Tawakal dan Berserah diri pada Allah

Allah akan mencukupkan segala keperluannya. Barangsiapa berpegang teguh dengan agama Allah, nescaya Allah akan menyelamatkannya. Barangsiapa menyerahkan segala urusannya kepada Allah, nescaya Allah akan memberinya petunjuk.

Solat Wajib Berjemaah..27x Pahala..

Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a. katanya, Sesungguhnya Rasulullah bersabda, Sembahyang berjemaah itu lebih baik dari mendirikan sembahyang secara bersendirian sebanyak dua puluh tujuh darjat iaitu ganjaran ;. (H.R. Bukhari dan Muslim)

Taqwa Adalah Kemulian, Mati Suatu Kepastian

Sabda Baginda lagi: Maksudnya: “Hendaklah kamu bertaqwa di mana sahaja kamu berada. Ikutilah setiap kejahatan (yang kamu lakukan) dengan kebaikan, moga-moga kebaikan itu akan menghapuskan kejahatan. Bergaullah dengan manusia dengan akhlak yang baik.” (Riwayat At Termizi dan Ahmad).

Allah Tambah Nikmat Jika Bersyukur

Orang yang bersyukur kepada Allah akan memperbanyakkan ucapan syukur dan terima kasih kepadaNya. Mereka akan mengerjakan ketaatan kepada Allah dan akan membesarkan nikmat sekalipun nikmat itu kecil

Sudah Solat?. Sesungguhnya Mati Itu Pasti

Sembahyang adalah amalan pertama yang dihisab oleh Allah pada akhirat nanti Dan ingatlah mati, sesungguhnya malaikat maut menjenguk kamu 70 kali sehari semalam 24 jam.

Ucapan Kalimat Thayyibah Seorang Muslim

Kalimat thayyibah yang termasuk ke dalam amalan yang baik dan mampu membentuk pribadi sorang muslim yang selalu ingat dan berhubungan dengan Allah SWT. Dalam kehidupan sehari-hari alangkah baiknya membentuk budaya biasa mengucapkannya

10 May 2012

Mutiara Kata Dan Pesanan Dari Ustaz Azhar Idrus

Antara Pesanan dan Mutiara Kata dari Ustaz Azhar Idrus...

Walaupun kubur lain-lain
Walaupun dosa lain-lain
Walaupun siksa neraka lain-lain

Tetapi ingatlah...

Yang memandikan jenazah kamu adalah 'orang lain'
Yang sembahyangkan jenazah kamu adalah 'orang lain'
Yang mengkafankan kamu adalah 'orang lain'
Yang mengusung jenazah kamu adalah 'orang lain'
Yang mengebumikan jenazah kamu adalah 'orang lain'

Jadi jangan menyusahkan 'orang lain' dengan perangai kamu yang tidak disenangi 'orang lain'.
















Kuliah Zohor - Saari Che Hin (9.5.2012 - Tajuk: QADA' & QADAR)

Penceramah, Saari Che Hin merupakan pendakwah
dan bekas pegawai polis di PULAPOL.
Mendapat pengajian agama di Semanggol Perak.


09 May 2012

Kuliah Zohor - Ustaz Abdullah Mohd Zuhdi (7.5.2012 - Tajuk: Sirah Nabi)

Penceramah iaitu Yg Bhg Ustaz Abdullah Zuhdi Bin Mamat, Pendakwah Kementerian Pendidikan Malaysia. Mendapat pendidikan di Pusat Pengajian Ilmu Islam Darulkautsar. Memiliki Diploma Maktab Perguruan Terengganu. Ijazah di UIA dalam bidang Syariah dan kini melanjutkan pelajaran Master di Universiti Malaya.

Penemuan Saintifik Disebalik Hukum Sebat Peminum Arak

Sudah berapa lama anda tidak merotan anak anda? Atau sudah berapa lama anda tidak dirotan? Jawapannya gerenti sudah lama. Jawapannya daah lama tak kena rotan atau dah lama tak merotan anak. Tapi rotan yang dimaksudkan ialah rotan sebenar yang dibuat dari rotan seperti gambar diatas. Bukan merotan anak dengan menggunakan kayu atau penyangkut baju atau penyapu. Itu bukan rotan namanya.

Punca anda merotan tidak menggunakan rotan mungkin sebab tiada rotan. Sebenarnya Tok nak bagitau kalian bahawa cara merotan anak ialah dengan menggunakan rotan.

Sejak kebelakangan ini apabila guru2 disekolah dan guru2 ditempat mengaji tidak lagi menggunakan rotan akibat disaman oleh ibu bapa maka gejala anak2 remaja yang tidak takut melanggar sesuatu peraturan semakin menjadi2. Tahukan anda mengapa?

Sebab rotan terutama dibahagian ponggong sebenarnya adalah hukuman yang sangat baik. Hukuman ini ditentukan Allah ta'ala dan disebut didalam al Quran.

Ahli sains Russia mendakwa hukuman rotan ke atas punggung tanpa berlapik adalah penawar untuk setiap penyakit daripada tekanan perasaan sehinggalah kepada membuang tabiat meminum arak. Akhbar Izvestia melaporkan, penyelidik di Novosibirsk menyatakan, hukuman rotan merembeskan endorfin, bahan kimia semula jadi badan membuatkan seseorang menjadi gembira.

Endorfin menjadi punca perasaan girang, mengurangkan selera, mengeluarkan hormon seks dan meningkatkan tindak balas kekebalan. Mereka berkata, kesakitan itu mempunyai kesan yang hampir sama dengan morfin dan candu tetapi ia tidak mendorong kepada ketagihan atau pergantungan.

Ahli sains itu yang diketuai pakar Biologi, Dr Sergei Speransky, mendakwa hukuman rotan seperti yang sering dilakukan di sekolah Britain pada kurun sebelum ini berjaya membantu orang ramai mengatasi ketagihan atau tekanan.

Beliau yang bertugas di Institut Perubatan Novosibirsk berkata, rawatan itu terbukti berkesan. Ia tidak kejam sekurang-kurangnya itu adalah anggapan masyarakat lalu, tetapi saya menyokong hukuman itu. ?

Ahli sains itu mencadangkan terapi sebanyak 30 sesi membabitkan 60 kali rotan, ke atas punggung seseorang berbadan sederhana. Dr Marina Chuhrova yang turut serta dalam menyediakan laporan itu menyatakan, beliau sudah pun mempunyai 10 pesakit yang menjalani terapi itu.

“Pada mula mereka membantah tetapi apabila menyedari kebaikan tindakan itu, mereka pula yang meminta ia lakukan,” katanya.

Pasukan perubatan Russia itu menyatakan mereka kini mengenakan caj untuk merotan pesakit dengan harga £57 (RM 342) , bagi sesuatu rawatan biasa.

Hukuman Sebatan Bagi Peminum Arak

Tindakan mengenakan sebatan bagi peminum arak telah pun wujud didalam hukum Islam sepertimana yang termaktub didalam hadith-hadith Nabi Muhammad saw yang cukup banyak, antaranya :

“Apabila mereka minum arak, sebatlah mereka, dan kemudian jika mereka minum lagi, sebatlah mereka dan kemudian jika mereka minum lagi, sebatlah mereka.” ( Riwayat Abu Daud)

“Nabi s.a.w telah didatangi oleh seorang lelaki yang telah meminum arak, lalu telah disebatnya dengan dua pelepah tamar sebanyak 40 kali.” (Riwayat Muslim)

“Sesungguhnya Nabi s.a.w merotan (sebat) dalam kes arak dengan pelepah tamar dan sepatu, kemudian Abu Bakar ( di zaman pemerintahannya) juga menyebat dengan 40 kali sebatan, di ketika pemerintahan Umar, beliau meminta pandangan orang ramai dari kampung dan desa lalu berkata : Apa pandangan kamu berkenaan sebatan bagi peminum arak?, lalu Abd Rahman Auf berkata : Aku berpandangan kita menjadikannya hudud yang paling ringan (merujuk kepada sebatan qazf) maka Umar membuat keputusan untuk menyebat dengan 80 kali sebatan.” ( Riwayat Muslim dan Abu Daud)

“Berkata Ali r.a : Rasulullah menyebat peminum arak 40 sebatan, Abu Bakar juga 40 sebatan, Umar menyebat 80 sebatan, semuanya adalah sunnah, dan ini ( merujuk kepada 40 sebatan) adalah lebih aku sukai.” ( Riwayat Muslim )

Segala sesuatu yang baru ditemui oleh para ilmuwan pada zaman moden ini, telah pun diketahui ilmunya oleh Rasul Kita Nabi Muhammad saw sejak 1500 tahun yang lalu. Ini menunjukkan bahawa Islam mendahului sains moden.

Renungan Untuk Mereka Yang Gemar Merayakan Hari Jadi

Lama saya terpegun. Memikirkan orang-orang yang selalu merayakan hari kelahirannya. Mengundang banyak orang untuk hadir, makan makanan sehingga games-games untuk meriahkan suasana. Sorak tawa kegembiraan terpancar dari yang berulang tahun. Ucapan selamat serta doa semoga panjang umur khususnya di ucapkan oleh yang hadir.

Yang semakin membuat saya semakin miris adalah tatkala mendengar khabar bahawa biasanya setiap perayaan ulang tahun biasanya juga di hidangkan mie goreng special untuk ulang tahun yang biasa disebut sebagai mie goreng ulang tahun. Mie goreng tersebut disajikan dengan member makna dan harapan agar kelak umur semakin panjang, rezeki semakin mengalir layaknya mie goreng tersebut. Sebagaimana tradisi sebahagian masyarakat tionghoa yang selalu menyajikan Mie Ulang Tahun sebagai hidangan wajib bagi setiap perayaan tersebut.

Padahal umur dalam hal ini kematian adalah hal yang pasti, tidak boleh dimajukan dan tidak boleh dimundurkan.

Allah swt berfirman: "Tidak ada suatu umat pun yang dapat mendahului ajalnya dan tidak pula dapat memundurkannya (TQS al-Hijr [15]: 5, al-Mu'minun [23]: 43)

Memang, ada sabda Nabi saw. sebagai berikut:
Siapa saja yang suka dilapangkan rezekinya dan ditambah umurnya hendaklah ia bersilaturahmi (HR al-Bukhari, Muslim, Abu dan Ahmad).

Juga ada beberapa hadis seumpamanya. Dalam hal ini, yang dimaksudkan dengan pertambahan umur bukanlah penangguhan ajal. Yang bertambah tidak lain adalah keberkatan umurnya dalam ketaatan kepada Allah. Boleh juga maknanya adalah bukan pertambahan umur biologi, tetapi umur sosiologis, yakni peninggalan, jejak atau atsar al-'umri-nya yang terus mendatangkan manfaat dan pahala selepas kematian biologisnya. Abu Darda menuturkan bahawa Rasulullah saw. pernah bersabda:

Sesungguhnya Allah tidak akan mengakhirkan (kematian) seseorang jika telah datang ajalnya. Sesungguhnya bertambahnya umur itu dengan keturunan salih yang Allah kurniakan kepada seorang hamba, lalu mereka mendoakannya sesudah kematiannya sehingga doa mereka menyusulinya di kuburnya. Itulah pertambahan umur (HR Ibn Abi Hatim dikutip oleh al-Hafizh Ibn Katsir di dalam tafsirnya QS Fathir: 11).

Selain anak salih, hadis lain menyatakan bahawa ilmu yang bermanfaat, sedekah jariah dan sunnah hasanah juga akan memanjangkan umur sosiologis seseorang. Pelakunya, meski telah mati secara biologi, seakan ia tetap hidup dan beramal dengan semua itu serta mendapat pahala kerananya.

Maka sangat aneh jika ada seorang muslim merayakan ulang tahun dan mengharapkan agar umur nya menjadi panjang. Padahal dia seharusnya bersedih, kerana bahagian umur nya berkurang.
Ya, itulah salah satu pengaruh dari pola fikir sebahagian masyarakat kita. Perayaan tersebut seolah-olah telah menjadi tradisi yang tidak boleh ditinggalkan.

Bahkan saya pernah tahu ada sebuah keluarga yang selalu merayakan perayaan ulang tahun tersebut baik bagi yang baru berumur satu tahun hingga yang telah berumur (baca = uzur) sekalipun. Seakan haram hukum nya jika tidak dikerjakan.
Kelahiran seorang manusia sebenarnya merupakan perkara yang biasa saja. Bagaimana tidak? Setiap hari, setiap jam, bahkan setiap minit dunia ini tidak henti-henti menyambut kelahiran bayi-bayi manusia yang baru. Kerana perkara yang biasa-biasa saja, tidak terasa bahawa dunia ini telah dihuni lebih dari 6 bilion jiwa.
Kerana itulah, barangkali, Nabi kita, Rasulullah Muhammad Saw tidak menjadikan hari kelahirannya sebagai hari yang istimewa, atau sebagai hari yang setiap tahun harus diperingati. Keluarga beliau, baik pada masa Jahiliah mahupun pada masa Islam, juga tidak pernah memperingatinya, padahal beliau adalah orang yang sangat dicintai oleh keluarganya. Mengapa? Sebab, dalam tradisi masyarakat Arab, baik pada zaman Jahiliah mahupun zaman Islam, peringatan atas hari kelahiran seseorang tidak pernah dikenali.

Pandangan Islam Terhadap Hari Lahir

Memang, tidak ada satu pun nas dari Al Quran dan al hadis yang menyatakan bahawa merayakan ulang tahun itu adalah haram. Namun pula sebaliknya, tidak ada juga dalil yang menyatakan kebolehan tersebut.

Disinilah pentingnya dilakukan kajian yang cermat terhadap fakta perayaan ulang tahun itu sendiri. Kalau kita cermati dengan teliti, perayaan ulang tahun adalah buah dari kebudayaan barat yang di bawa ke negeri-negeri Islam oleh para penjajah. Ini tatkala negeri-negeri Islam di pecah belah menjadi lebih dari 57 negara pasca di runtuhnya khilafah Islam pada tarikh 03 maret 1924 silam.

Sejak saat itu umat Islam mengalami kemerosotan di segala bidang, baik dari ekonomi, undang-undang, politik, social budaya.
Dan perayaan ulang tahun hanya satu diantara sekian banyak kebudayaan asing yang di bawa masuk ke dalam negeri-negeri Islam tersebut.

Maka jelas bahawa perayaan ulang tahun merupakan aktiviti yang bertasyabuh dengan orang-orang kafir. Memang tidak semua tasyabuh itu haram, kerana memang ada batasan-batasannya. Namun untuk perayaan ulang tahun jelas merupakan tasyabuh yang bertentangan dengan Islam.

Batasan tasyabbuh adalah seseorang melakukan tasyabbuh (penyerupaan) terhadap apa yang menjadi ciri khas objek yang diserupai. Tasyabbuh terhadap orang-orang kafir maknanya adalah seorang muslim yang melakukan sesuatu hal dari kekhususan mereka. Adapun sesuatu yang telah umum tersebar di kaum muslimin di mana hal itu tidak membezakannya dengan orang-orang kafir, maka tidak termasuk tasyabbuh. Bukan pula termasuk sesuatu yang diharamkan dari sisi tasyabbuh-nya itu, kecuali jika sesuatu itu diharamkan dari sisi yang lain. Dan sebagaimana yang kita sudah fahami bersama bahawa perayaan ulang tahun adalah sesuatu yang khas bagi mereka.

Maka dalam hal ini, Rasulullah saw mengingatkan kepada kita semua akan sabda nya:

Tasyabbuh (menyerupai) orang-orang kafir adalah haram walaupun tidak mempunyai maksud seperti mereka, dengan dalil hadis Ibnu Umar radhiyallahu 'anhuma dari Rasulullah shallallahu' alaihi wa sallam:

"Barangsiapa yang tasyabbuh dengan satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka." (HR. Abu Dawud di dalam Sunannya dan lain-lain)

Hadis ini menetapkan pelbagai hal tentang dilarangnya menyerupai orang-orang kafir.

'Amr bin Syu'aib telah meriwayatkan dari bapanya dari datuknya bahawa Rasulullah shallallahu' alaihi wa sallam bersabda:

"Bukan termasuk golongan kami orang yang menyerupai kaum selain kami. Jangan kamu menyerupai yahudi dan Nasrani. "

sumber dari eramuslim.com

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More