Tawakal dan Berserah diri pada Allah

Allah akan mencukupkan segala keperluannya. Barangsiapa berpegang teguh dengan agama Allah, nescaya Allah akan menyelamatkannya. Barangsiapa menyerahkan segala urusannya kepada Allah, nescaya Allah akan memberinya petunjuk.

Solat Wajib Berjemaah..27x Pahala..

Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a. katanya, Sesungguhnya Rasulullah bersabda, Sembahyang berjemaah itu lebih baik dari mendirikan sembahyang secara bersendirian sebanyak dua puluh tujuh darjat iaitu ganjaran ;. (H.R. Bukhari dan Muslim)

Taqwa Adalah Kemulian, Mati Suatu Kepastian

Sabda Baginda lagi: Maksudnya: “Hendaklah kamu bertaqwa di mana sahaja kamu berada. Ikutilah setiap kejahatan (yang kamu lakukan) dengan kebaikan, moga-moga kebaikan itu akan menghapuskan kejahatan. Bergaullah dengan manusia dengan akhlak yang baik.” (Riwayat At Termizi dan Ahmad).

Allah Tambah Nikmat Jika Bersyukur

Orang yang bersyukur kepada Allah akan memperbanyakkan ucapan syukur dan terima kasih kepadaNya. Mereka akan mengerjakan ketaatan kepada Allah dan akan membesarkan nikmat sekalipun nikmat itu kecil

Sudah Solat?. Sesungguhnya Mati Itu Pasti

Sembahyang adalah amalan pertama yang dihisab oleh Allah pada akhirat nanti Dan ingatlah mati, sesungguhnya malaikat maut menjenguk kamu 70 kali sehari semalam 24 jam.

Ucapan Kalimat Thayyibah Seorang Muslim

Kalimat thayyibah yang termasuk ke dalam amalan yang baik dan mampu membentuk pribadi sorang muslim yang selalu ingat dan berhubungan dengan Allah SWT. Dalam kehidupan sehari-hari alangkah baiknya membentuk budaya biasa mengucapkannya

29 February 2012

Hukum Tinggal Atau Diam Di Masjid Bagi Orang Junub, Perempuan Haid Dan Nifas


“Ertinya : … Sesungguhnya aku tidak halalkan masjid ini bagi perempuan yang haidh dan orang yang junub.”

DHA’IF. Riwayat Abu Dawud (no. 232), Ibnu Khuzaimah (no. 1327), Baihaqiy (2/442-443) dan Ad Duulaabiy di dalam kitabnya Al Kuna wal Asmaa’ (1/150-151), dan jalan Abdul Wahid bin Ziyad (ia berkata): Telah menceritakan kepada kami Aflat bin Khalifah, dia berkata: Telah menceritakan kepadaku Jasrah binti Dajaajah, dari ‘Aisyah marfu’ (Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda seperti di atas)

Saya berkata ; Sanad hadits ini dha’if, di dalamnya terdapat Jasrah binti Dajaajah seorang rawi yang dha’if.
Berkata Bukhari, “Pada Jasrah terdapat keanehan-keanehan.” (Yakni, pada riwayat-riwayatnya terdapat keanehan-keanehan).
(1) Berkata Baihaqiy, “Hadits ini tidak kuat.”
(2) Berkata Al-Khathaabiy, “Hadits ini telah dilemahkan oleh jama’ah (ahli hadits).”
(3) Berkata Abdul Haq, “Hadits ini tidak tsabit (kuat) dari jurusan isnadnya.” Berkata Ibnu Hazm di kitabnya Al Muhalla (2/186) tentang seluruh jalan hadits ini, “Semuanya ini adalah batil.”

Syaikhul Imam Al Albani telah melemahkan hadits ini di dalam kitabnya Irwaaul Ghalil (no. 193). Dan beliau pun mengatakan bahawa telah terjadi perselisihan atau perbezaan di dalam sanadnya. Di atas Aflat meriwayatkan dari Jasrah dari ‘Aisyah. Dalam riwayat yang lain Jasrah meriwayatkan dari Ummu Salamah sebagaimana riwayat di bawah ini.

“Ertinya : Sesungguhnya masjid ini tidak halal bagi orang yang junub dan perempuan haidh.”

DHA’IF. Diriwayatkan oleh Ibnu Majah (no. 645) dari jalan Ibnu Abi Ghaniyyah, dari Abil Khaththaab Al Hajariy, dari Mahduh Adz Dzuhliy, dari Jasrah dia berkata: Telah mengkhabarkan kepadaku Ummu Salamah, marfu’ (Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda seperti di atas).

Imam Abu Zur’ah Ar Raaziy berkata, “Yang benar adalah riwayat Jasrah daripada Aisyah.” (4) Berkata Imam Ibnu Hazm di kitabnya Al Muhalla (2/186), “Adapun Mahduh telah gugur riwayatnya, ia telah meriwayatkan dari Jasrah riwayat-riwayat yang mu’dhal. Sedangkan Abul Khaththaab Al Hajariy majhul.”

Saya berkata: Abul Khaththaab dan Mahduh dua orang rawi yang majhul sebagaimana diterangkan Al Hafizh Ibnu Hajar di dalam Taqrib-nya (2/231 dan 417).
Saya berkata: Selain dua riwayat dha’if di atas dan yang kedua lebih lemah dari yang pertama, yang mereka jadikan dalil tentang haramnya bagi orang yang junub dan perempuan haidh dan nifas untuk tinggal atau diam di masjid, mereka pun berdalil dengan beberapa atsar dhaif dibawah ini.

(1). Perkataan Ibnu Abbas tentang firman Allah surat An-Nisaa ayat 43.

Berkata Ibnu Abbas, “Tidak boleh engkau masuk masjid sedangkan engkau dalam keadaan junub kecuali sekadar lalu dan jangan engkau duduk” (Riwayat Baihaqiy : 2/443)

Saya berkata : Sanad riwayat ini dhaif, kerana Abu Ja’far Ar-Raazi yang ada di sanadnya seorang rawi yang dhaif kerana buruk hafalannya dan dia telah dilemahkan oleh para Imam di antaranya Imam Ahmad bin Hambal, Abu Zur’ah, Nasa’i, Al-Fallas dan lain-lain. Dan telah datang riwayat dari Ibnu Abbas dengan sanad yang shahih yang menyalahi riwayat dhaif di atas.

Telah berkata Ibnu Abi Syaibah di kitab-kitab Al-Mushannaf, “Telah menceritakan kepada kami Waaki, dari Ibnu Abi Arubah, dari Qatadah, dari Abi Mijlaz, dari Ibnu Abbas tentang firman Allah di atas beliau mengatakan (menafsirkan) ; (Yang dimaksud dengan ‘aabiri sabil) ialah musafir yang tidak memperoleh air lalu dia bertayamum” (5)

(2). Kemudian Imam Baihaqiy meriwayatkan lagi (2/443) dari jalan Abu Ubaidah bin Abdullah, dari Ibnu Mas’ud bahawa dia telah memberikan keringanan bagi orang yang junub untuk sekadar lalu di dalam masjid (yakni tidak duduk atau tinggal di masjid)

Saya berkata ; Sanad ini dhaif, kerana Abu Ubaidah bin Abdullah bin Mas’ud tidak pernah berjumpa dengan bapaknya yaitu Abdullah bin Mas’ud. Dengan demikian maka sanad ini munqathi (terputus).

(3). Kemudian Imam Baihaqiy meriwayatkan lagi (2/443) dari jalan Hasan bin Abi Ja’far Al-Azdiy, dari Salm Al-Alawiy, dari Anas bin Malik tentang firman Allah di atas dia berkata, “ Sekadar lalu dan tidak duduk (di masjid)”.

Saya berkaa ; Sanad in pun dhaif, kerana:
Pertama : Salm bin Qais Al-Alawiy seorang rawi yang dhaif sebagaimana dikatakan oleh Al-Hafidzh Ibnu Hajar di Taqribnya (1/314).

Kedua ; Hasan bin Abi Ja’far Al-Jufriy Abu Sa’id Al-Azdiy, telah dilemahkan oleh Jama’ah ahli hadits. (Taqribut Tahdzib 1/164, Tahdzibit Tahdzib 2/260-261. Mizanul I’tidal 1/482-483)

Saya berkata :Telah sah dari Ali bin Abi Thalib bahawa beliau menafsirkan ayat diatas dengan orang musafir, beliau berkata, “Diturunkan ayat ini berkenaan dengan orang musafir. Dan tidak juga bagi orang yang junub kecuali orang yang mengadakan perjalanan sehingga dia mandi. Beliau berkata ; Apabila seorang (musafir) itu junub lalu dia tidak memperoleh air, dia tayamum lalu shalat sampai dia mendapatkan air. Dan apabila dia telah mendapatkan air (hendaklah) dia mandi’ (Riayat Baihaqiy 1/216 dan Ibnu Jarir di kitab Tafsirnya juz 5 hal. 62 dan lain-lain sebagaimana telah dijelaskan oleh Ibnu Katsir di Tafsirnya 1/501 dan Imam Suyuthi di tafsirnya Ad-Durul Mantsur 2/165)

Setelah kita mengetahui bahawa seluruh riwayat yang melarang orang yang junub dan perempuan haid/nifas berdiam atau tinggal di masjid semuanya dhaif. Demikian juga tafsir ayat 43 surat An-Nisaa yang melarang orang yang junub dan perempuan haid berdiam atau tinggal di masjid semuanya dhaif tidak ada satupun yang sah (shahih atau hasan). Bahkan tafsir yang shahih dan sesuai dengan maksud ayat ialah tafsir dari Ali bin Abi Thalib dan Ibnu Abbas di atas. Yaitu, musafir yang terkena janabah dan dia tidak mendapatkan air lalu dia tayammum sampai dia memperoleh air. Jadi yang dimaksud dengan firman Allah ‘aabiri sabil ialah musafir. Bukanlah yang dimaksud orang yang masuk ke dalam masjid sekadar melewatinya tidak diam atau tinggal di dalamnya. Tafsir yang demikian selain tidak sesuai dengan susunan ayat dan menyalahi tafsir shahabat dan sejumlah dalil di bawah ini yang menjelaskan kepada kita bahawa orang yang junub dan perempuan yang haid atau nifas boleh diam atau tinggal di masjid.

Dalil Pertama

Dari ‘Aisyah, dia berkata: Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda kepadaku, “Ambilkanlah untukku sajadah kecil (6) di masjid.” Jawabku, “Sesungguhnya aku sedang haidh.” Lalu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Sesungguhnya haidhmu itu tidak berada di tanganmu.”

Shahih riwayat Muslim, Abu Dawud, Tirmidzi, Nasa’i, Ibnu Majah dan Ahmad dan Iain-lain.

Pengambilan dalil dari hadits yang mulia ini ialah bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam telah memerintahkan ‘Aisyah masuk ke dalam masjid walaupun sedang haidh. Dan ketegasan jawapan beliau kepada ‘Aisyah menunjukkan bahawa haidhmu tidak menghalangimu masuk ke dalam masjid kerana haidhmu tidak berada di tanganmu.

Ada yang mengatakan, bahawa hadits di atas hanya menunjukkan bolehnya bagi perempuan haidh sekadar masuk ke dalam masjid atau melewatinya untuk satu keperluan kemudian segera keluar dari dalam masjid bukan untuk diam dan tinggal lama di dalam masjid.

Saya jawab: Subhaanallah! Inilah ta’thil, yaitu menghilangkan sejumlah faedah yang ada di dalam hadits ‘Aisyah di atas. Kalau benar apa yang dikatakannya tentu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam telah memberikan pengecualian kepada ‘Aisyah bahawa dia hanya boleh masuk ke dalam masjid dalam waktu yang singkat atau melewatinya sekadar mengambil sajadah kecil beliau dan tidak boleh diam dan tinggal lama di dalam masjid. Akan tetapi beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda secara umum masuk ke dalam masjid tanpa satupun pengecualian. Padahal saat itu ‘Aisyah sangat memerlukan penjelasan daripada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam yang memerintahkannya masuk ke dalam masjid dalam keadaan haidh. Sedangkan mengakhirkan penjelasan dari waktu yang diperlukan tidak diperbolehkan menurut kaedah ushul yang telah disepakati. Oleh kerana itu wajib bagi kita menetapkan dan mengamalkan keumuman sabda beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam yaitu diperbolehkan bagi perempuan haidh untuk masuk ke dalam masjid secara mutlak, baik sebentar atau lama bahkan tinggal atau menetap di dalamnya sebagaimana ditunjuki oleh dalil ketiga dan keempat.

Dalil Kedua:

Telah bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Sesungguhnya orang mu’min itu tidak najis”.

Shahih riwayat Bukhari, Muslim, Abu Dawud, Tirmidzi, Nasa’i, Ibnu Majah, Ahmad dan lain-lain dari jalan Abu Hurairah, ia berkata: “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah menjumpaiku di salah satu jalan dari jalan-jalan yang ada di Madinah, sedangkan aku menyingkir pergi dan segera aku mandi kemudian aku datang (menemui beliau), lalu beliau bersabda, “Kemana engkau tadi wahai Abu Hurairah?” Jawabku, “Aku tadi dalam keadaan junub, maka aku tidak suka duduk bersamamu dalam keadaan tidak bersih (suci)”, Maka beliau bersabda, “Subhanallah! Sesungguhnya orang mu’min itu tidak najis” (Dalam riwayat yang lain beliau bersabda, “Sesungguhnya orang muslim itu tidak najis) (7)

Dalil Ketiga

Dan’ Aisyah (dia berkata), “Sesungguhnya ada seorang hamba perempuan hitam kepunyaan salah satu suku dari bangsa Arab. Lalu mereka memerdekakannya, kemudian dia pun tinggal bersama mereka…”
Berkata ‘Aisyah, “Lalu perempuan itu datang kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam dan masuk Islam.”
Berkata ‘Aisyah, “Dan perempuan itu mempunyai khemah kecil di masjid (yakni sebagai tempat tinggalnya)…”

Shahih riwayat Bukhari (no. 439).

Pengambilan dalil dari hadits yang mulia ini jelas sekali tentang bolehnya bagi perempuan haidh untuk tinggal lama atau diam di masjid. Ini kerana Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam tidak pernah menyatakan kepada perempuan di atas ‘kalau datang hari-hari haidhmu hendaklah engkau jangan tinggal di masjid. Sedangkan dia tinggal di masjid dan mempunyai khemah untuk dia tidur dan menurut dalil keempat perempuan itu bekerja sebagai pembersih masjid. Sekiranya perempuan haidh itu tidak boleh tinggal atau diam di masjid tentu Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam telah memberikan pengecualian seperti di atas. Akan tetapi beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam telah menetapkan dan membolehkan perempuan tersebut untuk tinggal di masjid bahkan mempunyai khemah sendiri secara umum dan mutlak tanpa satupun pengecualian. Padahal beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam mengetahui dan kita pun mengetahui bahawa perempuan setiap bulannya akan melalui hari-hari haidh.

Dalil di atas bersama dalil keempat di bawah ini merupakan setegas-tegas dalil dan hujjah tentang bolehnya bagi perempuan haidh dan nifas untuk diam dan tinggal lama di masjid. Dan Imam Bukhari yang meriwayatkan hadits di atas di kitab shahihnya telah memberikan bab dengan judul: “Bab:Tidurnya perempuan di masjid”
Al Hafizh Ibnu Hajar di dalam mensyarahkan bab di atas mengatakan bahawa yang dimaksud ialah, “Tinggal atau diamnya perempuan di dalam masjid.”

Dalil Keempat

Dari Abu Hurairah (dia berkata): Bahawasanya ada seorang lelaki hitam -atau seorang perempuan hitam- (8) yang biasa membersihkan kotoran di masjid mati. Lalu Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bertanya tentangnya, mereka menjawab, “Dia telah mati.” Beliau bersabda, “Kenapakah kamu tidak memberitahukan kepadaku tentang (kematian)nya, tunjukkanlah kepadaku kuburnya.” Lalu beliau mendatangi kubur lelaki itu -atau kubur perempuan itu- kemudian beliau menshalatinya.

Shahih riwayat Bukhari (no.458, 460 dan 1337).

Pengambilan dalil dari hadits yang mulia ini sama dengan yang sebelumnya kerana orangnya satu, yaitu seorang perempuan hitam yang masuk Islam kemudian tinggal dan menetap di masjid dan bekerja sebagai pembersih masjid

Dalil Kelima:

Dari Abu Hurairah, dia berkata, “Aku pernah melihat tujuh puluh orang lelaki dari penduduk Suffah tidak seorang pun di antara mereka yang mempunyai baju, hatta kain atau selimut yang mereka ikat ke tengkuk mereka. Maka di antaranya (yakni di antara pakaian itu) ada yang sampai mata kaki, lalu mereka berkerobong dengan tangannya khawatir auratnya”

(Shahih riwayat Bukhari no. 442)

Pengambilan dalil dari hadits yang mulia ini jelas sekali tentang bolehnya bagi orang yang junub untuk tinggal lama atau diam di masjid. Kerana Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam tidak pernah memberikan pengecualian kepada para shahabat yang tinggal di suffah (teras masjid), bahawa ‘kalau salah seorang kamu junub hendaklah dia jangan tinggal di masjid’. Kalau sekiranya orang yang junub itu tidak boleh tinggal atau diam di masjid tentu Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam telah memberikan pengecualian seperti di atas. Akan tetapi beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam telah menetapkan dan membolehkan para shahabat yang tinggal di suffah untuk tetap tinggal di masjid secara umum dan mutlak tanpa satupun pengecualian. Padahal beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam mengetahui dan kita pun mengetahui bahawa adakalanya seseorang itu terkena janabah.

Dalil Keenam:

Dari Abu Hurairah, ia berkata : Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah mengutus pasukan berkuda kearah Najd, lalu pasukan itu datang membawa seorang tawanan lelaki dari Bani Hanifah yang bernama Tsumaamah bin Utsaal. Kemudian mereka mengikatnya di salah satu dari tiang-tiang masjid, lalu Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam keluar menemuinya dan beliau bersabda, “Lepaskan (ikatan) Tsumaamah”. Kemudian dia (yakni Tsumaamah) pergi ke sebuah pohon kurma yang berada di dekat masjid, lalu dia mandi kemudian masuk ke dalam masjid dan mengucapkan, “Asyhadu allaa ilaaha illallah wa anna Muhammadar rasulullah”

Shahih riwayat Bukhari (no. 462, 469, 2422, 2423 dan 4372)

Pengambilan dalil dari hadits yang mulia ini ialah, kalau orang kafir saja yang tidak pernah mandi janabah dibolehkan masuk ke dalam masjid apalagi seorang muslim, tentunya lebih utama dan lebih berhak masuk ke dalam masjid meskipun dalam keadaan junub atau dia seorang perempuan yang sedang haid atau nifas (yakni mimbaabil aula). Yang mana Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam telah menegaskan, “Sesungguhnya orang mu’min itu tidak najis” (Lihatlah dalil kedua).

(Disalin dari buku Tiga Hukum Bagi Perempuan Haid Dan Junub (Menyentuh/Memegang Al-Qur’an, Membacanya Dan Tinggal Atau Diam Di Masjid, Penulis Abdul Hakim bin Amir Abdat, Penerbit Darul Qalam – Jakarta)
__________

Foote Note
(1). Tahdzibut Tahdzib (12/406) dan Nasbur Raayah (1/194).
(2). Al-Majmu Syarah Muhadzdzab (2/160) oleh Imam An Nawawi.
(3). Tafsir Ibnu Katsir (1/501) dan Nasbur raayah (1/144) dan Al-Majmu Syarah Muhadzdzab (2/160).
(4). Tafsir Ibnu Katsir (1/501).Talkhisul Habir (1/140). Nasbur Raayah (1/194-195).
(5). Demikian keterangan Imam Ibnu Turkamaaniy atas komentar beliau terhadap kitab Sunanul Kubranya Imam Baihaqiy yang saya nukil dengan ringkas dan mengambil maknanya.
(6). Al Khumrah ialah sajadah kecil yang cukup hanya untuk sujud.
(7). Kejadian yang sama juga terjadi pada Hudzaifah sebagaimana diriwayatkan oleh Muslim, Abu Dawud, Nasa’i, Ibnu Majah, Ahmad dan lain-lain.
(8). Yang benar adalah seorang perempuan hitam yang tinggal di masjid dan pekerjaannya membersihkan masjid sebagaimana ditunjuki oleh dalil ketiga dan beberapa riwayat yang dijelaskan oleh Al Hafizh Ibnu Hajar dalam mensyarahkan hadits ini (no.458) di Fathul Baar

28 February 2012

Mengenali Tanda Kelemahan Iman Dan Cara Memperbaharuinya

Beribu-ribu sebab yang memerlukan kita untuk memperbaharui iman, kembali merenung tentang hubungannya dengan Allah dan mengembalikan ruh kepada perasaan keimanan. Beribu-ribu sebab yang memerlukan kita merasa bimbang imannya mulai lemah, hatinya mulai berkarat dan ruhnya mulai tunduk kepada tarikan duniawi, masalah amal dan hidup, konflik manusia, hawa nafsu, pintu-pintu syaitan, keinginan dan syahwat tubuh dan fitnah-fitnah dunia. Semua ini mengajak orang mukmin merasa bimbang tentang imannya supaya tidak lenyap atau pudar dari sisinya.

Wahai saudara yang dimuliakan,

Adakah anda tidak merasa bimbang tentang imanmu? Adakah benar Rasulullah saw juga bimbang tentang imannya? Rasulullah saw sering berdoa: “Wahai Allah yang boleh membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas jalan agamaMu”. Baginda juga memohon Allah memelihara hala tuju perasaannya supaya tidak menyimpang dari hala tuju yang ditentukan Allah menuju kepada yang tertinggi.

Doa baginda: “Wahai Allah yang menguruskan hati, uruskanlah hati kami di atas ketaatan kepadaMu”. Rasulullah juga berdoa pada siang dan malam di dalam zikirnya di waktu siang dan malam: “Wahai Allah, sesungguhnya saya berlindung kepadaMu daripada kekufuran dan kefakiran”.

Adakah anda mengetahui bahwa Umar bin al-Khattab r.a yang telah memisahkan imannya antara yang hak dan batil, syaitan cabut lari dari menghampirinya dan terdapat garisan hitam di wajahnya lantaran banyak menangis kerana takutkan Allah. Adakah anda mengetahui bahawa beliau pernah mengecam dirinya kerana kekurangan iman?

Diriwayatkan dari Umar binb al-Khattab r.a bahawa beliau pernah berkata kepada para sahabatnya: “Marilah kita tambahkan iman”. Hal ini menjadi kebiasaan kepada sahabat untuk melakukannya.

Abdullah bin Mas’ud r.a berdoa dengan berkata:“Wahai Allah, tambahkan kami keimanan, keyakinan dan kefaqihan”.

Abu Darda’ r.a juga berkata: “Seorang hamba yang diberikan kefaqihan, maka ia sentiasa memelihara imannya dan tidak menguranginya”.

Iman bertambah dan berkurang

Secara semulajadi iman boleh bertambah dan berkurang. Hal ini bukan satu kelemahan bagi manusia, bahkan ia adalah tabiat manusia dan sunnah kehidupan. Sabda nabi saw: “Sesungguhnya hati anak Adam semuanya antara “dua jari dari jari jemari Allah”, seperti satu hati yang ditadbir dan diurus mengikut kehendakNya”.

Riwayat Abu Jaafar al-Khatami dari bapanya dari datuknya Umair bin Hubaib berkata: “Iman bertambah dan berkurang. Ada yang bertanya: Sebab apa iman bertambah dan berkurang?. Lalu beliau menjawab: Apabila kita mengingatiNya, bertahmid dan bertasbih kepadaNya, maka iman akan bertambah. Apabila kita melupakanNya, lalai dan cuai dari mengingatiNya, maka imannya akan berkurang”. Firman Allah:

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka (karenanya)”. (Al-Anfal: 2)

“(Iaitu) orang-orang (yang mentaati Allah dan rasul) yang kepada mereka ada orang-orang yang mengatakan: “Sesungguhnya manusia Telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu, Karena itu takutlah kepada mereka”, Maka perkataan itu menambah keimanan mereka dan mereka menjawab: “Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung”. (Ali-Imran: 173)

“Dia-lah yang Telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin supaya keimanan mereka bertambah di samping keimanan mereka (yang Telah ada)”. (Al-Fath: 4)

Tanda kelemahan iman

Tugas syaitan ialah menyerang iman manusia dengan tujuan untuk melemahkan tenaga keimanan dan mengkucar-kacirkan hubungannya dengan Allah. Lalu ia akan menjadi malas dan merasa berat. Antara tandanya ialah:

Merasa malas untuk menunaikan solat secara berjamaah yang merupakan salah satu sifat orang munafik berdasarkan firman Allah:“dan apabila mereka berdiri untuk shalat mereka berdiri dengan malas”. (An-Nisa’: 142)
Begitu liat untuk bangun menunaikan solat subuh. Sabda nabi saw:“Melaksanakan dua rakat solat subuh lebih baik daripada dunia dan segala isinya”.
Tidak khusyuk di dalam solat dan banyak memikirkan kesibukan dunia dan mengingini kehidupan. Sabda nabi saw:“Tidaklah seorang muslim yang menghadirkan hatinya semasa solat fardu, dengan mengelokkan wuduknya, khusyuk dan rukuknya melainkan solatnya itu akan menghapuskan dosanya yang kecil selagi tidak melakukan dosa besar. Hal ini berlaku sepanjang masa”. (Muslim)
Meninggalkan amalan-amalan sunat dan solat nawafil.
Menjauhkan diri dari al-Quran. Firman Allah:“Berkatalah Rasul: “Ya Tuhanku, Sesungguhnya kaumku menjadikan Al Quran itu sesuatu yang tidak diacuhkan”. (Al-Furqan: 30)
Seorang muslim terjerumus ke dalam maksiat dan terus tenggelam di dalamnya.

Peringatan

Kekurangan dan kelemahan iman tidak berlaku secara mengejut dan tiba-tiba, tetapi kekejian syaitan menjadinya melakukan muslihat dan helah kepadamu untuk melepaskan senjata satu demi satu sehingga iman menjadi lemah dan tidak berdaya, gerakan anda menjadi berat dan sukar kerana seluruh kekuatan iman kini telah mulai lemah dan malas. Justeru perhatikanlah disebalik anda, ke atas diri anda dan tanyalah dengan bersungguh-sungguh: Bagaimana boleh berlaku? Bilakah berlaku?

Syaitan berusaha memisahkan seorang muslim yang kuat ibadah dengan melakukan serangan yang pertama ke atas senjata solat-solat sunat yang merupakan benteng yang kukuh yang memelihara solat fardu. Seorang muslim itu mulai rasa memadai dengan solat jamaah tanpa bersedia dengan solat-solat sunat rawatib. Setelah Berjaya menggugurkan senjata ibadah-ibadah sunat, maka syaitan meneruskan serangannya kepada kekusyukan di dalam solat untuk merosakkan ‘perbualan imani’ yang unggul antaramu dan Tuhanmu. Justeru yang tinggal di dalam solat adalah jasad sahaja tanpa ruh. Seterusnya syaitan mula menyerang muslim dengan merasa malas dan berat untuk menyudahkan solat dan diikuti dengan sikap berpuas hati solat hanya di rumah dengan alasan: “saya penat sekarang”. Hal ini berlaku beberapa ketika sehingga menjadi seronok dan kebiasaan…

Lebih banyak menggunakan sejadah untuk solat fardu di rumah selepas syaitan Berjaya menggugurkan tugasnya untuk melaksanakan amalan-amalan sunat. Lebih banyak menunaikan sujud sahwi selepas syaitan Berjaya meragu-ragukan bilangan rakaat atau melupakan doa qunut.

Kini syaitan telah Berjaya melepaskan pukulannya di dalam hatimu yang menyebabkan anda tidak tidak lagi menunaikan solat subuh berjamaah, berzikir dan membaca al-Quran secara harian. Oleh itu tiada jalan keluar untuk anda melainkan segera memperbaharui iman anda.

Langkah memperbaharui iman

Alangkah baik anda mengenali dan menentukan penyakitmu, kemudian menetapkan jalan untuk mengubatinya. Inilah satu-satunya anda telah menentukan setengah jalan tersebut. Menurut Hassan al-Basri rahimahullah: “Seorang hamba itu masih berada di dalam kebaikan selagi mengetahui sesuatu yang akan merosakkan amalannya”. Seorang ahli zuhud Mekah Wahib bin Ward pernah berkata: “Sesungguhnya di antara kesejahteraan diriku ialah aku mengetahui perkara yang merosakkannya”.

Keazaman dan tekadmu akan menjadikanmu telah mempunyai setengah dari jalan untuk merawat imanmu. Manakala setengah jalan lagi adalah perkara berikut:

1. Duduk bersama orang soleh

Menurut ahli psikologi bahawa akhlak laku berada di dalam kumpulan berbeza dengan akhlak ketika berseorangan. Ianya bertepatan dengan sabda nabi saw: “Syaitan bersama dengan manusia yang berseorangan sedang dia yang kedua atau lebih”. Justeru, manusia yang berada di tengah-tengah kumpulan lebih bersedia untuk berjalan bersama kumpulan, bahkan menggalakkan dirinya untuk saling berlomba dan mengatasi orang yang bersamanya, dan ketika persahabatan yang dibina di atas asas yang soleh dan matlamatnya ialah ketaatan kepada Allah akan memudahkan seseorang untuk memenuhkan imannya secara berterusan tanpa bersusah payah lagi.

Ketika individu berseorangan tanpa sahabat yang soleh tentulah dunia akan menyerangnya dari semua tempat, syahwat akan memenuhinya dan hawa nafsu akan berselisih dengannya dan melemahkan kandungan iman yang berhubung dengan langit.
Sabda nabi saw: “Kalian hendaklah bersama jamaah dan jauhilah dari perpecahan, kerana syaitan suka kepada orang yang berseorangan sedang dialah yang kedua dan lebih. Barangsiapa yang mencintai syurga maka hendaklah beriltizam dengan jamaah. Orang yang suka dengan kebaikannya dan bencikan keburukannya, maka dia benar-benar seorang mukmin”. (Tirmizi) Menurutnya hadith sahih gharib.

Sabda Rasulullah saw juga:
“Sesungguhnya serigala itu hanya akan dapat memakan kambing yang tersisih dari kumpulannya”. (Abu Daud)

2. Penyertaan di dalam amal

Ketika anda merasa sukar untuk menjalan sesuatu perkara atau perintah, carilah orang yang boleh membantu anda melaksanakannya..Ini adalah penyelesaian ketika kekuatan imanmu menjadi lemah untuk mengangkat selimut di kala azan subuh atau mengerjakan solat berjamaah. Berpakatlah bersama sahabat yang cergas di dalam ibadatnya untuk menolongmu melalui perhubungan telefon atau melalui rumah sehingga keimanan kembali kuat. Firman Allah:
“dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa,…”. (Al-Maidah: 2)

3. Seruan orang lain

Proses menanamkan nilai murni memerlukan empat peringkat. Pertama pengaruh informasi, kemudian pengaruh fikiran yang menjadikan nilai bertindak balas dengan akal, kemudian peringkat perlaksanaan wasilah amali yang mengikat nilai dengahn reality, kemudian peringkat yang akhir ialah peringkat terbina nilaian, iaitu peringkat di mana anda menyeru orang lain supaya menghiasi diri dengan nilai murni atau akhlak mulia. Apabila telah sampai kepada peringkat ini, sudah pasti menjadi sungguh mudah untuk melaksanakan tugas menyeru orang lain dan menyampaikan nasihat supaya beribadah dan menunaikan solat fardu di masjid, membaca al-Quran dan solat subuh.

4. Pengaruh media ke atas dirimu melalui cd dan buku

Tidak dinafikan bahan media banyak yang mendatangkan pengaruh yang negative kepadamu, namun gunakanlah kebijaksanaanmu untuk mengambil pengaruh yang positif daripada media ke atas dirimu. Dengarilah kaset, cd atau bahan dari internet masa kini yang membicarakan soal kelembatan hati, syurga, hari kaiamat, cintakan Allah, takut dan mengharapkanNya. Bacalah buku-buku berkaitan khusyuk di dalam solat, hidup bersama al-Quran, pahala amalan sunat dan munajat di dalam solat.
Masukkanlah jiwamu ke dalam dunia iman sebahagian dari harimu sehingga anda dapat mengimbangi secara imani dan lebih mampu menghadapi kehidupan tanpa merosakkan imanmu.

5. Mengurangkan perkara yang harus

Ketika Islam menegah dari melakukan pemborosan, Islam juga menegah kita daripada perkara harus, kerana pemborosan termasuk perkara harus. Oleh sebab itu bersederhana dalam menggunakan perkara harus akan sentiasa mengingatkan anda kepada Allah. Dunia pasti akan lenyap sekalipun terdapat banyak nikmat dan anda telah menerimanya.

6. Muhasabah diri

Laksanakan pemikiran muhasabah untuk menggalakkan jiwa sentiasa beramal dan beribadah. Lakukan di atas satu helaian kecil setiap minggu dan setiap bulan. Letakkan senarai solat lima waktu secara berjamaah, solat-solat sunat, zikir-zikir, pembacaan al-Quran, puasa sehari dalam seminggu atau dua hari dalam sebulan. Buat satu janji bersama sahabatmu untuk saling mengingat antara satu sama lain agar mengisi helaian muhasabah tersebut. Berilah perhatian sekurang-kurang 75% setiap minggu.
Umar bin al-Khattab r.a pernah berpesan:
“Hisablah dirimu sebelum kamu dihisab. Timbanglah amalanmu sebelum amalanmu ditimbang”.

7. Bersungguh-sungguh beribadah dan mujahadah melawan nafsu

Cergas di dalam ibadah, solat-solat sunat, zikir, qiamullail, membaca al-Quran, lawan nafsumu. Katakan kepadanya bukan selalu dan jangan menyerah kepadanya, kerana ia akan memimpin anda kepada sifat malas, tidur dan berehat, dan anda akan mencari alasan setiap masa supaya tertinggal atau terlambat solat subuh atau malas untuk membaca al-Quran. Anda menurutinya sehingga anda menyerah. Apabila nafsu mengajak anda meninggalkan sesuatu ibadah, maka iringi dengan membaca satu juzuk dari al-Quran. Apabila ia melengahkan anda dari solat subuh, maka lakukanlah solat dua rakaat pada tengah malam. Hadapilah nafsu sehingga ia menyerah kapadamu. Ketahuilah, anda termasuk kalangan manusia yang tidak mudah ditundukkan. Firman Allah:

“Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhaan) kami, benar- benar akan kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan kami. dan Sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik”. (Al-Ankabut: 69)

Ingatkah wahai saudaraku yang dikasihi, Iman mempunyai dua sendi, iaitu beriman di dalam hati dan membenarkan di dalam perbuatan atau amalan. Menurut al-Hassan r.a:
“Iman bukanlah dengan angan-angan dan bukan hanya dakwaan, tetapi apa yang terdapat di dalam hati dan dibenarkan (dibuktikan) dengan perbuatan”.

Saudara yang dimuliakan, Bangkitlah sekarang. Angkatlah kedua tanganmu ke langit dan berdoalah kepada Allah supaya menolongmu di atas ketaatan, mencampakkan iman di dalam hatimu dan menghimpunkan seluruh keazaman dan tekadmu seterusnya teruskan langkahmu kepada Tuhanmu yang mencintaimu dan kamu mencintaiNya..Perbaharuilah imanmu.

Terjemahan dari http://www.ikhwanonline.com/Article.asp?ArtID=59312&SecID=363 dari blog http://zadud-duat.blogspot.com/2010/12/bagaimana-mengenali-tanda-kelemahan.html

Kuliah Zohor - Saari Che Hin (28.2.2012)

 
Penceramah, Saari Che Hinmerupakan pendakwah
dan  bekas pegawai polis di PULAPOL.
Mendapat pengajian agama di Semanggol Perak.



Sifat-Sifat Isteri Solehah

Pertama : Segera menyahut dan hadir apabila dipanggil oleh suami jika diajak untuk berhubungan.

Kerana sifat ini sangat ditekankan oleh Nabi s.a.w.

Nabi memerintahkan seorang isteri untuk segera memenuhi hasrat seorang suami dalam keadaan bagaimana pun. Bahkan baginda bersabda: “Jika seorang lelaki mengajak isterinya ke tempat tidur, lalu isteri itu menolak. Kemudian, suami itu bermalam dalam keadaan marah, maka isterinya itu dilaknat oleh para malaikat hingga waktu pagi.”

Kedua : Tidak membantah perintah suami selagi tidak bertentangan dengan syariat. Allah berfirman :

فَالصَّالِحَاتُ قَانِتَاتٌ حَافِظَاتٌ لِلْغَيْبِ بِمَا حَفِظَ اللَّهُ

Maka wanita yang soleh, ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh kerana Allah telah memelihara (mereka). (An-Nisa’ : 34)

Qotadah r.a berkata فَالصَّالِحَاتُ قَانِتَاتٌ “Iaitu wanita-wanita yang taat kepada Allah dan kepada suami-suami mereka” (Ad-Dur al-Mantsuur 4/386)


Terkadang pendapat suami bertentangan dengan pendapat isteri, kerana pendapat isteri lebih baik. Seorang isteri yang solehah hendaknya ia menyampaikan pendapatnya tersebut kepada suami akan tetapi ia harus ingat bahwasanya segala keputusan berada di tangan suami, apa pun keputusannya selama tidak bertentangan dengan syari’at.

Ketiga : Selalu tidak bermasam muka terhadap suami.

Keempat : Sentiasa berusaha memilih perkataan yang terbaik tatkala berbicara dengan suami.

Sifat ini sangat diperlukan dalam keutuhan rumah tangga, betapa terkadang perkataan yang lemah lembut lebih berharga di sisi suami dari banyak pelayanan. Dan sebaliknya betapa sering satu perkataan kasar yang keluar dari mulut isteri membuat suami marah dan melupakan kebaikan-kebaikan isteri.

Yang jadi masalah terkadang seorang isteri tatkala berbicara dengan sahabat-sahabat wanitanya maka ia berusaha memilih kata-kata yang lembut, dan berusaha menjaga perasaan sahabat-sahabatnya tersebut namun tidak demikian jika dengan suaminya.

Kelima : Tidak memerintahkan suami untuk mengerjakan pekerjaan-pekerjaan wanita, seperti memasak, mencuci, memandikan dan mencebok anak-anak.

Keenam : Keluar rumah hanya dengan izin suami.

Ketujuh : Berhias hanya untuk suami.

Tidak sebagaimana sebahagian wanita yang hanya berhias tatkala mahu keluar rumah sebagai hidangan santapan mata-mata nakal para lelaki.

Kelapan : Tidak membenarkan orang yang tidak diizinkan suami masuk/bertamu ke dalam rumah.

Kesembilan : Menjaga waktu makan dan waktu istirehatnya kerana perut yang lapar akan membuatkan darah cepat naik. Tidur yang tidak cukup akan menimbulkan keletihan.

Kesepuluh : Menghormati mertua serta kerabat keluarga suami.

Terutama ibu mertua, yang suami sangat ditekankan oleh Allah untuk berbakti kepadanya. Seorang isteri yang baik harus mengalah kepada ibu mertuanya, dan berusaha mengambil hati ibu mertuanya. Bukan malah menjadikan ibu mertuanya sebagai musuh, meskipun ibu mertuanya sering melakukan kesalahan kepadanya atau menyakiti hatinya. Paling tidak ibu mertua adalah orang yang sudah berusia lanjut dan juga ia adalah ibu suaminya.

Kesebelas : Berusaha menenangkan hati suami jika suami gelisah, malah bukan banyak menuntut kepada suami sehingga menambah beban suami

Kedua belas : Segera minta maaf jika melakukan kesalahan kepada suami, dan tidak menunda-nundanya.

Nabi s.a.w bersabda :

” أَلاَ أُخْبِرُكُمْ ….بِنِسَائِكُمْ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ؟ الْوَدُوْدُ الْوَلُوْدُ الْعَؤُوْدُ عَلَى زَوْجِهَا الَّتِي إِذَا غَضِبَ جَاءَتْ حَتَّى تَضَعَ يَدَهَا فِي يَدِ زَوْجِهَا، وَتَقُوْلُ : لاَ أَذُوْقُ غُمْضًا حَتَّى تَرْضَى”

“Mahukah aku kabarkan kepada kalian….tentang wanita-wanita kalian penduduk surga? Iaitu wanita yang penyayang (kepada suaminya), yang subur, yang selalu memberikan manfaat kepada suaminya, yang jika suaminya marah maka ia pun mendatangi suaminya lantas meletakkan tangannya di tangan suaminya seraya berkata, “Aku tidak boleh tenteram tidur hingga engkau redha kepadaku” (Dishahihkan oleh Al-Albani dalam As-Sahihah no 287)

Kerana sebahagian wanita memiliki sifat angkuh, bahkan malah sebaliknya menunggu suami yang minta maaf kepadanya.

Ketiga belas : Mencium tangan suami tatkala suami hendak bekerja atau pulang dari pekerjaan.

Keempat belas : Mahu diajak oleh suami untuk solat malam, bahkan bila perlu mengajak suami untuk solat malam.

Rasulullah s.a.w bersabda:

رَحِمَ اللهُ رَجُلاً قَامَ مِنَ الّليْلِ فَصَلَّى وَأَيْقَظَ امْرَأَتَهُ فَصَلَّتْ, فَإِنْ أَبَتْ نَضَحَ فِي وَجْهِهَا الْمَاءَ. وَ رَحِمَ اللهُ امْرَأَةً قَامَتْ مِنَ الّليْلِ فَصَلَّتْ وَأَيْقَظَتْ زَوْجَهَا فَصَلَّى, فَإِنْ أَبَى نَضَحَت فِي وَجْهِهِ الْمَاءَ

“Semoga Allah merahmati seorang lelaki (suami) yang bangun di waktu malam lalu mengerjakan solat dan ia membangunkan isterinya hingga isterinya pun solat. Bila isterinya enggan, ia percikkan air ke wajahnya. Dan semoga Allah merahmati seorang wanita (isteri) yang bangun di waktu malam lalu mengerjakan solat dan ia membangunkan suaminya hingga suaminya pun solat. Bila suaminya enggan, ia percikkan air ke wajahnya.” (H.R. Abu Daud no 1308)

Nabi s.a.w juga bersabda:

إِذَا أَيْقَظَ الرَّجُلُ أَهْلَهُ مِنَ اللّيْلِ فَصَلَّيَا أَوْ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ جَمِيْعًا، كُتِبَا في الذَّاكِرِيْنَ وَالذَّاكِرَاتِ

“Apabila seorang lelaki (suami) membangunkan isterinya di waktu malam hingga keduanya mengerjakan solat atau solat dua rakaat semuanya, maka keduanya dicatat termasuk golongan laki-laki dan perempuan yang berzikir.” (H.R. Abu Daud no 1309)

Dalam riwayat yang dikeluarkan An-Nasa`i disebutkan dengan lafadz:

إِذَا اسْتَيْقَظَ الرَّجُلُ مِنَ اللّيْلِ وَأَيْقَظَ امْرَأَتَهُ فَصَلَّيَا رَكْعَتَيْنِ, كُتِبَا مِنَ الذَّاكِرِيْنَ اللهَ كَثِيْرًا وَالذَّاكِرَاتِ

“Apabila seorang lelaki (suami) bangun di waktu malam dan ia membangunkan isterinya lalu keduanya mengerjakan solat dua rakaat, maka keduanya dicatat termasuk golongan laki-laki dan perempuan yang banyak mengingat/berdzikir kepada Allah.”


Kelima belas : Tidak menyebarkan rahsia keluarga terlebih lagi rahasia ranjang. Bahkan berusaha menutup aib-aib suami, serta memuji suami agar menambahkan rasa sayang dan cintanya.

Keenam belas : Tidak membentak atau mengeraskan suara di hadapan suami.

Ketujuh belas : Berusaha untuk bersifat qana’ah (menerima apa yang ada dan redha) sehingga tidak banyak menuntut harta kepada suami.

Kelapan belas : Tidak menunjukkan kesedihan tatkala suami sedang bergembira, dan sebaliknya tidak bergembira tatkala suami sedang bersedih, akan tetapi berusaha pandai mengikut suasana hatinya.

Kesembilan belas : Berusaha untuk memperhatikan kesukaan suami dan jangan sampai suami melihat sesuatu yang buruk dari dirinya atau mencium sesuatu yang tidak enak dari tubuhnya.

Kedua puluh : Berusaha mengatur wang suami dengan sebaik-baiknya dan tidak boros, sehingga tidak membeli barang-barang yang tidak diperlukan.

Kedua puluh satu : Tidak menceritakan kecantikan dan sifat-sifat wanita yang lain kepada suaminya yang mengakibatkan suaminya boleh mengkhayalkan wanita tersebut, bahkan membanding-bandingkannya dengan wanita lain tersebut.

Kedua puluh dua : Berusaha menasihati suami dengan baik tatkala suami terjerumus dalam kemaksiatan, bukan malah ikut-ikutan suami bermaksiat kepada Allah, terutama di masa sekarang ini yang terlalu banyak kegemerlapan dunia yang melanggar syari’at Allah.

Kedua puluh tiga : Menjaga pandangannya sehingga berusaha tidak melihat kecuali ketampanan suaminya, sehingga jadilah suaminya yang paling tampan di hatinya dan kecintaannya tertumpu pada suaminya.

Tidak sebagaimana sebahagian wanita yang suka membanding-bandingkan suaminya dengan para lelaki lain.

Kedua puluh empat : Lebih suka menetap di rumah, dan tidak suka sering keluar rumah.

Kedua puluh lima : Jika suami melakukan kesalahan maka tidak melupakan kebaikan-kebaikan suami selama ini. Bahkan sekali-kali tidak mengeluarkan perkataan yang mengisyaratkan akan hal ini. Kerana sebab terbesar yang menyebabkan para wanita dipanggang di api neraka adalah tatkala suami berbuat kesalahan mereka melupakan dan mengingkari kebaikan-kebaikan suami mereka

Orang Pandai Adalah Yang Selalu Ingat Mati

Setiap orang menyakini bahawa setiap jiwa yang bernafas pasti akan mengalami kematian. Namun, kesibukan sehari-hari seringkali membuat orang terlena dan lupa bahawa besok atau lusa akan dipanggil oleh Allah SWT. Sampai tiba suatu saat, malaikat datang menjemput, dan pupuslah semua kelazatan dunia beralih menuju kehidupan yang abadi di sisi-Nya.

Orang beriman seharusnya tidak takut menghadapi mati, karena mati adalah sebuah kepastian. Yang harus ditakuti adalah apakah amal kita sudah cukup untuk menghantarkan pada kebahagiaan di akhirat?. Abu Bakar R.A saat ditanya oleh seorang sahabat, berapa kali anda ingat kematian dalam sehari? Abu bakar menjawab, “Saya mengingat mati manakala mata saya terjaga”. Itulah, sikap seorang teladan dalam mengingat kematian yang dengannya dapat menghantarkan pada puncak iman yang luar biasa.

Hidup di dunia hanyalah sementara, nikmat dunia yang diberikan Allah masih sedikit. Dari 100 rahmat-Nya hanya 1 rahmat yang diberikan ke dunia untuk dinikmati seluruh penghuni. Sehingga orang yang pandai, adalah mereka yang mengarahkan hawa nafsu dan beramal untuk mempersiapkan kematian. Sementara orang yang bodoh, adalah mereka yang diperbudak hawa nafsu, berangan-angan mendapatkan pahala, serta bermati-matian mengejar dunia siang dan malam dengan melupakan kehidupan akhirat.

Saat Nabi ditanya, “Ya rasul, siapakah orang mukmin yang paling pandai? Nabi menjawab, “Mereka yang sering mengingat mati dan (tekun) mempersiapkan diri menghadapi kematian. Mereka pergi dengan kelegaan dunia dan kemuliaan akhirat.”

Salah seorang ulama mengatakan, siapa orang masuk liang kubur tanpa membawa amal banyak, maka seolah-olah ia mengarungi lautan tanpa perahu. Ia akan tenggelam diterpa badai.

Jadi, mengingati kematian haruslah menjadi bahagian tak terpisahkan dari rangkaian waktu kehidupan yang dijalani. Mengingati kematian tidak hanya sekedar mengingati, namun harus diikuti dengan amalan yang terus menerus dan sungguh-sungguh. Amalan untuk mempersiapkan kehidupan abadi di akhirat, yang hanya memiliki dua tempat yakni kebahagiaan (syurga) dan penderiaan (neraka).

Nabi bersabda “Perbanyaklah kalian mengingati pemutus kelazatan (yakni kematian)”.

Dalam hadis lain nabi bersabda, ” Manfaatkan lima perkara sebelum lima perkara: [1] Waktu mudamu sebelum datang waktu tuamu, [2] Waktu sehatmu sebelum datang waktu sakitmu, [3] Masa kayamu sebelum datang masa kefakiranmu, [4] Masa luangmu sebelum datang masa sibukmu, [5] Hidupmu sebelum datang kematianmu.

Lalu, apa sajakah usaha yang boleh dilakukan agar sentiasa ingat terhadap kematian?. Berikut adalah antara cara-caranya.

#1. Sering Mengunjungi Orang Sakit

Saat mengunjungi orang sakit, selain memberikan doa agar diberikan ketabahan dalam menghadapi cubaan Allah, juga harus mendapatkan pelajaran bahawa sakit atau kematian boleh saja datang kepada siapa saja yang Allah kehendaki tanpa memandang orang, tempat dan waktu.

#2. Mengunjungi Orang Mati

Saat mengunjungi orang yang meninggal, selain mendoakan kepada jenazah dan keluarga yang ditinggalkan, juga harus menjadikan pelajaran atau nasihat bahawa kematian merupakan rahsia Allah yang tidak ada seorangpun yang mengetahui bila datangnya kematian.

#3. Ziarah Kubur

Disunahkan menziarahi kubur, sebagai momentum untuk berdoa dan mengingati kematian.

#4. Memantapkan Iman untuk persediaaan hari Akhirat.

#5. Mengetahui dengan lebih mendalam Ayat-Ayat Allah (maknanya) berkenaan Neraka dan Surga.

27 February 2012

Kisah Dan Teladan 6


 Saidatina Aisyah As Siddiqah Binti As Siddiq

"Allah telah menurunkan ayat yang menjelaskan tentang kesucianmu dari atas lapis langit yang ketujuh, tidak ada satu masjid pun yang didalamnya disebutkan nama Allah, kecuali kesucianmu akan dibacakan sepanjang malam dan siang". [Ibnu Abbas]

Aisyah radhiallahu anha, puteri kepada pasangan mulia yang dibina melalui madrasah Rasul, Saidina Abu Bakar radhiallahu anhu dan Ummu Ruman binti Amir bin Uwaymir al-Kinaniyahradiallahu anha. Di rumah yang diliputi dengan kebenaran, kejujuran dan keimanan inilah beliau dilahirkan, tepatnya di Makkah, 7 tahun sebelum hijrah. Beliau turut diberi julukan As-Siddiqah binti As-Siddiq. Dari keluarga sahabat inilah, Allah menempatkan beliau sehingga kemuliaan peribadi dan keutamaan yang ada padanya terus diangkat oleh Allah Subahanahu wa Taala sebagai salah seorang Ummul Mukminin.

Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam pernah bersabda, “Aku bermimpi melihatmu dua kali atau tiga kali. Malaikat datang membawamu pada sehelai kain sutera, lalu malaikat itu berkata kepadaku, ’Ini adalah isterimu’. Lalu aku membuka kain penutup mukamu dan ternyata engkaulah orangnya”. Aisyah lantas menjawab,” Kalau hal ini dari Allah, Dia pasti akan membenarkannya” [HR Bukhari dan Muslim].

Beliaulah penyeri hidup Rasulullah selepas kewafatan Saidatina Khadijah radiallahu anha. Gaya lincahnya membuatkan Rasulullah sering terhibur. Kehidupan rumah tangga mereka dipenuhi suasana ceria, bahagia dan tenteram. Beliau amat bersungguh-sungguh dalam memupuk kasih sayang dan menarik perhatian Rasulullah. Perkara-perkara yang digemari Nabi Sallallahu Alaihi wa Sallam sangat diutamakannya. Beliau sering mencari-cari kesempatan merapatkan hubungan dengan keluarga baginda. Penampilan dirinya sentiasa dijaga agar kemas, cantik, harum dengan wangi-wangian yang disukai suaminya, Nabi Sallallahu Alaihi wa Sallam.

Namun ada perkara lain yang menyebabkan Saidatina Aisyah begitu istimewa di hati Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam sehingga membuatkan isteri-isteri baginda yang lain merasa cemburu melihat layanan istimewa baginda serta orang ramai terhadap Saidatina Aisyah yang pintar itu. Rasulullah lantas berterus terang,

“Janganlah kalian mengguris hatiku kerana Aisyah. Demi Allah, aku tidak pernah menerima wahyu ketika bersama isteri-isteri lain kecuali ketika aku bersama Aisyah.”

Tersentuh perasaan hati para ummahatul mukminin dek mendengarkan penjelasan Rasulullah. Sesalan menyelubungi hati mereka. Jika begitu sekali istimewanya Aisyah di sisi Allah Subhanahu wa Taala, mengapa pula mereka mempertikaikannya. Lantas perkara itu tidak lagi ditimbulkan setelah itu.

Aisyah berkahwin dengan baginda Rasul ketika usianya tujuh tahun iaitu sebelum hijrah ke Madinah. Masih di alam kanak-kanak, lantas dia tetap tinggal bersama keluarganya. Setelah berumur 9 atau 10 tahun barulah beliau tinggal bersama Rasulullah. Maka bermulalah liku-liku kehidupan baru baginya. Kini dia adalah isteri seorang Rasul, isteri seorang pemimpin negara.

Terhimpun di dalam diri Aisyah radiallahu anha ilmu dan pelbagai keutamaan. Keistimewaan yang dimiliki beliau di antaranya seperti berpendirian kuat, kecenderungan meneliti sesuatu perkara, ketangkasan bertindak, kefasihan bertutur, daya ingatan yang kuat, segalanya adalah kurniaan dari Allah. Ini menjadikannya susuk peribadi yang kekal diingati sepanjang sejarah kaum Muslimin, kerana ia sesungguhnya telah meninggalkan jejak yang diberkati di dunia ini.

Berkaitan dengan ketinggian ilmu beliau, tiada siapa pun dari kalangan para sahabat dan tabi’in yang mampu menyangkalnya. Abu Salamah bin Abdurrahman misalnya, mengatakan

“Aku tidak mengetahui seorang pun yang lebih memahami tentang sunnah Rasul dan yang lebih tepat pendapatnya, lebih tahu tentang ayat Al-Quran yang diturunkan, serta lebih mengerti tentang hal-hal yang fardhu; selain Aisyah”

Ibn Abdil Bar turut mengatakan, “Aisyah memiliki pengetahuan yang sangat tinggi di dalam bidang tafsir, hadis, dan fikih; selain di dalam bidang perubatan, syair dan salasilah”.

Urwah bin Zubair juga berkata, “Aku tidak pernah mengetahui seorang pun yang lebih mengerti tentang Al-Quran dan ketentuan-ketentuannya, tentang halal dan haram, tentang syair, tentang pembicaraan dan nasab bangsa Arab, selain Aisyah”

Turut mengakuinya ialah Abu Umar di dalam ucapan beliau, “Pada zamannya tiada seorang pun yang mampu menandingi Aisyah dalam bidang ilmu fikih, ilmu pengetahuan, dan ilmu syair”

Sahabat yang lain, Abu Bard bin Abu Musa mengisahkan dari ayahnya yang pernah berkata, “Kami, para sahabat Rasul, tidaklah menghadapi suatu kesulitan lantas kami tanyakan kepada Aisyah, melainkan kami mendapatkan penyelesaian yang baik darinya”.

Di dalam kisah lain, beliau menyebutkan, “Aku melihat guru-guru para sahabat besar bertanya kepada Aisyah mengenai faraid”

Beliau turut dikenali sebagai seorang perawi hadis yang handal dan tergolong di antara orang yang paling banyak meriwayatkan hadis dari Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam selain Saidina Umar Al Khattab, Saidina Ali, Abdullah Ibn Mas’ud, Abdullah Ibn Umar dan Zaid bin Thabit. Beliau juga memiliki kelebihan dalam menukil sunnah nubuwwah yang berupa perbuatan, lalu diajarkan kepada kaum Muslimat lainnya. Beliau meriwayatkan 2210 buah hadis dari Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam, yang kemudiannya dimuatkan dalam Sahih Al-Bukhari dan Sahih Muslim (297 buah hadis), yang disepakati oleh keduanya sebanyak 174 buah hadis, dan yang diriwayatkan sendiri oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim, masing-masing 54 buah dan 69 buah hadis.

Demikianlah Aisyah, Muslimah yang paling mendalam ilmunya, sehingga sahabat utama seperti Utsman bin Affan sendiri menghantar utusan kepada beliau untuk bertanyakan as-Sunnah. Kenyataan ini tidak dapat disangsikan kerana As-Siddiqah ini lahir dan dibesarkan di rumah As-Siddiq, lalu kemudiannya hidup di rumah nubuwwah, memperkaya peribadi dari sumber nabawi yang murni, malah terlibat langsung dalam asbabun nuzul beberapa kisah di dalam Al-Quran. Cukuplah baginya suatu kelebihan lantaran rumah beliau sebagai tempat turunnya wahyu. Maka, bukanlah sesuatu yang menghairankan jika beliau layak sebagai Muslimah yang paling mendalam ilmunya, serta keutamaannya tersebar ke seluruh negeri, melebihi sahabat-sahabat lain dalam pelbagai hal yang wajib dan sunnah.

Ummul Mukminin, Aisyah radiallahu anha menjadi teladan dalam hal kezuhudan, kemurahan hati, kedermawanan dan ketabahan beliau. Kezuhudan beliau mencapai darjat yang sangat tinggi kerana beliau sering berpaling dari hal-hal dunia yang melekakan dan menghadapkan diri beliau kepada Allah Subhanahu wa Taala untuk melaksanakan ibadah. Hampir tiada harta yang disisakan di tangannya walau untuk beberapa saat. Harta yang ada padanya segera disalurkan kepada orang-orang miskin. Di antara gambaran kedermawanannya, beliau pernah membahagi-bahagikan seratus ribu dirham hanya dalam satu hari, tanpa meninggalkan satu dirham pun buat dirinya, sementara beliau sendiri berpuasa pada hari tersebut.

Di dalam persoalan ibadah, tiada yang meragukan bahawa Aisyah adalah orang yang paling dekat dengan RasulullahSallallahu Alaihi wa Sallam, sehingga ibadahnya dianggap sebagai gambaran sederhana dari ibadah Rasul. Aisyah banyak mendirikan solat sunat, terutamanya solat tahajjud di malam hari. Beliau tidak pernah berdiam diri ketika ada di kalangan para sahabat yang salah dalam memahami Al-Quran dan As-sunnah atau melanggari hukum syara’. Hal ini diungkapkan oleh Ubaidillah bin Umair, saat Aisyah berkomentar mengenai Abdullah bin Amr ketika memerintahkan kaum wanita untuk membuka sanggul mereka ketika mandi junub, sebagai berkata,

“Alangkah menghairankan Ibn ’Amr ini. Ia memerintahkan para wanita agar membuka sanggul mereka ketika mandi. Mengapa tidak mencukur saja rambut kalian keseluruhannya? Sungguh saya pernah mandi bersama Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam dan saya tidak lebih hanya menyiramkan kepalaku tiga kali” [HR Muslim]

Beliau juga pernah berhadapan dengan wanita-wanita Himsh sambil berkata,

“Barangkali kalian ini termasuk dari wanita-wanita di permandian umum. Aku pernah mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam bersabda, ‘Siapapun wanita yang melepaskan pakaiannya di luar rumah suami, bererti dia telah merosakkan tabir hubungannya dengan Allah’ [HR Ahmad, Abu Dawud dan Ibn Majah]

Di ketika lainnya, Aisyah melihat perubahan di dalam aspek pemakaian kaum Muslimah selepas wafatnya RasulullahSallallahu Alaihi wa Sallam, lantas beliau menolaknya seraya berkata,

“Seandainya Rasulullah melihat apa yang dilakukan oleh Muslimah sekarang, nescaya baginda akan melarang kalian pergi ke masjid sebagaimana kaum wanita bani Israel dahulu”

Ketabahan Aisyah dalam menghadapi ujian hidup juga merupakan ikhtibar untuk kita yang tinggal. Beliau pernah difitnah berkhalwat dengan Safwan bin Mu’tal, seorang pejuang Islam, angkara seorang munafik berketurunan Yahudi bernama Abdullah bin Ubay. Betapa pahitnya tohmahan itu dan meskipun suami sendiri tidak memihak kepadanya, namun beliau tidak pernah merasai dirinya bersendirian. Hanya Allah tempat hatinya berpaut kukuh. Baginya Allah tidak akan menzalimi hambaNya melainkan ada hikmah yang terselit di sebalik ujian getir itu. Di kala itu, Aisyah sentiasa bersedih sehingga lemah-lemah tubuhnya. Namun kesedihan itu diadukan hanya kepada Allah. Kata-kata yang terbit dari lisannya,

“Aku akan bersabar, kerana jika aku mengaku aku berbuat itu, aku telah berbohong kepada Allah. Dan jika aku mengatakan tidak, mereka semua tidak mempercayai aku. Aku yakin dengan pembelaan Allah.”

Sesungguhnya Allah amat kasih pada Aisyah yang sabar, lalu Allah sendirilah yang membersihkan nama Aisyah melalui wahyu yang disampaikan kepada Rasulullah.

Aisyah juga merupakan salah seorang wanita Mukminah yang sangat cekal di dalam perjuangannya di medan jihad. Sewaktu Perang Uhud, di saat usia yang masih muda, beliau pernah turut sama mengangkut air di pundaknya sebagai bekalan para mujahidin. Hal ini diakui oleh Anas bin Malik dengan perkataan beliau,

“Aku melihat Aisyah binti Abu Bakar dan Ummu Sulaym, keduanya menyingsingkan hujung pakaiannya lantas keduanya mengangkut bekas air yang besar di pundak mereka lalu memberi minum kepada kaum Muslimin yang terluka. Kemudian keduanya kembali dan memenuhi bekas air tersebut, lalu kembali melakukan hal yang sama” [Muttafaq alaih]

Demikian juga ketika Perang Khandak, Aisyah terjun ke arena jihad dan bergabung bersama para sahabat sehingga beliau maju dan berdiri mendekati barisan hadapan para mujahidin.

Saidatina Aisyah radiallahu anha kembali ke rahmatullah pada hari Isnin malam Selasa, 17 Ramadhan tahun 58 Hijrah. Sebelum wafat, beliau sempat meninggalkan wasiat. Penuh sayu beliau membisikkan,

“Kuburkanlah aku pada waktu malam di Padang Baqi’, jangan di samping Rasulullah kerana aku sangat malu pada baginda.”

Riwayat hidup As-Siddiqah merupakan cermin bagi para Muslimah hari ini, di mana dari perjalanan hidup Mukminah solehah ini, kita dapat mengetahui bagaimana beliau mampu memiliki keperibadian utuh tanpa perlu merendahkan diri. Seterusnya, bagaimana wanita Mukminah ini menjaga kemuliaannya, tetapi tetap penuh ketundukan dan kesederhanaan; memahami dan mendalami agamanya sehingga menjadi sumber rujukan; menterjemah sumberdeennya ke dalam amalan-amalan nyata; memberikan pendapat dan buah fikiran demi menegakkan agama Allah sehinggalah kepada cara kehidupan suami isteri, yang hasilnya beliau dapat membangkitkan semangat suaminya seterusnya berhasil meraih kejayaan.

Wallahu a’lam.

26 February 2012

Timbanglah Diri Sebelum Ditimbangkan


M
arilah kita sejenak menundukkan pandangan kita ke bawah iaitu ke tanah di mana kita berasal dan ke sana pula akhir hidup kita.

Mari kita luangkan waktu sedikit sahaja untuk:

  Merenungi diri
  Bertafakur
  Muhasabah
  Membuat penilaian terhadap diri kita

Sebelum Allah Yang Maha cermat perhitunganNya menghisab kita di Yaumul Akhir.

Rasulullah saw bersabda:

“Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisab, timbanglah diri kamu sebelum kamu ditimbang, kerana sungguh mudah hisab di hari kiamat bagi orang yang melakukan hisab di dunia. Maka berhias dirilah dengan amal soleh untuk sebuah peristiwa besar pada hari kiamat.”

Kita tidak tahu bila Allah menghisab setiap lembaran kehidupan kita. Bahkan kita tidak tahu bila degupan jantung kita akan berhenti samada setahun lagi, sebulan lagi, sejam lagi, atau mungkin setelah kita membaca catatan ini. Tidak ada yang tahu, bahkan boleh jadi kita sudah tidak dapat berdiri lagi dari tempat duduk kita sendiri selepas ini.

Kebaikan apakah yang kita lakukan dan akan kita bawa sebagai bekalan perjalanan keabadian menuju negeri akhirat yang panjang dan berliku.

“Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat), dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (QS Al Hasyr: 18)

“Dan tidak seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya esok. Dan tidak seorangpun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” (QS Luqman : 34)

Sangat banyak nikmat dan kurniaan yang Allah berikan kepada kita yang ternyata tidak berkadar lurus dengan kesyukuran dan ketaatan kita kepadaNya.

Entah mengapa kurniaan dan nikmat yang banyak itu, justeru jatuh kepada kita yang kini sedang bermunajat dan bertafakur ini.

Padahal jika kita berani bersikap jujur, apalah kelebihan kita?

Apakah keunggulan kita dibandingkan dengan orang lain?

Cubalah tengok diri kita ini!!!

Kita hanyalah selonggok daging berbalutkan tulang yang terus membungkus aib dan maksiat dari hari ke hari yang kita jalani.

Seandainya dosa dan maksiat yang kita lakukan, menimbulkan bau busuk, maka sungguh tiada seorangpun yang ingin duduk dan bergaul dengan kita kerana sungguh bumi tempat berpijak kita ini akan dipenuhi dengan berbagai macam bau busuk maksiat.

Tahukah kita bahwa pada hari kiamat nanti, mulut kita akan terkunci membisu. Satu huruf pembelaan pun tidak kuasa kita lontarkan kerana mulut kita ditutup rapat oleh Allah swt.

Segala anggota tubuh kita akan diminta pertanggungjawaban secara langsung oleh Allah swt:

Tangan kita akan membuka tutupan maksiat yang pernah kita lakukan semasa di dunia.
Kaki kita akan menjadi saksi terhadap setiap langkah-langkah yang pernah kita ayunkan menuju tempat maksiat.
Mata dan telinga juga akan menjerat kita dengan persaksian yang sangat cermat tentang segala maksiat yang pernah kita lihat dan dengar.
Bahkan fikiran-fikiran kotor yang sering menari-nari dalam benak kita dan khayalan yang merasuki hati kita pun diketahui dan diawasi dengan cermat oleh Allah swt.

“Pada hari kiamat itu Kami tutup mulut mereka dan berkatalah kepada Kami tangan mereka dan memberi kesaksianlah kaki mereka terhadap apa yang dahulu mereka usahakan”. (QS Yaasin : 65)

“Sehingga apabila mereka sampai ke neraka, pendengaran, penglihatan dan kulit mereka menjadi saksi terhadap mereka tentang apa yang telah mereka kerjakan. Dan mereka akan berkata kepada kulit mereka: “Mengapa kamu menjadi saksi terhadap kami?” Maka kulit mereka menjawab: “Allah yang menjadikan segala sesuatu pandai berkata telah menjadikan kami pandai (pula) berkata, dan Dialah yang menciptakan kamu pada kali yang pertama dan hanya kepada-Nyalah kamu kembali.” (QS Fushshilat: 20-21)

Tidak hairan apabila bencana demi bencana yang menimpa kita. Kesulitan atau masaalah yang menimpa kita tidak lain adalah kerana hasil usaha tangan kita sendiri.

Jangan jadikan diri kita sebagai bahan bakar api neraka disebabkan kita tidak syukur nikmat Allah swt. Percikan api dunia sahajapun kita tidak sanggup menghadapinya, apa lagi menghadapi api jahanam yang 70 kali lebih panas dari api di dunia.

Gunakanlah segala nikmat Allah berupa anggota tubuh badan yang lengkap sesuai dengan fungsinya yang diperintahkan olehnya.

Ingatlah firman Allah swt :

“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahanam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak di pergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak di pergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakan untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai”. (QS Al A’raf : 179)

Dalam masalah ibadah pun, kita sukar merasakan kenikmatannya.

Membaca Al-Qur’an semakin terasa hambar.
Malah dalam sesetengah situasi terasa bosan membacanya.
Kenikmatan mentadabbur isi kandungannya juga telah lama hilang.

Penyebab utamanya boleh jadi kerana hati kita yang penuh dengan debu-debu kemaksiatan serta dicemari dengan segala macam perlakuan yang hina.

Utsman bin Affan ra berkata :

“Seandainya hati kamu bersih dan suci, maka tentulah hati itu tidak akan pernah merasa bosan oleh Kalam Tuhan.”

Janganlah membayangkan yang jauh :

Sekadar memahami bacaan solat sahaja pun kadang-kadang kita tidak mampu.
Solat kerap kali tidak khusyuk.
Ketika sujud tersungkur pun kita jarang teringat akan Allah.

Kita sebenarnya belum secara maksima melaksanakan solat-solat wajib secara sempurna seperti yang diperintahkan.

Kita masih sering lalai dan tidak mengerjakannya tepat pada waktunya secara berjamaah di masjid terutama solat subuh dengan berbagai macam alasan :

Mengantuk
Tertidur.
Malas.
Masjid jauh.

Apatah lagi dengan solat-solat sunnah, solat malam, solat rawatib, sholat dhuha atau sekadar witir sebelum tidur.

Tidak hairan, apabila kita tidak sanggup merasakan nikmatnya kekhusyu’an solat dan pengaruhnya dalam relung-relung hati dan sendi-sendi kehidupan kita, maka kita juga sukar untuk merasakan kebahagiaan dan ketenangan sebagai buah dari ibadah dan ketaatan itu ataupun juga menghadapi kesuiltan untuk sekadar mencegah diri kita dari perbuatan keji dan mungkar.

Tidakkah kita mahu merenungi untaian sabda Rasulullah saw yang menggambarkan siksaan dan penderitaan yang dialami oleh orang-orang yang tidak melaksanakan solat secara berjamaah kerana alasan tidur misalnya?

“Lalu kami mendatangi seorang laki-laki yang tidur terlentang dan laki-laki lain berdiri di dekatnya dengan sebuah batu besar yang ia bawa. Lalu batu itu dijatuhkan ke kepala (orang yang terlentang itu), sehingga kepalanya pecah dan batu itu menggolek ke sana ke mari, lalu orang yang berdiri itu mengikuti dan mengambil batu itu. Dan ketika ia kembali, ternyata kepala orang yang terlentang itu telah pulih kembali seperti sedia kala. Lalu batu itu dijatuhkan ke kepala orang yang terlentang itu seperti di awal tadi….

Dan ketika Rasulullah menanyakan perkara itu kepada kedua malaikat itu, dengan berkata: Subhanallah siapa mereka ini?

Kedua malaikat itu menjawab :

“Adapun laki-laki yang terlentang yang kita datangi dengan kepala yang hancur kerana batu besar itu, adalah orang yang mengambil Al-Qur’an tetapi ia menolaknya dan tidak melaksanakan solat wajib kerana tidur”. (HR Bukhari)

Bukankah solat ini yang pertama kali dihisab pada hari kiamat, jika solat kita ini diterima maka seluruh amalan kita yang lain akan mudah perhitungannnya.

Rasulullah saw bersabda :

“Yang paling pertama dihisab pada diri seorang hamba pada hari kiamat adalah solat, bila solatnya baik maka seluruh amalan yang lain juga akan baik. Dan bila solat ini tidak baik, maka seluruh amalan yang lain pun akan menjadi rusak.”

Jangan kita biarkan muhasabah ini kehilangan gemanya dan hanya menjadi deretan kata-kata tanpa makna.

Marilah kita bulatkan azam untuk :

Meninggalkan segala maksiat.
Singsingkan lengan baju untuk lebih meningkatkan kualiti dan kuantiti ibadah kita.

Semua ini kita lakukan agar muhasabah ini benar-benar memberi manfaat kepada kita serta menjadi cerita nostalgia nanti ketika kita semua dikumpulkan oleh Allah di syurga firdausNya nanti, InsyaAllah.

Akhir kata, marilah kita bersama menadahkan tangan, menundukkan kepala, melantunkan doa pengharapan kepada yang pintu kasihNya tidak pernah ditutup iaitu kepada “Ar-Rahman dan Ar-Rahim, Rabbul izzati wal jabarut”.

Ya Allah, Tuhan Yang Maha Mendengar, tiada Ilah yang berhak disembah selain Engkau.

Ya Allah, inilah kami, hamba-hambaMu yang hina, kami menadahkan tangan menghiba kepadaMu. Sehina apapun kami, kami adalah makhluk ciptaanMu. Kami memohon dengan penuh kerendahan hati, ampunilah dosa-dosa kami.

Ya Allah, ampunilah sebusuk manapun diri-diri kami, ampunilah segenap apapun masa lalu kami dan ampunilah sehina apapun aib-aib kami.

Wahai Allah Yang Maha Mendengar, ampunilah ibu bapa kami, ampunilah segala kezaliman kami kepada ibu bapa kami. Andaikata kedurhakaan kami menjadi penggelap kehidupan mereka, maka jadikanlah kami ketika ini menjadi anak yang soleh yang dapat menjadi cahaya bagi kehidupan ibu bapa kami, di dunia dan di akhirat. Kurniakanlah bagi keluarga-keluarga kami rumah tangga yang sakinah. Jangan jadikan rumah tangga kami menjadi rumah tangga yang penuh bencana.

Ya Allah, berilah kepada kami kepercayaan dan kesempatan memiliki keluarga dan anak keturunan yang lebih baik dari diri kami. Jangan biarkan mereka mencoreng aib di wajah kami, ampunilah jika kami salah mendidik mereka ya Rabb.

Ya Allah, jangan biarkan isteri dan anak-anak kami menghujah kami kelak di akhirat. Ya Rabb, utuhkan kemuliaan mereka di dunia, utuhkan pula kemuliaan mereka di syurga.

Ya Allah, berikanlah kami rasa takut kepadaMu yang sentiasa menghalangi kami dari kemaksiatan. Berilah pula kepada kami ketaatan yang kelak akan menghantarkan kami ke syurgaMu dan keyakinan yang meringankan beban musibah dunia yang menimpa kami.

Ya Allah, perbaikilah agama kami yang menjadi pangkal seluruh urusan kami, perbaikilah dunia kami yang menjadi penghidupan kami dan perbaikilah akhirat kami yang menjadi tempat kembali kami. Jadikanlah kehidupan ini sebagai wasilah menambah kebaikan bagi kami dan jadikanlah kematian sebagai tempat istirehat bagi kami dari kejahatan.

Ya Allah, sesungguhnya buah kebatilan itu telah matang dan kini tiba saatnya untuk memenggalnya, maka turunkanlah dari langit kebenaran sebuah tangan yang kuat yang akan memenggalnya dan singkapkanlah tabir kegelapan yang menutupi mata hati manusia dari melihat cahaya kebenaranMu. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa melakukan itu, Ya Allah.”

Ameen Ya Rabbal Alameen

Wan Ahmad Senadi

25 February 2012

Sedikitkan Ketawa, Banyakkan Menangis

Berkata seorang ahli zuhud:

“Orang yang melakukan dosa dalam keadaan tertawa akan dimasukkan ke dalam neraka dalam keadaan menangis dan orang yang melakukan ketaatan dalam keadaan menangis akan dimasukkan oleh Allah ke syurga dalam keadaan tertawa.”
 
Ketawa dan menangis adalah aktiviti fizikal khusus manusia. Bagi manusia, keduanya bersifat asasi di mana kemunculannya seiring dengan fitrah kemanusiaan yang asal.

Dalam kehidupan seharian, keduanya menjadi ”bahasa” komunikasi seseorang yang mampu mengungkapkan rasa cinta dan kegembiraan atau rasa kecewa dan kesedihan yang memenuhi suasana batinnya.
Intimnya hubungan ketawa dan menangis dengan sisi kemanusiaan dinyatakan oleh Allah swt dalam Al Quran :

”Dan bahwasannya Dialah yang menjadikan orang ketawa dan menangis”.
(QS An Najm: 43)

Manusia yang tidak dapat ketawa dan menangis biasanya diklasifikasikan sebagai makhluk yang berhati batu.

Sebagai aktiviti fizikal, ketawa atau pun menangis adalah “akibat”, bukan “sebab”.

Pada umumnya ada rangsangan atau pencetus tertentu, seperti peristiwa sosial berupa kesenangan, kegembiraan, kebaikan, keburukan, kemalangan atau kelucuan yang membuatkan situasi batin seseorang menjadi gembira atau sedih. Oleh sebab itu, kebiasaannya, ketawa atau menangis merupakan cerminan asal situasi batin.

Ketika situasi batin seseorang sedang diliputi suasana kegembiraan, ia lantas boleh ketawa. Sebaliknya ketika situasi batinnya diliputi kesedihan, ia lantas menangis.

Walaubagaimanapaun dalam menghadapi rangsangan atau pencetus tersebut, bahkan dengan penyebab yang sama, kepekaan seseorang boleh menjadi berbeza.
Ada yang begitu peka sehingga ia mudah ketawa atau menangis. Tetapi, ada pula yang tidak, sehingga ia tidak mudah ketawa atau menangis.

Bahkan orang-orang tertentu boleh “ketawa” dalam situasi batin yang penuh kesedihan dan “menangis” dalam situasi batin yang penuh keriangan. Contohnya seperti orang yang terkena suatu penyakit di mana wujud ketidakselarasan antara yang dirasakan dengan yang diungkapkan.

Oleh kerana ketawa dan menangis begitu kuat melekat dengan karakteristik kemanusiaan, maka banyak manfaat yang lahir dari keduanya yang memberi kesan kepada kesihatan ruhani dan jasmani.
Ketawa mampu memperkukuhkan kesihatan dan menangis mampu menjadi pintu untuk menambahkan beban yang berat yang menyesakkan dada.

Dalam hadis Rasulullah Nabi saw, banyak riwayat yang menceritakan bahwa Nabi Muhammad saw ketawa ketika menemui sesuatu yang menyenangkannya dan bahkan sering bersenda gurau meskipun tidak sampai melewati batas yang hak.

Nabi Sulaiman juga dikisahkan dalam Al-Qur’an ketawa ketika beliau mendengar teriakan seekor semut yang memberi arahan kepada kawan-kawannya untuk masuk ke sarang agar tidak dipijak oleh Nabi Sulaiman dan bala tenteranya.

“Maka Dia tersenyum dengan tertawa kerana (mendengar) perkataan semut itu.” (QS An-Naml:19)

Dalam Islam, baik ketawa atau pun menangis mesti seimbang, pada tempatnya dan tetap berada dalam batas-batas kesopanan dan kebenaran. Dalam kata lain, tidak boleh melampaui batas-batas kewajaran yang dibenarkan oleh agama.

Dalam hal ketawa misalnya, tidak boleh mentertawakan kemalangan yang menimpa orang lain. Begitu juga dalam hal menangis, oleh kerana ditinggalkan oleh orang yang dicintainya, tidak boleh sampai ke tahap meratap apalagi sampai meraung-raung.

Sesungguhnya hidup ini sebuah pilihan. Pilihan untuk taat kepada kehendak-kehendak Allah swt yang terkandung dalam wahyuNya walau apapun risiko yang akan dihadapinya.

Begitu juga dalam melakukan dosa dan pembangkangan terhadapNya, ada pilihan samada untuk dunianya atau untuk akhiratnya. Sedangkan pilihan seseorang mencerminkan tahap kualiti kecerdasan akal dan ruhaninya.

Contoh lain ialah dalam menjatuhkan pilihan antara kepentingan dunianya dan kepentingan akhiratnya. Dalam menghadapi pilihan itu, ramai manusia yang bersikap terbalik iaitu tidak ada keselarasan antara hakikat dunia dan hakikat akhirat.

Kalau kita amati dengan saksama, ramai orang yang begitu cenderung untuk mengejar dunia dan segala keseronokannya sedangkan hakikat dunia yang sedang dikejarnya itu dengan sangat pasti sedang bergerak meninggalkan diri mereka.

Ramai pula orang yang membelakangkan akhiratnya, padahal setiap diri pada hakikatnya, mereka sedang menuju dan menemuinya.

Rasulullah saw bersabda:

“Manusia yang paling cerdas ialah yang paling banyak mengingati kematian dan yang paling banyak persiapannya untuk menghadapi kematian. Mereka itulah orang yang benar-benar cerdas, dan mereka akan pergi ke akhirat dengan membawa kemuliaan dunia dan kemuliaan akhirat.” (HR Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim)

Dari Ibnu Umar ra, suatu hari Nabi saw keluar dari masjid berjumpa dengan suatu kaum yang berborak-borak dan tertawa riang. Nabi saw berhenti lalu memberi salam kepada mereka dan bersabda:

“Banyaklah mengingati pemutus kelazatan.”

Di kesempatan yang lain, baginda juga keluar bertemu dengan suatu kaum yang tertawa riang lalu Baginda bersabda :

“Ingatlah, demi Zat yang aku dalam kekuasaanNya, kalau engkau tahu apa yang aku tahu, tentu kamu akan sedikit tertawa dan banyak menangis.”

Ketika Nabi Khidir hendak berpisah dengan Nabi Musa as, Nabi Musa as berkata :

“Wasiatkanlah aku!”

Nabi Khidir berkata:

“Wahai Musa, takutlah engkau akan dalamnya laut, jangan berjalan tanpa keperluan, jangan ketawa tanpa sebab yang menghairankan dan jangan pula engkau salahkan orang-orang yang salah sebab kesalahan mereka dan menangislah atas kesalahanmu sendiri.”
Rasulullah saw bersabda:

“Siapa tertawa semasa mudanya, dia akan menangis semasa tuanya. Siapa tertawa semasa kayanya, dia akan menangis semasa fakirnya. Dan siapa tertawa semasa hidupnya, dia akan menangis semata matinya.”

Baginda saw juga bersabda:

“Banyak tertawa dapat mematikan hati.”

Baginda saw bersabda lagi:

“Bacalah Al-Qur’an dan menangislah. Jika tidak boleh menangis, maka buat-buatlah menangis.”

Firma Allah swt:
“Hendaklah mereka tertawa sedikit dan hendaklah banyak menangis sebagai pembalasan dari apa yang selalu mereka kerjakan.” (QS At Taubah: 82)

Al Hasan mengatakan:

“Wahai alangkah menghairankan orang yang tertawa sedangkan di belakangnya api Neraka; dan pula orang yang bersuka-suka sedang di belakangnya maut.”

Pernah suatu hari dia bertemu dengan seorang pemuda yang ketawa riang. Dia berkata kepadanya:

“Wahai anakku, apakah engkau selamat meniti Siratul Mustaqim?”

Pemuda itu menjawab, “Tidak.”

Dia bertanya lagi, “Apakah telah jelas bahawa engkau bakal masuk Syurga?”

Pemuda itu berkata, “Tidak juga.”

Tanyanya lagi, “Lalu mengapa engkau tertawa?”

Maka setelah itu, pemuda itu tidak pernah tertawa.
Firman Allah swt:

“Mereka menyungkur atas muka mereka sambil menangis…”
(QS Al Israa’ : 109)

Rasulullah saw bersabda:

“Pada hari Kiamat, setiap mata menangis kecuali tiga mata:
1. Mata yang menangis kerana takut kepada Allah.
2. Mata yang terpejam dari larangan-larangan Allah.
3. Mata yang berjaga di jalan Allah.”

Ada tiga perkara yang boleh mematikan hati:
1. Tertawa tanpa sebab.
2. Makan tanpa lapar.
3. Berkata tanpa ada keperluan.

Ketika seseorang telah menjatuhkan pilihannya dan kemudian mengubahnya dalam bentuk perbuatan, maka pilihan dan perbuatannya itu lama kelamaan akan menjadi kebiasaan. Selanjutnya kebiasaan itu secara terus-menerus berjalan di dalam dirinya hingga membentuk keperibadiannya yang khusus.

Keperibadian seseorang itu sangat dipengaruhi oleh nilai yang diserapnya melalui penghayatan yang kemudian membentuk visi peribadinya yang kemudian menyerap ke wilayah kalbunya.

Visi yang menyerap itu kemudiannya membentuk suasana kejiwaannya yang khusus pula yang secara keseluruhannya wujud dalam bentuk mental yang dinamakan sikap.

Sikap tersebut terus berjalan dalam diri seseorang seiring dengan realiti sebenar yang dihadapinya dan seterusnya mengalir ke wilayah fizikal sehingga melahirkan tindakan atau perbuatan. Ketika sikap dan tindakannya menjadi dominan, maka secara akumulatifnya mempengaruhi kehidupannya hingga membentuk citra dirinya yang khusus.

Atas dasar itulah, seseorang boleh jadi akan ketawa terbahak-bahak ketika ia melakukan dosa disebabkan oleh citra dirinya sebagai pelaku dosa telah membuatnya merasa senang bahkan bangga berlumuran dengan dosa. Dia akan kehilangan kepekaan emosinya terhadap nilai-nilai kebaikan.

Pada umumnya orang yang merasa senang dan bangga dengan kemaksiatan yang dilakukannya akan mengalami kesukaran untuk membebaskan diri dari perbuatan dosa.

Ketika seseorang atau sebuah masyarakat sudah sampai ke tahap berbangga dengan kemaksiatan yang dilakukannya, maka azab Allah pasti akan menerjahnya dengan amat dahsyat yang akan mengakibatkan dirinya dilanda penyesalan untuk selama-lamanya.

“Pada hari ketika muka mereka dibolak-balik di dalam neraka, mereka berkata, `Alangkah baiknya, andai kami taat kepada Allah dan taat kepada Rasul.’ Dan mereka berkata, `Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami mentaati pemimpin-pemimpin dan pembesar-pembesar kami, lalu meraka menyesatkan kami dari jalan (yang benar). Ya Tuhan kami, timpakan kepada mereka azab dua kali ganda dan kutuklah mereka dengan kutukan yang besar.” (QS Al-Ahzab: 66-68)

Sebaliknya, orang yang pilihannya jatuh kepada ketaatan terhadap kehendak-kehendak Allah dan ketaatan itu telah membentuk keperibadiannya yang khusus, maka ia akan menjadi orang yang soleh, peribadi yang konsisten dalam menjalankan segala peraturan agama Allah.

Apa pun risiko yang diterimanya ia akan tetap berada dalam ketaatan. Meskipun risiko yang ditanggung akibat ketaatannya itu menyebabkan dirinya perlu berderai air mata kerana kesedihan yang dideritainya, namun, ia tetap berterusan dalam ketaatan kepada Allah swt.

Keteguhannya itu diperkukuhkan dengan keyakinan akan pembalasan Allah yang sangat baik di akhirat kelak sebagaimana firman Allah swt berikut:

“Maka Tuhan memelihara mereka dari kesusahan hari itu, dan memberikan kepada mereka kejernihan (wajah) dan kegembiraan hati. Dan Dia memberi balasan kepada mereka kerana kesabaran mereka (dengan) syurga dan (pakaian) sutera, di dalamnya mereka duduk bertelakan di atas dipan, mereka tidak merasakan di dalamnya (teriknya) matahari dan tidak pula dingin yang bersangatan. Dan naungan (pohon-pohon syurga itu) dekat di atas mereka dan buahnya dimudahkan memetiknya semudah-mudahnya. Dan diedarkan kepada mereka bejana-bejana dari perak dan piala-piala yang bening laksana kaca, (iaitu) kaca-kaca (yang terbuat) dari perak yang telah diukur mereka dengan sebaik-baiknya. Di dalam syurga itu mereka diberi minum segelas (minuman) yang campurannya adalah jahe. (yang didatangkan dari) sebuah mata air syurga yang dinamakan salsabil. Dan mereka dikelilingi oleh pelayan-pelayan muda yang tetap muda. Apabila kamu melihat mereka, kamu akan mengira mereka mutiara yang bertaburan. Dan apabila kamu melihat di sana (syurga), niscaya kamu akan melihat berbagai macam kenikmatan dan kerajaan yang besar. Mereka memakai pakaian sutera halus yang hijau dan sutera tebal dan dipakaikan kepada mereka gelang terbuat dari perak, dan Tuhan memberikan kepada mereka minuman yang bersih. Sesungguhnya ini adalah balasan untukmu, dan usahamu adalah disyukuri (diberi balasan).” (QS Al Insan 11 – 22)

Ya Allah, Engkau lembutkanlah hati-hati kami supaya kami mampu menangis apabila terkenang dosa-dosa dan pelanggaran yang telah kami lakukan saban hari dan hindarilah kami dari sifat ketawa dan bermudah-mudah apabila melanggar segala ketentuan dan aturan agamaMu.

Ameen Ya Rabbal Alameen

Ustaz Wan Ahmad Senadi

Kisah Dan Teladan 5

Khadijah binti Khuwailid

Demi Allah! Dia (Khadijah) beriman kepadaku disaat orang-orang mengingkariku. Dia membenarkanku di saat semua orang mendustakanku. Dan dia membantuku dengan menginfakkan segenap hartanya ketika semua orang menahan hartanya dariku dan Allah telah mengurniakan beberapa orang zuriat dari rahimnya yang tidak aku perolehi dari isteri-isteriku yang lain”. [HR Ahmad, Al-Isti’ab karya Ibnu Abdil Ba’ar

Khadijah binti Khuwailid bin Asad bin 'Abdil 'Uzza bin Qushay Al-Qurasyiyah Al-Asadiyah radhiyallahu'anha. Muslim manakah yang tidak pernah mendengar sebutan namanya?. Siapakah yang menyangka di saat itu, keharuman peribadinya kelak akan merebak di sepanjang sejarah Islam di dada setiap kaum Muslimin? Siapakah yang terfikir bahawa wanita mulia ini akan dikurniakan satu keutamaan yang amat besar yang tidak pernah diperolehi oleh sekalian hamba Allah sejak penciptaan insan? Siapakah yang menduga bahawa wanita cantik jelita ini akan mendampingi manusia yang paling agung dalam rentang awal perjalanan dakwahnya? Siapakah yang mampu meramal ketentuan Allah ini.

Maha Suci Allah yang telah menciptakan dan mentakdirkan wanita mulia ini sebagai pendamping Nabi akhir zaman. Beliaulah isteri, sekali gus wanita pertama yang beriman kepada Allah dan Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam. Dianugerahi reputasi yang sungguh mulia, keturunan yang terhormat, peribadi yang luhur, perjalanan hidup yang istimewa, ketajaman daya fikir, semangat yang tinggi dan kalbu yang bening, nama Khadijah begitu harum di dalam sejarah Islam

Sebelumnya, beliau dikenali sebagai seorang wanita yang menjaga kehormatan dirinya sehingga digelar ath-Thahirah (wanita yang suci) . Beliau seorang janda dari suaminya yang terdahulu, Abu Halah bin Zararah bin an-Nabbasy bin 'Ady at-Tamimi, kemudian berkahwin dengan 'Atiq bin 'A`idz bin 'Abdillah bin 'Umar bin Makhzum

Khadijah radhiallahu anha adalah wanita pedagang yang mulia dan banyak harta. Ternyata pekerjaannya itu telah menghantarkan kepada pertemuannya dengan manusia yang paling mulia. Saat dia kembali menjadi janda, seluruh pemuda Quraisy memasang angan-angan agar dapat menyuntingnya. Buah tutur Maisarah membeksa di hatinya tatkala berita kejujuran, amanah dan kebaikan akhlak seorang pemuda Quraisy dikhabarkan kepada beliau. Tersimpan keinginan yang kuat dalam dirinya untuk memperoleh kebaikan itu, hingga diutus seseorang untuk menemui Rasululllah Sallallahu alaihi wa Sallam dan menyampaikan hasratnya. Ditawarkan dirinya untuk dipersunting Muhammad Sallallahu alaihi wa Sallam, seorang pemuda yang saat itu berusia 25 tahun, miskin dan yatim piatu tetapi tersohor kerana luhur peribadinya.

Wanita jelita itu memperoleh kembali belahan hatinya dalam usia 40 tahun. Tersurat peristiwa ini dalam sejarah 15 tahun sebelum Muhammad Sallallahu alaihi wa Sallam diangkat sebagai Nabi akhirulzaman. Wanita mulia inilah menjadi perawat duka suaminya di saat penurunan al-Haq melalui perantaraan Jibril alaihi sallam yang menggoncang hati Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. “Aku khuatir akan terjadi sesuatu pada diriku”. Diselimutinya Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam sehingga beliau kembali tenang dan hilang rasa ketakutannya. Dengan tenang dan lembut, beliau yang mengalirkan tutur kata penuh hikmah dari lisannya lantas membiaskan ketenangan di dalam dada suaminya,

“Demi Allah, Allah tidak akan menyusahkan dirimu selama-lamanya. Bergembira dan teguhkanlah hatimu. Sesungguhnya engkau seorang yang suka menyambung tali persaudaraan, suka menanggung beban orang (yang kurang bernasib baik), menghormati tetamu, memberikan sesuatu kepada orang yang tidak mampu, bercakap benar dan memberikan bantuan kepada mereka yang ditimpa bencana”.

Sesungguhnya beliau telah menjalankan peranan politiknya dengan ketajaman dan kepekaan akalnya yang menjadikan beliau mampu untuk mencermati serta memahami dengan jelas masalah wahyu dan risalah yang diterima oleh Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam,

”Terimalah khabar gembira dan teguhkanlah hatimu! Demi Zat yang diriku di tanganNya, sesungguhnya aku berharap engkau menjadi Nabi umat ini”.

Perkhabaran dari Waraqah menjadikan beliau mampu memahami peranan yang bakal dipikul oleh Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam dengan turunnya wahyu tersebut.

”Khadijah, kalau engkau masih percaya kepadaku, sesungguhnya telah datang ”an-nams al-akbar” kepadanya. Dia adalah Nabi umat ini. Maka katakanlah kepadanya agar dia berteguh hati”.

Baginda bukan sahaja seorang suami, atau ayah kepada anak-anaknya, tetapi juga Utusan Allah dalam menyampaikan wahyu dan risalahNya untuk umat yang ada pada ketika itu sehinggalah ke hari kiamat. Di sinilah titik mula kepada sebuah pengorbanan yang tiada surut dan gantinya.

Beliau jugalah manusia pertama yang solat di belakang Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam bersama Saidina Ali radhiallahu anhu. Terus mengalir dukungan dan pertolongan dari beliau dalam menghadapi kaumnya. Beliaulah yang membantu Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam dalam mengibarkan bendera Islam, tegar bersama Rasulullah sebagai angkatan pertama. Setiap kali beliau mendengar kata-kata kesat yang dilontarkan kepada suamninya, beliaulah yang setia di sisi baginda dan meringankan beban perasaan yang sangat berat ditanggung oleh kalbu manusia terpilih.

Bukan hanya itu sahaja kebaikan Khadijah radhialllahu anha. Beliau mengorbankan setiap harta yang dimiliki kepada suaminya. Bahkan, ketika Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam menampakkan rasa senangnya pada Zaid bin Haritsah, seorang hamba miliknya, beliau segera menghibahkan hamba itu kepada suaminya. Zaid diangkat sebagai orang yang sangat dekat di sisi Rasulullah dengan menjadi anak angkat baginda sendiri. Turut tercatat, Zaid memperolehi kemuliaan sebagai salah seorang dari saf pertama yang mengimani dakwah Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam.

Sebagai seorang isteri, beliau merupakan pendorong utama bagi Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam untuk selalu giat berdakwah, bersemangat dan tidak kenal menyerah. Beliau juga selalu berusaha meringankan beban berat di bahu Rasulullah.

Kebijakan, kesetiaan dan banyak lagi kebaikan Khadijah tidak pernah lepas dari ingatan baginda Rasul. Bahkan sehingga Khadijah meninggal dunia. Beliau benar-benar seorang isteri yang mendapat tempat tersendiri di dalam hati Nabi Allah ini. Betapa kasihnya baginda terhadap Khadijah sebagaimana di buktikan dari penceritaan Saidatina ‘Aisyah radhiallahu anha.

Belum pernah aku cemburu terhadap isteri-isteri Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam sebagaimana cemburunya aku kepada Khadijah, padahal aku tidak pernah melihatnya. Tetapi Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam selalu menyebut-nyebut namanya, bahkan adakalanya menyembelih kambing dan diberikannya kepada sahabat-sahabat Khadijah

Bahkan pernah aku berkata, “Bukankah Khadijah itu seorang wanita tua? Bukankah Allah sudah memberikan kepadamu pengganti, isteri yang lebih muda dan baik daripadanya?”. Lalu Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam menyebut,

“Tidak! Demi Allah !Dia Subhanahu wa Ta’ala tidak memberikan seorang pengganti yang lebih baik daripadanya. Dia (Khadijah) telah beriman kepadaku pada saat orang-orang mengingkariku. Dia membenarkan ajaran yang aku bawa di saat orang-orang mendustakanku. Khadijah membantuku dengan menginfakkan segenap hartanya ketika orang-orang menahan hartanya dariku dan Allah mengurniakanku beberapa orang zuriat dari rahimnya yang tidak diberikan oleh isteri-isteri yang lain” . [HR. Ahmad, Al-Isti’ab karya Ibnu Abdil Ba’ar].

Ummul Mukminin ini sentiasa berada di samping Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam dan memberikan pembelaan terhadap baginda. Beliau juga bergabung bersama Rasulullah dan kaum Muslimin dalam memikul penderitaan lantaran sikap kaumnya yang mendustakan dan melecehkan dakwah baginda. Kesabaran dan keredhaan Khadijah dapat dilihat dengan jelas dalam siri hambatan terhadap dakwah Rasulullah, termasuklah dalam fasa pemboikotan terhadap Bani Hasyim dan Bani Abdul Muthalib oleh orang-orang Quraisy yang selama ini menjadi pelindung kepada Rasulullah.

Wanita Teladan Sepanjang Zaman Ditakdirkan Allah Subhanahu wa Ta’ala, di usia 65 tahun iaitu 3 tahun sebelum Hijrah, Khadijah radhiallahu anha kembali kepadaNya di saat-saat dakwah melalui fasa genting yang bakal menentukan kelangsungannya. Pemergian beliau ditangisi Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam, berlaku dalam selang waktu yang singkat selepas meninggalnya Abu Thalib, bapa saudara baginda.

Sejak tahun kesedihan tersebut, hambatan-hambatan dakwah yang semakin getir dengan gangguan yang tidak putus-putus mula berani dilakukan oleh kaum kafir Musyrikin di Makkah. Sesungguhnya nama Khadijah tercatat di dalam sirah sebagai wanita pilihan sehingga namanya disebut-sebut di kalangan penduduk langit dan bumi. Kemuliaan itu telah diraihnya sejak masih ada di muka dunia. Tatkala Jibril Alaihi Sallam datang kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dan mengatakan,

“Wahai Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam. Ini dia Khadijah. Dia akan datang membawa bejana berisi makanan atau minuman. Bila ia datang kepadamu, sampaikanlah salam padanya dari Rabbnya dan dariku, dan sampaikan pula khabar gembira tentang rumah buatnya di dalam syurga dari mutiara, yang tak ada keributan di dalamnya, dan tidak pula keletihan”. Khadijah lantas menjawab salam itu dengan katanya: “Allah Maha Penyelamat, daripada-Nya keselamatan dan kepada-Nya pula kembali keselamatan. Semoga keselamatan atas Malaikat Jibril.” [HR. Bukhari dalam Shahih Bukhari, Bab Perkahwinan Nabi SAW dengan Khadijah dan Keutamaannya, 1/539

Saiditina Khadijah Binti Khuwailid Wahai Muslimah yang dirahmati Allah! Sesungguhnya istana tersebut adalah jauh lebih baik dari pada gemerlapnya dunia fana yang telah memperdayakanmu. Dan ini adalah sebaik-baik khabar gembira dibandingkan dunia dan segala isinya

Tidakkah kalian ingin mendapatkannya pula? Ya Allah! Betapa mulianya Khadijah binti Khuwailid, As-Sayyidah Ath-Thahirah. Seorang isteri yang setia dan tulus, mukminah mujahidah di jalan deenNya dengan seluruh apa yang dimilikinya dari perbendaharaan dunia. Semoga Allah memberikan balasan yang paling baik kerana jasa-jasanya terhadap Islam dan umat Islam seluruhnya.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More