Tawakal dan Berserah diri pada Allah

Allah akan mencukupkan segala keperluannya. Barangsiapa berpegang teguh dengan agama Allah, nescaya Allah akan menyelamatkannya. Barangsiapa menyerahkan segala urusannya kepada Allah, nescaya Allah akan memberinya petunjuk.

31 October 2012

Photo Dan Rakaman Ceramah Agama Bulan Oktober 2012

Gambar-gambar dan Rakaman Ceramah Agama Bulan Oktober 2012.Ceramah bertajuk TANDA-TANDA HARI KIAMAT disampaikan oleh Ustaz Shukri Harun iaitu General Manager Bi'ru Kauthar Travel Sdn Bhd. Beliau juga merupakan Pensyarah Sambilan di UIA dan USIM. PHOTO RAKAMAN CERAMAH ...

30 October 2012

Semoga Tak Menyesal Di Hari Akhirat

Semua dari kita yakin bahawa kematian itu pasti datang menjemput kita apabila sampai masanya. Adanya alam barza dan alam akhirat juga suatu yang wajib dipercayai. Apabila berhadapan dengan Allah swt di hari pembalasan nanti hamba‐hamba Allah akan mengalami suasana yang sangat mencemaskan sekali apabila buku‐buku amal kita dibuka satu persatu untuk diadili di mahkamah Allah Yang Maha Adil dan Maha Bijaksana. Perihal apa yang akan berlaku di hari Mahsyar nanti telah dikisahkan kepada kita oleh...

Wahyu Terakhir Kepada Rasulullah S.A.W

Diriwayatkan bahawa surah Al-Maaidah ayat 3 diturunkan pada sesudah waktu asar yaitu pada hari Jumaat di padang Arafah pada musim haji penghabisan [Wada']. Pada masa itu Rasulullah s.a.w. berada di Arafah di atas unta. Ketika ayat ini turun Rasulullah s.a.w. tidak begitu jelas penerimaannya untuk mengingati isi dan makna yang terkandung dalam ayat tersebut. Kemudian Rasulullah s.a.w. bersandar pada unta beliau, dan unta beliau pun duduk perlahan-lahan. Setelah itu turun malaikat Jibril a.s. dan...

Misteri Segitiga Bermuda Dan Pandangan Islam

Tiba-tiba penulis bersemangat untuk mencari fakta-fakta tentang Segitiga Bermuda. Ianya bermula iaitu ketika hariraya Aidiladha menziarahi abang ipar yang mengalami sakit misteri. Kesakitan yang dialami oleh abang ipar menurutnya adalah disebabkan oleh sihir yang dituju oleh seseorang dengan tujuan untuk menguji kehandalan ilmu hitam. Bukan setakat abang ipar, anak perempuan beliau juga turut terkena tempias perbuatan sihir tersebut. Pada abang ipar, itu adalah ujian dari Allah yang mempunyai hikmah...

29 October 2012

Menangis Kerana Takutkan Allah

Rasulullah s.a.w. telah bersabda, "Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya." Dalam sebuah kitab Daqa'iqul Akhbar menerangkan bahawa akan didatangkan seorang hamba pada hari kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan kejahatannya, dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka. Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya berkata, "Wahai Tuhanku, Rasul Engkau Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda, sesiapa...

23 October 2012

Kisah Dan Teladan: Kisah Nabi Musa Dengan Wanita Penzina

Pada suatu senja yang lenggang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-huyung. Pakaiannya yang serba hitam menandakan bahawa ia berada dalam dukacita yang mencekam. Kerudungnya menangkup rapat hampir seluruh wajahnya. Tanpa hias muka atau perhiasan menempel di tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan roman mukanya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang tengah meruyak hidupnya. Ia melangkah terseret-seret mendekati kediaman rumah Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu pelan-...

19 October 2012

Pengumuman: Ceramah Agama Bulan October 2012

Tarikh: 24 Oktober 2012 Masa: 11:30pagi - 1:15 ptg Tempat: Dewan Merak Keyangan PENCERAMAH Ustaz Shukri Harun BIODATA PENCERAMAH KELUARGA 1 isteri, 6 anak. Asal Terengganu. Umur 47 tahun PENGALAMAN KERJA Dalam pendidikan dari tahun 1996 hingga 2012. Guru Pend Islam & Bahasa Arabdi SMK Jengka Pusat Pengetua Kolej Sains & Teknology al Quran Guru Besar Sek Ren Islam Integrasi Masjid Darul Ehsan Guru Besar Pusat Pendidikan Masjid I'tisam Bt 3 Pengetua & Guru...

Rakaman Kuliah Zohor - Ustaz Ismail Abas (17.10.2012 Tajuk: Sirah Nabawiah)

Ustaz Ismail Abas adalah seorang Pendakwah yang kerap muncul di media elektronik. Buat masa ini beliau adalah Pegawai di Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM). ...

Rakaman Kuliah Zohor: Ustaz Muhamad Nazrul (16.10.2012)

Ustaz Muhamad Nazrul seorang penceramah dan kini bertugas di Kompleks Pendidikan Islam MATIN Perlis. Mendapat pendidikan di Universiti Al-Azhar, Mesir. ...

Sakitnya Sakaratul Maut...4,000 Tahun Masih Sakit

Kesakitan bila nyawa dicabut oleh malaikatul maut tidak dapat dibayangkan sama sekali. Walau bagaimanapun Nabi ada bersabda, maksudnya: “Bahawa Rasulullah mengingatkan tentang mati dan keseksaannya, maka sabda Baginda: Iaitulah sakitnya 300 kali tetakan pedang.” Bayangkanlah jika kita ditetak atau dipukul dengan kayu, rotan mahupun besi bukan banyak, cuma sekali saja, itupun sudah tidak dapat digambarkan kesakitannya. Inikan pula ditetak dengan 300x tetakan. Bayangkanlah sendiri. Cuba kita...

Fadhilat Dan Khasiat SURAH Al-INSAN

Sabda Rasulullah S.A.W: "Barangsiapa membaca surah Al-Insan (dengan penuh ikhlas dan Khusyu'), maka balasannya ialah syurga Harir" Surah ini jika dibaca selalu, dapat menenangkan hati dan menguatkan jiwa.  Jika ditulis surah ini, kemudian dihapuskan dengan air yang suci. Berilah air ini kepada mereka yang tidak pandai atau susah untuk membaca. InsyaAllah dipermudahkan oleh Allah.  Surah ini jika ditulis pada kulit kibasy atau binatang-binatang korban yang disembelih pada...

18 October 2012

12 Golongan Manusia Di Akhirat

Firman Allah SWT dalam surah al-Naba ayat 18 : " Iaitu hari (yang pada waktu itu ) ditiup sangkakala lalu kamu datang berkelompok-kelompok." Adalah diriwayatkan bahawa ayat yang tersebut diatas pernah ditanyakan oleh Saidina Muaz Bin Jabal, katanya, " Ya Rasulullah, apa maksudnya ayat ini?" Maka Rasulullah menangis sebelum menjawab soalan tersebut kerana inilah yang selalu dibimbangkan oleh baginda. Lalu Baginda menjawab : " Ya Muaz, umatku kelak apabila bangkit dari kubur akan menjadi 12 golongan....

17 October 2012

Coretan Perjalanan Haji 1432H Sdr Zaizul Azizi (Ajk Musolla)

HAJJ 1432H: Nota Pembukaan Saya terpanggil untuk menukilkan coretan saya sepanjang perjalanan ke dua tanah haram ini, pada mulanya cuma sekadar catatan peribadi, agar segala perkara yang saya lalui tidak sekadar terpadam, dan sedikit demi sedikit luput dari ingatan. Perjalanan haji, umrah dan ziarah ini saya lalui bersama jutaan umat manusia pada musim ini. Walaupun ibadat haji itu adalah sama dari segi rukun, wajib dan segala manasiknya, tentunya setiap tetamu Allah akan memperoleh...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More