Tawakal dan Berserah diri pada Allah

Allah akan mencukupkan segala keperluannya. Barangsiapa berpegang teguh dengan agama Allah, nescaya Allah akan menyelamatkannya. Barangsiapa menyerahkan segala urusannya kepada Allah, nescaya Allah akan memberinya petunjuk.

27 December 2013

Video Banjir Di Kuantan: Sumbangan Video Dari Felda KCP Semambu.

Video keadaan banjir di Pahang baru-baru ini. Video ini telah disunting oleh kakitangan Felda KCP Semambu. Semoga dengan gambaran dari video ini akan menjadi ikhtibar kepada kita semua. Sesungguhnya setiap yang berlaku ada hikmah yang terselindung di sebaliknya. Semuanya merupakan perancangan daripada Allah s.w.t dan ini merupakan antara ujian serta peringatan Allah kepada kita. Banjir menguji kesabaran dan sejauhmana kita bersyukur dengan nikmat yang telah Allah kurniakan kepada kita selama...

26 December 2013

Photo: Kumpulan Qasidah Helwa, Musolla Balai Felda

Gambar aktiviti-aktiviti sepanjang tahun 2013, Kumpulan Qasidah Helwa, Musolla Balai Felda yang diketuai oleh Puan Mazatul Aishah ...

Tip-tips Dan Panduan Lengkap Cara Rahsia Khusyuk Dalam Solat

Khusyuk dalam solat itu merupakan antara kunci yang penting untuk memberi kesan yang baik secara efektif kepada orang yang mendirikannya. Allah Ta‘ala menggelar mereka sebagai orang mukmin yang berjaya. Allah Ta‘ala berfirman: قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ ﴿١﴾ الَّذِينَ هُمْ فِي صَلَاتِهِمْ خَاشِعُونَ ﴿٢﴾ “Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya.”   (Surah al-Mukminun, ayat 1-2) ‘Khusyuk’ ialah hati sentiasa...

Ribuan Ikan Melompat Ke Darat Di Lahad Datu

Lahat Datu - Beribu-ribu ikan yang kebiasaannya hanya berenang di tengah lautan, hari ini dilihat berpusu-pusu berenang ke pesisiran pantai dan melompat naik ke daratan. Fenomena aneh yang mengejutkan penduduk setempat ini berlaku di Pulau Tambisan, Lahad Datu, kira-kira jam 9 pagi tadi. Menurut pembaca Sinar Harian Online, Luludaprincess Oja yang berkongsi maklumat itu, kejadian itu disedari oleh penduduk sekitar yang melalui kawasan itu secara tiba-tiba melihat ikan meloncat naik ke...

Rakaman Kuliah Zohor: Ustaz Zamani Al Besuty (23.12.2013) - Mendidik Anak Cara Rasulullah S.A.W.

Bersama-sama ini disertakan rakaman Kuliah Zohor di Musolla Balai Felda oleh Ust. Zamani Al-Besuty pada 23-12-2013 (Isnin). Sekian Terima Kasih…… ...

13 December 2013

Subhanallah.. Jenazah Masih Wangi Dan Berkeadaan Baik

Mayat guru al-Quran dikebumi pada 2006 masih sempurna Segamat: Jenazah seorang guru agama yang dikebumikan kira-kira tujuh tahun lalu ditemui dalam keadaan sempurna dan berbau wangi ketika kerja menggali tanah perkuburan di Kampung Batu Badak, di sini.Jenazah Allahyarham Maheran Jaaffar, yang meninggal pada 2006 adalah antara 350 kubur yang digali semula untuk dipindahkan bagi memberi laluan kepada projek melebar Jalan Segamat-Ledang.  Selain itu, dua jenazah lagi turut ditemui dalam keadaan...

Rakaman Kuliah Zohor: Ustaz Kapten Asri Abdul Khalek (12.12.2013)

NAMA: UST. KAPTN. ASRI ABDUL KHALEK. UMUR: 39 THN. ASAL: PANTAI REMES, PERAK. JAWATAN: PEG. KOR AGAMA ANGKATAN TENTERA. KELULUSAN: B.A(HONS) SYARIAH & PENG. ISLAM JORDAN. AKTIF DALAM NGO SYRIA CARE. ...

11 December 2013

Photo: Karnival Maal Hijrah 1435H/2013M

Assalamualaikum w.b.t Photo-photo yang diambil di Dewan Merak Kayangan dan Ruang Lebar Balai Felda ketika acara Karnival Maal Hijrah 1435H pada 26 dan 27 November 2013. ...

Jadual Kuliah Zohor Disember 2013

Assalamualaikum w.b.t Jadual Kuliah Zohor untuk bulan Disember 2013 untuk makluman muslimin dan muslimat. Segarkan jiwa anda dengan mendengar kuliah/ceramah agama. Jiwa setiap manusia sangat memerlukan makanan rohani dan jasmani. Makanan rohani adalah amal ibadat yang kita lakukan pada setiap hari manakala makanan jasmani adalah makanan yang kita makan pada setiap hari. Kedua-duanya amat kita perlukan dalam kehidupan ini bagi mencari keredhaan Allah SWT disamping dapat mengekalkan kesihatan...

03 December 2013

Jadi Lebih Baik Selepas Menunaikan Haji

SOALAN: Kawan saya baru balik menunaikan haji. Tetapi saya dapati ada perubahan pada dirinya. Dulu dia solat tepat pada waktunya tetapi sekarang tidak begitu. Dia juga hanya menyahut panggilan bila dipanggil "Haji". Dia lebih gemar bercerita tentang bagaimana dia dapat buat haji dengan mudah dan banyaknya dia buat umrah sunat. Adakah ini yang dikatakan tanda-tanda haji mardud (ditolak). JAWAPAN: Sepatutnya setiap orang yang kembali daripada menunaikan ibadat haji bermuhasabah dengan sepenuh...

Empat Malaikat Yang Datang Ketika Orang Sakit

Sakit adalah sunatullah, ketentuan dari Allah swt yang ditimpakan pada manusia. Memang betul, tidak ada yang menginginkan jadi sakit. Tapi dalam Islam, seperti kita tahu, ada banyak hal yang tersembunyi di sebalik keadaan itu. Kalau kita tahu sebenarnya tak ada alasan untuk sedih dan mengeluh ketika kita sedang sakit, kerana sebenarnya itu adalah kasih sayang Allah swt pada kita. Kita mengeluh saat sakit kerana kita tak tahu rahsianya. Sakit, dalam bentuknya yang lain, itu harus disyukuri...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More