Tawakal dan Berserah diri pada Allah

Allah akan mencukupkan segala keperluannya. Barangsiapa berpegang teguh dengan agama Allah, nescaya Allah akan menyelamatkannya. Barangsiapa menyerahkan segala urusannya kepada Allah, nescaya Allah akan memberinya petunjuk.

Solat Wajib Berjemaah..27x Pahala..

Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a. katanya, Sesungguhnya Rasulullah bersabda, Sembahyang berjemaah itu lebih baik dari mendirikan sembahyang secara bersendirian sebanyak dua puluh tujuh darjat iaitu ganjaran ;. (H.R. Bukhari dan Muslim)

Taqwa Adalah Kemulian, Mati Suatu Kepastian

Sabda Baginda lagi: Maksudnya: “Hendaklah kamu bertaqwa di mana sahaja kamu berada. Ikutilah setiap kejahatan (yang kamu lakukan) dengan kebaikan, moga-moga kebaikan itu akan menghapuskan kejahatan. Bergaullah dengan manusia dengan akhlak yang baik.” (Riwayat At Termizi dan Ahmad).

Allah Tambah Nikmat Jika Bersyukur

Orang yang bersyukur kepada Allah akan memperbanyakkan ucapan syukur dan terima kasih kepadaNya. Mereka akan mengerjakan ketaatan kepada Allah dan akan membesarkan nikmat sekalipun nikmat itu kecil

Sudah Solat?. Sesungguhnya Mati Itu Pasti

Sembahyang adalah amalan pertama yang dihisab oleh Allah pada akhirat nanti Dan ingatlah mati, sesungguhnya malaikat maut menjenguk kamu 70 kali sehari semalam 24 jam.

Ucapan Kalimat Thayyibah Seorang Muslim

Kalimat thayyibah yang termasuk ke dalam amalan yang baik dan mampu membentuk pribadi sorang muslim yang selalu ingat dan berhubungan dengan Allah SWT. Dalam kehidupan sehari-hari alangkah baiknya membentuk budaya biasa mengucapkannya

Showing posts with label Selawat Nabi. Show all posts
Showing posts with label Selawat Nabi. Show all posts

02 March 2012

Petua Dari Nabi SAW Agar Dikurniakan Anak

Berikut ini saya kongsikan petikan daripada artikel tersebut untuk panduan bersama khususnya kepada mereka yang sukar untuk hamil.

Mengenai pasangan yang tidak mempunyai anak setelah bertahun-tahun mendirikan rumah tangga, Abu Hanifah meriwayatkan di dalam Musnadnya dari Jabir bin Abdullah r.a. bahawa seorang lelaki pernah datang kepada Nabi s.a.w bertanya:

“Ya Rasulullah! Sudah lama saya menikah, tapi belum dianugerahi seorang anak pun.”

Nabi SAW pun menjawab dengan sabdanya:

“Di mana (keadaan) engkau dengan banyak istighfar dan banyak bersedekah, kerana dua hal ini boleh menganugerahi buah hati (anak).”

Manusia hanya sekadar berusaha, tapi yang menentukan berjaya atau tidak ialah Allah.

Sesungguhnya satu daripada kewajipan akidah seorang Muslim ialah terus berusaha dan berserah diri kepada Allah serta selalu berbaik sangka kepada-Nya. Yakinlah, Allah tidak akan pernah menciptakan satu penyakit yang tidak ada ubatnya.

Mungkin ada diantara kita yang berfikir ;

“Alaahhh, ni petua biasa saja. Takde bukti pun ianya berkesan. Lagipun apa kaitan antara istighfar dan sedekah dengan orang yang nak hamil?”

Kepada yang ada fikir macam tu, ingin saya nyatakan dengan jelas bahawa, setiap apa yang Nabi SAW ajarkan itu pasti tidak sia-sia. Pasti ada hikmah disebaliknya. Dan PASTI ADA KEJAYAAN! Yakinlah.

Walaupun mungkin ia tampak macam petua yang sangat simple, tapi kalau anda amalkan dengan istiqamah dan yakin yang betul, saya pasti, anda akan dapat manfaatNya, insyaAllah.

Yang pentingnya, anda kena amal dengan niat dan yakin yang betul. Serta anda kena amal dengan istiqamah (secara berterusan, bukan sekejap buat, sekejap tak buat).

Jadi, perbanyakkanlah istighfar dan mohon keampunan pada Allah atas dosa-dosa yang telah dilakukan.

Kemudian, banyakkanlah bersedekah (semata-mata kerana Allah Ta’ala). InsyaAllah, sampai masanya, Allah pasti akan tunaikan hajat murni anda untuk mendapatkan cahaya mata.

01 March 2012

21 Selawat Nabi

21 Selawat Nabi

02 February 2012

Selawat Tafrijiyyah

terjemahan nya:

Ya Allah,anugerahkan rahmat dan kesejahteraan yang sempurna ke atas penghulu kami Nabi Muhammad s.a.w ,yang dengan berselawat ke atasnya terhurai apa yang tersimpul, terlepas daripada segala kesusahan, juga ditunaikan segala hajat dan tercapai segala keinginan dan akhir hayat yang baik dan dicurahkan rahmat, hasil keberkatan wajahnya, yang mulia, kerahmatan dan kesejahteraan yang sempurna engkau anugerahkan juga ya Allah, ke atas keluarga dan sahabatnya, dengan kiraan setiap kerdipan mata, juga hembusan dan setiap bilangan ilmu yang ada bagi Mu.

Cara Amalan:
Menurut imam Qurtuby berkata: Barang siapa membacanya secara rutin setiap hari sebanyak 41 kali atau 100 kali atau lebih, maka Allah akan melenyapkan kecemasan dan kesusahan, menghilangkan kesulitan dan penyakitnya, memudahkan urusan, menerangi hatinya, meninggikan kedudukanya, memperbaiki keadaannya, meluaskan rezekinya dan membukakan baginya segala pintu kebaikan dan lain lain..

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More