Tawakal dan Berserah diri pada Allah

Allah akan mencukupkan segala keperluannya. Barangsiapa berpegang teguh dengan agama Allah, nescaya Allah akan menyelamatkannya. Barangsiapa menyerahkan segala urusannya kepada Allah, nescaya Allah akan memberinya petunjuk.

Solat Wajib Berjemaah..27x Pahala..

Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a. katanya, Sesungguhnya Rasulullah bersabda, Sembahyang berjemaah itu lebih baik dari mendirikan sembahyang secara bersendirian sebanyak dua puluh tujuh darjat iaitu ganjaran ;. (H.R. Bukhari dan Muslim)

Taqwa Adalah Kemulian, Mati Suatu Kepastian

Sabda Baginda lagi: Maksudnya: “Hendaklah kamu bertaqwa di mana sahaja kamu berada. Ikutilah setiap kejahatan (yang kamu lakukan) dengan kebaikan, moga-moga kebaikan itu akan menghapuskan kejahatan. Bergaullah dengan manusia dengan akhlak yang baik.” (Riwayat At Termizi dan Ahmad).

Allah Tambah Nikmat Jika Bersyukur

Orang yang bersyukur kepada Allah akan memperbanyakkan ucapan syukur dan terima kasih kepadaNya. Mereka akan mengerjakan ketaatan kepada Allah dan akan membesarkan nikmat sekalipun nikmat itu kecil

Sudah Solat?. Sesungguhnya Mati Itu Pasti

Sembahyang adalah amalan pertama yang dihisab oleh Allah pada akhirat nanti Dan ingatlah mati, sesungguhnya malaikat maut menjenguk kamu 70 kali sehari semalam 24 jam.

Ucapan Kalimat Thayyibah Seorang Muslim

Kalimat thayyibah yang termasuk ke dalam amalan yang baik dan mampu membentuk pribadi sorang muslim yang selalu ingat dan berhubungan dengan Allah SWT. Dalam kehidupan sehari-hari alangkah baiknya membentuk budaya biasa mengucapkannya

26 February 2014

Fakta sains tentang keunikan Kaabah yang kita tidak tahu




1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.

2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.


3. Tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.


4. Graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi=doa akan termakbul kerana di situ adalah tempat gema atau ruang dan masa serentak.


5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.


6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.


7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.


8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.


9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.


10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.


11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.


12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Ka abah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.


13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.


14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma(lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.


15. Selepas selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.

 

Photo: Ceramah Agama Islam Bulan Februari 2014


Asasalamualaikum w.b.t

Photo-Photo yang sempat diambil ketika Ceramah Agama Islam untuk bulan Februari 2014 bertempat di Dewan Merak Kayangan

Penceramah adalah Ustaz Mohd Hafiz Hj Fauzi dari bank Muamalat.






25 February 2014

Kisah Benar: Ustaz Melihat Jin Menjilat Air Mayat



SEBAGAI seorang manusia, juga sebagai hamba Allah, kita amat ditegah sama sekali untuk menyekutukan Allah SWT. Ingatlah dosa syirik adalah doa yang tidak akan diampunkan oleh Allah.

Admin ingin berkongsi dengan anda semua, tentang satu kisah di mana seorang ustaz menyaksikan dengan mata kepala dirinya sendiri, satu lembaga sedang asyik menjilat air mandian mayat di sebuah sudut dalam sebuah rumah yang baru sahaja tuannya meninggal dunia.
Apakah sebenarnya yang terjadi?

Kisah ini diceritakan sendiri oleh Ustaz Abdul Aziz kepada Johan Iskandar (wartawan) mengenai seorang nelayan yang gara-gara membela hantu raya bertujuan membantu setiap pekerjaan hariannya ke laut menangkap ikan sebelum ditimpa penyakit misteri yang berbulan-bulan ditanggung sehingga menghembuskan nafas terakhir disisi keluarganya.

Suasana sedih melanda keluarga arwah Wak Kejo setelah mengalami sakit misteri berbulan-bulan, akhirnya Wak Kejo menghembus nafas terakhir. Keperitan yang ditanggung Wak Kejo semasa nazak memberi keinsafan kepada isterinya, Tija serta 3 anak bujang lelakinya Samad, Seman dan Saiful.

Menurut penduduk kampong arwah Wak Kejo cukup gagah dan masih tegap seperti orang muda walaupun usianya yang sudah mencapai 80-an. Setaiap hari Wak Kejo tidak pernah mengeluh apabila melakukan kerja hariannya ke laut menangkap ikan. Kalau dilihat dari segi kerja Wak Kejo, orang muda pun tidak mampu melakukan sepertinya. Tetapi bagi wak Kejo kerja berat menarik pukat bersendirian tidak pernah membuatnya sakit atau letih. Begitu juga dengan selera Wak Kejo membuatkan isterinya merasa hairan.

Selalunya pada usia seperti Wak Kejo orang lain sudah kehilangan selera makan dan nafsu seks. Tetapi berbeza dengan Wak Kejo yang selalu bertenaga dan berselera besar. Isterinya pula menyangka suaminya cukup sihat dan kuat kerana mengamalkan ubat akar kayu.

Oleh kerana kekuatan yang luarbiasa, Wak Kejo menjadi buah mulut penduduk kampong yang memuji dan kagum dengan kehebatannya.

Kerjanya di laut, dia sangat kuat. Biasanya dia hanya bersendirian melakukan kerja sebagai seorang nelayan. Subuh lagi dia sudah keluar ke laut dan sekitar jam 8 pagi dia sudah pulang membawa banyak hasil laut yang cukup berbaloi untuk keluarganya. Oleh kerana ketiga-tiga anaknya bekerja di bandar Wak Kejo melakukan semua kerja itu seorang diri walaupun ramai yang meregui kemampuannya.

Walaupun gagah mana, takdir tidak boleh di elak. Akhirnya Wak Kejo jatuh sakit secara mengejut. Peliknya dia tidak menghadapi sebarang penyakit seperti darah tinggi, kencing manis mahupun buah pinggang. Sakit yang dialaminya cukup menyeksanya sehingga dia terbaring kaku di atas katil. Walaupun sakit seleranya tetap sama seperti dulu.

Selalunya rutin makan Wak Kejo ialah nasi bersama seekor ayam bakar. Sebaik saja makanan itu dihidangkan kepadanya, sekelip mata saja Wak Kejo boleh habiskan seperti orang sedang lapar sangat. Dia selalu merenget meminta makanan walaupun baru sebentar tadi sudah dihidangkan kepadanya. Isterinya cukup hairan dengan sikap suaminya yang luarbiasa itu. Sepanjang hidup bersama Wak Kejo belum pernah dia melihat suaminya melantak semua makanan itu dalam masa singkat.

Semakin hari penyakitnya semakin parah. Setiap hari ada saja penduduk kampong datang ke rumahnya melawat dan membaca Yassin. Setiap kali dibacakan Yassin, Wak Kejo akan meraung kepanasan. Beberapa orang doctor pernah datang ke rumah Wak Kejo untuk merawat penyakitnya, namun selepas diperiksa mereka berkata Wak Kejo tidak mengalami sebarang penyakit. Mereka percaya Wak Kejo mengalami penyakit tua. Semakin hari mukanya semakin pucat dan hitam seperti kepanasan cukup menggerunkan.

Isteri dan anak-anaknya tidak sanggup melihat penderitaan yang di alami Wak Kejo. Akhirnya mereka memanggil Ustaz Aziz yang tinggal di kampong seberang untuk membantu masalah itu.

“Dah berapa lama Wak Kejo sakit Mak Tija?”. Tanya Ustaz Aziz yang duduk disebelah suaminya.

“Adalah lima bulan,” balasnya sayu.

"Masya Allah,” ucapnya perlahan sambil mengeleng kepala melihat wajah Wak Kejo.
Ustaz Aziz kemudiannya membaca sesuatu sambil menyentuh dahi Wak Kejo perlahan-lahan.Dia membaca beberapa surah untuk meringankan kesakitan Wak Kejo.

"Jangan sentuh aku! Panasss….” Jerit Wak Kejo sebaik saja Ustaz Aziz menyentuh dahinya buat kali ketiga.

Beberapa orang penduduk kampong sedang membaca Yassin da nada yang sedang duduk di ruang tamu rumah Wak Kejo tersentak mendengar jeritan kuat Wak Kejo. Walaupun Wak Kejo kelihatan nazak, tapi suaranya amat kuat bertenaga. Ustaz Aziz dapat merasakan kelainan suara itu yang dianggap bukan suara Wak Kejo.

Ustaz Aziz terus membaca ayat al-Quran dengan diikuti bacaan Yassin oleh penduduk kampung. Keadaan Wak Kejo semakin gelisah. Dia cuba meronta ke kiri dan kanan seperti kesakitan. Selama sejam Wak Kejo meronta dan meraung kepanasan. Dia beberapa kali meminta air untuk minum kerana terasa badannya terlalu panas. Akhirnya tanpa disedari wak Kejo menghembuskan nafas terakhir. Tiba-tiba saja badannya yang gempal bertukar menjadi kurus kering seperti sudah lama meninggal dunia.

“Mak Tija, Wak Kejo sudah meninggal dunia. Pergilah panggil tukang mandi mayat segera. Jangan lengah-lengahkan lagi. Mayat arwah perlu dikebumikan segera,” kata Ustaz Aziz tenang.

Sementara menunggu tukang mandi mayat tiba, mereka membiarkan jenazah arwah Wak Kejo di ruang tamu rumah itu. Memandangkan hamper masuk waktu Isyak, semua tetamu kemudiannya turun dari rumah ke surau tidak jauh dari situ untuk solat Isyak. Selepas solat Isyak, jenazah Wak Kejo dimandikan dan dikapan.

Jenazah arwah kemudian dikebumikan di tanah perkuburan Islam di hujung kampong pada malam tersebut.

Selesai kebumian, pada malam itu tinggallah Mak Tija, 3 orang anaknya dan beberapa orang ahli keluarganya. Kerana letih kebanyakkan mereka tertidur. Tidak beberapa lama kemudian, Mak Tija terdengar bunyi seperti sesuatu menyusur di bawah rumahnya tempat arwah Wak Kejo dimandikan tadi.

Pada mulanya, Mak Tija ingatkan kucing, bagaimanapun bunyi itu semakin kuat seperti sesuatu sedang menjilat air. Mak Tija cuba memberanikan diri turun ke bawah rumahnya sambil membawa lampu picit. Sebaik saja dia menyuluh ke arah bunyi suara itu, Mak Tija terkejut apabila melihat sesusuk tubuh manusia tinggal rangka menyerupai suaminya sedang menjilat air mayat.

Mak Tija mula rasa takut, bulu romanya tegak berdiri. Namun dia masih menyuluh kea rah lembaga itu dengan berani. Lembaga itu sedang berlutut di bawah rumah. Pada mulanya Mak Tija cuba merahsiakan perkara itu kepada sesiapa walaupun keluarga terdekat tetapi kerana takut perkara itu berulang kembali dia menceritakan perkara itu kepada Ustaz Aziz saja pada keesokannya.

Ustaz Aziz bersetuju membantu Mak Tija dan berjanji akan datang ke rumahnya pada lewat malam. Seperti mana yang dijanjikan, Ustaz Aziz melihat sendiri lembaga seperti arwah Wak Kejo sedang menjilat-jilat air mayatnya bagai kehausan. Ustaz Aziz kemudiannya segera membaca ayat Kursi dan secepat kilat lembaga itu hilang dari pandangan mereka.

Sejak peristiwa itu, lembaga Wak Kejo tidak lahi pulang ke rumahnya.

Setelah diselidik latar belakang arwah Wak Kejo, rupanya selama ini arwah Wak Kejo ada membela hantu raya untuk membuat dia kelihatan muda dan kuat tanpa perlu diketahui isteri serta anak-anaknya.

Setiap kerja yang dilakukan Wak Kejo semuanya dibantu oleh hantu raya itu. Kerana itulah dia lebih suka bersendirian pergi menangkap ikan kerana bertemankan hantu raya yang dibelannya.

Kejadian serupa ini banyak berlaku di mana-mana apabila individu tertentu bersekongkol dengan jin atau syaitan. Perkara ini haruslah menjadi pengajaran kepada kita semua supaya dapat menghindarkan diri dari kejadian yang dimurkai Allah SWT

18 February 2014

Menangis Dalam Solat

SOALAN:

SEMASA Ramadan lalu, saya ada mengikuti solat tarawih yang disiarkan secara langsung di televisyen. Dalam keadaan tertentu saya dapati imamnya akan menangis semasa membaca ayat-ayat al-Quran yang berkaitan azab Allah. Keadaan yang sama juga kadang kala berlaku di negara kita.

Persoalannya, adakah perbuatan menangis itu membatalkan solat dan jika tidak, setakat mana kita dibolehkan menangis dalam solat.

JAWAPAN:

Diharuskan menangis dalam solat kerana takutkan Allah SWT, takut akan seksanya serta takut amalan tidak diterima oleh-Nya. Ia merupakan sifat ahli takwa, yang sentiasa mendambakan keredaan dah kasih sayang-Nya yang Maha Agung.

Tidak semua kita yang mampu mengalirkan air mata dalam solat. Malahan hanya sedikit yang menangis dalam solat. Tangisan dalam solat sangat bermakna di hadapan Allah SWT.

Menangis dalam solat adalah antara ciri orang yang beriman kepada Allah swt, firman-Nya yang bermaksud: ...apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat (Allah) Ar-Rahman, mereka segera sujud serta menangis. (Maryam: 58)

Abdullah bin Syirkhir berkata yang bermaksud:

"Aku melihat Rasulullah SAW mendirikan solat mendirikan solat sambil baginda teresak-esak bagaikan dadanya terdapat air yang sedang mendidih di dalam cerek".
(riwayat Ahmad, Abu Daud, Nasaie, dan al-Tirmidzi)

Begitulah apa yang digambarkan oleh para sahabat nabi SAW dalam memperakui sikap baginda dalam solat. Pernah juga diriwayatkan dalam beberapa athar bahawa tempat sujud baginda akan basah dek tangisan baginda dalam sujud. Baginda berpesan agar pembaca al-Quran itu menangis, kalau tidak boleh menangis buat-buatlah menangis.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Bacalah al-Quran serta menangis ketika membacanya, jika kamu tidak dapat menangis maka buat-buatlah menangis."
 (riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Dalam banyak keadaan para sahabat menangis bersama Rasulullah SAW sama ada dalam solat, membaca al-Quran mahupun dalam keadaan umat Islam terhimpit dalam kesusahan. Ringkasnya, air mata, Rasulullah SAW dan para sahabat tidak dapat dipisahkan daripada al-Quran.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu kitab suci al-Quran yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya), Yang berulang-ulang (keterangannya, dengan berbagai cara); Yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah. Kitab suci itulah hidayah petunjuk Allah; Allah memberi hidayah petunjuk dengan Al-Quran itu kepada sesiapa Yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang peraturan-Nya); dan (ingatlah) sesiapa Yang disesatkan Allah (disebabkan pilihannya yang salah), maka tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi hidayah petunjuk kepada-Nya. (al-Zumar: 23)

Ibn Kathir ketika mentafsirkan ayat ini menjelaskan bahawa di antara sifat-sifat al-abrar adalah mereka yang memiliki sifat-sifat yang dimiliki oleh para sahabat antaranya; apabila dibacakan ayat-ayat Allah (al-Quran) kulit badan mereka bergementar, kemudian menjadi luluh bersama kalbunya untuk berzikir kepada Allah SWT.

Mereka tidaklah berteriak seperti kena hasutan dan menangis yang dibuat-buat, akan tetapi mereka memiliki ketegaran, keteguhan dan kesopanan dan rasa takut yang tidak akan ada menyamai sifat seperti itu.

Oleh sebab itulah mereka beroleh kepujian yang sangat tinggi di sisi Allah SWT. (Ibn Kathir, Tafsir al-Quran al-'Azim, jld: 4, hlm: 51)

Tidak semudah yang disangka bagi air mata mengalir di dalam mengenang nasibnya di hadapan Rabbul Jalil. Seseorang yang menangis di dalam solat kerana Allah SWT maka solatnya tidak batal selagi mana tangisannya tidak mengeluarkan suara yang kuat, seperti meraung sehingga mengganggu orang lain atau didengari oleh orang lain.

Sebab itu dalam banyak keadaan kita akan dapati imam-imam di Masjid Haram mahupun masjid-masjid yang lain apabila mereka mula menangis mereka akan cuba mengawal suara supaya tidak terkeluar suara tangisan yang kuat.

Bagi mengelakkan suara mereka tidak terkawal biasanya mereka akan berhenti bagi menenangkan perasaan sebelum menyambung bacaan ayat-ayat suci al-Quran. Maksudnya tangisan dalam solat harus dikawal supaya tidak melampuai keharusan.

Kadang-kadang saya hairan melihat jemaah yang solat bersama imam-imam di masjid al-Haram, bila imam menangis mereka pun turut menangis, kalau yang menangis itu jemaah dari kalangan orang arab mungkin kerana mereka turut faham sebab itulah mereka menangis, tapi kalau jemaah yang bukan berbangsa arab, yang tidak mempelajari bahasa arab juga turut menangis, kenapa?

Jawapannya ialah mukjizat al-Quran, nur al-Quran, ayat-ayat yang menembusi telinga manusia dan singgah di sanubari yang memang secocok dan rindukan al-Quran.
Itulah antara sebab kenapa yang tidak faham al-Quran juga turut menangis. Mata yang menangis di dalam solat dan ketika membaca al-Quran hanya kerana takutkan Allah SWT akan menjadi hujah di hadapan Allah SWT.



Artikel: http://www.utusan.com.my/utusan/

17 February 2014

Hikmah Ibadah Dirahsiakan

http://www.noktahhitam.com/wp-content/uploads/2008/09/scripture.jpg


Allah tidak mensyariatkan sesuatu tanpa kebaikan dan manfaat kepada hamba-Nya, sebagaimana Dia tidak menciptakan sesuatu dengan main-main dan dengan cara yang batil.

Firman Allah, "... (Iaitu) orang yang mengingati Allah sambil berdiri dan duduk dan dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari seksaan api neraka." - (Ali-Imran: 191)

Namun di setiap kejadian dan ciptaannya tersembunyi pelbagai rahsia dan hikmah yang sukar untuk dilihat secara mata kasar dan akal logik. Hikmah di atas ciptaannya hanya dapat dilihat secara umum tanpa penjelasan secara terperinci.

Misalnya solat, manusia tidak akan mengetahui hikmah dan kebaikannya secara terperinci. Bermula dengan hukum solat, rukunnya dan sudah pasti setiap pergerakannya juga kita tidak akan dapat mengetahuinya dengan lebih lanjut. Malahan pelbagai persoalan dan pertanyaan yang akan timbul untuk memuaskan akal."Mengapa solat perlu lima kali sehari?" "Mengapa ada perbezaan rakaat untuk setiap jenis solat?" "Mengapa solat Subuh di awal pagi?"Mengapa dan terus mengapa. Akal sentiasa mencari jawapan di atas perintah ibadat yang disyariatkan Allah. Namun semua jawapan yang diberi berdasarkan kefahaman akal, ia tidak akan memuaskan sampai bila-bila. Hikmah adalah rahsia Allah yang Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui.

Bagaimanapun, Allah menjelaskan hikmah itu secara umum di dalam al-Quran. Misalnya hikmah disyariatkan solat. Firman Allah

"Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan) keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingat Allah (solat) adalah lebih besar (keutamaannya daripada ibadat yang lain)." (Al-Ankabut: 45)

Hikmah disyariatkan membayar zakat. Firman Allah:
"Ambillah zakat dari sebahagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan menyucikan mereka." (At-Taubah: 103)

Timbul persoalan, mengapa Allah menyembunyikan hikmah di atas ibadah yang disyariatkan-Nya. Ulama menjelaskan bahawa hikmah ini disembunyikan sebagai satu cubaan kepada hamba-Nya. Allah mencuba hamba-Nya dengan ibadah yang manusia tidak mengetahui sedikitpun mengenai hikmah pensyariatannya.

Dengan cubaan ini, terlihatlah siapa yang benar-benar mengikuti perintah Allah dan ajaran Rasulullah, dan siapa pula yang derhaka dan menolaknya.

Andai kata hikmah ibadah tidak dirahsiakan dan akal dapat memahaminya dengan mudah, sudah pasti, manusia hanya akan beribadah kepada Allah jika sesuatu ibadah itu sesuai dengan rasional akalnya yang terbatas, dan akan mengingkari jika sesuatu ibadah itu tidak sesuai dengan akalnya. Dan ini akan membuatkan manusia menyembah akal bukannya Allah yang mencipta mereka.

"Bukanlah menjadi keharusan bahawa ibadah yang disyariatkan itu perlu ada manfaat dalam kehidupan manusia dari segi material. Malahan bukan juga sesuatu yang mesti sesuatu ibadah itu boleh difahami akal yang terbatas. Ibadah adalah ujian bagi ketaatan manusia kepada Tuhannya. Jadi, jika akal dapat mengetahui rahsia ibadah secara terperinci, maka ia tidaklah dapat memberi manfaat dan makna kepada manusia terhadap konsep ibadah dan taat kepada Tuhan."

Cukuplah seseorang mukmin mengetahui hikmah ibadah itu secara umum, dan meyakini bahawa setiap ibadah itu adanya manfaat dan hikmah yang tersendiri. Allah tidak pernah memerlukan ibadah para hamba-Nya, tetapi Allah mencipta ibadah adalah semata-mata untuk kebaikan dan manfaat hamba-Nya.

Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Wahai hamba-Ku! Sekiranya orang yang terdahulu dan terkemudian dari kamu, manusia dan jin di kalangan kamu, sekiranya mereka semua mempunyai hati bertakwa umpama hati orang yang paling bertakwa di kalangan kamu, nescaya hal itu tidak menambahkan apa-apapun dalam kerajaan-Ku. Wahai hamba-Ku! Sekiranya orang yang terdahulu dan terkemudian dari kamu, manusia dan jin di kalangan kamu, sekiranya mereka semua mempunyai hati jahat umpama hati orang yang paling jahat di kalangan kamu, nescaya hal itu tidak mengurang cacatkan apa-apapun dalam kerajaan-Ku."
(Hadis Imam Muslim)

Banyaknya rahsia alam semesta yang tidak mampu manusia khususnya saintis menemuinya, begitu banyak juga rahsia ibadah yang tidak terjangkau oleh akal. Hal ini sebenarnya membuatkan tumbuhnya rahsia rindu manusia kepada rahsia yang tersembunyi, dalam masa sama membuatkan manusia insaf dan sedar mengenai kelemahan dirinya sendiri.

Sudah ramai manusia tersesat kerana sengaja mencari rahsia hikmah dalam setiap perkara yang disyariatkan dalam ibadah. Apabila mereka tidak menemui rahsia itu kerana akal yang terbatas, mereka mula berasa ragu-ragu di atas kepercayaan yang ada dan kemudian menjadi sesat.

Al-Imam Ghazali dalam kitabnya Al-Munqidz min adh-Dhalal berkata,
"Maka sesungguhnya suatu kebodohan sesiapa saja yang mencari hikmah yang ada di sana, atau orang yang mengatakan bahawa ibadah itu dilakukan secara kebetulan dan tidak ada rahsia Allah di dalamnya."

Oleh sebab itu, perbuatan mencari hikmah dalam ibadah dengan secara terperinci sehingga dapat memuaskan akal adalah perbuatan yang salah dan keliru. Berpuas hatilah dengan keterangan umum yang dinyatakan oleh Allah dalam al-Quran, kemudian sama-sama kita katakan,

[Taha : 132 ]

[Taha : 132 ]
Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mendirikan solat, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya
Nukilan: The sahabat

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More