06 April 2012

Kisah Benar: Mimpi Ibu dan Facebook

Pagi ini sedang saya melangkah masuk ke bilik pejabat, saya dipanggil oleh seorang rakan kerja yang menceritakan satu kisah benar yang berlaku. Hati ini sangat tersentuh takala mendengar cerita tersebut dan membuatkan saya teruja untuk berkongsi dengan saudara dan saudari semua dan berharap ianya menjadi ikhtibar kepada kita.

Diceritakan seorang hamba Allah yang sedang melayari FACEBOOK dan terpandang satu link oleh seorang ibu yang sedang bersedih meminta jasa baik semua pengguna FACEBOOK agar dapat membuang akaun FACEBOOK anaknya yang baru meninggal.

Untuk pengetahuan semua anak kesayangannya baru sahaja meninggal dunia pada 30hb March 2012. Pada suatu malam takala hati ibu masih merintih sedih mengenangkan pemergian anak kesayangannya untuk selama lamanya, si Ibu didatangi mimpi anak kesayangannya itu berjumpa dengannya dengan raut wajah yang sangat sedih dah penuh terseksa. Arwah anaknya itu memohon jasa baik ibunya agar memadam akaun FACEBOOKnya kerana didalam FACEBOOK itu terdapat gambar arwah anaknya yang tidak memakai tudung.

Masya Allah begitu hebat seksaan yang diterima oleh arwah hanya kerana kesilapannya meletakkan gambar yang tidak bertudung di dalam akaun FACEBOOKnya. Untuk pengetahuan sahabat semua, arwah adalah seorang anak yang sangat taat dan menghormati orang tua. Arwah juga sentiasa menjaga aurat apabila keluar dari rumah semasa hayatnya ada. Namun, di atas kesilapannya meletakkan gambar tidak bertudung di dalam FACEBOOK, arwah terpaksa menanggung azab.


Sahabatku sekalian, dapatkah kita rasai betapa luluhnya hati seorang ibu apabila didatangi mimpi tersebut. Ini membuatkan saya tersedar betapa kita sentiasa memandang ringan untuk menutup aurat.

Pernahkan kita terfikir betapa seksanya azab yang perlu ditanggung sekiranya kita sentiasa mendedahkan aurat. Sanggupkah kita menanggung azab tersebut??? Sahabat semua, sama-samalah kita fikir sejenak selama kita dipinjamkan nyawa dimuka bumi ini, adakah kita sentiasa menjaga aurat kita?????? sekurang kurangnya kita diberi ruang dan kesempatan olehNya untuk kita memperbaiki segala kesilapan dah tingkah laku kita sebelum ini.

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang bisa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan jangan menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara mereka, putera-putera lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang ‘aurat wanita. Dan jangalah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka.Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.” – (Surah an-Nur ayat 31)

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More