Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi
Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda
hingga ke hari kiamat.
Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda
hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Firman Allah SWT yang bermaksud : "Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu
tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan
permohonan orang yang berdoa kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi
(segala perintah)-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran."
(Surah al-Baqarah ayat 186)

Rasulullah SAW menyifatkan doa sebagai senjata orang Mukmin dan menjadi tali
penghubung antara seorang hamba dengan Allah. Diantara berbagai macam doa yang
dipanjatkan oleh seorang hamba kepada Allah, ada doa yang dikabulkan dan ada pula doa
yang tidak dikabulkan oleh Allah SWT. Oleh itu, seseorang hamba yang berdoa harus
memahami keutamaan dan adab-adab ketika berdoa.
Berdasarkan beberapa hadis-hadis Nabi SAW terdapat tujuh golongan manusia doa mereka
mustajab disisi Allah SWT. Golongan tersebut adalah seperti berikut :
mustajab disisi Allah SWT. Golongan tersebut adalah seperti berikut :
Pertama : Doa orang tua kepada anaknya.
Kedua : Doa seorang musafir sampai ia kembali dari perjalanannya.Ketiga : Doa orang yang dianiaya.
Keempat : Doa orang yang berpuasa sampai ia berbuka puasa
Kelima : Doa seorang pemimpin yang adil.
Keenam : Doa seorang sahabat kepada saudaranya dikejauhan yang keduanya saling bertemu
dan berkasih sayang hanya mengharap redha Allah SWT. semata.
dan berkasih sayang hanya mengharap redha Allah SWT. semata.
Ketujuh : Doa anak yang soleh kepada kedua ibu bapanya
Huraiannya :
Pertama : Doa orang tua kepada anaknya.
Doa ibu bapa kepada anak-anaknya tidak ada hijab disisi Allah SWT kerana reda Allah SWT
kepada anak-anak adalah bergantung kepada reda kedua ibu bapanya . Oleh itu anak-anak
tidak boleh sama sekali derhaka kepada kedua ibu bapanya.
kepada anak-anak adalah bergantung kepada reda kedua ibu bapanya . Oleh itu anak-anak
tidak boleh sama sekali derhaka kepada kedua ibu bapanya.
Dari Abu Hurairah r.a berkata, bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
"Ada tiga doa yang diterima oleh Allah secara langsung iaitu doa orang yang dianiaya, doa
seorang musafir dan doa orang tua terhadap anaknya." (Hadis Riwayat Turmudzi, Ahmad
dan Abu Daud)
seorang musafir dan doa orang tua terhadap anaknya." (Hadis Riwayat Turmudzi, Ahmad
dan Abu Daud)
Kedua : Doa seorang musafir sampai ia kembali dari perjalanannya.
Seorang yang bermusafir dengan tujuan baik kerana Allah SWT samaada untuk menuntut
ilmu, menziarahi saudara mara atau keluar rumah untuk mencari rezeki yang halal adalah
perbuatan yang dikasihi oleh Allah SWT dan diberi ganjaran pahala dan doanya makbul
disisi Allah SWT. Kemuliaan yang Allah SWT berikan kepada seorang yang bermusafir
sekiranya dia keputusan belanja maka wang zakat boleh diberikan kepadanya.

Dari Abu Hurairah r.a berkata, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
"Ada tiga doa yang diterima oleh Allah secara langsung iaitu doa orang yang dianiaya,
doa seorang musafir dan doa orang tua terhadap anaknya."
doa seorang musafir dan doa orang tua terhadap anaknya."
(Hadis Riwayat Turmudzi, Ahmad dan Abu Daud)
Ketiga : Doa orang yang dianiaya.
Allah SWT amat murka kepada sesiapa sahaja dikalangan hamba-Nya yang melakukan
kezaliman kepada hamba-Nya yang lain. Orang yang suka melakukan kezaliman dan aniaya
kepada orang lain akan mendapat balasan daripada-Nya di dunia lagi. Doa mereka yang
dizalimi mustajab di sisi Allah SWT.

Dari Ibnu Umar r.a, Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya : "Hendaklah kamu waspada
terhadap doa orang dizalimi. Sesungguhnya doa itu akan naik ke langit amat pantas
seumpama api marak ke udara."
(Hadis riwayat Hakim - sanad sahih)
Dari Khuzaimah bin Thabit r.a, Rasulullah SAW. bersabda maksudnya : " Hendaklah kamu
waspada terhadap doa orang yang dizalimi. Allah S.W.T. berkata : 'Demi kemulian dan
keagunganKu, Aku pasti akan menolongmu walaupun setelah masa yang lama."
(Hadis riwayat Tobrani - sanad hasan)waspada terhadap doa orang yang dizalimi. Allah S.W.T. berkata : 'Demi kemulian dan
keagunganKu, Aku pasti akan menolongmu walaupun setelah masa yang lama."
Keempat : Doa orang yang berpuasa sampai ia berbuka puasa.
Puasa adalah satu amalan yang sangat disukai oleh Allah SWT sehinggakan pahala orang
yang berpuasa hanya Allah SWT sahaja akan berikan dan malaikat sendiri tidak tahu berapa
banyak pahala yang hendak dicatatkan. Ada sebuah hadis qudsi yang berbunyi, “Puasa
adalah milik-Ku dan Akulah yang akan membalasnya.”

Dalam hadis yang lain menyatakan bahawa doa orang yang berpuasa mustajab di sisi Allah
SWT. Nabi SAW bersabda maksudnya : "Ada tiga jenis perkara yang tidak akan ditolak oleh
Allah SWT. iaitu doa orang yang berpuasa sampai berbuka, doa seorang pemimpin yang adil
dan doa orang yang dianiaya." (Hadis Riwayat Turmudzi)
SWT. Nabi SAW bersabda maksudnya : "Ada tiga jenis perkara yang tidak akan ditolak oleh
Allah SWT. iaitu doa orang yang berpuasa sampai berbuka, doa seorang pemimpin yang adil
dan doa orang yang dianiaya." (Hadis Riwayat Turmudzi)
Kelima : Doa seorang pemimpin yang adil.
Seorang pemimpin yang adil, mesra rakyat dan tidak membelakangkan kehendak dan suara
rakyat adalah makbul di sisi Allah SWT. Pemimpin seperti ini akan sentiasa dirahmati Allah
SWT dan mendapat doa kesejahteraan daripada rakyat kerana keadilannya.
rakyat adalah makbul di sisi Allah SWT. Pemimpin seperti ini akan sentiasa dirahmati Allah
SWT dan mendapat doa kesejahteraan daripada rakyat kerana keadilannya.
Nabi SAW bersabda maksudnya : "Ada tiga jenis perkara yang tidak akan ditolak oleh Allah
SWT. iaitu doa orang yang berpuasa sampai berbuka, doa seorang pemimpin yang adil dan
doa orang yang dianiaya." (Hadis Riwayat Turmudzi)
Keenam : Doa seorang sahabat kepada sahabatnya dikejauhan yang keduanya saling bertemu
dan berkasih sayang hanya mengharap reda Allah SWT. semata.
dan berkasih sayang hanya mengharap reda Allah SWT. semata.
Persahabatan dalam Islam adalah persahabatan kerana Allah SWT. Bertemu dan berpisah
semata-mata kerana Allah SWT untuk menjalankan kewajipan dakwah untuk amar makruf
nahi mungkar. Doa di antara dua sahabat yang berkasih sayang dan menjalin ukhwah Islamiah
adalah makbul disisi Allah SWT.

Dari Abu Hurairah r.a bahawasanya Nabi SAW. bersabda yang bermaksud :
"Doa seorang sahabat kepada sahabatnya yang lain kerana Allah dalam tempat yang berjauhan
diterima oleh Allah SWT." (Hadis Riwayat Muslim)
diterima oleh Allah SWT." (Hadis Riwayat Muslim)
Ketujuh : Doa anak yang soleh kepada kedua ibu bapanya.
Seorang anak yang soleh adalah anak yang taat dan patuh kepada Allah dan Rasul-Nya dan
kepada kedua ibu bapanya semasa kedua ibu bapanya masih hidup. Apabila kedua ibubapanya
telah meninggal dunia dia sentiasa bersedekah, membuat amal kebajikan dan mendoakan
untuk mereka. Doa anak yang soleh mustajab disisi Allah SWT.
Dari Abu Hurairah r.a. berkata Rasulullah SAW yang bermaksud :
"Apabila seorang diantara kamu meninggal dunia maka terputuslah semua amalnya kecuali
tiga perkara : sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang selalu
mendoakannya." (Hadis Riwayat Muslim)
tiga perkara : sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang selalu
mendoakannya." (Hadis Riwayat Muslim)
Sahabat yang dimuliakan,
Marilah sama-sama kita terus berdoa dan memohon kepada Allah SWT semoga doa-doa kita
ditunaikan dan dimakbulkan oleh Allah SWT. Sekiranya kita termasuk salah satu daripada
tujuh golongan yang dimakbulkan doa-doanya maka janganlah kita lepaskan peluang untuk
perbanyakkan doa dan memohon kepada Allah SWT.

Seorang mukimin yang banyak berdoa dan bermunajat kepada Allah SWT tidaklah sama
dengan mukmin yang kurang berdoa. Kerana setiap doa yang kita panjatkan kehadrat
Ilahi insya Allah akan ditunaikan-Nya samaada cepat atau lambat dan berdoa itu sendiri
adalah ibadah yang akan diberi ganjaran pahala oleh Allah SWT. Teruskan berdoa jangan
mudah berputus asa.

0 comments:
Post a Comment