalannya, yang penting kita mengambil pengajaran setiap kejadian yang berlaku. Itu buktinya kekuasaan Allah…Mudah2an diri kita sentiasa dekat dengannya….****

Semut Yang Berubah Warna

Seorang lelaki berjaya menangkap gambar yang begitu indah, iaitu gambar semut berubah warna mengikut warna makanan yang dimakannya. Bapa kepada tiga orang anak, Mohamed Ba.bu menangkap gambar peristiwa ini selepas isterinya, Shameem, menunjukkan semut berwarna putih selepas minum tumpahan susu.

Dia melakukan eksperiment dengan meletakkan gula cair berwarna dan melihat semut itu berubah warna dibahagian abdomen.Sesetengah semut minum dari satu gula ke satu gula berwarna lain menjadikan warna yang baru di bahagian abdomen.

Mohamed Ba.bu atau dikenali Dr Ba.bu, seorang sainstis berusia 53 tahun itu menemui bahawa semut lebih suka warna gula yang lebih cerah seperti kuning dan hijau.
Dia berkata:

‘Idea untuk menangkap gambar tiba sebaik sahaja isteri saya menunjukkan semut berubah warna menjadi putih selepas minum tumpahan susu di dapur’

‘Saya menangkap gambar di ruangan taman untuk mendapatkan pencahayaan yang natural dan menyiapkan parafin set yang diletakkan gula berwarna diatasnya’

‘Saya mendapat semut yang banyak selepas beberapa minit dan menangkap gambar beberapa kali untuk mendapatkan image yang berkualiti’

Selain itu, Dr Ba.bu daripada Mysore, selatan India berkata:
‘Abdomen semut adalah separuh lutsinar, ia mendapat warna daripada makanan yang dimakan’"

Kambing Boleh Memanjat 6,500 ke 15,000 kaki

Alpine Ibex adalah sejenis kambing liar di kawasan pergunungan Eropah. Kambing jenis ini boleh mendaki permukaan gunung yang cerun dan curam, malah ia boleh memanjat setinggi 6,500 ke 15,000 kaki.

Kambing ini gemar menjilat garam pada batu. Dan kebolehannya mendaki itu menjadi ketakjuban ramai saintis yang membuktikan bahawa Alpine Ibex adalah ‘gravity-defying goats’ yang memiliki sepasang kaki yang mampu melekat dengan utuh di permukaan cerun berbanding manusia atau haiwan lain.

Sotong Kurita Mirip Wajah Manusia


Penduduk kawasan Muara, Kelurahan Berok Nipah, Padang, Sumatera Barat dihebohkan dengan seekor sotong kurita mirip wajah manusia dan mirip wajah seorang wanita. Sotong ini dibawa oleh seorang nelayan pulang ke rumah bersamaan dengan sotong lain untuk dimasak isterinya.

Sotong ini berukiran sekitar 20cm dan mempunyai dua mata, dua telinga, dan satu hidung dan bibir. Haiwan pelik ini dipamerkan kepada para pengunjung yang mahu melihat sendiri sotong kurita berwajah manusia manusia. Tambahan sotong ini berjaya menarik perhatian seluruh penduduk di perkampungan yang lain.

Kejadian seumpama ini teryata aneh dan pelik. Walaubagaimanapun kita harus percaya tiada yang mustahil berlaku di dunia ini. Sesungguhnya ini semua adalah bukti kekuasaan Allah SWT.

Dari Janin Dan Menjadi Bayi Yang Sempurna.

Perkara ini terjadi pada bulan March 2007 di Hanover, Jerman. Tak pasti minggu ke berapa bayi ini dilahirkan, ada yang berkata ketika berusia 15 minggu (105 hari) dan ada yang kata 25 minggu (6bulan). Namun begitu kelahiran begitu menakjubkan dan dilahirkan sebagai janin yang masih merah dan kecil dan seberat 10.5 ounce.Itulah Kekuasaan Allah.


Masyarakat di Jerman begitu perihatin untuk menyelamatkan janin tersebut dengan memberi kata semangat kepada ibu janin tersebut sedangkan diakui doktor peluang untuk janin itu hidup adalah 1:1000. Janin itu diberi nama Kimberly Mueller

Janin yang lebih kecil dari tapak tangan manusia, andai dikehendaki ALLAH s.w.t untuk hidup, pasti dia akan hidup. Ada sesetengah kaum hawa yang ingin mengugurkan janin mereka hanya kerana alasan yang meloyakan bukan atas alasan yang kukuh. Apa agaknya pemikiran mereka ini? Tidak mahu berfikir atau mahu keseronokan semata2.Janin ini membesar sehingga boleh dipanggil bayi setelah pihak hospital bertungkus lumus memberi rawatan dan pemerhatian yang rapi selama hampir 6 bulan.

Ini kekuasaan Allah, Budak 2 tahun kena tembak, Mati..tapi wajahnya seperti biasa

Kepala terbelah kena Tembak

Suhanallah inilah kekuasaaln Allah , Budak 2 tahun di tembak mati pecah kepala ..tapi di kafan nampak seperti sediakala.. ini adalah kekuasaan kekuasaan Allah ?.. Apa yang terjadi Adalah kehendaknya Allah maha kaya dan maha pengampun..dewasa ini masyarakat Islam ramai Di bunuh...Allah sahaja yang tahu...senjata kita adalah berdoa dan berserah kepada Allah...

Kalimah Allah Selepas Menggaru Tangan



Kalimah Allah jelas kelihatan pada lengan seorang murid disekolah keb. Jambu Bongkok, Terengganu.. Kalimah suci tersebut dikatakan keluar selepas digaru oleh murid tersebut akibat gatal.. Subhanallah.. tak sangka dengan asbab gatal2 juga Allah menunjukkan bukti kekuasaanNYA...


0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More