Tawakal dan Berserah diri pada Allah

Allah akan mencukupkan segala keperluannya. Barangsiapa berpegang teguh dengan agama Allah, nescaya Allah akan menyelamatkannya. Barangsiapa menyerahkan segala urusannya kepada Allah, nescaya Allah akan memberinya petunjuk.

30 January 2013

Photo: Ceramah Agama Bulan Januari 2013

Photo-Photo yang sempat di ambil ketika Ceramah Agama Bulan Januari 2013 iaitu bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul 1434H diadakan di Dewan Merak Kayangan pada 29 Januari 2013. Pada kali ini Ceramah Agama Bulan Januari 2013 bertajuk "KAMI CINTA RASUL" diadakan secara kerjasama di atara Musolla Balai Felda, Surau Anjung Felda, Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad, Felda D'Saji dan Felda Trading. Penceramah yang terlibat ialah Ustaz Farhan Mohd Sumut, Ustaz Zulkifli Ahmad, Diana Amir,...

23 January 2013

Fadhilat Dan Khasiat SURAH AT-TAKWIIR

Sabda Rasulullah s.a.w"Barangsiapa membaca surah At-Takwiir, Allah akan lindungi keaibannya pada hari Kiamat kelak"- Sesiapa membaca surah ini ketika hujan turun, kemudian berdoa kepada Allah memohon apa-apa hajat, InsyaAllah akan segera diperkenankan.- Jika dibaca surah ini pada air mawar kemudian disapukan pada matanya, InsyaAllah matanya akan lebih terang dan terpelihara dari segala penyakit.- Jika dibaca surah ini di dalam rumah yang terdapat barang-barang sihir yang ditanam dan...

Tidak Akan Hancur 10 Golongan Mayat Ini

Disebutkan didalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun ‘UMUR AKHIRAT’ dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP.Bertanya sahabat kepada Rasulullah SAW : “Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?” Maka jawabnya Rasulullah saw, “Umat dikenal kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU’. “Bila qiamat datang maka malaikat datang...

22 January 2013

Pengumuman: Ceramah Agama Bulan Januari 2013 - Tajuk: "KAMI CINTA RASUL"

Ceramah Agama Bulan Januari 2013 adalah bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul 1434H akan diadakan di Dewan Merak Kayangan pada 29 Januari 2013 (Selasa) iaitu bersamaan dengan 17 Rabiu'awal 1434H.  Pada kali ini Ceramah Agama Bulan Januari 2013 bertajuk "KAMI CINTA RASUL" iaitu sempena dengan sambutan Maulidur Rasul akan diadakan secara kerjasama di atara Musolla Balai Felda, Surau Anjung Felda, Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad, Felda D'Saji dan Felda Trading. Penceramah...

MEMELUK ISLAM Kerana Mengkaji Wudhu... SUBHANALLAH...

Prof Leopold Werner von Ehrenfels, seorang psikiater dan sekaligus neurology dari Austria, menemui sesuatu yang menakjubkan terhadap wudhu. Ia mengemukakan satu fakta yang sangat mengejutkan. Bahawa pusat-pusat saraf yang paling peka dari tubuh manusia ternyata berada di sebelah dahi, tangan, dan kaki. Pusat-pusat saraf tersebut sangat sensitif terhadap air segar. Dari sini ia menemui hikmah di sebalik wudhu yang membasuh pusat-pusat saraf tersebut. Malah ia mencadangkan agar wudhu...

17 January 2013

Cerita Benar: Seram! Diganggu 'Mayat' Selepas Pulang Dari Kubur

Sekadar Gambar Hiasan Proses pengebumian adalah proses akhir dalam menguruskan jenazah. Pada ketika inilah ramai orang akan berpusu-pusu menuju ke kawasan perkuburan untuk sama-sama membantu dan menyaksikan bagaimana jenazah itu dikebumikan dalam liang lahad. Terdapat pelbagai peristiwa pelik yang berlaku antaranya pengalaman seorang ustaz yang diganggu makhluk halus selepas pulang dari kubur. Namun mengapa ustaz itu diganggu? Hati saya mula rungsing....

Salam Perpisahan buat Sdr Zaizul Azizi Zaman, AJK Musolla Balai Felda

Untuk pengetahuan warga Felda semua, saudara Zaizul Azizi Zaman akan berpindah khidmat ke Twin River Technologies di Bécancour, Québec mulai 18 Jan 2013. Pihak Jawatankuasa Musolla Balai Felda mengucapkan terima kasih terhadap saudara Zaizul Azizi Zaman yang telah menyumbang tenaga dan buah fikiran dalam menjayakan program-program yang dianjur oleh Musolla. Hanya Allah dapat membalas jasa dan tenaga saudara Zaizul Azizi Zaman yang dicurahkan demi mengimarahkan Musolla. Dibawah...

16 January 2013

Fadhilat Dan Khasiat SURAH Al-MUZZAMMIL

Sabda Rasulullah s.a.w"Barangsiapa yang membaca surah Al-Muzzammil, Allah taala akan melindungi dirinya dari kesusahan di dunia dan akhirat" Sesiapa sentiasa mengamalkan surah ini, Allah akan meluaskan rezekinya dan memperbaiki urusan agamanya. Sesiapa membaca surah ini setiap hari selama 30 hari berturut-turut (sebulan), InsyaAllah akan dapat melihat wajah Rasulullah s.a.w. Dapat melihat kekasih Allah itu dengan keadaan penuh kasih sayang dan rindu dendam merupakan satu nikmat yang amat...

15 January 2013

Photo: Karnival Maal Hijrah 1434 - Suasana Pertandingan Nasyid, Ceramah Selamatkan Gaza dan Ceramah Kemuncak

Gambar-gambar semasa Karnival Maal Hijrah 1434.Suasana di pertandingan Nasyid, Ceramah Selamatkan Gaza dan Acara Kemuncak iaitu ceramah dari Ustaz Haslim Baharin dan Sham Kamakaze serta Majlis Penyampaian Hadiah. ...

14 January 2013

Photo: Karnival Maal Hijrah 1434 - Suasana Di Ruang Lebar Balai Felda

Gambar-gambar yang sempat diambil di ruang legar Balai Felda ketika berlangsungnya Karnival Maal Hijrah 1434 ...

Photo: Karnival Maal Hijrah 1434 - Seminar Muslimat (Dr. Rubiah K Hamzah)

Gambar-gambar yang sempat di ambil ketika Seminar Muslimat (Dr Rubiah K Hamzah) sempena Karnival Maal Hijrah 1434. Seminar Muslimat yang disampaikan oleh Dr Rubiah K Hamzah banyak menyentuh mengenai persaudaraan sesama islam, iaitu persaudaraan (ukhuwwah) tanpa mengira pangkat dan darjat....

12 January 2013

Kemuliaan Sebagai Isteri

Wanita yang taat kepada suaminya, semua burung-burung di udara, ikan di air, malaikat dilangit, matahari dan bulan semuanya beristighfar baginya selama mana ia taat pada suaminya dan diredainya. (hendaklah menjaga sembahyang dan puasanya) Dari Ibnu Mas'ud bersabda Rasullullah s.a.w. "Tiap-tiap wanita yang menolong suaminya dalam urusan agamanya, maka Allah memasukkan dia kedalam syurga lebih dulu dari suaminya (sepuluh ribu tahun) kerana dia memuliakan suaminya di dunia maka mendapat pakaian...

11 January 2013

Photo: Karnival Maal Hijrah (Pertandingan Nasyid)

Gambar-gambar yang sempat di ambil ketika Pertandingan Nasyid ketika Karnival Maal Hijrah 1434. Sambutan amat menggalakkan di mana 15 Kumpulan telah mengambil bahagian dan kehadiran penonton amat memberangsangkan. Juaran pertandingan Nasyid sempena Karnival Maal Hijrah anjuran Musolla Balai Felda telah dimenangi oleh Syarikat FVGPM (Kumpulan Wanita), Naib Juara FMSSB dan Tempat Ketiga FGVPM (Kumpulan Lelaki)      JUARA (FGVPM) NAIB JUARA (FMSSB) KETIGA (FGVPM)...

10 January 2013

Kaifiat Surah Yaasin Untuk Mengembalikan Barang Yang Hilang

Oleh: Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din Kaedah yang dinyatakan di sini adalah satu ikhtiar yang boleh diamalkan bagi bermohon kepada Allah SWT agar barang yang hilang atau dicuri dijumpai semula. Kaedah ini juga boleh diamalkan untuk bermohon agar Allah SWT mengembalikan semula ahli keluarga yang hilang atau yang lari dari rumah. Cara atau kaifiatnya adalah seperti berikut; 1. Lakukan Solat Hajat sekurang-kurangnya 2 rakaat dengan bermohon supaya Allah SWT mengembalikan barang yang hilang atau...

09 January 2013

Kisah Benar : Peluk Islam Setelah Melihat Keajaiban Saf Solat

Dalam satu program bertajuk ONE FAMILY dalam saluran Majd Channel, Moderatornya ialah Dr. Yahya Alyahya (head of the CALL to Islam Committee) menceritakan sebuah kisah tentang seorang lelaki Amerika bukan Muslim yang berbincang dengannya mengenai Islam ketika sedang menonton siaran langsung Solat Isha’ dalam bulan Ramadhan di Makkah.Lelaki Amerika itu sangat terkejut melihat keadaan umat Islam melalui kaca TV itu, melebihi 3 Juta orang yang berhimpit antara satu sama lain di dalam Masjidil Haram...

08 January 2013

Seorang Isteri Yang Diuji

Hidup adalah untuk diuji. Ujian itu tidak akan ada hentinya. Selagi kita diuji, selagi itulah kita masih hidup. Jadi bersyukurlah… Ujian itulah jalan untuk kita mengenal Allah. Allah ‘memperkenalkan’ Dirinya di sebalik semua ujianNya. Pada ujian sakit, Allah kenalkan Dirinya yang Maha Penyembuh. Pada ujian miskin, Allah perkenalkan diriNya yang Maha Kaya. Pada ujian fitnah, Allah sedang memperkenalkan diriNya yang Maha Penyabar… Tidak ada hari tanpa diuji, kerana atas hukum itulah kita hidup...

Kisah Nabi Idris Alaihi Salam

Idris atau Nabi Idris a.s. (Arab: إدريس ) adalah salah seorang rasul yang merupakan putra Adam yang pertama kali diberikan hak kenabian oleh Allah setelah Adam sendiri dan Shiyth a.s. (Set menurut Yahudi dan Nasrani). Dalam Alkitab, Idris dikenal dengan nama Henokh. Nabi Idris adalah keturunan keenam dari Nabi Adam, putra dari Yarid bin Mihla’iel bin Qinan bin Anusy bin Shiyth bin Adam a.s. yang menjadi keturunan pertama yang diutus menjadi nabi setelah Adam dan Shiyth. Menurut kitab tafsir,...

03 January 2013

Ya Allah.. Ampunilah HambaMU ini....

"Ya Allah, ampunilah aku terhadap dosa yang terdahulu dan terkemudian, yang tersembunyi dan nyata, begitu juga dosa yang ku buat berlebih-lebihan, dan segala dosa yang mana Engkau amat mengetahuinya daripadaku, Engkaulah permulaan dan Engkaulah penyudahan, tidak ada Tuhan selain daripada Engkau, wahai Tuhan yang membolak-balikkan sekalian hati, tetapkanlah hatiku atas (pegangan kepada) agama Engkau (Islam) dan atas menjunjungi titah-Mu. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku ini sebahagian daripada...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More