Tawakal dan Berserah diri pada Allah

Allah akan mencukupkan segala keperluannya. Barangsiapa berpegang teguh dengan agama Allah, nescaya Allah akan menyelamatkannya. Barangsiapa menyerahkan segala urusannya kepada Allah, nescaya Allah akan memberinya petunjuk.

29 March 2013

9 Sebab Hati Tidak Tenang

SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA IALAH KERANA ADANYA MAZMUMMAH DIDALAM HATI.Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :1. Pemarah – paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang. (sape nak dekat kalau asyik nak marah ajer..bawak2lah senyum..tentu org tak takut nak dekat punyer..)2. Pendendam – tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti...

27 March 2013

Bersolat...Doa Boleh Atasi Masalah Tekanan

Apabila berdepan dengan masalah, lazimnya diri diselubungi tekanan, malah fikiran boleh menjadi celaru kerana memikirkan masalah yang tidak berpenghujung. Bagi meringankan tekanan, ada beberapa cara patut diketahui; 1. Bersabar Dengan Segala Yang Menimpa. "Wahai anakku, dirikanlah solat dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan mungkar, dan bersabarlah atas segala yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah daripada perkara...

Sifat-Sifat Manusia Di Akhir Zaman

Dari Ibnu Abbas ra bahawa ia berkata: Bersabda Rasulullah saw:"Pada akhir zaman golongan-golongan yang wajah mereka adalah wajah manusia dengan hati mereka adalah hati syaitan dan perumpamaan mereka adalah seperti serigala buas yang hati mereka tidak memiliki belas kasihan sedikit pun. Mereka suka menumpakan darah dan tidak suka menjauhi segala yang buruk, jika engkau mengikuti mereka, maka mereka akan mendekatimu dan jika engkau menjauhi mereka, maka mereka akan mengumpatmu...

26 March 2013

Pengumuman: Taklimat Pengurusan Jenazah Untuk Warga Felda

Pihak Musolla Balai Felda dengan kerjasama Felda Trading Sdn Bhd akan menganjurkan taklimat pengurusan kematian oleh Darul Jenazah pada tarikh dan waktu berikut: Tarikh :           Rabu (27 Mac 2013) Masa   :           1.00  hingga 1.45 tengahari Lokasi :           Musolla Balai Felda Semoga kehadiran para muslimin dan muslimat...

21 March 2013

Ustaz Saari Che Hin Telah Kembali Ke Rahmatullah..Dan Rakaman Terakhir Kuliah

Untuk Makluman,Panel kuliah Zohor Musolla Balai Felda, Ustaz Saari Che Hin telah kembali ke Rahmatullah pada 20.3.2013 (rabu) jam 3.30 ptg. di Hospital Tengku Mizan Wangsa Maju. Jenazah beliau telah dimandi, dikafankan dan disolatkan di Masjid Sri Rampai (6.30ptg) dan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Selasih (selepas solat Isya). Kepulangan Almarhum Ustaz Shaari Che Hin ke Rahmatullah amat dirasakan satu kehilangan oleh jamaah musolla Balai Felda kerana gaya penyampaian kuliah...

Photo: Ceramah Agama Bulan Mac 2013

Photo yang sempat AJK Musolla Balai Felda ambil ketika Ceramah Agama Bulan Mac 2013 yang telah diadakan pada 20 Mac 2013 bertempat di Dewan Merak Kayangan. Penceramah adalah Yg Bhg Ustaz Azlan B Abdul Jalil, Pengarah Urusan IP Minda ...

Kisah Wanita Yang Sangat Sabar

Kisah tentang seorang wanita yang telah kehilangan seisi keluarganya dalam satu malapetaka tetapi masih lagi tersenyum dan tenang. Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Di waktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya. “Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu, tidak lain ia pasti kerana wanita itu tidak pernah risau dan bersedih hati”, katanya. Wanita itu mendengar ucapan...

20 March 2013

Sedahsyat Manakah SAKIT MATI?

Kata Imam Al-Ghazali dalam Ihya Ulumuddin, “ Kesakitan dipukul atau ditetak dengan pedang masih boleh meminta tolong dan memekik kerana masih ada kekuatan pada hati dan lidahnya. Tetapi sakit dicabut nyawa, pekikannya tenggelam dan terputus dalam kesakitan yang kian dahsyat meresapi seluruh ruang tubuh dek bersangatan pedihnya. Kesusahan sudah bersangatan padanya. Mendaki ke hatinya dan sampai ke setiap tempat, ceruk dan ruang. Menggoncang segala kekuatan dan melemahkan seluruh...

19 March 2013

Rebutlah Pangkat Isteri Solehah

Allah SWT Maha Pemurah dan Penyayang ke atas hamba-hambanya. Bagi kaum wanita ada 4 tiket untuk mereka masuk ke syurga, iaitu apabila mereka berjaya menjaga sembahyang fardhu, puasanya di bulan Ramadhan, ketaaatan kepada suami dan kehormatannya. Melalui empat perkara ini juga menyebabkan seseorang wanita itu boleh mencapai taraf solehah dan bertaqwa. Begitu Penyayangnya Allah kepada insan yang bergelar wanita. Tetapi cuba kita renungkan kembali sejauh manakah kita telah berjaya meraih keempat-empat...

Pengumuman: Ceramah Agama Bulan Mac 2013

Ceramah Agama Bulan Mac 2013 akan di adakan pada 20 Mac 2013 , Rabu mulai pukul 11:30 pagi hingga 1.00 tenghari bertempat di Dewan Merak Kayangan. Penceramah adalah Yg Bhg Ustaz Azlan B Abdul Jalil, Pengarah Urusan IP Minda,  ...

14 March 2013

Sedekah .. Kekuatannya dan Keindahannya

Hadis yang diriwayatkan oleh Turmudzi dan Ahmad : Tatkala Allah Ta'ala menciptakan bumi, maka bumipun bergetar. Lalu Allah menciptakan gunung dengan kekuatan yang telah diberikan kepadanya, ternyata bumipun terdiam. Para malaikat kehairanan akan penciptaan gunung tersebut. Kemudian mereka bertanya "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada gunung ?"Allah menjawab, " Ada , iaitu besi" (kita mafhum bahawa gunung batupun boleh menjadi rata ketika dikorek/bore...

Keutamaan Mencintai Orang Miskin

Ada sebuah do’a yang diajarkan oleh Nabi kita Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam yang isinya: Allahumma inni as-aluka fi’lal khoiroot wa tarkal munkaroot wa hubbal masaakiin … (Ya Allah, aku memohon kepada-Mu untuk mudah melakukan kebaikan dan meninggalkan kemungkaran serta aku memohon pada-Mu sifat mencintai orang miskin). Dari do’a ini saja menunjukkan keutamaan seorang muslim mencintai orang miskin. Lalu kenapa sampai Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam seraya berdo’a sedemikian rupa? Apa...

Pengumuman: Konvoi SM1M Ke Janda Baik, Pahang

Assalamualaikum... Sertailah Konvoi Skuad Motosikal 1 Musolla (SM1M). Program pertama yang di rancang adalah pada 30/3/2013 iaitu msi bantuan ke badan amal Nur Zaharah dan Maahad Tahfiz Kampung Chemperoh di Janda Baik, Pahang.  Dari Abu Said al-Khudri r.a. dari Nabi s.a.w. sabdanya: "Syurga dan neraka itu saling berbantah-bantahan. Neraka berkata: "Di dalamku ada orang-orang yang keras kepala - gemar memaksakan kehendaknya pada orang lain - serta orang-orang yang congkak." Syurga...

08 March 2013

Azab Kubur Berdasarkan Al-Quran dan Al-Hadith

(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda) Perkataan azab bererti hukuman, seksaan, kesengsaraan atau kesusahan. Manakala perkataan kubur pula bermaksud tempat menanam mayat. Jika disebutkan perkuburan bermakna tanah lapang atau kawasan tempat menguburkan orang yang telah mati atau permakaman. Mayat sama ada ditanam, ditenggelamkan, terbakar jadi debu atau dimakan binatang; mereka...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More