Tawakal dan Berserah diri pada Allah

Allah akan mencukupkan segala keperluannya. Barangsiapa berpegang teguh dengan agama Allah, nescaya Allah akan menyelamatkannya. Barangsiapa menyerahkan segala urusannya kepada Allah, nescaya Allah akan memberinya petunjuk.

24 July 2013

Photo Ceramah Bulan Julai 2013

Photo2 Ceramah Agama Bulan Julai 2013 yang telah diadakan pada 8 Julai 2013 di Musolla Balai Felda. Tajuk Ceramah adalah AMBANG RAMADHAN dan akan disampaikan oleh Penceramah Ustaz Meeftah Anuar. ...

23 July 2013

Mencari Malam Lailatul Qadar

Mencari Malam Lailatul Qadar | LAILATUL qadar merupakan salah satu dari malam-malam Ramadan, di mana keistimewaannya dikatakan menyamai bilangan seribu bulan. Ini dijelaskan sebagaimana firman Allah SWT “Sesungguhnya telah kami turunkan al-Quran pada malam lailatul qadar.” Tahukah kamu apakah malam lailatul qadar itu?Malam al-Qadar adalah lebih baik dari seribu bulan. (al-Qadr: 1-3) Gandaan pahala melakukan amal ibadat pada malam tersebut dikatakan mempunyai nilaiannya lebih 29,500 kali ganda...

Doa-Doa Di Malam 10 Terakhir Ramadhan

Diriwayatkan dari Saidatina Aisyah r.a. yang menceritakan: “Aku bertanya Rasulullah s.a.w.; ‘Ya Rasulullah, jika aku menemui lailatul-Qadar (malam al-Qadar) apakah doa paling baik untuk aku ucapkan?’ Jawab Rasulullah; ‘Kamu bacalah doa (yg bermaksud); “Ya Allah, ya Tuhanku! Sesungguhnya Engkau adalah Tuhan yang maha pemaaf. Engkau suka memaafkan (dosa hamba-hamba-Mu). Maka maafkanlah daku (yakni ampunkanlah dosa-dosaku).” (Riwayat Imam at-Tirmizi) Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: “Permulaan...

18 July 2013

Rakaman Kuliah Zohor: Talaqqi Al-Quran Bersama Sheikh Osama Muhammad Iqbal (17 Julai 2013)

Assalamualaikum w.b.t Rakaman Talaqqi Al-Quran jemaah Musolla Balai Felda dengan Sheikh Osama Mohammad Iqbal. Biodata : Nama: Sheikh Osama Mohammad Iqbal Umur: 33 tahun - Guru Al-Quran di Masjid Haram dan Imam di Masjid Muhriji, Ruseifah, Makkah. - Ijazah Al-Quran dari Masjid Haram dan Masjid Nabawi - Bacaaan Ijazah riwayat Hafs 'asim dan bersanad sehingga Rasulullah s.a.w. daripada          1. Dr. Sheikh Ali bin Abdul Rahman Al Huzaifi        ...

15 July 2013

Photo: Skuad Motosikal 1 Musolla (SM1M) - Program Ke-2 Di Trolak

Photo yang sempat di ambil ketika Program Ke-2 SM1M iaitu Konvoi Ziarah dan Riadah. Program ini diadakan pada 6-7 Julai 2013 di Perkampungan Asli Trolak, Perak Darul Ridwan . ...

Pengumuman : Talaqqi dan Musyafahah Al-Quran Bersama Sheikh Osama Mohammad Iqbal Pada 17 Julai 2013 Di Musolla Balai Felda

Assalamualaikum w.b.t Untuk meningkat lagi mutu bacaan Al-Quran kita dan sempena di bulan Ramadhan yang penuh barakah ini, Musolla Balai Felda telah menjemput Sheikh Osama Mohammad Iqbal untuk mengajar Al-Quran secara Talaqqi dan Musyafahah kepada Jemaah Musolla Balai Felda Diminta semua jemaah dapat meluangkan masa untuk hadir pada 17 Julai 2013 (waktu: Kuliah Zohor : 1:00pm - 2:00PM) untuk menghadiri Talaqqi dan Musyafahah Al-Quran bersama Sheikh Osama Mohammad Iqbal. Biodata : Nama: Sheikh...

10 July 2013

UCAPAN RAMADHAN AL-MUBARAK

Assalamualaikum.. Sempena Ramadhan Al-Mubarak, Pihak AJK Musolla Balai Felda Mengalu-alukan kepada sesiapa yang berminat untuk membuat/memberi ucapan kepada sahabat-sahabat. Saudara dan Saudari hanya perlu hantar email ucapan tersebut bersama dengan gambar (jika perlu) ke alamat email: shamri@feldaglobal.com. UCAPAN DARI SAHABAT HANDAI Dari: Mohd Akmar Bin Dewa (FSSSB) Ucapan: Assalamualaikum Sahabat semua. Tirai Syaaban telah berlabuh, Lambaian Ramadhan sudah tiba, Luhur hati ikhlaskan...

06 July 2013

Hayatilah Keindahan Ramadhan

Ramadan adalah bulan yang ditunggu-tunggu oleh oleh setiap orang yang beriman. Bulan yang disebut oleh Rasulullah sebagai ‘bulan umatku’, satu-satunya umat yang dikurniakan dengan bulan mulia dalam sejarah kewujudan manusia. Kaum nabi terdahulu tidak pernah dikurnia Allah dengan mana-mana bulan mulia. Bukan saja Ramadan itu, mengandungi seribu rahmat, malah menunggu-nunggu datangnya pun adalah rahmat Ilahi. Ini seperti sabda Rasulullah, maksudnya: “Sesiapa yang bergembira dengan datangnya Ramadan,...

Jagalah Allah, Allah Akan MenjagaMu

Abu Omar, Idris bin Sulaiman Mengenangkan apa yang telah berlaku di tempat ini (Lahad Datu) baru-baru ini, saya berbesar hati untuk mengingatkan para ikhwah tentang firman Allah Subhanahu wa Ta’ala, وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالإِنسَ إِلاَّ لِيَعْبُدُونِ “Dan tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka beribadah kepada-Ku.” (Surah Adz-Dzaariyaat, 51: 56) Apa yang disebutkan oleh Allah di dalam ayat Al-Quran itu adalah tentang satu-satunya tujuan hidup kita di dunia...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More