Tawakal dan Berserah diri pada Allah

Allah akan mencukupkan segala keperluannya. Barangsiapa berpegang teguh dengan agama Allah, nescaya Allah akan menyelamatkannya. Barangsiapa menyerahkan segala urusannya kepada Allah, nescaya Allah akan memberinya petunjuk.

Solat Wajib Berjemaah..27x Pahala..

Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a. katanya, Sesungguhnya Rasulullah bersabda, Sembahyang berjemaah itu lebih baik dari mendirikan sembahyang secara bersendirian sebanyak dua puluh tujuh darjat iaitu ganjaran ;. (H.R. Bukhari dan Muslim)

Taqwa Adalah Kemulian, Mati Suatu Kepastian

Sabda Baginda lagi: Maksudnya: “Hendaklah kamu bertaqwa di mana sahaja kamu berada. Ikutilah setiap kejahatan (yang kamu lakukan) dengan kebaikan, moga-moga kebaikan itu akan menghapuskan kejahatan. Bergaullah dengan manusia dengan akhlak yang baik.” (Riwayat At Termizi dan Ahmad).

Allah Tambah Nikmat Jika Bersyukur

Orang yang bersyukur kepada Allah akan memperbanyakkan ucapan syukur dan terima kasih kepadaNya. Mereka akan mengerjakan ketaatan kepada Allah dan akan membesarkan nikmat sekalipun nikmat itu kecil

Sudah Solat?. Sesungguhnya Mati Itu Pasti

Sembahyang adalah amalan pertama yang dihisab oleh Allah pada akhirat nanti Dan ingatlah mati, sesungguhnya malaikat maut menjenguk kamu 70 kali sehari semalam 24 jam.

Ucapan Kalimat Thayyibah Seorang Muslim

Kalimat thayyibah yang termasuk ke dalam amalan yang baik dan mampu membentuk pribadi sorang muslim yang selalu ingat dan berhubungan dengan Allah SWT. Dalam kehidupan sehari-hari alangkah baiknya membentuk budaya biasa mengucapkannya

10 May 2013

Apabila Lidah Menjadi Kelu

LIDAH TERGAMAM APABILA TANGAN BERTUTUR

Kehidupan didunia ibarat sebuah madrasah pengajian, segala ilmu diajar untuk memberi peluang kepada manusia bagi melengkapkan perbendaharaan ilmu masing-masing. Allah s.w.t. menyediakan tenaga pengajar yang cukup mahir terdiri daripada para anbiya dan juga Rasul a.s dan kemudiannya disambung pula tugas mulia itu oleh para ulama sehingga kiamat.

Justeru Allah ta'ala telah melengkapkan segala keperluan untuk manusia melepaskan diri dari kejahilan, sehingga tidak seorang pun didataran Mashyar kelak boleh berdalih untuk menyatakan bahawa tidak ada kemudahan untuk menimba ilmu, dan tidak mungkin dapat menafikan bahawa para Rasul telah melaksanakan tugasnya dengan sempurna, kerana setiap Rasul itu memiliki sifat tabligh yakni menyampaikan setiap wahyu yang dikurniakan oleh Allah s.w.t.

Para Rasul sudah menyediakan garis panduan yang selengkapnya, dan menunjukkan jalan-jalan lurus dan selamat yang mesti dilalui oleh manusia. Setelah dibentangkan dihadapan mereka jalan yang lurus, para Rasul juga memberikan beberapa amaran adanya bahaya jalan yang berliku dan bersimpang-siur itu agar manusia waspada kerana jalan yang bersimpang-siur itu boleh menyebabkan manusia tersesat jalan.

Firman Allah SWT didalam surah al-An’aam ayat 153 yang bermaksud; 


“Dan bahawa inilah jalan-Ku yang lurus, maka ikutilah dia dan janganlah kamu tempuhi jalan yang lain, kerana jalan yang bersimpang-siur itu akan mencerai-beraikan (menyesatkan) kamu dari jalanNya . Yang demikian itu diperintahkan Allah kepadamu agar kamu bertaqwa.” 

Setelah dibentangkan dihadapan mereka jalan yg lurus andainya masih ada juga yang menyimpang ke jalan yang membawa mereka ke arah kesesatan, tiada siapa yang patut dipersalahkan , kecuali mereka patut menyalahkan diri sendiri serta mengakui bahawa mereka tidak mematuhi setiap petunjuk arah yang telah disediakan di sepanjang jalan itu.

Ketika manusia terdampar didataran Mashyar jutaan tahun (menurut ukuran masa dunia), dikala mengharungi kesengsaraan yang amat dashyat, ramai dikalangan penghuni Mashyar yang terkenangkan kampung halaman. Mereka menyesali diri kerana memandang sepi seruan para Rasul dahulu, dan bersikap dingin keraan seruan dakwah oleh para ulama terhadap para penyeru ke jalan Allah.

Setelah mereka menyaksikan setiap perkara di Mashyar teringatlah dia kebenaran hari Qiamat yang diberitahu oleh para Rasul dahulu. Dalam ratapan ahli Mashyar, merintih merayu kepada Allah agar memberi peluang mereka kembali ke dunia walau sejenak untuk memperbaiki keimanan dan melakukan amal soleh, seperti yang digambarkan didalam Al-Quran surah As-Sajadah ayat 12;yang bermaksud;

“Dan (alangkah ngerinya ) jika sekiranya kamu melihat orang-oranng yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhannya, mereka berkata: Ya Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar , maka kembalikanlah kami (ke dunia), kami akan mengerjakan amal soleh , sesungguhnya kami adalah orang-orang yang yakin”. 

Kesedaran yang terlewat hanyalah penyesalan yang tidak berfaedah, kerana planet bumi untuk tempat kembali seperti yang dirayu oleh ahli Mashyar itu sudah hancur. Manusia ingin pulang ke dunia, tetapi tidakkah mereka datang dari dunia? Apakah yang menyebabkan mereka abai terhadap kesempatan yang tuhan berikan untuk hidup didunia dahulu?

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : 

Dihari akhirat Tuhan akan bertanya kepada setiap manusia: Hai manusia, bukankah Aku telah kurniakan kepada engkau kemeriahan masa remaja? Untuk apakah kamu habiskan masa remajamu? Tidakkah Aku telah kurniakan umur yang panjang? Untuk apa umurmu itu kamu pergunakan? Bukankah telah Aku kurniakan rezeki yang melimpah? Tetapi untuk apa kamu habiskan harta itu? Bukankah Aku telah berikan kamu ilmu? Tetapi untuk apa ilmu itu kamu gunakan. 

Empat soalan penting yang di kemukakan oleh Allah s.w.t. diakhirat ialah yang pertamanya mengenai alam remaja, suatu lembaran hidup selepas bermulanya taflik syarak. Tuhan tidak menanyakan seseorang tentang alam kanak-kanak kerana usia kanak-kanak belum diberi beban atau tanggungjawab memikul suruhan dan larangan yang terkandung didalam syariat.

Alam remaja merupakan zaman kejutan kepada suatu perubahan emosi, saat remaja mulai terdedah dengan persoalan kejantinaan. Suatu cabaran baru mengenai panduan, kawalan dan kejayaan dalam menghadapi masa remaja bergantung kepada sejauh mana kefahaman supaya mampu mengendalikan kehidupan yang lurus.

Runtunan masa remaja akan menjadi asas yang kukuh untuk menghadapi cabaran usia yang berikutnya, tetapi kegagalannya akan menjadi titik hitam yang merumitkan, terutama ketika menyediakan jawapan terhadap soalan yang bakal dikemukakan oleh Allah s.w.t. dihari Mashyar kelak.

Apabila menempuh usia dewasa dan hari tua , bererti Allah telah mengurniakan umur yang panjang. Mengharungi kehidupan yang panjang bererti lebih banyak peranan yang harus di pikul. Sebagai individu insan, berbagai kelengkapan perlu disediakan, iaitu iman yang berasaskan ilmu wahyu, amal soleh merupakan buah kepada ilmu.

Sebagai ketua keluarga dia adalah ‘murabbi’, yang memikul peranan dan tanggungjawab memimpin rumahtangga , mengasuh keluarga dengan didikan berasas ketaqwaan. Sebagai anggota masyarakat, dia mempunyai peranan sebagai pemimpin yang mengajak manusia ke arah mematuhi ajaran Islam, atau menjadi manusia yang sedia dipimpin dalam suatu wadah perjuangan Islam. Terlaksanakah semua beban kewajipan itu?

Selain itu, Allah menjanjikan rezeki kepada setiap hambaNya yang diciptakan dimuka bumi ini. Manusia yang mempunyai peranan sebagai khalifah, adalah makhluk istimewa yang dikurniakan berbagai kekayaan dunia, samada kekayaan yang terpendam diperut bumi, kekayaan dilautan, kekayaan didaratan dan juga kekayaan di udara.

Tetapi semua itu hanyalah merupakan alat-alat yang mesti dipergunakan untuk melakukan ketaatan kepada Allah s.w.t. Bagaimana cara mendapatkan kekayaan harta tersebut, samada dgn cara betul dan halal atau cara yang terlarang. Untuk apa pula dipergunakan harta yang melimpah ruah, adakah untuk menjadi penghimpun kekayaan dan lupa daratan seperti Qarun, samada Qarun klasik atau Qarun moden.

Segala yang bersangkutan dengan harta kekayaan Allah kurniakan itu, adalah diantara soalan yang mesti dijawab didataran Mashyar kelak. Harta halal yang terhimpun banyak, akan melambatkan seseorang masuk syurga sebaliknya harta yang diperoleh dengan cara haram, akan menjadi api pembakar untuk dirinya sendiri didalam neraka (wal iyazu billah)

Persoalan ke empat didalam hadith Nabi s.a.w itu ialah mengenai ilmu. Allah ta'ala bertanya;

”Bukankah Aku telah kurniakan engkau ilmu? Bagaimanakah ilmu itu dimanfaatkan?” 

Sesungguhnya Allah s.w.t. menjadikan manusia sebagai makhluk istimewa mengatasi makhluk yang lain hatta malaikat sekalipun, tidak lain kerana manusia dikurniakan ilmu pengetahuan. Justeru itu manusia adalah makhluk sejak dari manusia pertama iaitu Adam a.s.

Firman Allah didalam surah al-Baqarah ayat 31;


”Dan Dia mengajarkan kepada Adam (ilmu) nama-nama (benda)seluruhnya, kemudian mengemukakan kepada Malaikat lalu berfirman “Sebutkanlah kepada –Ku nama benda –benda itu jika kamu memang dari golongan yang benar”. 

Ternyata cabaran Allah s.w.t. terhadap para Malaikat tentang kelebihan ilmu pengetahuan yang dikurniakan kepada Nabi Adam a.s itu tidak dapat disahut oleh Malaikat, sebagaimana pengakuan Malaikat yang dinyatakan oleh Al-Quran surah al-Baqarah ayat 32; yang bermaksud;

“Mereka menjawab :Maha Suci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain dari apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui lagi Bijaksana”. 

Allah s.w.t. mengiktiraf orang-orang yang berilmu kerana dengan ilmu itu Allah telah mengangkatnya ke satu martabat yang tinggi, sebagaimana firman Allah didalam surah Al-Mujaadilah ayat 11; yang bermaksud;

‘Nescaya Allah akan meninggikan darjat orang-orang yang beriman diantaramu dan orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat”. 

Di samping itu,Allah SWT juga menyifatkan orang yang jahil itu sebagai seteruNya seperti yang di perjelaskan oleh sebuah hadith Rasulullah s.a.w. yang bermaksud;

“Orang alim itu adalah kekasih Allah sekalipun dia fasiq, sementara orang yang jahil itu adalah seteru Allah meskipun dia seorang ‘abid’. 

Meskipun demikian Allah akan persoalkan juga tentang ilmu yang di kurniakan oleh Allah s.w.t. terhadap hambaNya, kerana ilmu juga boleh digunakan untuk kebaikan yang memberi manfaat dan mengangkat darjat manusia . Sebaliknya ilmu juga boleh disalah gunakan, hingga mendatangkan malapetaka dan kebinasaan terhadap manusia sendiri. Terlalu banyak contoh manusia binasa oleh ilmu.

Demikianlah diantara beberapa perkara yang akan ditanya oleh Allah s.w.t. di hari Mashyar kelak, malah perilaku dan amalan baik atau sebaliknya tidak akan terkecuali walau sedikitpun.

Firman Allah s.w.t. didalam surah AL-Hijr ayat 92-93 yang bermaksud;

”Maka demi Tuhanmu Kami pasti akan menyoal mereka semuanya tentang apa yang telah mereka kerjakan dulu”. 

Soalan dihari Mashyar bukanlah soalan bertaraf ijazah yang bagaimana sulitpun pasti akan dijawab oleh mereka yang menguasai ilmu.

Sesungguhnya soalan di dataran Mashyar tidak akan terjawab oleh lidah, lantaran itu lidah yang petah tidak mendatangkan manfaat lagi. Sebaliknya yang bakal menjawab adalah setiap indera , iaitu tangan-tangan mereka , sementara kaki pula akan menjadi saksi bagi mengesahkan pengakuan yang telah mereka lakukan.

Firman Allah s.w.t. didalam surah Yasin ayat 65;yang bermaksud;

”Pada hari Kami tutup mulut mereka, dan berkatalah kepada Kami tangan mereka dan memberi kesaksian kaki-kaki mereka terhadap apa yang dahulu mereka usahakan. Sesungguhnya tergamamlah lidah apabila tangan dan anggota lain saling membuat pengakuan terhadap berbagai dosa yang telah dilakukan semasa di dunia dahulu."

09 May 2013

Suara Yang DiDengar Mayat



Dipetik dari islam itu Agamaku

Luangkanlah waktu sejenak untuk membaca dan merenungkan pesan ini.

Yang Akan Ikut Mayat Adalah Tiga hal iaitu;.

1) Keluarga

2) Hartanya

3) Amalnya Ada Dua Yang Kembali Dan Satu akan Tinggal Bersamanya yaitu ;

  •  Keluarga dan Hartanya Akan Kembali
  • Sementara Amalnya Akan Tinggal Bersamanya.


Maka ketika Roh Meninggalkan Jasad …

Terdengarlah Suara Dari Langit Memekik,

” Wahai Fulan Anak Si Fulan..

· – Apakah Kau Yang Telah Meninggalkan Dunia, Atau Dunia Yang Meninggalkanmu

· – Apakah Kau Yang Telah Mengumpul Harta Kekayaan, Atau Kekayaan Yang Telah Mengumpulmu

· – Apakah Kau Yang Telah Menumpuk Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menumpukmu

· – Apakah Kau Yang Telah Mengubur Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menguburmu.”


Ketika Mayat Tergeletak Akan Dimandikan ….

Terdengar Dari Langit Suara Memekik,

” Wahai Fulan Anak Si Fulan…

· – Mana Badanmu Yang Dahulunya Kuat, Mengapa Kini Terkulai Lemah

· – Mana Lisanmu Yang Dahulunya Fasih, Mengapa Kini Bungkam Tak Bersuara

· – Mana Telingamu Yang Dahulunya Mendengar, Mengapa Kini Tuli Dari Seribu Bahasa

· – Mana Sahabat-Sahabatmu Yang Dahulunya Setia, Mengapa Kini Raib Tak Bersuara “


Ketika Mayat Siap Dikafan …

Suara Dari Langit Terdengar Memekik,

“Wahai Fulan Anak Si Fulan

· – Berbahagialah Apabila Kau Bersahabat Dengan Ridha

· – Celakalah Apabila Kau Bersahabat Dengan Murka Allah

· – Kini Kau Tengah Berada Dalam Sebuah Perjalanan Nun Jauh Tanpa Bekal

· – Kau Telah Keluar Dari Rumahmu Dan Tidak Akan Kembali Selamanya

· – Kini Kau Tengah Safar Pada Sebuah Tujuan Yang Penuh Pertanyaan.”



Ketika Mayat Diusung. …

Terdengar Dari Langit Suara Memekik,

“Wahai Fulan Anak Si Fulan..

· – Berbahagialah Apabila Amalmu Adalah Kebajikan

· – Berbahagialah Apabila Matimu Diawali Taubat

· – Berbahagialah Apabila Hidupmu Penuh Dengan Taat.”



Ketika Mayat Siap Disholatkan ….

Terdengar Dari Langit Suara Memekik,

“Wahai Fulan Anak Si Fulan..

· – Setiap Pekerjaan Yang Kau Lakukan Kelak Kau Lihat Hasilnya Di Akhirat

· – Apabila Baik Maka Kau Akan Melihatnya Baik

· – Apabila Buruk, Kau Akan Melihatnya Buruk.”



Ketika Mayat Dibaringkan Di Liang Lahat ….

terdengar Suara Memekik Dari Langit,

“Wahai Fulan Anak Si Fulan…

· Apa Yang Telah Kau Siapkan Dari Rumahmu Yang Luas Di Dunia Untuk Kehidupan Yang Penuh Gelap Gulita Di Sini


"Wahai Fulan Anak Si Fulan…

· – Dahulu Kau Tertawa, Kini Dalam Perutku Kau Menangis

· – Dahulu Kau Bergembira,Kini Dalam Perutku Kau Berduka

· – Dahulu Kau Bertutur Kata, Kini Dalam Perutku Kau Bungkam Seribu Bahasa.”



Ketika Semua Manusia Meninggalkannya Sendirian… .

Allah Berkata Kepadanya, “Wahai Hamba-Ku ….

.· Kini Kau Tinggal Seorang Diri· Tiada Teman Dan Tiada Kerabat

· Di Sebuah Tempat Kecil, Sempit Dan Gelap..

· Mereka Pergi Meninggalkanmu. . Seorang Diri

· Padahal , Karena Mereka Kau Pernah Langgar Perintahku

· Hari Ini,….

· Akan Kutunjukan Kepadamu· Kasih Sayang-Ku

· Yang Akan Takjub Seisi Alam· Aku Akan Menyayangimu

· Lebih Dari Kasih Sayang Seorang Ibu Pada Anaknya”.



Kepada Jiwa-Jiwa Yang Tenang Allah Berfirman ,

” Wahai Jiwa Yang Tenang· Kembalilah Kepada Tuhanmu

· Dengan Hati Yang Puas Lagi Diridhai-Nya· Maka Masuklah Ke Dalam Jamaah Hamba-Hamba- Ku

· Dan Masuklah Ke Dalam Jannah -Ku”

Semoga Kematian akan menjadi pelajaran yang berharga bagi kita dalam menjalani hidup ini.Rasulullah SAW. menganjurkan kita untuk senantiasa mengingat mati (maut) dan dalam sebuah hadithnya yang lain, beliau bersabda “wakafa bi almauti wa’idha”, ertinya, cukuplah mati itu akan menjadi pelajaran bagimu!

Semoga bermanfaat bagi kita semua, Amiin….

Alhamdulillah, Anda beruntung telah terpilih untuk mendapatkan kesempatan membaca mesej ini . Aktifitas keseharian kita selalu mencuri konsentrasi kita . kita seolah lupa dengan sesuatu yang kita tak pernah tau bila kedatangannya. Sesuatu yang bagi sebahagian orang sangat menakutkan.Tahukah kita bila kematian akan menjemput kita???

WALLAHUALAM…

9 Manusia Yang Mendapat Pertolongan Allah

"Katakanlah siapakah yang mengharamkan perhiasan Allah yang dikeluarkan untuk hamba-hamba-Nya dan kebaikan-kebaikan rezeki, katakanlah bahawa itu adalah milik orang-orang yang beriman di dunia dan khusus bagi mereka di hari kiamat. Demikianlah kami perinci ayat-ayat itu bagi kaum yang mengetahui "(QS al-A'raf: 32).

Sebahagian orang yang disebut sufi biasanya mengelak dari kemewahan dunia, bahkan ada yang berlebih-lebihan. Mereka dari orang-orang Yahudi, Nasrani, Hindu, dan juga Islam. Orang-orang Islam, terutama yang terpengaruh oleh buku-buku tasawuf seperti kitab Ihya 'Ulumuddin karya Imam Ghazali dalam bab Dzammuddunya, boleh bersikap lebih ekstrem zuhud dalam menghadapi kehidupan dunia.

Padahal dalam Al-Quran disebutkan bahawa kita boleh memperoleh kebaikan, kekuasaan, harta melimpah, kejayaan, kekayaan di dunia sebagaimana sebahagian para nabi yang juga mendapatkan itu semua

Siapa orang-orang yang memperoleh kebaikan, kemenangan, kejayaan dan pertolongan Allah SWT dalam kehidupan dunia?

Pertama, orang-orang yang beriman dan bertakwa akan mendapat perhiasan Allah, kebaikan-kebaikan rezeki, berkat dari langit dan bumi (Al-A'raf: 32 dan 96). Dan yang bertakwa kepada Allah akan diberi jalan keluar dari kesempitan (QS At-Thalaq: 2), dimudahkan urusannya (QS At-Thalaq: 4), dan dilipatkan pahala baginya (QS At-Thalaq: 5).

Kedua, orang-orang yang berdoa mohon kebaikan di dunia dan akhirat, akan mendapat bahagia dari apa yang mereka usahakan (Al-Baqarah: 202).

Ketiga, orang yang beramal soleh dan beriman akan dijadikan kehidupan dunianya baik (QS An-Nahl: 97).

Keempat, orang yang merawat anak-anak yatim dan mempergauli mereka dengan sebaik-baiknya (QS Al-Baqarah: 220).

Kelima, para nabi dan rasul yang menjadi orang pilihan dan terkemuka di dunia (QS Al-Baqarah: 130, Ali Imran: 45, Al-Ankabut: 27).

Keenam, orang-orang yang bertakwa, orang-orang yang mengeluarkan zakat dan beriman kepada ayat-ayat Allah SWT, akan mendapatkan rahmat di dunia dan di akhirat (QS Al-A'raf: 156, An-Nahl: 30).

Ketujuh, Nabi Ibrahim yang dipilih menjadi imam yang dapat dijadikan teladan, patuh kepada Allah SWT lagi lurus dan hanif, selalu bersyukur atas nikmat-nikmat Allah, ia pun dipilih oleh Allah SWT dan diberi petunjuk ke jalan yang lurus dan diberi kebaikan di dunia (QS an-Nahl: 120-122).

Kelapan, orang-orang yang hijrah di jalan Allah SWT setelah dianiaya di negeri mereka (QS An-Nahl: 41).

Kesembilan, pahala di dunia dan di akhirat diberikan kepada Nabi Ishaq, Nabi Ya'qub dan keturunan nabi-nabi (QS Al-Ankabut: 27).

Sembilan kumpulan orang yang mendapatkan berkah, kebaikan, rahmat, rezeki, kemuliaan, dan kejayaan di dunia itu menunjukkan bahawa tidak seluruh apa yang ada di dunia ini adalah najis, haram, dan menghancurkan atau merupakan adzab bagi kita. Tetapi Alqur'an berulangkali mengingatkan kita agar tidak tertipu oleh gebyar dunia (QS Luqman: 33, Al-Jatsiyah: 35, Al-Hadid: 20, Fathir: 5, Al-An'am: 70 dan 130, Al-A'raf : 51).

Di samping itu, al-Quran juga menganjurkan kita untuk bekerja guna mencari rezeki halal. Seperti dalam beberapa hadis Rasulullah SAW, "Carilah rezeki walaupun di tempat-tempat terpencil di bumi ini" (HR Bukhari dan Muslim). Sabda beliau yang lain, "Allah mencintai orang mukmin yang bekerja" (HR Thabrani dan Baihaqi). Ada pula sabda lain, "Allah mencintai orang kaya yang bertakwa" (HR Thabrani dan Baihaqi).

08 May 2013

Jadual Kuliah Zohor Mei 2013


Assalamualaikum w.b.t

Jadual kuliah zohor untuk bulan April 2013 untuk makluman semua jemaah Musolla Balai Felda.
Marilah kita semua mengimarahkan Musolla supaya kita mendapat ilmu dan diberkati oleh Allah.


30 April 2013

Subhanallah,Semakin Banyak Hafal Al-Quran, Semakin Baik Untuk Kesihatan


Sebuah kajian baru membuktikan bahawa semakin banyak hafalan seseorang terhadap Al-Qur'an Al-Karim, maka semakin baik pula kesihatan. Dr. Shalih bin Ibrahim As-Shani ', guru besar psikologi di Universiti Al-Imam bin Saud Al-Islamiyyah, Riyadh, meneliti dua kumpulan responden, iaitu mahasiswa / i Universiti King Abdul Abdul Aziz yang jumlahnya 170 responden, dan kumpulan mahasis Al-Imam Asy -Syathibi yang juga berjumlah 170 responden.

Penyelidik mendefinisikan kesihatan psikologi sebagai keadaan di mana berlaku keselarasan psikologi individu daripada tiga faktor utama agama, spiritual, sosiologis, dan jasmani. Untuk mengukurnya, penyelidik menggunakan parameter kesihatan psikologi-nya Sulaiman Duwairiat, yang terdiri daripada 60 unit.

Kajian ini mendapati adanya korelasi positif antara peningkatan kadar hafalan dengan tingkat kesihatan psikologi, dan mahasiswa yang unggul di bidang hafalan Al-Quran itu mempunyai tahap kesihatan psikologi dengan perbezaan yang sangat jelas.

Ada lebih dari tujuh puluh kajian, baik Islam atau asing, yang seluruhnya menegaskan kepentingan agama dalam meningkatkan kesihatan psikologi seseorang, kematangan dan ketenangannya. Sebagaimana pelbagai kajian di Arab Saudi sehingga pada hasil yang menegaskan peranan Al-Quran Al-Karim dalam meningkatkan kemahiran asas pelajar-pelajar sekolah rendah, dan pengaruh yang positif dari hafalan Al-Quran untuk mencapai IP yang tinggi bagi pelajar.

Kajian tersebut memberi gambaran yang jelas tentang hubungan antara keberagamaan dengan pelbagai bentuknya, terutama menghafal Al-Qur'an Al-Karim, dan pengaruh-pengaruhnya terhadap kesihatan psikisi individu dan keperibadiannya, berbanding dengan individu-individu yang tidak disiplin dengan ajaran-ajaran agama, atau tidak menghafal Al-Quran, sedikit atau seluruhnya.

Komentar terhadap Kajian:

Setiap orang yang menghafal sebahagian dari Al-Quran dan mendengar bacaan Al-Qur'an secara berterusan itu pasti merasakan perubahan yang besar dalam hidupnya. Hafalan Al-Quran juga berpengaruh pada kesihatan fizikalnya. Melalui pengalaman dan pengamatan, dipastikan bahawa hafalan Al-Quran itu dapat meningkatkan sistem kekebalan tubuh pada seseorang, dan membantunya terjaga dari pelbagai penyakit.

Berikut ini adalah manfaat-manfaat hafalan Al-Quran, seperti yang penulis dan orang lain rasakan:

1. Fikiran yang jernih.
2. Kekuatan memori.
3. Ketenangan dan kestabilan psikologi.
4. Senang dan bahagia.
5. Terbebas dari takut, sedih dan cemas.
6. Mampu bercakap di depan awam.
7. Mampu membina hubungan sosial yang lebih baik dan memperoleh kepercayaan dari orang lain.
8. Terbebas dari penyakit akut.
9. Dapat meningkatkan lagi IQ.
10. Memiliki kekuatan dan ketenangan psikilogis.

Kerana itu Allah berfirman, "Sebenarnya, Al-Quran itu adalah ayat-ayat yang nyata di dalam dada orang-orang yang diberi ilmu. Dan tidak ada yang mengingkari ayat-ayat Kami kecuali orang-orang yang zalim. "(Surah Al-'Ankabut [29]: 49)

Ini adalah sebahagian dari manfaat keduniaan. Ada manfaat-manfaat yang jauh lebih besar di akhirat, iaitu kebahagiaan saat berjumpa dengan Allah, memperoleh redha dan nikmat yang abadi, mendapatkan tempat di dekat kekasih mulia Muhammad saw

- terjemahan dari dunia-unik.com

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More