14 August 2012

Lima Ubat Penawar Hati


Dari Abdullah al-Anthaki, semoga Allah merahmatinya, beliau berkata:

"Lima perkara ubat penawar hati, iaitu: Bergaul dan bercampur dengan orang-orang soleh, membaca Al-Quran, melaparkan perut (berpuasa), solat di malam hari dan bersembah sujud di waktu menjelang subuh"

Lima perkara termasuk ubat hati ketika hati keras, yang lima diambil dari perkataan Sayid Jalil Ibrahim Al-Khawas, sebagaimana yang telah dikemukakan al-Nawawi dalam kitab al-Tibyan. Sebahagian ulama menambah yang lima ini dengan perkara-perkara yang banyak, tetapi sebahagian dari perkara-perkara tersebut dimasukkan pada yang lainnya.

Lima perkara itu adalah:

1.  Bergaul dengan orang-orang yang soleh iaitu dengan cara menghadiri majlis-majlis ilmu dan cerita orang-orang soleh, juga didalamnya termasuk diam dan menjauhi orang-orang yang tenggelam dalam kesalahan (kebatilan).

2.  Membaca Al-Quran diserta dengan menafsirkan maknanya dalam kehidupan sehari-hari

3.  Mengosongkan perut dengan cara mengambil sedikit sahaja dari yang halal kerana sesungguhnya makanan yang halal itu merupakan pokok segalanya, sehingga akan menyinari hati, maka cermin mata hati akan menjadi bersih dari karat yang menyebabkan hati menjadi keras.

     Dalam sebuah hadis marfu' dikatakan:
   "Tiga perkara akan menjadikan hati keras iaitu suka makan, suka tidur dan suka berehat"

4.  Solat malam iaitu solat sunat setelah bangun tidur di malam hari.

5.  Bersembah sujud diwaktu menjelang Subuh, kerana dalam waktu itu terdapat ketenangan dan disinilah waktu diturunkan rahmat dari Allah s.w.t.

- Terjemahan dari kitab berjudul Al-Munabbihat 'Ala al-Isti'dad liyamm al-Ma'ad karya al-Syeikh Ibn Hajar al-Asqalani (772-852 H)

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More